My corner's visitor

Sunday, April 12, 2015

Cinta Hati Sayang - Teaser ke-2

As salam dan selamat malam semua.. 

Lama betul tak update blog kita ni. Tak tipu. Memang tengah sibuk siapkan CHS. Insyaallah akan cuba siapkan sebelum PBAKL nanti. Lepas ni bolehlah mula balik dengan Majikanku Sayangku. Harap masih ada yang follow cerita MS tu. 

Ni kita masukkan teaser ke2 untuk CHS. Harap terubat rindu dekat mereka berdua ni. ZarifLara


#Cinta Hati Sayang
#Teaserkedua


“Makin rapat Lara dengan papa dan mama ye.” Zarif mahu menguji keikhlasan Lara terhadap keluarganya.

            “Rasa segan juga kadang-kadang. Sebab saya tahu siapa saya. Lainlah Sofea. Dia memang ada hubungan dengan keluarga ni.” Memang itu yang Lara rasakan. Kalau boleh dia tidak mahu terlalu rapat dengan keluarga Tan Sri. Takut disalaherti atas keakraban mereka nanti.

            “But, mama dengan papa ikhlas terima you.”

            “Saya masih sedar siapa saya. Dan kalau boleh saya taknak sebenarnya terlalu rapat dengan keluarga Tan Sri. Nanti apa pula orang kata. Lagipun saya takda apa-apa hubungan pun. Kak Hana dengan Abang Naim dah bercerai dulu. Jadi mereka dah takda apa-apa hubungan lagi.”

            Zarif masih setia mendengar.

            “Saya harap semua orang dapat maafkan Kak Hana. Saya tahu apa yang telah dia buat pada keluarga Tan Sri terlalu teruk. Tapi saya tak boleh nak buat apa-apa pun. Siapa saya nak nasihatkan Kak Hana. Pangkat seorang adik sahaja.” Lara tidak tahu macam mana dia boleh meluahkan isi hatinya yang dipendam selama ini pada Zarif. Bukannya dia rapat sangat pun dengan Zarif, tetapi dia dapat rasakan Zarif akan faham dengan keadaannya.

            “Dia buat sampai Naim jadi macam tu.” Kini Zarif pula yang rasa dia patut beritahu Lara keadaan keluarganya.

            “Saya….” Lara tidak dapat fikir apa-apa. Sudah banyak kali dia beritahu yang dia tidak mampu untuk mengubah apa yang telah berlaku pada Naim.

             “Berapa lama Naim terpaksa menanggung derita atas perbuatan Hana.” Nada Zarif berubah. Sedih bila teringatkan keadaan Naim waktu itu. Menangis bila diberitahu yang dia telah lumpuh. Kakinya tidak dapat berfungsi seperti orang normal lain.

              Lara dapat rasakan yang Zarif memang sayangkan adik-adiknya. Begitu juga dia. Dia tetap sayangkan satu-satunya kakak yang dia ada. Tetapi semuanya sudah hilang bila Hana telah pergi menghadap ilahi.

              Kau masih ada dia lagi. Aku……. Tiada sesiapa pun dalam dunia ni. Lara rindukan kak Hana. Terlalu rindu.

              Air mata Lara tiba-tiba mengalir membasahi pipinya. Segera dia mengesat sebelum Zarif nampak.

             “Kita balik.” Mood Zarif tiba-tiba berubah. Lara tahu ini semua mesti ada kaitan dengan apa yang dia katakan tadi. Pasal Naim.


*** Minta jasa baik semua yang dah baca teaser ni utk CLICK atau komen ye. Nak tahu juga ramai ke yang follow cerita ni...... *****


23 comments:

  1. saya..saya...hahaha...excited tau tggu zarif ngan lara ni..cepat2 bukukan ye..nk peluk yg ni plak..KTM dah buat sy kencing manis dengan sweet2 dato haris..hahaha
    nk tggu versi CHS plak..hehe..selamat maju jaya hairynn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouhhh....Terima kasih tau sebab beri sokongan dari awal lagi. Doa2kan semoga diterima pihak penerbit ye. Amin.....

      Delete
  2. txs for the teaser. RIndu kat Zarif ngan Lara.

    ReplyDelete
  3. akhirnya...muncul gak lara n zarif...
    moga kuar cpt le CHS ni..gud lux

    ReplyDelete
  4. KTM de best.. i rekomen to others n they also like it..
    hope CHS ni pon the best among the best.. Gud luck Hairynn..

    ReplyDelete
  5. Pendeknya..x puas la..but good job, regardless ;)

    ReplyDelete
  6. Memang menantikan kemunculan n3 terbaru..sgt2 menantikannya sebenarnya. Hope dapat baca new n3 after this teaser..rasa dekat dengan lara dan zarif..keep it up n really good job

    ReplyDelete
  7. Xpuas ati arr..pendek je..ghindu ssgt ni

    ReplyDelete
  8. Hairynn....cepatlah habiskan. Kak zarina x sabar dah ni

    ReplyDelete
  9. Nak lagi.. tak puas baca....

    ReplyDelete
  10. me..me...i follow...terbitkan cepat yer..klu boleh thn ni gak

    ReplyDelete
  11. Tq sumaaaaaa... Yup, tengah usaha utk siapkan ni. Chaiyokkkk Hairynn.. ;)

    ReplyDelete
  12. more entry pls.. hopefully until the end... ;-) ... pray u will get a lot of ideas to finish this story..

    ReplyDelete