As salam dan selamat malam semua. Jom baca sambungan DPH.
(Maaf ye sbb biarkan blog ni bersarang lamanya.)
DIA… PENJAGA HATIKU.
Bab 10
“Zaira, masuk office saya sekarang.” Cepat-cepat Zaira mencapai pen
dan buku catatannya untuk dibawa bersama ke dalam bilik bos. Dan sempat juga
dia membawa sekali beberapa dokumen untuk ditandatangi.
“Ya, Encik Haikal.” Zaira melangkah
masuk selepas mengetuk pintu bilik bos.
“Duduk.” Zaira akur. Kerusi di
hadapan Haikal ditarik sedikit sebelum duduk. Pen dan buku masih setia
dipegang.
Zaira tidak berani bertentang mata
dengan Haikal selepas kes malam itu. Terserempak di dalam panggung wayang.
Kecilnya dunia ini.
“Jumaat ni saya nak Zaira temankan
saya ke majlis perkahwinan anak Dato’ Ghani. Nanti RSVP pada mereka.” Memang
Zaira ada menerima kad jemputan dari Dato’ Ghani, salah seorang klien utama syarikat
mereka ini. Kad berwarna gold. Simple tapi tetap nampak ekslusif.
“Tapi, kenapa Encik Haikal tak pergi
dengan…” Hilang sudah kata-katanya saat pandangan mereka bersatu. Gemuruh
tiba-tiba pulak ni.
“Tapi kenapa saya tak pergi dengan
tunang saya?” Mengangguk perlahan Zaira. Masih takut kalau Haikal marah dengan
soalan tadi.
“Sebab… saya tak rasa saya nak pergi
dengan dia. Saya rasa takda masalah apa-apa kan. Saya bawa awak, staf saya
sendiri. Takkan itu pun tak boleh.”
Terdiam Zaira. Nak jawab apa lagi.
Tapi memang peliklah jawapan dari bos. Dah ada tunang cantik macam tu pun
taknak bawa ke majlis-majlis besar macam ni. Diorang tengah gaduh ke. Dah tu,
aku yang jadi mangsa keadaan. Sabar jelah Zaira. Dalam pada itu, takut juga kalau-kalau timbul masalah nanti. Api
cemburu ni payah nak sejuk.
Dokumen semuanya sudah
ditandatangani. Kakinya sudah tidak sabar-sabar hendak meninggalkan pejabat
Haikal. Rasa tidak betah berada lama bersama Haikal.
Arahan Haikal membuatkan dia
terpaksa balik ke kampung lewat sikit. Baru pasang niat hendak balik selepas
kerja hari jumaat tu. Tiket belum beli lagi, jadi takdalah rasa rugi apa pun.
Kenapa berkerut ni? Kena marah
dengan bos ke?” Segera dirapati kawannya itu.
“Bos tak marah tapi arahan dia tu….
Alasan macam tak logik.” Diletaknya dokumen-dokumen tadi di tepi komputer.
Kejap lagi dia perlu buat salinan pula setiap dokumen tadi untuk disimpan dalam
fail.
“Arahan? Arahan apa? Alasan tak
logik apanya? Cuba kau cerita sikit dekat aku.” Apa lagi. Teruslah diceritakan
semua sekali pada Azlin. Biar Azlin fikir samada alasan tu logik atau tidak.
“Apa?!”
“Iskh kau ni. Perlahanlah sikit.
Nanti bos dengar masak aku.” Mulut Azlin cuba ditekup. Takut suaranya sampai ke
telinga Haikal nanti.
“Sorry sorry. Bos kata dia taknak
pergi dengan tunang dia? Biar betul bos ni. Tunang punya cantik tu. Tapi yang
buat aku pelik. Apasal pulak dia nak bawak kau sekali. Kenapa tak pergi
seorang.” Itu memang pelik. Tidak pernah pun bosnya itu bawa staf perempuan ke
mana-mana. Kak Siti pun tidak pernah dia bawa ke majlis macam ni.
“Entahlah Azlin. Aku lagilah pelik.
Mungkin kot sebab aku terima kad tu ataupun dia segan nak pergi seorang. Tu
sebab dia bawak aku.” Zaira mengiyakan sendiri kata-katanya. Diangguk berulang
kali.
“Tak pernah pulak aku dengar Kak
Siti ikut bos pergi majlis macam ni. Kalau meeting tu adalah.” Cuba dia fikir
semula. Setahu dia memang tak pernah sekali pun.
“Habis tu kau ikut ke bos nanti?”
Takut pula Zaira dengar kata-kata Azlin tadi. Tak pernah bawa. Habis tu kenapa
dia nak bawa aku. Takut pula kalau-kalau ada niat jahat pada dia. Malam hari
pulak tu.
Di mana…pukul berapa… semuanya
diberitahu pada Azlin. Biar ada yang tahu kemana Haikal akan bawa dia pergi
nanti. Takut terjadi apa-apa padanya.
Encik Haikal…. Siapa yang tidak
terpikat dengannya. Tidak terkecuali Zaira juga. Perasaan suka terselit juga
dalam hati kecilnya. Tetapi Zaira tidak menyemarakkan lagi perasaan itu. Biar
hilang sedikit demi sedikit.
Bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi. Itu yang Zaira tekankan. Kalau pun hatinya suka pada Haikal, tidak ke
mana. Bukannya berbalas cintanya itu.
Ya Allah! Apa semua ni. Kenapa ada
perasaan ni pada Zaira. Dia akan jadi milik orang, Haikal. Wake up. Jangan ganggu perhubungan mereka. Zaira cuma salah seorang
pekerja kau. Dia cuma pengganti Siti.
No, cuma dua bulan sahaja. Hubungan
rapat ini tidak akan kemana-mana.
“Kau tengok okey ke aku ni? Tak over
ke?” Nora, teman serumahnya malas hendak melayan Zaira. Sudah lebih dari dua
puluh kali ditanya soalan sama.
“Iskh kau ni. Kau memang nak dengar
aku cakap over ke? Dari tadi sibuk tanya.” Tiada mood hendak menjawab lagi.
“Kalau over, aku nak tukar baju.
Sempat lagi ni.” Dari hujung rambut ke hujung kaki sibuk diperhatikan. Kejap
okey, kejap tak okey ditengok. Mata aku ni dah rosak agaknya.
“Cik Zaira, sekali lagi aku cakap.
Tak o…ver! Okeylah ni. Kau nak pergi majlis kahwin dekat hotel. Mestilah kena
pakai macam ni. Takkanlah kau nak pakai baju kurung biasa tu. Dan… lagi satu,
kau pergi dengan bos kau kan. Sah-sahlah dia orang kenal. Nanti malulah dia
kalau kau pakai ala-ala je.” Panjang lebar terus Nora terangkan. Harap ini yang
terakhir Zaira akan tanya padanya. Penat dah ulang benda yang sama.
Baju kebaya moden berwarna hitam
dikenakan dengan kain gold. Habis wajah mulus Zaira disolek. Rambutnya juga
didandan rapi. Kemas. Menyerlahkan lagi kecantikan Zaira.
“Aduh, aku tak perasan ada whatsapp
masuk. Encik Haikal pulak tu. Okeylah, aku kena pergi ni. Dia dah tunggu.”
Kelam kabut dibuatnya. Itulah kau Zaira. Dari tadi asyik sibuk belek diri
sendiri dekat cermin. Sampai orang hantar Whatsapp pun tak perasan.
Menggeleng si Nora melihat aksi
kelam kabut kawannya itu. Lega. Takdalah dengar soalan yang sama lagi. Fuhhhh..
Kereta Porsche Cayenne milik Haikal
berhenti di hadapan rumah sewa Zaira. Menungunya di dalam kereta.
“Maaf Encik Haikal. Saya tak perasan
tadi.” Masuk sahaja ke dalam kereta, terus dia meminta maaf. Kalau lihat dari
Whatsapp yang dihantar tadi, sudah hampir lima belas minit Haikal tunggu. Rasa
bersalah menerpa di hatinya.
“Encik Haikal?” Tidak berkelip
Haikal memandang Zaira. Rasa seperti baru ternampak bidadari turun dari
kayangan. Tidak pernah dia rasa begini dengan mana-mana wanita. Dengan Kirana
pun tidak.
“Encik Haikal, tebal sangat ke make
up saya? Baju saya ni tak okey ye?” Semua ditanya. Ni Nora punya pasal. Mesti
Encik Haikal tengok aku macam opera cina. Ala, macam mana ni.
Tangan Zaira cuba mengambil tisu dan
cermin yang disimpan di dalam beg tangan. Malunya. Malu bila Encik Haikal
pandang macam tu. Nasib jugalah dia tak ketawakan kau Zaira. Kalau tidak
lagilah malu.
“No Zaira... You look very damn
beautiful tonight.” Haikal menghalang tangan Zaira dari mengambil barang dari
beg tangan. Kini tangan Zaira sudah berada di dalam genggamannya. Bukan Zaira
sahaja yang terkejut, malah Haikal juga. Reaksi spontan macam ni lah buat
jantung masing-masing berdegup kencang.
“Zaira cantik sangat malam ni. And I
think you should thank your friend for all this.” Tangan Zaira dilepaskan. Tapi
pandangannya masih tertumpu pada wajah Zaira.
“Betul ke Encik Haikal? Kalau tebal,
saya lap sikit make up ni. Nanti orang fikir saya badut pulak.” Biar dia
berterus terang sekarang, dari nanti kena jadi bahan ketawa orang ramai pula. Mahu
sebulan aku tak keluar rumah.
Haikal sekadar menggelengkan kepala.
Dia tiada kata-kata lagi untuk berbicara. Terkunci sudah mulutnya.
“Zaira okey tak ni?” ditanya pada
Zaira sebaik sahaja mereka menghampiri dewan besar di dalam hotel terkemuka di
ibu kota ini
“Saya… saya seganlah Encik Haikal.”
Zaira memperlahankan langkahnya. Apa tidaknya, belum lagi masuk ke dalam dewan,
ramai yang sudah menegur Haikal.
“Okey, I will not leave you alone
Zaira. Macam ni… kalau awak tak selesa nanti, kita balik okey?” sudah keluar
suara romantik Haikal. Buat hati Zaira cair dengan sendiri. Dibalasnya senyuman
manis Haikal yang dilemparkan padanya.
Terpegun Zaira saat kaki melangkah
masuk ke dalam dewan. Dekorasi yang sungguh cantik dan ekslusif. Hiasan
bunga-bunga hidup yang tersusun rapi. Penataan cahaya juga membuatkan dewan
kelihatan bertambah indah.
Inilah wedding dream aku……. Bisik hati
kecil Zaira.
“Haikal, you are here. Thank you for
coming.” Dato’ Ghani menghampiri mereka berdua dan menghulurkan salam.
“And this is…” dibiar tergantung
ayatnya. Berharap Haikal akan menyambung.
“Zaira, my partner for tonight.” Haikal cepat-cepat mendekatkan diri pada
Zaira. Lain macam betul Dato’ ni tengok aku. Entah-entah Encik Haikal ni tipu.
Memang muka aku macam badut agaknya. Mak…. Tolong Zaira.
“For your info… Dato’ Ghani ni
memang macam tu. Tak boleh tengok perempuan cantik. But don’t worry, dia takkan
kacau partner tetamu dia. Awak selamat Zaira.” Haikal berbisik pada Zaira.
Lega Zaira. Memang seram cara Dato’
Ghani pandang dia tadi. Kalau takda Haikal tadi, memang Zaira jadi mangsa gatal
Dato’ Ghani.
Perempuan cantik? Aku cantik? Hampir
keluar ketawanya. Tapi sempat dia tahan. Nanti malu pula Haikal. Dahlah kena
duduk dekat meja VIP. Langsung mati kutu Zaira.
Ini kalau Kirana yang duduk sini,
bolehlah dia bersembang bagai dengan mereka-mereka semua. Ini aku. Manalah aku
tahu sangat nak borak apa-apa. Setakat hai tu bolehlah.
Tetamu-tetamu yang hadir bukannya
tidak ada yang kenal Haikal dan Kirana. Mereka tahu hubungan cinta mereka
berdua. Tetapi tiada siapa pun yang kisah jika Haikal datang dengan perempuan
lain. Sebabnya… mereka juga sama. Bukannya semua yang datang dengan isteri
masing-masing. Sibuk bawa isteri kedua tak pun teman wanita. Pasang lain
semuanya tanpa pengetahuan isteri pertama. Hebat juga dunia orang-orang kaya
ni.
** Bersambung......