KAU TETAP MILIKKU
BAB 34
Dari
jauh Arina sudah nampak kelibat Carliff sedang berjalan ke arah mereka. Carliff
juga tidak kurang hebatnya. Ada daya tarikannya tersendiri. Gaya seorang lelaki
kaya memang ada padanya. Tidak banyak bezanya jika dibandingkan dengan Haris.
Cuma Haris lebih pandai mengambil hati wanita. Itu sebabnya ramai yang tergoda
dengannya berbanding Carliff. Carliff pula jenis yang tidak berapa pandai
bermain dengan kata-kata sehingga boleh membuatkan perempuan cair. Lagipun
Carliff tidak suka berpoya-poya seperti Haris. Ada juga Carliff ke kelab-kelab
bersama kawan-kawan tetapi tidak seperti
Haris. Bersama entah mana-mana perempuan sampai ke bilik tidur. Dia juga
sebenarnya lebih suka bersukan. Tenis dan golf adalah sukan yang paling digemari.
“Maaf,
dah lama tunggu ke?” Carliff duduk di hadapan Arina. Sangat cantik dipandangnya
Arina walaupun Arina cuma mengenakan dress panjang berwarna biru laut.
Segan juga Arina bila Carliff dari tadi memandangnya. Seperti ada benda yang
tak kena pada wajahnya. Kenapalah sama sahaja mereka berdua ni. Kalau pandang
tu semacam je. Mahu Haris juga Carliff. Sama sahaja. Pandangan maut dirasakan
Arina setiap kali pandangan mereka bersatu.
“Kami
pun baru sampai Encik Carliff.” Hasnah yang bersuara. Arina pula sekadar
tersenyum memandang Carliff. Bukannya Hasnah tidak perasan yang Carliff seperti
berminat dengan Arina. Untung Arina. Bukan senang nak cairkan hati jejaka kacak
seorang ni.
“Kita
order makan dulu. Lepas tu baru kita bincang pasal majlis tu okey.” Arina
dan Hasnah mengangguk sambil tersenyum memandang antara satu sama lain. Bukan
apa, memang mereka berasa lapar dari dalam kereta tadi. Macam faham-faham je si
Carliff ni. Segera dipanggil pelayan di situ untuk mengambil pesanan.
Mereka menikmati makan
malam bersama. Sambil itu ada juga mereka bincangkan mengenai majlis tersebut.
Memang senang bekerjasama dengan Carliff. Dia memang jenis yang fokus pada
sesuatu kerja. Sentiasa mendengar pendapat orang lain. Banyak juga yang mereka
bincangkan dalam hanya beberapa jam itu. Memang berbaloi pun mereka berjumpa
dengan Carliff. Tidak sia-sialah Arina mengikut Hasnah.
“Dah
lama juga saya tak terlibat dalam majlis-majlis amal ni. Seronok dapat
bekerjasama dengan Arina dan Hasnah.” Memang Carliff sudah lama tidak terlibat
dalam mana-mana majlis amal seperti ini. Dan kini dia perlu bekerjasama dengan
Arina. Bertambah semangat Carliff. Inilah peluangnya untuk kembali rapat dengan
Arina. Arina pula semakin berasa selesa dengan Carliff. Seronok bila berbual
dengan Carliff. Sikapnya yang tenang dan lembut sangat membuatkan Arina selesa
bila bersamanya.
Sebenarnya
selama ini Carliff cuba melupakan Arina. Itu sebabnya Carliff tidak lagi datang
ke pejabat Dato’ Mahizan. Dia tidak mahu bertembung lagi dengan Arina. Hatinya
tidak keruan jika melihat wajah Arina. Dan dia tidak dapat menerima lagi yang
Arina adalah perempuan simpanan Haris sekarang ini. Dia juga sudah tidak
menghubungi Arina seperti dulu. Kalau dulu dalam seminggu mesti ada dia
menghubungi Arina atau menghantar mesej di telefon. Namun sejak kebelakangan
ini, nama Arina semakin berlegar-legar di fikirannya. Wajah Arina sering kali
muncul dalam tidurnya. Sekarang baru Carliff sedar yang dia tidak akan mengaku
kalah sebelum berjuang untuk mendapatkan sesuatu. Ya, Arina. Dia perlu berusaha
untuk menawan hati Arina. Dia tahu dengan sikap Haris yang cepat bosan sudah
tentu Arina tidak akan bersamanya lama. Dia tidak peduli jika Arina bekas Haris
sekalipun. Yang penting Arina menjadi miliknya. Itu yang penting. Hatinya sudah
tertawan dengan wanita yang bernama Nurul Arina. Indah nama tersebut.
“Encik Carliff, kami
balik dulu ye.” Carliff tidak sedar yang mereka sedang memandangnya. Pandangan
terus dilemparkan pada Arina yang sudah pun berdiri di hadapannya. Dia sedang
mencari jalan. Cepatlah datang idea ni…..Akhirnya..
“Arina,
I hantar you balik. Bukan apa, I nak ke rumah my friend. Your house is on the way ke
rumah dia. Boleh I turunkan you nanti. Satu jalan kan.” Haris berharap sangat
yang Arina tidak akan menghampakannya.Dan dia berharap sangat yang Hasnah
mengerti akan situasinya. Pandai juga Carliff mereka cerita. Mana ada kawannya
yang tinggal di situ pun. Semuanya cuma rekaan semata-mata. Hanya untuk
memancing Arina. Biar dia dapat meluangkan sedikit masa bersama Arina. Itu yang
diinginkan.
“Arina,
jom. Kesian dekat Hasnah. Dia nak balik cepat. Mesti anak dia tunggu dekat
rumah.” Sengaja Carliff mengeluarkan ayat simpati pada Arina. Belum sempat
Hasnah bersuara, Carliff sudah menarik lembut tangan Arina. Dipandangnya Hasnah
dan berharap yang Hasnah juga akan menyokong cadangan tersebut. Janganlah ada
yang menghalang.
Memang
kebetulan juga anak Hasnah telefon dari rumah. Sibuk bertanya bila mamanya
hendak pulang. Kesian pula Arina pada Hasnah. Dan sebenarnya Hasnah tidaklah
kisah sangat menghantar Arina pulang. Bukannya jauh pun rumahnya dengan Arina
tetapi Hasnah suka melihat Arina dengan Carliff. Nampak serasi bersama dari
pandangan Hasnah. Carliff pun nampak baik orangnya. Yang penting bagi Hasnah,
dia menghormati kaum hawa. Tidak seperti Haris. Wanita ibarat baju sahaja.
Setiap hari bertukar. Sebelum berlalu, sempat Carliff mengucapkan terima kasih
pada Hasnah walaupun tiada langsung suara yang keluar. Cuma gerakan bibir
sahaja kelihatan. Tersenyum Hasnah melihat gelagat Carliff. Boleh pulak Hasnah
bersubahat dengan Carliff secara tidak langsung. Hai Arina. Nasib badanlah ye.
Terpaksalah
juga Arina mengikut Carliff. Mereka berjalan seiringan menuju ke tempat letak
kereta. Jauh pulak si Carliff ni parking
kereta dia. Oh, mungkin penuh tadi. Fikir positif Arina. Hasnah sudah pun
berlalu ke keretanya. Hilang bayang-bayang Hasnah sejurus Arina menoleh kali
kedua. Kaki terus melangkah. Kereta apa pulaklah yang dipakai lelaki kaya
seorang ni. Haris dengan Lamborghini dan Bmw, Carliff?. Entahlah. Tidak pernah
pula Arina melihat kereta Carliff selama ini. Orang-orang kaya seperti mereka
mana mungkin mahu membawa kereta buatan Malaysia termasuklah Carliff. Mesti
kereta import ni. Confirm.
Arina
dapat rasakan kereta Carliff antara kereta yang masih ada di situ. Porsche,
Mercedes Benz, Honda?. Bmw ke? Sampai di kereta Porsche Hayenne berwarna hitam,
Carliff berhenti. Kereta dia ke ni? Arina turut berhenti bila Carliff
mengeluarkan kunci kereta dari poket seluarnya.
“Are
you okay Arina?” Tiba-tiba Carliff bersuara. Hilang segala lamunannya. Dia
tidak tahu kenapa dia perlu membandingkan Haris dan Carliff ketika itu. Apa
kaitan dengannya. Stop it Arina……
Arina cuma mengangguk
sambil tersenyum. Mereka memasuki kereta milik Carliff dan berlalu meninggalkan
kawasan tersebut.
“So,
Arina…. How’s your life sekarang?. Okey?.” Carliff cuba menghidupkan
suasana di dalam kereta. Dia tidak mahu Arina berasa tidak selesa bila
bersamanya. Dia mahu Arina lebih rapat dengannya. Mengenali Arina dengan lebih
mendalam. Mahu dipecahkan tembok besar yang menghalang hubungan mereka bersama.
“Okey.
Semua okey.” Seraya menganggukkan kepalanya. Pandangannya tidak juga dialihkan
pada Carliff. Tetap memandang ke hadapan. Risau juga Arina jika tiba-tiba
Carliff bertanyakan tentang Haris. Apa yang hendak dijawabnya nanti. Lagi
bertambah risau jika dia terlepas cakap. Dia tahu Haris tidak mahu sesiapa pun
mengetahui yang mereka sudah bernikah.
“Arina
okey ke kerja dekat sana? Yelah, kerja bawah mama Haris. Is he bothering you
Arina?.” Sedikit terkejut Arina dengan pertanyaan Carliff itu. Memang dia
terganggu sekarang ini. Kalaulah Arina boleh meluahkan segalanya pada Carliff.
Semua masalah yang membelenggunya berkaitan Haris. Tapi Arina tidak mampu. Dia
tidak berapa rapat dengan Carliff. Masakan dia hendak menceritakan masalahnya.
Mana tahu nanti disampaikan pula apa yang diceritakan pada Carliff pada Haris.
Habis kau Arina.
“Saya
okey. Janganlah Encik Carliff risaukan saya.” Arina masih boleh tersenyum
walaupun hakikatnya dia tidak tahan dengan ini semua. Pura-pura di hadapan
orang. Semakin hari dirasakan yang dirinya tidak ubah seperti perempuan
simpanan di mata orang. Tetapi hakikatnya dia ialah isteri yang sah kepada Dato
Haris Iskandar.
“Arina,
look. Kalau Arina ada masalah, just luahkan dekat I. Kalau I boleh
tolong, I tolong. And lagi satu, kalau Arina rasa tak selesa lagi bekerja di
sana, Arina boleh kerja dekat office I. Pejabat I sentiasa terbuka untuk
you Arina.” Arina setia mendengar setiap kata-kata Carliff. Carliff melawan
nafsunya dari memegang tangan Arina. Dia mahu berkongsi masalah yang dihadapi
Arina. Dia dapat rasakan Haris mengongkong Arina. Arina tidak layak bersama
Haris. Arina terlalu baik. Itu sebabnya dia tidak percaya yang Arina menjadi
perempuan simpanan Haris buat masa ini. Mesti ada sesuatu yang membuatkan Arina
terpaksa bersamanya.
“Arina…izinkan
I bantu you.” Carliff sudah memberhentikan keretanya di hadapan rumah Arina.
Arina tidak dapat berfikir apa-apa sekarang ini. Dia takut jika langkah yang
diambil nanti membuatkan keadaan bertambah rumit. Buntu dan rungsing dibuatnya.
“Terima
kasih Encik Carliff kerana hantar saya balik. Insyaallah kalau saya perlukan
Encik Carliff, saya beritahu ye. Buat masa ni, biarlah saya selesaikan masalah
saya sendiri. Terima kasih sekali lagi Encik Carliff. Selamat malam.” Arina
terus turun dari kereta. Tangan Carliff hampir menyentuh tangan Arina. Nasiblah
Arina tidak perasan. Arina memang sudah berjaya membuka hati Carliff pada wanita.
Arina pula sememangnya takut jika dia terlepas cakap. Mana tahu jika Carliff
juga sama seperti Haris. Pantang terusik.
Arina
mengeluarkan telefonnya dari dalam beg. Dia terlupa yang telefonnya dalam
keadaan silent. Dua puluh missed call. Sepuluh mesej. Satu
persatu mesej dibacanya. Semuanya dari Haris. Haris terpaksa ke Johor Bahru
atas urusan kerja. Dia sudah berangkat siang tadi. Dibiarkan sahaja. Malas
hendak dibalasnya mesej Haris.
Arina
masih terfikir-fikir tentang pelawaan Carliff untuk bekerja di syarikatnya.
Bagus juga. Dapat juga dia melarikan diri dari Haris dan juga mamanya. Dia
masih perlu mempertimbangkan pelawaan tersebut. Dia perlu mengambil langkah
terbaik untuk masa depannya. Dia takut juga jika Carliff juga seperti Haris.
Pantang barang miliknya diusik. Bak kata orang…. Keluar mulut buaya masuk mulut
naga.
Sudah
lama juga Arina dan Haris tidak berjumpa. Haris kini berada di Johor Bahru
menguruskan projeknya di sana. Ada masalah sedikit yang timbul yang memerlukan
Haris berada di sana. Arina pula semakin sibuk dengan majlis amal yang
dianjurkan oleh syarikat dia bekerja. Mereka tidak ada masa untuk memikirkan
perbalahan yang terjadi antara mereka tempoh hari. Tetapi Haris tidak pernah
lupa untuk menelefon Arina bertanyakan khabar. Cuma Arina sahaja yang tidak
berapa mesra seperti dulu. Haris tetap berlembut dengan Arina. Dia tidak mahu
mengasari Arina, perempuan yang disayangi. Dia akan cuba sedaya upyaa untuk
meyakinkan Arina supaya sayang padanya.
Arina
berbeza dari dahulu. Dia kini tidak terlalu mesra bila berbicara dengan Haris.
Dia masih tidak dapat menerima perbuatan Haris terhadapnya. Semakin hari
semakin dirasakan mereka tidak patut bersama. Setiap kali mendengar suara
Haris, fikirannya terus teringat pada gambar yang diambil Haris dulu. Betul ke
seperti apa yang dikatakan Haris. Gambar tersebut sudah dibakar. Mana tahu
gambar tersebut berada dalam tangan orang lain. Mungkin kawannya. Siapa tahu.
Arina masih tidak percayakan Haris.
Haris
memang banyak berubah sejak bersama Arina. Sudah lama dia tidak menjejakkan
kakinya ke kelab-kelab malam seperti dulu. Dunia hiburan semakin ditinggalkan.
Dia tidak mahu perangai lamanya kembali. Dia tidak mahu bersama perempuan lain
kecuali Arina.
Semakin
hari semakin Arina rapat dengan Carliff. Pengurusan untuk majlis amal ini
banyak memberi ruang pada Carliff untuk mengenali Arina lebih mendalam. Carliff
banyak membantu Arina menguruskannya. Carliff lagi cekap dan berpengalaman
dalam menguruskan majlis sebegini. Lagipun Arina masih baru. Banyak lagi benda
yang dia perlu belajar.
Kini
tinggal lagi sehari sahaja sebelum majlis tersebut berlangsung. Semua persiapan
sudah hampir siap. Masing-masing sibuk menyiapkan tugasan akhir mereka. Arina
terpaksa membantu Hasnah dan juga beberapa pekerja lain menyiapkan goodie
bag untuk anak-anak yatim esok.
ala....napa bab haris & arina sikit je...nk lagi!!
ReplyDeletetq hairynn
ReplyDeleterindu la gan haris.... walaupun dia buaya tembaga...hehe
best 3x tq.
ReplyDeletebest nya...nk lagi..
ReplyDeleteSebulan sekali pun dot mengubati rindu..huu
ReplyDeleteBest2...xsabarnya menuggu....
ReplyDeletekesian haris...kenapa la cafliff dok kacau arina...tak suka huhu...suka part yg sweet haria-arina jew....tq sis nak sambungan...
ReplyDeleteNak lg.. Kak, bila nak sambng balik.. Lma tnggu ni..
ReplyDeletewaa. lambatnya nak sambung.. best citer ni... plzzz sambung n3 baru
ReplyDeleteSmbungla lagi cerita ni...
ReplyDeleteCant wait ;D
Insyaallah jika tiada aral melintang, pihak penerbitan akan mencetak karya saya ni. Nanti apa-apa akan diupdate ye. Tq semua kerana setia mengikuti cerita ini. :)
ReplyDeletesis xsabar lah nak tau cerita cinta mereka..
ReplyDeleteNurul Ain.... Boleh dapatkan versi cetak KTM ye di kedai2 buku dan Karya Seni.
Deletesis xsabar lah nak tau cerita cinta mereka..
ReplyDeletemne bab 35
ReplyDeletemne bab seterusnye
ReplyDeleteMuhammad Zaidi... boleh dapatkan dlm versi cetak ye di kedai-kedai buku.
Deletekak skrg masih ade jual lagi x kat kedai buku populer?��
ReplyDeleteByk tempat yang dah habis. Kalau nak, boleh beli dari sis juga.. Whatsapp no 0123561772 ye. TQ
DeleteBest2..tpi xbli lg..
ReplyDeleteX ade sambung yg terbaru ke aduhh dah best-2 baca x ade sambungan menyampah lah
ReplyDeletesis kalau skrang masih ada jual lgi tak ? cari dkt ppuler bnyk habis dah ����
ReplyDeleteAda lagi dear.. kalau nak PM 0123561772 ye..
DeleteUpdate lah pls
ReplyDeleteXde smbung bab seterusnya lg ke
ReplyDelete