Ada yang rindu dengan Carl Zarif dan Lara Alina?......
Kita masukkan satu bab dari Cinta Hati Sayang untuk semua yang follow cerita ni.
Selamat membaca semua.
#Cintahatisayang #CarlZarifLaraAlina
**********************************
“Ada barang yang hilang tak dalam beg tu?” Zarif masih
sempat bertanya pada Lara. Tangannya semakin pedih dirasakan. Apa tidaknya
menitis-nitis darah keluar. Takut pula Lara tengok.
“Aaaa…
apa? Barang? Ada kot… Awak tekan dengan ni dulu.” Lara bukannya periksa sangat
pun isi kandungan dalam begnya. Yang penting hanya dompet dan telefon bimbit
sahaja. Dia sebenarnya sibuk mencari sapu tangan kecil yang selalu disimpan
dalam beg. Bukan sibuk memeriksa barang yang hilang seperti yang Zarif
sangkakan.
Sapu
tangan tadi ditekap perlahan-lahan pada luka di tangan Zarif. Tangan mereka
bersentuhan bila Zarif terasa sakit dek lukanya ditekan sedikit kuat oleh Lara.
“Sorry.”
Entah
kenapa hati Lara tidak langsung ada perasaan marah pada Zarif. Hilang rasa
geram dan marah tadi. “Kita pergi klinik. Takut ada kuman nanti.”
“Okey.”
Zarif tidak membantah. Tangan yang luka tadi masih ditekap dengan sapu tangan.
Cuma sekarang ini bukan lagi tangan Lara yang menekapnya. Tangan Zarif sendiri.
“Awak
parking kereta dekat sini?” Lara sedikit terkejut bila Zarif mengajaknya ke
tempat meletak kereta di tingkat bawah bangunan Sogo.
“Kenapa,
tak boleh?” Zarif rasa pelik mendengarnya. Kenapa pula tak boleh parking
di sini. Ada aku buat salah ke? Zarif bertanya pada diri sendiri. Dia
mengerling pada Lara dengan muka tidak puas hati.
“Tak
ada apa-apalah.” Maknanya tadi lepas Zarif turunkan Lara, dia terus ke Sogo.
Dia ikut aku ke dari tadi…. Patutlah masa kejadian tadi tu dia tiba-tiba muncul
entah dari mana. Tapi apa motif dia ikut aku……
“Lara,
you boleh tolong bawa kereta I?” Lara yang baru sahaja hendak membuka
pintu kereta terkedu di situ. Zarif suruh aku bawa kereta kesayangan dia ni?
Biar betul. Boleh dikategori orang bertuah ke aku ni?......... Baru tadi dia
berangan membawa kereta macam ni. Sekarang sudah dapat peluang yang
ditunggu-tunggu. Tapi masalahnya ini kereta milik Carl Zarif.
“Lara?
Boleh tak?” Tersedar Lara dari lamunan.
“Aaaa,
boleh.” Lara terpaksa berkata boleh bila dilihatnya wajah Zarif seperti menahan
sakit. Sakit sangatlah tu. Kena toreh dengan pisau. Kesian pula Lara tengok.
Sapu tangan sudah nampak kesan darah.
Kunci
kereta diberikan pada Lara. Zarif pula terus masuk ke dalam kereta dan duduk di
sebelah pemandu. Dia menyandarkan badannya. Tangan kirinya masih memegang sapu
tangan tadi. Sesekali matanya dipejam.
Menggelabah
juga Lara dibuatnya. Manalah pernah dia bawa kereta besar macam ni. Kereta
mahal pulak tu. Kalau tak bawa nanti, kesian pula dengan Zarif. Takkanlah nak
naik atas balik nak tahan teksi. Sapu tangan ditangan Zarif dipandang. Semakin
banyak kesan darah.
“Lara,
please drive.” Suara Zarif agak perlahan. Lara menguatkan semangat. Dia
menarik nafas dalam-dalam. Tenangkanlah hati ini. Pedal minyak ditekan. Kereta
sudah bergerak.
“Lara
berhenti dekat sini.” Zarif menjadi penunjuk arah pada Lara dari tadi. Nasiblah
mereka selamat sampai ke klinik berhampiran. Itu pun perlahan sahaja Lara
pandu. Takut sangat bawa kereta orang. Takut terlanggar apa-apa.
“Kejap.”
Lara segera keluar dari kereta selepas mematikan enjin. Dia bergegas
mendapatkan Zarif. Pintu kereta dibuka dari luar. Lara terlupa yang setiap
gerak gerinya diperhatikan sahaja oleh Zarif. Rasa tersentuh pula melihat
keprihatinan Lara terhadap dirinya.
Zarif
masuk berjumpa dengan doktor. Seorang diri sahaja. Lara pula menunggu di luar.
Lama juga Zarif berada di dalam. Mungkin doktor sedang mencuci lukanya. Takut
ada jangkitan kuman pada luka tersebut. Bahaya.
Lara
tidak menyangka langsung yang Zarif akan melindunginya tadi. Kenapa dia perlu
bersusah payah untuk membantu aku tadi. Kalau betullah dia benci dekat aku, kan lebih bagus dia lepaskan
sahaja beg tadi. Buat apa nak susah payah berebut dengan peragut tadi. Tengok
apa yang sudah terjadi. Tangan luka yang dia dapat.
“Okey,
I dah cuci luka tu. Insyaallah takda apa-apa.” Doktor melayu yang
sedikit berusia merawat Zarif. Tangan Zarif sudah berbalut. Tidak mahu terdedah
pada kuman.
“Thank you doc.” Zarif keluar dari bilik
doktor. Pintu bilik dibuka. Wajah Lara yang dipandang dahulu. Lara juga
membalas pandangannya. Kali pertama mereka berpandangan sambil mengukir sedikit
senyuman.
“Okey?”
Lara masih memandang tangan Zarif yang sudah berbalut. Mesti pedih semasa
dibersihkan luka tadi. Itu sebabnya Lara tidak masuk tadi. Dia akan rasa ngeri
nanti seolah-olah dia yang mendapat luka tersebut.
“I’m
okay. You okey tak ni?” Kini giliran Zarif bertanya pada Lara. Dia nampak
kerisauan di wajah Lara.
“Saya
okey. Tak sakit ke kena bersihkan luka tadi?” Lara masih mahu bertanya walaupun
dia tahu jawapannya. Pandangannya masih dituju pada balutan di tangan Zarif.
Dia masih sedar tangan siapa yang dilihat itu. Takkanlah sesuka hati hendak
pegang. Nanti apa pula kata Zarif. Ambil kesempatan atas dirinya.
“Sakit
sangat. Ni pun rasa pedih lagi ni.” Zarif sengaja menakutkan Lara. Bukannya dia
sakit sangat pun. Dari tadi dia sengaja berbuat begitu untuk meraih simpati
dari Lara. Disentuh perlahan-lahan balutan tersebut. Berpura-pura sahaja.
“Awaklah.
Kenapa tak lepaskan je beg saya tu. Nasib kena dekat tangan, kalau kena dekat
perut.”
“Kalau
kena dekat perut….you hantar I ke hospital teruslah.” Zarif merapatkan wajahnya
pada Lara. Tidak sampai seinci pun jarak antara mereka. Mereka berpandangan
antara satu sama lain. Masing-masing terdiam.
“Carl
Zarif.” Nama Zarif dipanggil. Lara yang mengalihkan pandangannya ke tempat lain
dahulu. Zarif pula masih memandang tepat pada Lara.
“Awak!.
Diorang panggil tu ambil ubat.” Lara memetik jari untuk menyedarkan lamunan
Zarif. Barulah Zarif sedar. Dia terus bangun dan berjalan ke kaunter untuk
mengambil ubat.
Kenapa
dengan aku ni? Kenapa beria-ia sangat nak selamatkan Lara tadi? Kenapa aku rasa
aku perlu lindungi dia tadi? Kenapa ada perasaan gelisah bila berada dekat
dengannya? Kenapa jantung ini berdegup kencang setiap kali dia memandang pada
aku? Zarif buntu. Semua persoalan tersebut tidak dapat dijawab.
“Awak
boleh bawak kereta tak? Saya takut nak bawak kereta awak ni. Besar sangat.”
Lara memang tidak berani hendak membawa kereta Zarif lagi. Mana tahu dia
terlanggar sesuatu, habis nanti dimarahi Zarif. Tadi pun bersyukur panjang Lara
kerana selamat sampai. Rasa menggigil sepanjang perjalanan ke klinik tadi.
Seram sejuk dirasakan.
“Kunci
mana?” Terkial-kial Lara mengeluarkan kunci kereta dari dalam beg dan
dihulurkan pada Zarif.
“Jom,
I drive.” Lara mengangguk sebelum dia masuk ke dalam kereta. Bukan di
tempat duduk pemandu tetapi disebelahnya.
Sesekali
Zarif memegang balutan tersebut. Wajah dikerut sambil mengusap lembut tangannya
seolah-olah sedang menahan sakit. Rasa bersalah pula dalam diri Lara. Yelah,
sebabkan dia Zarif jadi begitu.
“Awak,
sorry.”
“Apa
dia?” Zarif pura-pura tidak mendengar padahal jelas benar suara Lara di
telinganya. Radio pun belum terpasang lagi.
“Sorry,
sebab saya awak jadi macam ni.” Kalau dia tak dengar juga ni, jangan harap aku
nak ulang balik apa aku cakap. Sekali sahaja okey. Siaran langsung. Tiada
siaran ulangan.
“Okey.”
Telefon Zarif berdering semasa kereta membelok ke kiri. Sempat Lara mengintai
nama yang tertera di skrin telefon. Zira. Buah hati Zarif. Jadi penyibuk pula
Lara kali ini.
Zarif
memandang Lara sebelum dia menjawab panggilan telefon tersebut. “I’m busy
now Zira. Bye.”
Zarif
memutuskan panggilan tersebut. Lara di sebelah berpura-pura tidak mendengar. Busy?
Busy apanya. Tengah drive je pun. Ini mesti tak mahu aku dengar
dia berbual dengan kekasih hati dia tu. Malulah tu. Tersenyum Lara.
“Kenapa
tiba-tiba senyum? Tengah fikir pasal I ke?” Wajah Lara dipandang. Kebetulan
kereta sedang berhenti di lampu isyarat merah.
“Ya….
Eh! Tak tak.” Aduh Lara…. Kantoi.
Nasiblah
Zarif hanya tersenyum. Tidak memanjangkan lagi perkara tersebut. Kereta terus
bergerak bila lampu isyarat bertukar hijau. Lega Lara rasakan. Kalau tak apalah
alasan nak diberikan nanti. Hendak sahaja ditepuk dahi sendiri.
Mereka
singgah di kedai kek untuk mengambil kek yang Lara siapkan tadi. Berhenti
sahaja kereta, terus Lara turun dan membuka pintu kedai. Dia mahu segera sampai
ke rumah. Takut nanti lambat pula.
“Nah,
kek untuk Mak Jah.” Lara meletakkan bungkusan kek tersebut di tempat duduk
belakang. Dia menutup kembali pintu tanpa menunggu apa-apa kata dari Zarif.
Tapi
baru sahaja Lara melangkah setapak, hon kereta dibunyikan. Terpaksa jugalah
Lara berpusing semula. Tingkap kereta sudah diturunkan. Kini wajah Zarif jelas
kelihatan dari luar.
“Apa
dia?” Cepatlah Zarif. Dia tahu tak yang kita ni dah lambat. Nak kata tak pakai
jam, rasanya dia pakai tadi.
“You
jalan dulu, I ikut belakang.” Ingatkan apa tadi. Penat patah balik je. Dia ni
kan.
Lara
memandu keretanya. Cermin pandang belakang asyik dipandang sahaja dari tadi.
Memang Zarif setia memandu di belakangnya. Kenapa pula dengan dia ni. Macamlah
aku tak pernah balik seorang diri. Hari-hari lalu jalan yang sama ni. Ermmm,
biarlah dia. Janji dia bahagia.
Zarif
tersenyum seorang diri. Dia masih mengekori kereta Lara. Balutan di tangan
dipegang. Entah kenapa perasaan Zarif berbeza bila mendapat perhatian dari
Lara. Berjaya juga lakonannya tadi.
“Zarif,
kenapa tangan tu?” Masuk sahaja ke dalam rumah, Puan Sri terus bertanya pada
Zarif. Tangan Zarif dibelek. Risau Puan Sri dibuatnya. Lara yang baru masuk ke
dalam rumah hanya berdiam diri.
“Zarif
jatuh tadi. Luka sikit.” Lara masih mendiamkan diri. Dia perasan yang Zarif
mengerling padanya. Mungkin ada sebab dia tak mahu beritahu perkara sebenar.
Kalau itu yang dia katakan, terpaksalah juga Lara mengikut sahaja.
“Okey
tak ni?” Emak mana yang tak risau melihat anak begitu. Walaupun sikit, tetap
kerisauan terbit di hati.
“Okey
ma. Takda apa-apa. Sikit je ni. Janganlah risau.” Zarif memeluk bahu Puan Sri.
Tidak mahu Puan Sri risau akan keadaannya. Bukannya teruk sangat pun. Sikit je.
“Mana
semua orang ma?” Hanya ada Puan Sri sahaja di rumah. Yang lain tiada. Sunyi
sepi keadaan rumah.
“Papa
bawa Mak Jah keluar kejap dengan Pak Mat. Sofea pun ikut sekali.” Puan Sri kini
memandang Lara yang senyap berdiri di tepi.
“Lara,
pegang apa tu?” Lara hampir terlupa tentang kek yang dipegangnya.
“Oh,
kek untuk Mak Jah ni auntie. Lara letak dekat dapur ye.” Lebih baik dia
meninggalkan dua beranak di situ. Biarlah dia ke dapur. Tengok apa-apa yang
patut.
Kek
diletakkan di atas meja di dapur. Ada bekas sudah tersedia di atas meja. Makanan
juga sudah siap terhidang. Banyak juga makanan untuk menyambut hari lahir Mak
Jah. Untungnya Mak Jah. Ada orang sambut hari lahirnya. Lara tidak pernah
merasa semua ini. Paling ramai pun dia sambut bersama keluarga Wati sahaja. Itu
pun cuma ada kek sahaja.
“Cik
Lara…. Letak sahaja kek tu di situ. Nanti saya bukakan.” Tidak perasan Lara
yang Sulasti, pembantu Mak Jah ada di dapur. Sedang membersihkan bahagian dapur
basah.
“Cik
Lara, bajunya mahu ditukar. Saya masuk bilik sebentar.” Sulasti mahu masuk ke
bilik dahulu untuk menukar pakaian. Dia mahu membersihkan diri sebelum mereka
yang lain balik.
“Pergilah,
saya ada dekat sini.” Lara sedikit menghalau Sulasti untuk segera masuk ke
dalam bilik. Makanan di atas meja diperhatikan. Lara tidak tahu mahu mengemas
apa lagi. Nasiblah dia terpandang ke dalam sinki. Ada beberapa pinggan kotor di
situ yang belum dibasuh. Mungkin Sulasti lupa tadi. Bagus juga. Adalah juga
kerja yang aku boleh buat.
Lara
perlahan-lahan membasuh pinggan yang ada. Dia mahu membuang masa sedikit.
Sedang dia ralit membasuh pinggan, dirasakan ada seseorang berdiri di
belakangnya. Terus dia menoleh untuk melihat.
“Aduh!”
Lara terlanggar seseorang. Siapa lagi kalau bukan Zarif. Wajah Lara tepat
terkena pada dada bidangnya. Lara dapat rasakan tangan Zarif menyentuh lembut
pinggangnya.
Sambil
mengurut dahinya, Lara menjauhi dirinya dari Zarif. Dia bergerak ke belakang
sedikit. Takkanlah dia hendak biarkan Zarif sesuka hati memegangnya walaupun
berlapik.
“Jangan
buat macam tu lagi boleh tak? Terkejut tau.” Lara seolah-olah sedang memarahi
Zarif. Dia tidak mahu Zarif berbuat begitu lagi padanya. Memang dia terkejut.
Disangkanya ada benda lain yang berdiri di belakangnya. Rupa-rupanya hantu si
Zarif ni. Mahu kena sakit jantung aku ni kalau selalu terkejut macam ni. Lara
merungut di dalam hati.
Zarif
tersenyum lebar bila berjaya membuat Lara terkejut. Memang dari dulu lagi dia
suka berbuat begitu pada Lara. Hatinya akan rasa gembira setiap kali melihat
wajah terkejut Lara. Wajah yang semakin mendapat tempat di hati Zarif dalam
diam tanpa Zarif sedari.
“Buat
apa?” Sibuk betullah dia ni. Sibuk nak tahu sangat. Tadi elok je aku tinggalkan
dia dengan Puan Sri. Alih-alih dia masuk juga ke dapur ni. Buat penat je aku
basuh lambat-lambat pinggan ni semua.
“Rasanya
luka dekat tangan, bukan dekat mata kan. Tak nampak ke? Tengah basuh pinggan,
Encik Zarif.” Kata-kata Lara itu membuatkan Zarif nekad.
“Cakap
sekali lagi.” Zarif sudah merapatkan dirinya pada Lara. Lengan Lara dipegang
erat dengan sebelah tangan untuk mendekatkan mereka. Kini mereka memang sangat
rapat sehinggakan Lara dapat rasa hembusan nafas Zarif di pipinya.
“Iskh….”
Lara cuba melepaskan diri. Nasiblah Sulasti keluar dari bilik. Pegangan tangan
Zarif tiba-tiba menjadi longgar. Mungkin dia juga terkejut mendengar bunyi
pintu. Apa lagi, peluang yang ada tidak dilepaskan. Lara segera melangkah
menjauhi Zarif.
Zarif
sempat mencuit hidung Lara sebelum dia melangkah keluar dari ruang dapur. Apa
ni? Tak sukanya. Dia ingat hidung patung ke nak sentuh-sentuh. Marah Lara
sendiri.
“Cik
Lara okey?” Sulasti tahu mesti ada sesuatu yang tuannya buat pada Lara. Kalau
tidak takkanlah wajah Lara berkerut.
“Saya….
Saya okey. Ni Sulasti, makanan yang ni je ke? Ada lagi yang nak letak?” Lara
mengubah topik. Dia tidak mahu mengingati apa yang Zarif cuba buat padanya
tadi. Jantungnya masih berdegup kencang. Kehangatan badan Zarif masih
dirasakan. Tidak. Lara kena buang perasaan tu. Jangan bagi perasaan itu
menghantui dirimu.
Lara
terus membantu Sulasti sehinggalah Puan Sri masuk ke dapur mendapatkan mereka
berdua. “Diorang dah nak balik. Makanan tu boleh letak dekat meja depan.”
Puan
Sri mengarahkan Sulasti untuk meletakkan semua hidangan tersebut termasuklah
kek yang Lara buat. Bukan sahaja Sulasti tetapi Lara juga turut membantu. Puan
Sri pula sekadar mengangkat yang ringan sahaja.
“Memang
tiap-tiap tahun sambut macam ni ke auntie?”
Ditanyanya Puan Sri sementara menunggu Tan Sri dan yang lain tiba.
“Memang
tiap-tiap tahun kami sambut birthday semua orang dalam rumah ni termasuklah Mak
Jah dan Pak Mat. Oh ye, birthday Lara bila?”
Lara
tidak menjawab. Dia hanya tersenyum. Baginya dia tidak cukup layak untuk
menyambut hari lahirnya bersama keluarga ini. Keluarga yang baru beberapa bulan
sahaja dia kenali.
Zarif
yang duduk di tepi piano mendengar segala perbualan antara mamanya dan Lara.
Hari lahir Lara………
*** Kalau suka click dekat SUKA SANGAT ye. TQ