Maaf ye to all followers sebab menunggu terlalu lama untuk cerita ni. Ada sedikit masalah. Untuk mengubat kerinduan pada Haris dan Arina, jom baca sambungan cerita ni. Enjoy your reading guys. :)
KAU TETAP MILIKKU
BAB 33
“Arina, Dato’ tunggu dekat dalam bilik mesyuarat.”
Arina yang baru duduk di tempatnya berpaling memandang Hasnah. Bukan Hasnah yang
kata Dato’ bercuti seminggu ke? Ada hal penting ke sampai Dato’ masuk pejabat.
“Oh sorry.
Dato’ Haris. Bukan Dato’ Mahizan. Cepatlah Arina. Dia dah tunggu sepuluh minit
dah.” Haris?. Apa dia buat kat sini…. Aduh……Mesti masa aku ambil air di pantri
tadi dia sampai. Fikir Arina sendiri.
“Cepat
Arina.” Hilang lamunan Arina bila Hasnah menepuk mejanya. Harap-harap memang
pasal kerja yang hendak dibincangkan. Bukan pasal hubungan mereka.
Berdebar-debar Arina ketika melangkah masuk ke bilik.
“Ya
Dato’?” Arina memberanikan diri bersuara bila Haris hanya duduk sambil
memandang tepat padanya. Pandangan Arina
dialihkan pada projektor yang diletakkan di tepi bilik. Mana mungkin Arina
berani bertentang mata dengan Haris. Memang sah-sah dia yang akan kalah.
“Dato’
Haris, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Arina bersuara kembali setelah lama
berdiam. Tiada satu pun arahan yang keluar dari mulut Haris. Sampai bila pulak
dia nak berdiri di depan ni macam tunggul kayu. Serba salah Arina dibuatnya.
Nak keluar dari bilik nanti dikata kurang ajar pulak. Aduh…
“Tutup
pintu Arina dan duduk.” Arina mengikut sahaja arahan Haris. Baginya Haris
adalah majikannya juga. Apa yang disuruh perlu dituruti. Harap-harap Haris
tiada niat lain selain berbincang pasal kerja.
“Arina
sihat?” diangkat mukanya memandang Haris yang duduk dihadapannya. Sekejap
sahaja pandangan mereka bersatu sebelum Arina mengalihkan pandangannya ke
tempat lain. Sudah Arina agak pun mesti bukan pasal kerja. Tetapi cuba ditepis andaian tersebut tadi.
“Kalau
takda apa-apa yang nak dibincangkan pasal kerja, saya keluar dulu.” Arina terus
bangun. Tetapi belum sempat Arina membuka pintu, tangan Haris lagi cepat
menguncinya.
“Apa
ni Dato’. Saya nak keluar.” Nadanya sedikit ditinggikan tetapi masih tidak
terlalu kuat. Khuatir jika staf lain perasan. Arina cuba menolak badan Haris
ketepi dari menghalangnya. Kedua-dua tangan Arina dicapai.
“Arina,
listen to me. I tahu kenapa you jadi macam ni. Tiba-tiba marah
pada I. Ini semua sebab Azman kan?” benci Arina pada nama tersebut. Ditahan
marahnya.
“Tepilah!.”
Arina tidak mahu mendengar apa-apa pun dari Haris. Sakit hatinya bila mendengar
nama Azman. Dia masih berusaha menolak badan Haris dari menghalang pintu.
“He
is lying to you Arina pasal gambar tu. Diorang tak pernah pun tengok gambar
you sayang. Only me.” Ketukan pintu dari luar mengejutkan mereka.
Pada mulanya Haris enggan membuka pintu. Dia mahu menjelaskan segala-galanya
pada Arina. Tetapi ketukan berterusan sehinggakan Haris terpaksa juga membuka
pintu. Kelihatan Hasnah berdiri di depan pintu dengan wajah yang musykil. Apa
tidaknya, sampai nak kunci-kunci pintu. Mesti ada benda yang tak kena antara
mereka ni. Pelik Hasnah melihat mereka berdua.
“Dato’
Mahizan ada dekat dalam bilik. Dia singgah sekejap. Dia panggil Dato’ Haris ke
biliknya sekarang.” Haris sekadar mengangguk dengan wajah yang sedikit terkejut.
Tidak terlintas dalam fikirannya pun yang mamanya akan datang ke pejabat hari
ini. Sangkanya dia akan menemani ibu Farah ke salun. Sebelum Hasnah berlalu
sempat dia mengerling pada Arina yang berdiri di belakang Haris. Arina hanya
diam seribu bahasa. Mesti Kak Nah fikir yang bukan-bukan pasal aku. Habislah
kau Arina.
“We
are not finish yet Arina. Not yet sayang.” Haris sempat mengusap lembut
pipi Arina sebelum keluar untuk berjumpa dengan mamanya.
“Ma,
kata cuti?” masuk-masuk sahaja Haris terus menghampiri mamanya. Dato’ Mahizan
cuma tersenyum pada anaknya yang sedang melabuhkan punggung di kerusi yang
disediakan. Dihadapan meja mamanya. Telefon di tangan diletakkan di atas meja.
“Mama
yang patut tanya Haris. Kenapa datang sini. Is
there anything that you hide from me?” tenang Haris tenang. Kini degupan
jantung Haris pula yang semakin laju. Takut juga Haris jika mamanya dapat tahu
mengenai hubungannya dengan Arina. Dia tidak risau akan dirinya tetapi Arina.
Tidak dapat dibayangkan jika Arina dimarahi atau diherdik mamanya. Bukan dia
tidak pernah nampak mamanya marah. Memang kecut perut melihatnya. Dan dia tahu
Arina jenis yang bagaimana. Hatinya lembut dan mudah mengeluarkan air mata.
“Haris….
Hai, mengelamun pulak dia. Ingat kat siapa anak mama ni? Girlfriend mana yang ada dalam fikiran Haris ni. Bagitahu mama.
Biar mama pergi jumpa dia.” Arina mama. Arina, your staff. Arina, anak
orang kampung yang hidup susah. Arina jugalah satu-satunya perempuan yang
pernah diperkosa oleh anakmu ini mama. Luahan tersebut cuma berani dilontarkan
di dalam hati sahaja. Haris masih ragu-ragu dengan penerimaan mamanya terhadap
Arina.
“Mana
ada ma. Haris ingat pasal kerja. Pandai je mama ni.” Haris tidak mampu untuk
memberitahu perkara sebenar. Ya, memang dia sedang teringat pada Arina. Masalah
dengan Arina masih belum selesai. Entah apalah yang difikirkan Arina sekarang
ini. Nasiblah Haris dapat juga memberitahu Arina perkara sebenar walaupun tidak
semua.
“So, datang sini kenapa? Rindu dekat
orang sini ke? Haris, just let me know. Haris ada sembunyikan sesuatu
dari mama ke?” Haris tidak mampu. Haris risau jika Arina diapa-apakan oleh
mamanya. Memang sekarang ini mamanya nampak baik dan lembut. Tidak mustahil
jika dia tahu menantunya adalah pekerjanya sendiri, perasaan marah yang wujud
dalam dirinya.
“Ada
kerja sikit tadi. And you ma… Kenapa
tak temankan Auntie Sofie? Where is she now?” Haris sedaya upaya cuba
menukar topik. Berharap sangat yang mamanya tidak akan terus menyoalnya. Wajah
Haris dipandang lama.
“Kejap
lagi mama nak jumpa dia. Haris…. teman mama. Jadi driver mamalah. Sebab
Farah pun ada sekali. Boleh temankan dia.” Lega Haris bila mamanya tidak lagi
bertanyakan hal tadi. Apa yang disuruh mamanya hari ini akan dituruti dengan
harapan tiada lagi soalan cepumas diajukan padanya.
“Arina….
Tadi tu kenapa sampai kunci pintu?. Dato’ ada buat apa-apa ke pada Arina?”
sudah diagak Arina. Mesti Hasnah akan bertanyakannya bila mereka balik ke meja
sendiri.
“Takda
kak. Pintu tu terkunci sendiri. Saya yang tutup pintu tu tadi. Entah macam mana
terkunci sekali. Kami tak perasan pun yang pintu tu terkunci. Tu sebab masa
akak ketuk, pintu lambat bukak. Ingatkan kenapalah akak tak masuk-masuk lagi.”
Entah mana datangnya idea tersebut, Arina sendiri tidak tahu. Logik atau tidak dia
malas hendak fikirkan. Biarlah Hasnah fikir sendiri. Tiada alasan lain yang
Arina dapat fikirkan ketika itu. Harap-harap Hasnah dapat terima sebab
tersebut.
“Ingatkan
Dato’ yang kunci pintu tu tadi. Risau gak akak tadi. Takut jika Dato’
apa-apakan Arina je. Bukan boleh percaya sangat kat Dato’ Haris tu. Playboy
terkenal tu. Perempuan keliling pinggang. Arina jaga-jaga dengan dia ye.”
Semakin diperlahankan suaranya. Tidak mahu orang lain mendengar apa yang
dikatakan pada Arina terutamanya Dato’ Haris dan Dato’ Mahizan. Mahu kena buang
kerja nanti. Arina sekadar tersenyum. Lega rasanya bila Hasnah tidak mengesyaki
apa-apa.
Sedang
mereka sibuk membuat kerja, pintu bilik majikannya dibuka dari dalam. Haris dan
mamanya berjalan seiringan keluar menuju ke meja Hasnah.
“Hasnah,
saya balik dulu. If anything urgent, just call me. Oh ye, Arina…. How
was your holiday? Okay?” baru sahaja Dato’ Mahizan hendak melangkah, dia
berpaling pada Arina pula.
“Se…
semuanya okey Dato’.” tergagap-gagap Arina menjawab. Sempat juga dia memandang
Haris yang berdiri di sebelah majikannya itu. Haris kelihatan tenang sahaja
walaupun hatinya tidak keruan. Takut jika Arina tersalah kata.
Dato’
Mahizan hanya tersenyum mendengarnya. Haris menarik perlahan tangan mamanya
bila dilihat Arina tidak berapa selesa ketika itu. Hanya senyuman yang
dihadiahkan pada Arina sebelum beredar.
Petang
itu, Haris terpaksa menemani mereka berjalan. Farah yang meminta mamanya
mengajak Haris bersama. Katanya lagi selamat jika Haris ada bersama. Memang sesiapa
pun yang bersama Haris berasa selamat termasuklah Farah. Memang mereka sudah
seperti adik beradik tetapi tersemat sedikit di hati Farah perasaan suka pada
Haris. Memang Farah akui Haris mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya. Cuma Haris
tidak pernah sekali pun menunjukkan tanda-tanda yang dia suka padanya. Langsung
tiada. Disebabkan itulah Farah hanya memendam perasaannya sahaja.
Arina,
I terpaksa temankan mama malam ni. Nanti kita jumpa ye sayang.
Haris
menghantar mesej kepada Arina ketika mereka sedang menikmati makan malam di
sebuah hotel mewah. Memang Haris berada di situ, tetapi fikirannya sentiasa
teringatkan Arina. Mesti seronok jika Arina ada bersamanya.
Dapat
sahaja mesej dari Haris terus Arina mematikan telefonnya. Malas dia hendak
mendengar apa-apa penjelasan dari Haris. Mungkin benar juga kata Haris. Mungkin
Azman yang menipu. Entahlah. Berat kepala Arina bila memikirkannya. Dia perlu
memandang ke depan. Kalau boleh dia mahu teruskan hidupnya tanpa gangguan
dengan masalah-masalah begini. Hidup perlu diteruskan. Dia mahu mengecapi
bahagia. Mahu membuang jauh-jauh kesedihan.
Malam
itu Haris pulang ke rumah Dato’ Mahizan. Selepas mandi, Haris membelek
telefonnya sambil berbaring di atas katil. Tiada satu pun mesej dari Arina
sejak dari tadi. Mana pulak Arina pergi. Dia masih marah ke. Nombor Arina terus
didail. Hampa. Tidak diangkat panggilannya. Mungkin juga Arina sudah tidur.
Sudah pukul dua belas malam. Haris akan cuba menghubungi Arina esok pagi pula.
Matanya juga sudah mahu tertutup. Akhirnya Haris terlelap.
“Arina,
tak lama lagi syarikat kita akan anjurkan satu majlis amal untuk anak-anak
yatim. Jadi Arina kena tolong akak ye. Ada lagi staf lain yang akan tolong
kita. Sekarang ni dah nak kena edarkan kad pada tetamu. Nanti akak bagi list
nama.” Hasnah memang ada memberitahu Dato’ Mahizan yang dia memerlukan bantuan
Arina untuk mengendalikan majlis tersebut. Banyak benda yang perlu segera
diuruskan.
Arina
mengangguk. Dia memang tidak kisah jika diberi tugas sebegini. Bagus juga. Semakin
dia sibuk semakin kurang fikirannya memikirkan tentang hubungannya dengan
Haris.
“Arina,
malam ni Dato’ suruh kita jumpa Encik Carliff. Syarikat dia juga ada buat
sumbangan besar untuk majlis tu nanti. Sepatutnya jumpa esok pagi, tetapi kena
batalkan. Dia ada hal lagi penting.” Dato’ Mahizan baru sahaja menghubungi
Hasnah dari rumah. Sudah lama juga Arina tidak mendengar nama tersebut. Memang
sudah lama mereka tidak berhubung ataupun berjumpa. Carliff juga jarang datang
ke pejabatnya. Mungkin kerana sibuk dengan projek terbaru.
“Kita
pergi sekalilah. Akak ambik Arina kat rumah ye.” Hasnah tidak tahu yang Arina
sudah memiliki kereta sekarang ini yang dihadiahkan oleh Dato’ Haris. Itu
sebabnya dia yang mempelawa Arina menaiki keretanya. Bagus juga. Nanti payah
pula Arina nak terangkan pada Hasnah mengenai keretanya.
Haris
ada menghubunginya pagi tadi. Dia terpaksa ke Johor Bahru tengahari tadi kerana
perlu menguruskan projek di Johor Bahru. Ada masalah sedikit di sana yang
memerlukan kelulusannya Haris. Pening Arina bila memikirkan tentang gambarnya.
Entah siapa yang berkata benar, Arina tidak pasti. Mungkin Haris menipunya
lagi. Biarlah.. Lagi difikir, lagi berserabut kepala otaknya. Haris Azman sama
sahaja.
Arina…..
Sudah lama juga Carliff tidak berjumpa dengannya. Entah kenapa hatinya sedikit
sedih bila mendapat tahu yang Arina rapat dengan Haris. Dia ingin mengenali
Arina dengan lebih rapat lagi. Dia tahu Haris tidak pernah kekal dengan
mana-mana perempuan pun. Sentiasa bertukar-tukar pasangan. Tetapi yang menjadi
persoalannya ialah Arina. Kenapa Haris memilih perempuan seperti Arina. Jauh
beza dengan wanita-wanita yang pernah bersama Haris. Bukan dia tidak perasan
yang Arina tidak memakai barang-barang berjenama pun. Nampak sangat yang dia
bukan dari golongan kaya dan elit.
eh.... i jadi org pertama ke?
ReplyDeletetq for n3
Best2, nak lagi... Hehehe
ReplyDeleteBilalah nk kluar enovel ni? lama tnggu sis
Uit ada n3 br la.... Best2...Xsbr tggu novel ni tau...
ReplyDeletenext pls...ASAP
ReplyDeleteBest nak lagi...
ReplyDeletebesttt... biler nk publish?
ReplyDeleteyeh...dah ada sambungan..lama sih tunggu..hehe...nak lagi^-^
ReplyDeleteBest sgt...
ReplyDeletePenantian ku berakhir..bestnyaaa...pllisss nx n3..hyy
ReplyDeleteBestnya sis...sambungan????Tak aman rasa hati fikirkan masalah Arina-Haris ni....Cepat la Haris bgtau Arina dan hope Arina percayakan Haris.Kesian Haris....
ReplyDeletebesttt i loike..wajib beli ni :)
ReplyDeleteSis nak new entry...plssss...bila nak diterbitkan ni??
ReplyDeletenk entry...xsabar...
ReplyDeleteBila nk publish..xsabar nk bli novel ni
ReplyDeletetlg publish....sy dah mencari-cari di kedai buku
ReplyDeleteXsbrnya tggu ....
ReplyDeleteDa trbit ke novel ni? Bestttt
ReplyDeleteDh cari kt bookstore... tp xde pun kt sekitar sg buloh.. novel ni mmg terbaik...
ReplyDeleteKalau nak boleh beli dari saya direct ye. 0123561772. Terima kasih. ;)
Delete