JANGAN ADA CINTA
Bab 3
“Amy Liana binti Azmil Stephen! Aku
ceraikan kau dengan talak satu.” Suara tegas Daniel membuatkan semua terdiam
termasuk isterinya yang baru sahaja dilepaskan.
Semua mata yang ada di situ
memandang tepat pada Daniel. Tan Sri Mohamed seperti tidak percaya dengan apa
yang baru sahaja berlaku di hadapan matanya. Kebetulan Tan Sri baru sahaja
pulang dari bermain golf. Tan Sri bersama dengan Pak Ali, pemandu peribadinya
terhenti langkah mereka sebaik sahaja mendengar kata-kata tegas Daniel itu.
Memang
sejak akhir-akhir ni pertelingkahan antara Daniel dan Liana semakin
menjadi-jadi. Ada sahaja perkara yang tidak kena di mata Daniel. Begitu juga
Liana. Itu tak kena, ini tak kena. Cuma mereka tidak pernah bergaduh di hadapan
Tan Sri. Rasa hormat pada orang tua masih ada. Walaupun begitu, Tan Sri lebih
cepat menghidu semuanya. Dia tahu hubungan mereka semakin retak. Cuma dia masih
tidak tahu punca pergaduhan mereka yang sebenarnya.
“I
never want to see you again Daniel Imran. You will regret it. You will.” Kali
ini suara Liana pula yang semakin meninggi. Pandangan Daniel pada Liana masih
seperti tadi. Tiada langsung rasa menyesal di sebalik anak matanya itu. Yang
ada cumalah rasa marah membuak-buak.
“Daniel!...
Liana!” sebelum Tan Sri mendekati mereka berdua, Liana terlebih dahulu
melangkah laju menghampiri bapa mertuanya itu.
“I’m
sorry daddy. Halalkan makan minum Liana selama ini.” Tangan Tan Sri dicapai.
Dikucup lama sebelum air mata jatuh membasahi tangan. Rambut Liana diusap
lembut. Rasa sedih menerjah di hati Tan Sri. Dia tidak suka perkara sebegini
terjadi di dalam keluarganya. Ibu bapa mana yang suka melihat rumahtangga
anak-anak mereka hancur begini.
“Daniel.”
Tan Sri masih cuba memujuk anaknya itu untuk menghalang Liana keluar dari rumah
mereka. Talak satu masih boleh dirujuk. Rujuk semula. Itu yang Tan Sri mahukan.
Mungkin Daniel telah melakukan kesilapan. Manusia. Tidak akan terlepas
melakukannya. Tapi..semuanya boleh diperbetulkan.
“I’m
sorry daddy.” Daniel tidak menunggu lama. Wajah Tan Sri dipandang sekali imbas
sahaja sebelum dia berlalu menaiki tangga ke tingkat atas.
Begitu
juga dengan Liana. Dia masih terus melangkah keluar dari rumah tersebut. Tan
Sri hanya mampu melihat sahaja.
“Sabar
Tan Sri. Mereka tengah marah tu. Kita tak boleh buat apa-apa. Tunggu nanti dah
reda sikit.” Pak Ali cuba memujuk Tan Sri. Dia tahu bagaimana perasaan Tan Sri.
Perasaan seorang ayah.
Deringan telefon menyedarkan Daniel
dari lamunannya.
Astaghfirullahalazim. Mengucap
panjang si Daniel. Peristiwa lama kembali menerjah fikirannya.
Telefon yang diletakkan di atas meja
masih berdering. Dengan hanya mendengar deringan tersebut sudah dia tahu
siapakah pemanggilnya.
“Hai sayang.”
“You dah mandi? Tengah buat apa?”
suara manja Mira berjaya menenangkan perasaan Daniel yang sedikit gelisah.
“Belum lagi. I tengah tengok CNN ni.
After this I pergi mandi ye sayang.” Memang Daniel terpaksa berbohong. Orang
kata bohong sunat. Takkanlah Daniel nak beritahu perkara sebenar pada buah
hatinya itu. TV pun tidak terpasang. Tengok CNN konon.
“Okeylah, ibu dah balik tu. Take
care sayang. I love you.”
“You too sayang. Take good care. I
love you so much.”
Arghhhhhh… kenapa selepas tiga tahun
semuanya muncul semula. Kenangan pahit dalam hidupnya kembali bermain di
fikiran. Wajah wanita yang sudah lama dia lupakan kini masuk ke dalam mimpinya.
Apakah semua ini… Apa yang berlaku sebenarnya…..
Amy Liana…. Kenapa kau perlu
melintasi pandangan mataku kini.
“Diana,
kalau Daniel dah masuk pejabat, suruh dia jumpa saya.” Arahan pertama Tan Sri
untuk hari ni diterima.
“Baik
Tan Sri.”
Dari
tadi Diana masih tidak nampak kelibat Daniel masuk ke pejabat. Tapi manalah
tahu dia terlepas pandang. Segera diangkat gagang telefon dan mendail sambungan
pejabat Daniel.
Tiada
sesiapa yang menjawabnya.
Baru
sahaja Diana hendak meletak gagang telefon, pandangannya terus tertacap pada
susuk tubuh seseorang.
“Daniel,
Tan Sri panggil you.”
“Daddy
dah sampai? Awalnya.” Diana sekadar mengangguk sambil tersenyum.
“Kak
Die, tolong jagakan kejap.” Beg laptop diletakkan di atas meja Diana. Jarak
umur antara mereka membuatkan Daniel anggap Diana seperti kakaknya sendiri.
Lagipun banyak juga Diana hulur bantuan pada Daniel berkaitan dengan kerja
pejabat.
“Yelah
anak Tan Sri.” Sengaja Diana usik Daniel pagi-pagi begini. Menjeling sedikit
Daniel pada Diana. Jeling manja. Dan bagi Diana, dia sudah biasa menyakat si
Daniel dengan gelaran tersebut.
Selepas mengetuk pintu pejabat Tan
Sri, Daniel masuk tanpa menunggu lebih lama. Wajah daddy nya dipandang tepat.
“Daddy nampak pucat. Are you not
feeling well?” Daniel segera mendekati Tan Sri dan letak tapak tangannya di
atas dahi Tan Sri.
“Daddy tak demam. Just…..rasa letih
sikit beberapa hari ni.” Sedikit ditepis tangan anaknya dari terus berada di
dahi.
“Then… pergilah berehat few days ni
daddy. Mana yang Daniel boleh uruskan, biarlah Daniel urus.” Perasaan risau
menerjah di hati Daniel. Dia tahu tahap kesihatan Tan Sri tidaklah berapa baik.
Kuat sangat bekerja punca utama. Dia kena banyak berehat sebenarnya. Itu yang
doktor sarankan dahulu. Tapi macam biasalah, kedegilan Tan Sri tak boleh
disangkal. Kalau dia tak mahu, janganlah dipaksa atau dihalang.
Kan lebih senang kalau mummy masih
ada. Kenapa mummy perlu tinggalkan kami semua terlalu awal.
“Itu semua kuasa Allah Daniel.
Jangan sesekali menolak takdir. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk
kita semua.” Air mata Daniel mengalir saat dia teringatkan kata-kata Tan Sri
dahulu selepas balik dari tanah perkuburan.Jenazah mummy selamat dikebumikan.
“Daddy, why don’t kita cuba minta
Abang Im…..” Kata-kata Daniel terhenti saat Tan Sri memandang tepat ke dalam
anak matanya.
“He’s happy there. Daddy tak mahu
rosakkan kebahagiaan dia dekat sana.”
“But daddy..”
“Daniel, stop it. Daddy masih boleh
uruskan semuanya ni. Daniel kan ada.”
“Daniel tak sekuat Abang Im. He is
the perfect person daddy. Daniel yakin he can replace you better than me.” Memang
itu yang Daniel rasakan. Dia masih tidak yakin dengan dirinya sendiri untuk
mengambil alih tempat Tan Sri. Pengalaman yang dia ada masih tidak cukup.
“Enough Daniel!”
Terdiam Daniel. Dia tidak tahu
kenapalah susah sangat daddy hendak terima apa yang dia katakan. Memang itu
yang terbaik untuk syarikat ini. Daniel tidak pernah pentingkan diri sendiri.
Kalau betullah dia tamakkan harta, sudah lama dia ambil alih tempat daddy nya.
Biar dia pegang jawatan tertinggi di dalam syarikat tersebut.
“Kak Die kata daddy cari Daniel pagi
tadi. Ada apa daddy?” Daniel tidak mahu memanjangkan lagi perkara tersebut. Dia
tahu akhirnya nanti dia juga yang terpaksa mengalah.
“Daddy nak Daniel uruskan projek ni.
Ada masalah sikit. Try figure out apa masalahnya. Projek tak dapat siapkan
dalam masa yang kita nak. Hamdan is the person in charge. Try check with him.”
Fail di tangan Tan Sri dicapai. Dia
berlalu keluar dari pejabat tersebut. Sempat Daniel mengerling pada wajah Tan
Sri. Apa yang Daniel boleh buat. Sekadar mengeluh. Mana boleh dipaksa-paksa Tan
Sri Mohamed ni.
“Daniel, beg ni.” Hampir terlupa
Daniel dengan beg laptopnya. Nasiblah Diana ingatkannya.
“Terlupalah Kak Die. Sorry.”
“Kenapa ni? Ada masalah ke dengan
Tan Sri?” Diana sekadar mengagak. Selalunya Daniel memang begitu. Boleh nampak
dari raut wajahnya.
“Daddy nampak tak sihat tu. But, you
know him. Degil.” Perlahan sahaja Daniel bersuara tetapi masih jelas di telinga
Diana. Mengangguk berulang kali dia. Memang betul pun apa yang Daniel kata.
Degil.
“Oh ye, asyik lupa je nak tanya.
How’s your brother, Hakim? Dia masih dekat sana ke?”
“Yup. Masih dekat sana. And he is
doing well there. Kerja dengan company besar Kak Die. Abang Im berani. Not like
me. Jauh beza.” Ketawa Kak Die mendengarnya. Lagi-lagi bila Daniel buat raut
wajah dengan bibir sedikit dijuihkan.
“Mana ada. Daniel pun berani. Like
him. Like your daddy.” Ayat pujuk hati Daniel.
“Pandai ajelah Kak Die ni. Okeylah,
Kak Die, tolong call Hamdan. Suruh dia jumpa saya dekat pejabat. Thank you.”
Dengan galas beg laptop dan fail di tangan, Daniel melangkah terus menuju ke
pejabatnya. Banyak kerja yang perlu diuruskan hari ni.
dah lama menyepi. txs for the update. Nie cinta 3 segi adik beradik ya.
ReplyDeleteHehe.. sorry sis.. sibuk sgt2 skrg ni. Cinta 3 segi.. ada konflik sikit..
DeleteLama dah akak menyepi.
ReplyDeleteBile nak sambung jangan ada cinta ni.
sorry dear.. sibuk sesangat skrg ni. OK, sis masukkan JAC bab seterusnya ye..
Delete