My corner's visitor

Wednesday, July 24, 2013

E-Novel : Majikanku Sayangku - Bab 6

MAJIKANKU SAYANGKU

BAB 6


“Zaira tak selesa ke?” lembut sahaja suara Haikal bertanya. Dilihatnya Zaira seperti gelisah bila sahaja mereka memasuki kereta.

“Encik Haikal…Bukan saya taknak Encik Haikal hantar saya balik, cuma saya segan. Tengoklah tu, semua staf tengok saya. Macam pesalah lah pulak saya rasa.” Memang betul apa yang diperkatakan Zaira. Namun bagi Haikal, perkara tersebut sudah lali baginya. Mungkin bagi Zaira dia masih tidak biasa. Setiap kali Haikal lalu, banyak mata-mata yang memerhatikannya terutamanya kaum wanita. Itu sebabnya Haikal malas hendak makan di café yang terletak di tingkat bawah bangunan syarikatnya. Sentiasa menjadi perhatian. Rimas  rasanya bila sentiasa diperhatikan.

“Diorang jealous dengan Zaira kot.” Ketawa kecil Zaira mendengarnya. Haikal menoleh ke arah Zaira bila sahaja kereta berhenti di lampu isyarat.

“Haaa…… Encik Haikal buat lawak ye…. Jealous?. Jealous apa nya. Lainlah kalau saya ni girlfriend Encik Haikal. Saya ni staf biasa je. Lagipun diorang tak nampak ke. Saya ni memang tak layak jadi buah hati Encik Haikal..Apalah Encik Haikal ni….. Jealous……haha….” Gelak sakan Zaira bila mendengar kata-kata Haikal tadi. Entah kenapa Haikal rasa tercabar dengan kata-kata Zaira.

“Kenapa pulak tak layak?. Kalau hati saya dah suka, siapa diorang nak halang saya. Dan…. kenapa nak kisah dengan cakap orang.  Kita yang bercinta, bukannya mereka.”Terus terdiam Zaira. Tidak Zaira sangka Haikal boleh berkata begitu. Riak wajah Haikal turut berubah. Serius sahaja mukanya. Takut Zaira dibuatnya. Salah cakap ke?. Kenapa Encik Haikal nak ambil serius apa yang aku cakap tadi. Teruk sangat ke aku ketawa tadi?. Tanya Zaira sendiri di dalam hati.

“Zaira, teman saya makan.” Satu arahan keluar dari mulut Haikal. Zaira diam tidak berkata apa-apa. Takut jika dia tersalah cakap lagi. Mengamuk lagi bosnya nanti.

Haikal mengerling ke arah Zaira. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh berkata begitu. Rasa bersalah pula pada Zaira. Bukan dia tidak perasan yang wajah Zaira terus berubah bila mendengar kata-katanya tadi. Entah kenapa rasa sakit sangat hatinya bila mendengar perkataan TIDAK LAYAK.

“Jom, kita makan kat sini.” Zaira tidak sedar yang Haikal sudah memberhentikan keretanya. Mereka berjalan masuk ke sebuah café eksklusif. Kali kedua Haikal menyentuh belakang badan Zaira. Terus Zaira menoleh pada Haikal.

“Jomlah masuk. Saya dah lapar ni.” Selamba sahaja muka Haikal. Tangannya masih diletakkan di belakang badan Zaira. Menolak perlahan supaya Zaira berjalan masuk. Pening Zaira dengan perangai bosnya itu.

Zaira terpaksa menemani bosnya makan. Sekali sekala rasa segan juga bila berhadapan dengan Haikal. Cuma sekarang ni perasaan malu sudah berkurangan. Rasa selesa bila bekerja bersama. Zaira sudah kurang rasa gemuruhnya bila bersama Haikal. Haikal pula berasa seronok bila ditemani Zaira. Tenang sahaja dirasakan bila melihat wajah Zaira. Bila bersama Zaira, perasaannya tidak sama bila bersama tunangnya. Keserasian semakin terserlah antara mereka.

“Mama cakap Zaira cantik.”.

 “Huk…huk….” Tersedak Zaira mendengarnya. Haikal yang melihat Zaira tersedak, cepat-cepat bangun dan menghulurkan air padanya.

“Cakap cantik pun sampai tersedak.” Perli Haikal sambil meletakkan gelas air di atas meja semula. Dia kembali duduk di tempatnya.

“Bukanlah.... Puan Sri?. Cakap saya cantik?.. emmmmm.” Zaira memang tidak percaya dengan apa yang dikatakan Haikal tadi. Tapi malas hendak dilayannya lagi. Tak pasal-pasal melenting lagi bosnya macam tadi. Cukuplah sekali tadi.

“Zaira…… awak cantik dimata kami.” Terdiam Zaira sekali lagi. Diteguknya air bagi mengurangkan rasa gelisah.

“Encik Haikal, lama lagi ke?” tanya Zaira pada Haikal. Rasa gelisah tiba-tiba melanda perasaan Zaira. Rasa janggal pula makan bersama dengan bosnya. Takut juga dia jika terpikat dengan bosnya. Yelah, bosnya sudah bertunang, dia juga sudah mempunyai teman lelaki. Perasaan tersebut harus dibuang jauh-jauh.

Haikal cepat-cepat menghabiskan makanannya dan memanggil pelayan untuk membuat bayaran. Kemudian, Haikal menghantar Zaira pulang ke rumah.



“Siapa yang hantar kau pulang?. Kereta BMW lagi tu. Sapa beb?” tanya nora, teman serumahnya bila Zaira membuka pintu.

“Sibuklah kau ni. Bos aku la. Sapa lagi.” Malas Zaira hendak melayan si Nora ni. Terus dia berlalu masuk ke dalam bilik.

Entah kenapa kata-kata Haikal tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. “Zaira cantik di mata kami.”

Zaira cuba melelapkan matanya, entah kenapa wajah Haikal yang muncul. Zaira……… Cukup…… Buang perasaan ni jauh-jauh. Dia dah bertunang. Bos kau dah bertunang. Dia dah nak kahwin…. Kau dah ada Azri. Argggggghhhhh…. Ya, dia harus buang perasaan ni. Nanti dia juga yang merana kalau dilayan perasaan yang baru hendak berbunga ni.

Keesokkan paginya, Zaira seperti biasa masuk ke pejabat lebih awal dari staf lain. Setiap pagi, dia akan masuk ke pejabat bosnya dan mengemaskan apa-apa yang patut. Dia akan memastikan barang-barang di atas meja bosnya sentiasa kemas dan tersusun. Sedang dia menyusun fail-fail yang terdapat di atas meja bosnya itu, kelihatan sampul surat berwarna pink yang menarik minatnya. Hatinya kuat menyuruhnya melihat isi kandungan sampul tersebut. Dengan perlahan-lahan, Zaira mengambil sampul tersebut dan membukanya. Di dalamnya terdapat beberapa keping gambar. Gambar Haikal ketika hari pertunangannya. Gambar Haikal bersama tunang dan keluarga kedua-dua belah pihak. Haikal tetap nampak segak dan bergaya. Dia yang memakai baju kemeja lengan pendek jenama polo dan seluar jeans sahaja tetapi masih tetap kelihatan tampan.

Antara gambar yang menarik minat Zaira ialah gambar Haikal dan tunangnya. Gambar mereka berdua. Sama cantik dan bergaya. Memang jelas yang mereka dari golongan berada. Tunang bosnya cantik orangnya. Tinggi lampai, berkulit cerah dan bertambah cantik bila mengenakan baju kurung moden yang amat elegan dan solekan yang natural.

“Zaira....” terkejut Zaira bila dilihatnya Haikal sedang berjalan menuju ke arahnya.

“Sa...saya tak sengaja. Ma..maaf Encik Haikal.” Zaira tidak tahu hendak memberi alasan apa pada bosnya. Memang salahnya membuka sampul surat bukan kepunyaannya. Lagi-lagi benda milik bosnya. Matilah aku kali ni... Takutnya Zaira ketika itu. Segera dia menyimpan kembali gambar-gambar tersebut di dalam sampul surat tadi.

“Emmm...dah tengok gambar tunang saya?” Haikal meletakkan begnya dan duduk bersandar sambil memandang Zaira yang ketika itu kelihatan takut. Zaira sedikit terkejut bila Haikal bertanyakan soalan tersebut padanya. Nada suaranya juga tidak seperti marah. Betul ke ni....

Zaira sekadar mengangguk. Jantungnya masih berdegup kencang. Hendak sahaja dia berlari keluar dari mengadap bosnya ni. Haikal masih tepat memandang Zaira tanpa berkata apa-apa.

“Zaira.... Antara tunang saya dengan Zaira siapa yang lagi cantik?” Apanya soalan ni. Pelik Zaira. Dikerutnya dahi dan memandang Haikal seperti tidak percaya. Dia demam ke ni. Ke aku yang tengah berkhayal ni.

“Encik Haikal, tentu-tentulah tunang Encik Haikal. Dia cantik sangat. Sepadan dengan Encik Haikal.”

“Zaira, cantik pada pandangan lelaki berbeza-beza.  Ada lelaki lihat kecantikan seseorang wanita itu pada tingkah lakunya, pada peribadinya. Bukan semua lihat pada luaran, wajah dan tubuh badan sahaja. Kena ingat tu.” Zaira sekadar mengangguk. Entah apa jin yang merasuk bosnya pun dia tidak tahu. Pelik benar perangai bosnya pagi ni.

Petang itu, Zaira cuba menelefon Azri. Sudah lama mereka tidak berjumpa. Alasan sibuk sentiasa diberikan. Akhirnya, panggilan Zaira dijawab. Zaira mengajak Azri makan malam bersama, namun Azri tidak boleh. Alasan kali ni, dia terpaksa berangkat ke Perlis menguruskan perniagaannya. Kesian Zaira. Kalau perempuan lain, sudah lama ditinggalnya teman lelaki yang seperti Azri ni. Tapi Zaira bukan seperti mereka. Zaira masih sayang pada Azri walaupun kadangkala hatinya sedih bila dibuat begini. Ada terdetik juga di dalam hatinya, alangkah bagusnya kalau si Azri seperti Haikal. Romantik sahaja. Mesti untung tunangnya dapat buah hati seperti Haikal.

“Ala, takyahlah sedih-sedih. Jom kita gi jalan-jalan nak tak. Kita gi  tengok wayang.” Simpati Azlin melihat Zaira. Bukan dia tidak pernah menasihati Zaira supaya tinggalkan sahaja Azri. Cari pengganti sahaja. Ramai lelaki yang lebih baik dari Azri di luar sana. Zaira yang berdegil untuk setia pada Azri.

Habis waktu bekerja, Azlin dan Zaira terus ke KLCC yang terletak dekat dengan pejabat mereka. Mereka menaiki teksi ke sana. Sudah lama Zaira tidak keluar menonton wayang. Berbeza dengan Azlin. Dia pula boleh dikatakan tiap-tiap minggu menjejakkan kaki ke panggung wayang dengan buah hatinya.

“Kau nak tengok cite apa?” tanya Azlin ketika mereka sedang berjalan menuju ke destinasi mereka, panggung wayang TGV......

Bukk.........

“Maaf ye.” Zaira terlanggar seseorang ketika mereka hendak menaiki escalator ke tingkat atas. Nasib juga lelaki tersebut sempat memegang pinggang Zaira. Jika tidak, jatuh tersungkur Zaira atas escalator. Macam kenal je bau wangian ni. Detik Zaira di dalam hati. Belum sempat  dia mengangkat muka, Azlin terlebih dahulu bersuara mengejutkan Zaira.

“Encik Haikal.” Apa lagi, terkejutlah Zaira. Terus diangkat mukanya . Memang betul lelaki tersebut ialah bosnya. Haikal juga seperti terkejut melihat Zaira dan Azlin.

“Encik Haikal buat apa kat sini? Sorang je ke?” tanya Azlin sambil diperhatikan Zaira.

“Saja jalan-jalan. Cari barang sikit. Yes. Saya seorang je ni. Takda teman. Azlin dan Zaira buat apa kat sini?” Haikal memandang mereka berdua. Tetapi lebih lama pada Zaira walaupun Zaira diam di tepi Azlin. Dia masih terkejut dipeluk bos sendiri. Kali kedua terlanggar dengan orang yang sama.

“Kami nak gi tengok wayang. Saya temankan Zaira ni.” Zaira cuma tersenyum memandang Haikal.

“Oklah Encik Haikal, kami pergi dulu. Jom Azlin.” Zaira mengajak Azlin dan meninggalkan Haikal. Sempat Haikal mengangguk pada mereka.

“Kau ni kenapa. Kan bagus kalau kita dapat borak lama-lama sikit dengan bos tu. Bukan senang nak borak ngan dia tau. Sorang-sorang pulak tu.”

“Kau nak tengok wayang ke tak ni. Sibuk nak layan bos lak buat apa.Entah-entah dia keluar dengan tunang dia. Saja taknak bagitau kita.” Marah Zaira pada Azlin.

Mereka berjalan menuju ke kaunter membeli tiket. Haikal pula hilang entah ke mana.


8 comments:

  1. Best2! Saya suka dgn watak Haikal yg gentleman & cool...tapi watak Zaira tu kena strong & tegas ckit especially bab dia & Azri tu...apa2 pun cepat2 continue ye!

    ReplyDelete
  2. best sangat-2 sambung lagi ya tq.

    ReplyDelete
  3. saya lagi suka zaira dng bos dia.

    ReplyDelete
  4. Kak penulis..bile nk kuau entry baru..dh lama kami tunggu...huhuhu

    ReplyDelete