Jemput baca Teaser Pertama Cinta Hati Sayang
(Harap dapat mengubati kerinduan semua pada Carl Zarif dan Lara Alina)
#Feelingjatuhcinta
#Bahagianyahidup
#CarlZarifLaraAlina
“Lambat balik.” Terkejut Lara dibuatnya. Dia baru
hendak menutup pintu kereta. Tadi semasa dia masuk di perkarangan rumah Tan
Sri, memang dia ada nampak kereta Zarif sudah ada terparkir di tempatnya. Tapi
tidak pula dia terfikir yang Zarif masih ada di dalam kereta.
“Saya..saya pergi jamuan makan dekat
pejabat Encik Hamid tadi dengan Encik Badrul.” Kerana terkejut terus
tergagap-gagap Lara berbicara.
“Ermmmm, kenapa I tak tahu.” Zarif
sudah turun dari kereta. Dia menutup pintu kereta dan berjalan menghampiri Lara
yang masih berdiri tegak di tepi keretanya.
“Manalah saya nak tahu. Tadi tu pun
Encik Badrul yang beritahu saya. Dia lupa nak beritahu kot.” Lara masih
menyebelahi Badrul. Entah-entah dia ada beritahu Zarif. Mamat ni yang lupa.
“Lain kali kalau nak keluar
mana-mana, beritahu I. Ingat tu. Kalau tak sempat telefon, hantar mesej pada
I.” Suatu arahan baru sahaja dikeluarkan kepada Lara.
“Okey.” Nada suara Lara jelas
menunjukkan yang dia agak terasa juga bila Zarif bersuara agak tegas padanya. Apa
salah dia pun tidak dia tahu.
Baru sahaja dua langkah Lara
berjalan, lengannya dipaut.“Bukan apa, kalau jadi apa-apa dekat you, at least I
tahu you pergi mana. I taknak terjadi apa-apa dekat you.”
****************************
“Seronok pergi jamuan tadi?” Zarif tiba-tiba bertanya
tentang jamuan petang tadi. Niatnya bukan untuk tahu samada jamuan tersebut
bagus atau tidak. Lebih kepada Lara. Dia mahu tahu samada Lara seronok keluar
dengan Badrul tadi.
“Okeylah. Banyak makanan.
Seronoklah. Tapi ramai sangat orang tadi. Nasib masa kami sampai dah ramai yang
nak balik.” Lara menaiki kereta Badrul tadi. Hanya mereka berdua sahaja ke
sana.
“Lara pergi dengan Badrul je ke?
Berdua?” Lara mengangguk menjawab pertanyaan Zarif itu. Tidak salah rasanya.
Lagipun dia pergi dengan bos atas urusan kerja. Bukannya mereka pergi melencong
tempat lain pun. Balik dari situ Badrul terus menghantarnya semula ke pejabat
untuk mengambil kereta. Seperti Zarif, Badrul juga menunggu Lara sehingga
keluar dari tempat letak kereta. Masuk sahaja ke lebuhraya barulah mereka
berpecah. Badrul ikut jalan lain untuk balik ke rumahnya.
“I tak suka.”
“Apa dia?” Lara tidak berapa jelas.
Ditanya sekali lagi.
“I tak suka you keluar dengan
Badrul.”
“Rasanya itu hak saya. Saya nak
keluar dengan sesiapa pun. Terpulang pada saya. Lagipun kami keluar tadi
bukannya pergi dating pun.” Lara
sudah sedikit berang. Siapa Zarif untuk tentukan siapa dia suka atau tidak. Dia
sama seperti lelaki lain. Tiada hak ke atas dirinya pun.
“I tetap tak suka you keluar berdua
dengan dia.” Semakin tegas suara Zarif kedengaran. Lara masih tidak mengalah.
Baginya dia tetap dengan pendiriannya. Zarif tetap tiada hak ke atas dirinya.
“Apasal pulak saya nak kena ikut cakap awak?” Lara juga sudah sedikit
meninggikan suara. Geram.
“Sebab you dah tawan hati I.”
Terdiam Lara. Zarif juga. Dia tidak sangka semua itu akan keluar dari mulutnya.
Lancar sahaja setiap tutur katanya tadi.
Perlahan-lahan Lara melangkah meninggalkan
Zarif di situ. Dia tidak tahu hendak balas apa lagi. Kalau tadi perasaan
marahnya semakin meninggi tetapi kini semuanya sudah hilang sekelip mata.
Hilang entah kemana. Perasaan lain berganti. Tetapi Lara sendiri tidak dapat
menggambarkan sendiri perasaannya. Perasaan yang tidak pernah dia rasai sebelum
ini.
l
best.....
ReplyDeleteTxs. akhirnya setelah sekian lamanya ada juga teaser. Rindu dgn telatah berdua nie.
ReplyDeleteTQ Hairynnn...hilang rindu
ReplyDeleteLm mnggu n3 br
ReplyDeletepasni smakin x sabar mnggu
Lm mnggu n3 br
ReplyDeletepasni smakin x sabar mnggu
Dah ade dah..
ReplyDeletenapa pendek sgt..
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteBest...nk n3 yg lengkap pula
ReplyDeleteAla...ghindunyaaa...skit lg la..hihii
ReplyDeleteNak lg..best sgt2
ReplyDeleteNak lg..huhu
ReplyDeleteTk sabar nk baca n3 seterusnya...
ReplyDelete