JANGAN ADA CINTA
Bab 4
“Tan Sri! Tan Sri!” Diana cuba
menyedarkan Tan Sri Mohamed yang dilihatnya rebah di atas lantai. Patutlah dari
tadi Diana ketuk pintu bilik tetap.i tetap tiada suara menjawab dari dalam.
Mesti ada yang tak kena pada Tan Sri.
“Hamid, call ambulans cepat.” Nampak
sahaja kelibat Hamid berlari masuk ke dalam bilik terus Diana menjerit meminta
pertolongan.
Siapa yang tidak panik dengan
keadaan sebegini. Mana pernah berlaku sebelum ini terutamanya kepada Tan Sri.
Dari tadi Diana asyik memastikan Tan Sri masih bernafas. Takut dia jika
tiba-tiba pernafasan Tan Sri terhenti. Berdoa panjang Diana supaya ianya tidak
berlaku.
“Kak Die! Kenapa ni? Kenapa dengan
daddy?” Daniel yang tiba-tiba melulu masuk sebaik sahaja mendapat tahu tentang
Tan Sri. Itu pun Hamid yang beritahu padanya sebaik sahaja dia menelefon
ambulans.
Wajah cemas Daniel dipandang. Diana
sendiri tiada jawapan tepat. “Kak Die tak tahu apa terjadi pada Tan Sri.
Masuk-masuk aje Tan Sri dah pengsan. Hamid, dah telefon ambulans?”
Pandangan Diana kini beralih pada
wajah Hamid. Manalah tahu si Hamid ni lupa nak telefon ambulans. Dia perlu
pastikan itu semua.
“Dah telefon.” Mereka sama-sama
menunggu ketibaan pihak ambulans. Nak buat apa-apa pun masing-masing bukannya
pakar dalam bidang ni. Nanti takut lain pula yang jadi. Diana masih juga cuba
menyedarkan Tan Sri. Begitu juga dengan Daniel. Namun sia-sia sahaja usaha
mereka. Tan Sri masih tidak sedarkan diri.
Dan akhirnya Tan Sri selamat dibawa
ke hospital. Hanya Diana dan Daniel yang ikut ke hospital.
“Kalau jadi apa-apa pada daddy….”
“Syhhhh… jangan fikir yang
bukan-bukan. Kita sama-sama berdoa supaya Tan Sri selamat.” Diana segera
memintas kata-kata Daniel. Dia tahu perasaan Daniel. Gundah gulana. Risau.
Gelisah. Semua sekali bercampur. Kalau nak diikutkan, dia sendiri pun rasa
begitu. Tetapi mana mungkin dia tunjukkan pada Daniel. Nanti lagi parah
perasaan Daniel.
Mereka berdua setia menunggu di luar
bilik kecemasan. Bila-bila masa sahaja doktor atau jururawat akan keluar dari
bilik tersebut. Tidak sabar mereka hendak tahu keadaan terkini Tan Sri.
“Macam mana keadaan Tan Sri?” Diana
terlebih dahulu bertanya bila seorang doktor lelaki datang mendekati mereka.
Sempat dia mengerling pada tag nama yang dipakainya. Doktor Badrul.
“He is stable now. Cuma masih lemah.
Keputusan sepenuhnya akan kita beritahu secepat mungkin. But now, Tan Sri
memang kena masuk wad. We need to monitor him.” Diana angguk tanda mengerti.
Mereka akan ikut sahaja apa yang doktor sarankan. Itu yang terbaik buat Tan
Sri.
“Daniel, Alhamdulillah. Syukur
sangat-sangat.” Diana mengusap lembut lengan Daniel. Rasa lega dan tenang
sedikit bila mendengar apa yang doktor katakan tadi. Barulah ada senyuman
terukir di bibir Daniel dan juga Diana.
“Sayang, daddy macam mana?” Mira
juga rasa risau bila mendapat tahu keadaan Tan Sri. Jatuh pengsan tiba-tiba.
Selalunya ada kaitan dengan jantung.
“He’s okay now. But we still need to
wait for the full result.” Suara Daniel juga sudah berubah. Tidaklah secemas tadi
bunyinya.
“Lepas kerja nanti Mira terus ke
sana.” Walaupun Mira tidak nampak, Daniel tetap menganggukkan kepalanya.
Daniel segera menguruskan sendiri
kemasukan Tan Sri ke wad VIP walaupun Diana mahu membantu. Sebagai anak, sudah
menjadi tanggungjawabnya memastikan keadaan daddy terjaga.
“Tan Sri okey tak tu?” Hani pula
yang nampak terlebih resah.
“Keadaan dia stabil sekarang ni.
Tapi masih dalam pemantauan. Kau ni kenapa, nampak resah semacam je.” Mira
tenung wajah Hani lama. Lain macam je si Hani ni.
“Iskh kau ni. Bukan apa la, arwah
bapak aku dulukan kes jantung jugak. Tu yang aku lemah sikit kalau dengar orang
admit sebab jantung. Lagipun umur Tan Sri lebih kurang umur bapak aku.” Panjang
lebar Hani memberi penjelasan. Tidak mahu Mira fikir lain.
“Oh okey. Ingatkan apalah tadi.” Sengaja
Mira melemparkan senyuman sinis pada Hani. Masih sempat lagi Mira mengusik
kawannya itu.
“Dah, kau jangan fikir yang
bukan-bukan. Aku, kenal Tan Sri pun tidak. Jumpa lagilah tak pernah.” Hani cuba
yakinkan lagi Mira supaya percaya dengan apa yang dikatakan tadi. Malas dia
hendak melayan si Mira, lebih baik dia sambung siapkan kerjanya. Sudahlah
berlambak lagi kerja tak siap.
Petang itu Mira segera memandu
keretanya menuju ke hospital. Sebelum dia keluar dari pejabat tadi, ada dia
menelefon Daniel bertanyakan lokasinya. Memang dari tengahari tadi Daniel ada
di sana menjaga Tan Sri. Cadangnya malam nanti baru dia hendak balik ke rumah
mengambil baju dan barang mandian. Dia tidak mahu sesiapa pun menemani Tan Sri
di hospital melainkan dirinya sendiri.
“Sayang, cepat sampai.” Daniel
menegur dahulu Mira sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam bilik yang
menempatkan Tan Sri.
“Jalan tak sesak sangat tadi. Uncle
macam mana?” Mira segera mendekati Daniel yang sedang duduk di tepi katil Tan
Sri. Ipad di tangan diletak ke tepi bila wajah Mira menghiasi ruang matanya.
“Dia baru tidur balik. Tadi dah
bangun makan.” Daniel usap lembut tangan Mira sambil pandangannya masih terarah
pada Tan Sri yang tidur lena dek ubat yang diberi makan tadi.
“You dah makan?” Mira mengalihkan
pandangan pada Daniel kini.
“I takda selera.” Memang sejak dari
tengahari tadi Daniel tidak jamah sebarang makanan.
“I dah agak dah. Ni I ada bawak nasi
goreng. You makan sikit ye.” Sudah Mira agak pun. Dia tahu perangai Daniel ni.
Kalau ada perkara yang merungsingkan fikirannya, mesti dia tak ambil kisah jika
perutnya lapar. Akan dibiarkan sahaja.
“You suapkan, boleh?” Mengada-ngada
pulak si Daniel ni. Hilang sedikit rasa rindu pada wanita yang berada di
hadapannya ini.
“Boleh, janji perut you tak kosong.”
Mira letak bungkusan yang dibawa tadi di atas meja sebelum membukanya.
“Uncle kena banyak berehat ni. Duduk
rumah je. Tak payah kerja dah lagi.” Mira sekadar memberi pendapatnya sahaja.
Sudu di tangan masih menguis-nguis nasi goreng tadi sebelum menyuapnya ke mulut
Daniel semula.
“Takda siapa nak gantikan tempat dia
lagi.” Air Nescafe panas dihirup perlahan.
“You kan ada sayang.” Hairan juga
Mira. Siapa lagi yang layak menggantikannya kalau bukan Daniel. Siapa lagi
waris Tan Sri selain Daniel, anak kandungnya.
“I tak layak. Yang lebih
layak….abang I.” Mira benar-benar terlupa yang Daniel ada seorang abang.
“Dia yang lebih layak menggantikan
tempat daddy. I tak layak. Banyak lagi benda yang I tak tahu.” Daniel luahkan
juga apa yang dia rasa selama ini.
“You dah beritahu abang you pasal
uncle?” Pertanyaan Mira sama seperti apa yang Diana tanya padanya tengahari
tadi. Dan jawapannya tetap sama. Kosong. Tiada jawapan keluar dari mulut
Daniel.
Mira tidak mahu memanjangkan lagi
isu tersebut. Dia cuba mengubah topik perbualan mereka. Biar Daniel tidak rasa
tertekan. Topik yang dapat menggembirakan hati Daniel. Biar dia rasa tenang
sedikit. Lupa akan masalah yang sedang dia hadapi.
Selepas hampir dua jam Mira menemani
Daniel di situ, akhirnya dia meminta diri untuk pulang ke rumah. Daniel pun
kebetulan hendak balik ke rumah sekejap. Hendak menukar pakaian.
“Anything call me.” Banyak kali Mira
ingatkan Daniel. Keprihatinan Mira memang tidak dapat disangkal. Sayangnya pada
Daniel semakin mendalam.
“You too sayang. Take care. I love
you.” Daniel beredar dari situ bila sahaja Mira masuk ke dalam kereta.
Enjin kereta dihidupkan. Telefon
yang disimpan di kocek seluar dikeluarkan. Nombor telefon seseorang dicari.
Abang Im.
Jarinya masih berkira-kira untuk
menekan butang dail. Tiada arahan diterima lagi.
“Abang Im tak sayang daddy, tak
sayang Daniel.” Nada suara Daniel sudah semakin meninggi.
“Daniel!” Hakim sudah tidak dapat menahan
marah. Bila-bila masa sahaja tapak tangannya boleh hinggap di pipi adiknya itu.
“Kalau abang sayangkan kami, kenapa
abang tak tinggal sahaja dengan kami di sini. Kenapa abang perlu balik ke sana
semula.” Air mata yang cuba ditahan dari tadi menitis juga akhirnya.
Pandangannya tepat terhala pada wajah abang kesayangannya itu.
“Abang…. Abang….” Bagaimana Hakim
hendak menjelaskan semuanya pada Daniel. Sukar untuknya menutur kata-kata.
Walau dihalang sekali pun, Hakim
tetap dengan keputusannya untuk bekerja di New York. Jauh meninggalkan Daniel.
Sudah lama Hakim tidak balik ke Malaysia hinggakan Tan Sri dan Daniel ke New
York untuk menyambut hari raya aidilfitri bersama-sama.
Kini barulah Daniel tahu sebab Hakim
tidak mahu balik dan tinggal bersama mereka di Malaysia. Itupun setelah Tan Sri
beritahu sebabnya. Kenangan bersama arwah mummy terlalu banyak. Dan sehingga
kini, Hakim masih tidak dapat menerima
sepenuh hatinya di atas kehilangan insan yang paling dia sayang.
Akhirnya, jari menekan juga.
Bunyi deringan berkumandang di
corong telinga Daniel.
“Hello?”
No comments:
Post a Comment