My corner's visitor

Wednesday, October 9, 2013

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 23

Sorry ye pada suma followers.... Mesti rindu kan pada Haris dan Arina. Ni ada sambungan bab 23 ye. Semoga enjoy dengan cerita ni.  Masih bertungkus lumus untuk menyiapkan manuskrip. Bab-bab sebelum ni pun perlu diperbetulkan. Ambil masa semua ni.. huhu.. Harap semua masih setia menunggu ye.....

Luv u all....




KAU TETAP MILIKKU

BAB 23

                “Kami balik dulu mak. Apa-apa mak call Ari tau.Ni duit belanja.......” belum sempat Arina menghabiskan ayatnya, Haris terlebih dahulu memotong cakapnya sambil menarik Arina ke tepi. Arina masih memegang beberapa keping wang untuk diberikan pada emaknya. Tidak sempat dia menghulurkan duit tersebut.

                “Haris..... Apa ni.. Tak payahlah. Dah banyak dah Haris belikan untuk kami. Mak taknak.” Mak Leha cuba memulangkan wang yang diberikan oleh Haris tadi bila bersalaman dengannya. Risau Mak Leha bila Haris terlalu banyak menghabiskan duitnya pada mereka anak beranak. Arina pula terpinga-pinga di tepi Haris.

                “Mak....Haris ikhlas. Haris nak mak guna duit ni untuk beli barang-barang dapur semua. Kalau tak cukup, jangan segan-segan bagitahu Haris. Azim ada nombor telefon Haris. Apa-apa call je Haris.” Haris terus memeluk Mak Leha. Air mata Mak Leha mengalir juga walaupun cuba ditahan. Haris membuat isyarat mata supaya Arina menyimpan sahaja duit yang hendak diberikan pada emaknya tadi.

                “Azim, ni duit belanja sekolah. Jangan mintak kat mak lagi tau. Dan yang ni bagi pada Kak Fira. Duit belanja sekolah dia.” Haris menghulurkan sedikit wang pada Azim. Haris tahu Arina pasti akan cuba mengambil semula wang tersebut dari tangan adiknya, jadi Haris terlebih dahulu menarik tangan Arina menuju ke kereta.

                “Kenapa bagi duit....”

                “Arina!” suara Haris walaupun perlahan tetapi cukup tegas kedengaran. Dipotongnya kata-kata Arina tadi.

                Mereka terus masuk ke dalam kereta dan berlalu meninggalkan kampung tersebut. Arina masih senyap membisu sejak dari tadi. Sesekali Haris mengerling ke arahnya. Arina masih berterusan memandang ke luar tingkap. Tidak langsung memandang Haris di sebelahnya.

                “Arina......kenapa ni?” Haris memberhentikan keretanya di hadapan rumah Arina. Arina cuma menggelengkan kepalanya. Baru sahaja dia hendak membuka pintu kereta, tangan Haris cepat memegang bahu Arina.

                “Arina..... I tanya ni. Why?” Haris masih tidak berpuas hati dengan cara layanan Arina padanya. Dia tahu Arina marah padanya. Tetapi dia tahu Arina tidak berani menyuarakannya.

                “Ke... kenapa bagi duit banyak sangat pada mak, pada adik-adik?.. Ni.... duit ni sepatutnya duit belanja mak untuk bulan ni. Kenapa Haris baik sangat pada keluarga Arina?” Arina mengeluarkan duit yang hendak diberikan pada emaknya dari kocek seluar. Dipandangnya wajah Haris yang juga turut memandang wajah sayu Arina tanpa sepatah kata.
                “Haris ambil duit ni ye. Arina tak cukup duit nak ganti balik semua duit Haris tadi tu. Ini je yang ada.” Arina meletakkan duit tadi di dalam telapak tangan Haris

                “Arina!. Simpan duit ni....Jangan sesekali ungkit lagi pasal duit-duit or benda-benda yang I bagi pada your family. They all are my family too!. Remember that Arina.” Terkedu Arina bila mendengar kata-kata Haris.

                Dari dulu lagi Haris memang tidak suka bila orang menolak apa yang diberi lebih-lebih lagi pada orang yang dia sayang. Memang bertuahlah sesiapa yang menerima layanan istimewa dari Haris.  Arina satu-satunya wanita yang berjaya menerima layanan sebegitu. Haris sendiri tidak tahu kenapa dia terlalu sayangkan Arina. Arina pula masih tidak berapa pasti dengan Haris. Dia masih risau jika Haris cuma mempermainkan perasaannya sahaja. Ramai wanita-wanita yang cantik-cantik di luar sana yang menunggu Haris. Perasaan rendah diri sentiasa ada dalam diri Arina.

                Setelah menghantar Arina pulang, Haris terus menuju ke rumahnya. Malam itu Haris tidak dapat melelapkan matanya. Bayangan Arina sentiasa berlegar-legar di fikirannya. Bilalah dia dapat  tidur bersama-sama Arina sebagai pasangan suami isteri yang sebenar-benarnya. Dia tidak akan melepaskan Arina.... Tidak.....

                Akhirnya Haris tertidur bersama-sama dengan bayangan Arina.


                “Arina, Encik Carliff nak belanja kita makan. Jom. Dia dah tunggu kat restoran mahal tu.” Lemah rasa seluruh badan Arina bila mendengarnya. Bila masa pulak lah Kak Hasnah ni berjanji dengan Encik Carliff. Tak dengar pun bunyi telefon tadi. Arina tidak dapat berfikir sebarang alasan yang boleh diberikan pada Hasnah. FIkirannya buntu ketika itu. Arina risau jika Carliff masih tidak berpuas hati tentang kejadian tempoh hari.

                Arina masih terus berjalan bersama Hasnah walaupun berat hatinya untuk berjumpa Carliff. Sampai di restoran tersebut, kelihatan Carliff sedang berbual di telefon dengan seseorang. Hasnah terus menarik tangan Arina menuju ke arah meja yang diduduki Carliff.

                “Encik Carliff dah lama ke tunggu? Maaf ye. Sebab tadi ada kerja sikit kat atas tu.” Hasnah terlebih dahulu bersuara bila Carliff meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Arina masih senyap membisu.

                “Its okay. I pun baru je sampai. Kita order makan dulu. I lapar ni.” Hasnah mengangguk manakala Arina sekadar memberikan senyuman. Carliff mencuri pandang wajah Arina yang cantik dimatanya.

                “So, Arina.... sibuk ke sekarang ni?” Arina mengangkat mukanya bila namanya disebut. Dipandangnya wajah Carliff yang seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Mungkin dia sudah melupakan kejadian malam itu. Lega sedikit perasaan Arina. Tidak payahlah dia bersusah payah hendak memikirkan alasan untuk diberi pada Carliff jika ditanya.

                “Biasa-biasa je. Encik Carliff?” Arina pula yang bertanya pada Carliff. DIlihatnya Hasnah sedang menikmati tomyam yang dipesannya tadi.

                “Tak berapa sihat.” Biar betul dia ni. Nampak macam tak sakit je. Fikir Arina sendiri.

                “Tak sihat sebab ada orang dah sakitkan hati I.” Terdiam Arina. Dia dapat rasa dirinya yang dimaksudkan Carliff. Nafasnya seperti terhenti ketika itu. Payah betul hendak bernafas. Ingatkan Carliff sudah melupakan kejadian tersebut, tetapi salah sangkaan Arina. Carliff memang masih tidak berpuas hati dengan apa yang diperkatakan Haris malam itu.

                “Siapa orang tu?. Kesian Encik Carliff. Mungkin ada sebab kot dia buat macam tu.” Arina seperti mahu mengiyakan setiap kata-kata Hasnah. Tetapi dia tidak mampu. Dia hanya mampu mendiamkan diri saat itu. Arina perasan sesekali mata Carliff tepat memandangnya.

                “Maybe.” Pendek sahaja jawapan Carliff. Disuapkan mi goreng ke dalam mulutnya. Matanya tertumpu pada pinggan di hadapannya. Hilang terus selera makan Arina bila melihat keadaan Carliff. Teruk sangat ke apa yang diperkatakan Haris pada Carliff tempoh hari. Dia tidak tahu pada siapa perlu ditanya. Haris?. Tidak.... Carliff?.. juga tidak....

                “Arina.... betul ke you dengan Haris...” Arina menarik nafas dalam-dalam sebelum mengangkat muka dan membalas renungan Carliff.

                “Arina... Please..... not with Haris. I kenal Haris. Dia... dia.... ramai perempuan dalam hidup dia. I taknak you jadi salah seorang dari mereka. Bagi Haris perempuan seperti baju. Setiap hari bertukar. Arina... you fahamkan maksud I.” Carliff terus bersuara sebaik sahaja Hasnah bangun untuk ke bilik air. Peluang yang ada tidak akan disia-siakan oleh Carliff. Segala apa yang terbuku di dalam hatinya dikeluarkan pada Arina.

                Arina diam membisu. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Carliff tidak perlu tahu tentang perkahwinan antara dia dan Haris.

                “Arina... please. Think about it. I taknak you merana nanti.” Memang betul kata Carliff. Memang dia ada memikirkan tentang perhubungan ini.  Setiap kali memikirkannya, fikirannya menjadi buntu. Dia tidak tahu bagaimana hendak mengakhiri masalah ini.

                “Tolong fikir masak-masak Arina sebelum terlambat. Okey, kejap ye. I panggil waiter.” Terus Carliff menukar topik bila terlihat Hasnah sedang berjalan ke arah mereka.

               
                Kata-kata Carliff siang tadi masih terngiang-ngiang di fikirannya. Memang ada benarnya apa yang dikatakan Carliff itu. Dia perlu memikirkan semula tentang hubungannya dengan Haris. Carliff sebenarnya risau bila mendapat tahu yang kini Haris sedang rapat dengan Arina. Bukan disebabkan cemburu tetapi lebih kepada simpati. Simpati jika hati Arina yang suci itu tercalar teruk disebabkan perbuatan Haris. Tetapi Carliff tidak tahu bahawa hati Arina memang telah tercalar dari awal lagi. Tercalar atas perbuatan Haris padanya  dulu.
                “Arina, hujung bulan ni kau ikutkan kitorang gi Pulau Perhentian. Kau jangan nak ubah fikiran pulak.” Arina yang sedang mencuci kereta barunya terkejut bila bahunya ditepuk Mimi dari belakang.

                “Mestilah pergi. Dah lama tak gi cuti-cuti dengan korang. Mesti seronok kan.” Arina sudah berangan berada disana. Tinggal di chalet di tepi laut. Mandi-manda di laut sambil menikmati keindahan Pulau Perhentian.

                “Dah. Beranganlah pulak dia ni. Haa ni.. Jangan lupa pulak bagitahu kat suami tercinta kau tu.” Terus hilang angan-angan Arina bila nama suami disebut Mimi. Ye... Dia belum memberitahu pada Haris. Takut jika Haris tidak membenarkan dia pergi. Arina teringin sangat hendak ke sana bersama kawan-kawannya. Apa yang perlu dilakukan.

               
                Arina.. I will pick you up at 8pm tonight. Dinner with me.

                Ok.
               
                See you soon sayang.

                Mesej dari Haris siang tadi membuatkan Arina nekad untuk memberitahu Haris yang dia hendak bercuti bersama-sama dengan Mimi dan Linda. DIa berharap sangat Haris akan membenarkannya.

                Tepat jam 8 malam Haris tiba di hadapan rumah Arina. Memang Haris seorang yang menetapi masa. Baginya masa amat penting dalam hidupnya. Itu sebabnya dia memang marah kalau orang yang berjanji dengannya tiba lewat. Serba sedikit Arina sudah memahami sikap Haris satu persatu.

                “Haris....”

                “Arina...”

                Serentak mereka memanggil nama masing-masing.

                “Haris cakap dululah.” Arina meminta Haris untuk memulakannya dulu. Rasa debar dalam hati Arina makin kuat.

                “Okey sayang. Next week I kena ke Singapore lagi untuk jumpa dengan client kat sana. So, I will be away for almost a week.” Haris perlu ke Singapura atas urusan projek terbaru mereka di Johor. Memang Haris semakin sibuk sekarang ni. Banyak projek yang perlu diuruskan. Mesyuarat sana sini. Tetapi dia tidak pernah mengabaikan Arina. Diketepikan sedikit masanya untuk bersama-sama Arina.

                “Minggu depan?” tanya Arina lagi. Eh, minggu depan maknanya hujung bulan kan. Maknanya minggu depan jugalah dia akan ke Pulau Perhentian bersama Mimi dan Linda.

                “Kenapa?. Nak ikut ke?” Apalah Haris ni. Lain pula yang difikirkannya. Ya.... Arina perlu juga memberitahu tentang plan cutinya pada Haris.

                “Tak...tak....Arina nak bagitahu yang Arina nak pergi bercuti dengan Mimi dan Linda hujung bulan ni. Maknanya minggu depan ni.”

                “Ke mana Arina?” Arina dapat merasakan perubahan pada suara Haris. Tadinya kemain lembut, sekarang ni dah bertukar tegas. Ni yang tak mahu ni. Habislah Arina.

                “Arina....Arina nak pergi Pulau Perhentian. Dah lama kami tak bercuti sama-sama. Haris.....boleh ye. .. Lagipun Arina pergi dengan Mimi dan Linda je. Takda orang lain. ” Arina seperti merayu pada Haris. Lembut sahaja suara Arina memujuk Haris. Harap-harap ini dapat melembutkan hati Haris.

                “Boleh?...” Arina masih menunggu jawapan dari Haris. Dari riak wajah Haris seperti tidak mengizinkan Arina pergi. Haris masih berdiam. Tidak langsung keluar apa-apa kata dari mulutnya. Tahulah Arina apa jawapan Haris pada soalannya tadi.

                Makanan di pinggan dikuis-kuis. Langsung hilang selera makan Arina. Entah kenapa hatinya rasa sebak dengan reaksi Haris tadi. Apa salah dia pergi bercuti. Bukan dengan lelaki pun. Itu yang menjadi persoalan Arina ketika itu.


13 comments:

  1. yeh!!!ada sambungan..tp....mcm sedih sangat je....hu..hu...waiting for next entry utk tahu apa yg terjadi

    ReplyDelete
  2. hairynn..... tqvm......

    at last hari ni muncul jua n3 baru.... tiap2 hari ku belek....

    rindu kat haris......huhu

    pesanan untuk haris : terus terang la kat arina, yg dia tak cari perempuan lain selepas kawin gan arina....huhu

    ReplyDelete
  3. Tqvm, Terubat rinduuuuu... best!!! Haris mesti terus terang.. aper dah jadi dengan ibu Haris dah tau belom pasal dia orang ni... hihihiii x sabar utk N3 baru...

    ReplyDelete
  4. best cgt2 x sabar nak tggu N3 terbaru....

    ReplyDelete
  5. Kak,cptla siapkn manuskrip..dh x sbr la org tggu...x sggup dh nk tggu lama...org nk tau kisah dorang ni smpai hbis...cptla publish kak...huhu

    ReplyDelete
  6. nak bab baru kak,,,
    dah lama tunggu ni

    ReplyDelete
  7. Google2 tetibe jumpa blog ni. First time bace tros jatuh cinta dgn cerita ni. Best. Sila sambung lagi.. :D

    ReplyDelete
  8. pn penulis...bila nak sambung ni...hu..hu...lama dah ni menunggu

    ReplyDelete
  9. x sbar2 nk tunggu bab yg sterusnya.....

    ReplyDelete
  10. susah kalau hati dah terlalu cinta dan sayang ni... takut nak lepaskan...

    ReplyDelete
  11. Bila nak sambung lagi ni.... dah rindu novel ni.... atau bila nak ke media cetak pulak?

    ReplyDelete