DIA… PENJAGA HATIKU.
Bab 3
“Encik Haikal, bulan depan saya dah nak cuti bersalin. Encik Haikal
dah ada orang untuk ganti tempat saya ke” Tanya Siti pada Haikal sambil dia
menghulurkan beberapa set dokumen untuk ditandatangani oleh bosnya itu.
“Kita ambil orang dalam sahaja untuk
gantikan tempat awak. Lagi senang dari ambil orang luar. Awak ada cadangan ke
Siti?” tanya Haikal setelah habis menandatangani semuanya. Dipandang wajah Siti
yang berdiri di hadapannya.
“Apa kata ambil Zaira gantikan
tempat saya. Saya rasa dia okey. Cuma bab-bab secretarial ni dia kurang cekap
sikit. Tapi takpa Encik Haikal. Sebab saya rasa dia fast learner. Cepat je
boleh tangkap apa yang saya ajar nanti. Itu pun kalau Encik Haikal setuju.”
Nama Zaira yang berlegar-legar di fikirannya. Lagipun untuk dua bulan sahaja.
Dan Siti rasa dialah calon paling sesuai.
“Ermmmm, okey. Awak ajarlah dia
apa-apa yang patut. Kalau ada apa-apa beritahu saya.” Tidak berfikir panjang
lagi. Terus Haikal bersetuju dengan cadangan setiausahanya itu.
Zaira….. Tersenyum sendiri Haikal
bila menyebut namanya.
“Apa ni Kak Siti? Taknaklah saya.
Saya mana tahu buat kerja-kerja akak tu.” Zaira tidak bersetuju dengan
keputusan Siti dan Haikal. Takutlah kalau fikirkan yang dia kena buat semua
kerja Siti. Dahlah kena masuk bilik Encik Haikal setiap hari. Benda tu lah dia
hendak elakkan.
“Zaira, akak ajarlah nanti. Jangan
risaulah. Dua bulan je pun. Bukan lama. Lagipun akak dah beritahu dekat Encik
Haikal pasal Zaira. Dia tahu Zaira tak pernah buat kerja-kerja setiausaha ni.
Dia fahamlah Zaira.” Dipujuk hati Zaira untuk terima. Kalau dia tak mahu, siapa
lagilah yang dia hendak cari. Buntu dah fikirannya.
“Akak ni… Apasal petik nama saya.”
Merungut Zaira sambil memicit-micit kepalanya yang sudah sedikit pening.
“Dahlah Zaira. Kau ni kan. Semuanya
takut. Macamana nak naik pangkat kalau macam ni. Nanti dapat allowance tahu
tak. Boleh simpan duit tu.” Allowance? Tidak Zaira tahu pun.
Pening juga Zaira fikirkan. Kalau
dia terima tugas ni, maknanya hari-hari dia kena tengok muka Encik Haikal tu.
Muka hensem dia tu. Kalau aku terpikat dengan dia nanti macam mana. Oh, tidak.
Ingat Zaira. Kau ada Azri, dan dia ada tunang cantik dia tu.
Harap-haraplah dua bulan ni akan
berjalan lancar. Tiada masalah yang timbul kelak. Aminnnnnn…
“Zaira, setiap pagi kena buatkan
Encik Haikal air Nescafe ye. Zaira nampak dia masuk, terus buat air dulu dekat
pantri.’ Siti menyenaraikan segala benda yang Zaira perlu buat untuk bosnya
nanti. Tidak lupa juga Siti mengajar Zaira menempah flight ticket bila disuruh.
Encik Haikal ni selalu juga outstation. Kadang-kadang sampai ke luar negara.
Semuanya memerlukan Zaira menyediakan pengangkutan dan penginapan sekali.
“Lupa pulak akak nak beritahu.
Kadang-kadang bos ni outstation dia ajak kita sekali. Kalau meeting selalunya.
Nanti Zaira kena ikut tau. Jangan nanti Zaira ingat bos nak menggatal pulak
dekat Zaira.” Siti mengangkat kening sambil memandang Zaira yang tergamam
mendengarnya.
“Apalah akak ni. Mana ada Zaira
fikir sampai macam tu. Tapi tulah kak, memang kena ikut ke? Harap-haraplah
untuk dua bulan ni, Encik Haikal tak kemana-mana.” Seraya mengangkat tangan
memohon doa. Ditepuknya bahu Zaira sambil menyambung kemmbali penyerahan kerja.
“Siti, panggil Zaira masuk. Both of
you.” Haikal memanggil kedua-dua mereka masuk ke dalam pejabatnya. Inilah kali
kedua Zaira akan masuk. Berdebar-debar juga jantungnya.
Tuk tuk….
“Masuk.” Bila mendengar suara Haikal
dari dalam, barulah Siti memulas tombol pintu. Dia melangkah masuk diikuti Zaira
yang setia mengekori di belakang.
Sibuk benar si Haikal ni. Laju betul
dia menaip sesuatu di atas laptop kesayangannya itu.
Lama juga Siti dan Zaira duduk
menunggu Haikal bersuara. Isyarat mata dari Siti jelas menunjukkan Haikal tidak
suka jika orang menganggu dia sedang buat kerja. Itu sebabnya Siti hanya diam
menunggu.
“Okey, So, awak dah ajar semua pada
Zaira?” Kini Haikal sudah berpeluk tubuh sambil menyandar di kerusinya.
Pandangannya dihala pada Siti. Dan kemudian beralih pada Zaira. Zaira langsung
tidak sedar yang Haikal sedang melihatnya dan bukan Siti seperti yang dia
sangka. Ralit dia memerhatikan pen yang diletakkan di atas meja. Cantik. Nampak
ekslusif. Tentu mahal harganya ni.
“Dah Encik Haikal. Saya dah ajar apa
yang patut. Insya-Allah dia boleh buat semua tu. Kan Zaira?” tanya Siti pada
Zaira. Bila namanya disebut barulah dia mengangkat muka.
“Zaira?” Sekali lagi Siti menekankan
nama Zaira. Maknanya memang perlu dia menjawab.
“Insya-Allah Encik Haikal. Saya akan
cuba buat yang terbaik. Saya harap Encik Haikal juga boleh beri tunjuk ajar
pada saya nanti. Maaf kalau saya ada buat salah.” Lembut sahaja suara Zaira
membalas.
“Okey, bagus. Yang penting bagi
saya… bila saya suruh buat sesuatu, jangan lambat siapkan. Saya tak suka kerja
bertangguh ni. Kalau kerja yang saya beri nanti tak faham, just let me know.
Tanya saya. For you information, saya tak makan orang. Belum pernah lagi.” Siti
sudah ketawa kecil mendengar ayat terakhir bosnya itu. Zaira pula serba salah.
Nanti kalau dia ketawa, dikatakan kurang ajar. Kalau tak ketawa, nanti terasa
pulak. Buat lawak, tapi tak ketawa. Suara tegas, tapi ayat dia….. lawak.
Aduhai….
Mereka keluar dari bilik apabila
Haikal menerima satu panggilan penting dari salah seorang client syarikat
mereka.
“Zaira, akak dah start cuti minggu
depan. Jadi.. kalau ada apa-apa yang Zaira tak tahu, Zaira tanya cepat ye.
Manalah tahu kot baby ni nak keluar cepat. Tak sempat nak tunggu minggu depan.”
Jelas Siti ketika mereka sama-sama keluar makan tengahari. Azlin juga sibuk
mendengar. Mereka makan di restoran berhampiran dengan bangunan Kenanga
Holdings.
“Cepatnya kak. Bertambah takut saya
ni. Macam tegas je Encik Haikal tu kak.” Terus hilang selera makan Zaira bila
mendengar kata-kata Siti. Dia senditi tidak tahu kenapa dia berasa risau dan
gelisah setiap kali nama Encik Haikal disebut. Mungkin juga sebab inilah kali
pertama dia akan bekerja dengan orang atasan. Orang kuat syarikat. Mampukah
dia.
Takpa Zaira. Cuma dua bulan je. Dua
bulan. Bukannya dua tahun pun. Relaks….
“ Dia kan dah cakap tadi, dia… tak
makan orang. Belum pernah.” Terburai ketawa Azlin dan Siti. Zaira pula sekadar
tersenyum tawar. Lawaklah sangat. Kecut perut dah ni.
“Encik Haikal cakap macam tu. Tapi
kan Zaira. Encik Haikal tu dengan kak Siti je dia baik. Dengan orang lain tak.
Dengan aku, mana pernah dia beramah mesra. Setakat senyum je. Jaga-jaga Zaira.
Dia spesis harimau jadian kot.” Apa lagi, terus kena cubitlah si Azlin ni
dengan tangan Zaira yang sudah bertukar menjadi sepit ketam.
“Aduh, sakit.” Mengadu sakit si
Azlin pada Siti.
“Tahu sakit. Cakaplah lagi.” Siti sekadar ketawa melihat gaduh manja mereka
berdua ni. Sesekali dia mengusap perutnya. Rasa sedikit tegang.
“Zaira, ni nombor telefon pejabat
Tan Sri Ahmad. Zaira tahu kan siapa dia?” Siti memberikan senarai nombor
telefon yang agak penting pada Zaira.
“Tahu kak. Tapi selama saya bekerja
dekat sini, tak pernah pun Tan Sri datang. Dia memang jarang datang sini ke
kak?”
“Jarang sangat. Dia memang serahkan
semua urusan syarikat ni pada Encik Haikal. Lagipun Encik Haikal kan bakal
menantu dia.” Zaira mengangguk. Dia terlupa yang Cik Kirana adalah anak
perempuan Tan Sri Ahmad. Patutlah berlagak sangat dia tu.
“Lagipun pejabat Tan Sri jauh sikit
dari sini. Selalunya Encik Haikal yang akan ke sana. Jumpa dengan Tan Sri. Akak
ni pun boleh kira berapa kali je jejak kaki ke sana. Pejabat bertaraf lima
bintang tau. Jauh beza dengan sini.” Beria-ia Siti bercerita. Tidak dapat dia
bayangkan macam manalah keadaan di sana. Kalau dekat pejabat Kenanga Holdings
ni pun dah nampak ekslusif, ini… lebih lagi. Fuhh…
“Ni lah semua nombor-nombor penting.
Zaira simpan baik-baik. Private and confidential ye. Jangan bagi orang lain
nampak.” Mengangguk Zaira tanda faham.
Hari ni merupakan hari pertama Zaira menjalankan tugasnya sebagai
setiausaha Haikal untuk dua bulan yang akan datang. Siti sudah mula bercuti.
Dia hanya menunggu hari untuk bersalin sekarang ni.
Zaira tidak lupa untuk memanjangkan
doa semasa bersolat subuh tadi. Berharap semuanya akan baik-baik sahaja hari ni
dan hari-hari yang mendatang. Moga tiada masalah untuk dia menyesuaikan diri
dengan Haikal nanti.
No comments:
Post a Comment