KAU
TETAP MILIKKU
BAB
31
Selepas makan
tengahari di sana, mereka berjalan lagi. Kali ini Arina pula yang terpaksa
mengikut Haris membeli barangnya. Semua barang yang dibelinya berjenama. Harga
sudah tentunya mahal. Seronok melihat orang kaya membeli-belah. Bukan mereka
kisah pun dengan harga. Janji mereka suka, diambilnya sahaja. Entah bilalah dia
dapat merasa semua itu. Dapat tumpang sedikit kekayaan Haris pun sudah cukup
bagi Arina.
“Malam ni you tidur rumah I lagi okey. Esok pagi I hantar
you balik. Your friends akan sampai
awal pagi esokkan.” Harap-harap tiada apa-apa yang berlaku lagi malam ni.
Berdoa Arina di dalam hati.
Entah bagaimana Arina terlepas cakap yang dia selalu juga
masakkan untuk kawan-kawannya di rumah sewa. Terus Haris meminta Arina
memasakkan sesuatu untuknya malam ini. Diajaknya Arina membeli barang-barang
dapur. Pertama kali sebenarnya Haris bersama seorang wanita membeli barang
dapur. Selalunya dia akan pergi sendiri tanpa berteman. Seronok juga Haris
melihat Arina memilih ikan, daging dan sebagainya. Arina memang mempunyai
ciri-ciri isteri yang sempurna bagi Haris. Dirasakan hidupnya akan sempurna jika
Arina menjadi isterinya dengan erti kata sebenar.
“Arina masak asam pedas ikan, daging goreng berempah,
sayur campur dan telur dadar. Haris nak Arina masak lain ke?” Sambil mereka
berjalan Arina memberitahu Haris menu yang akan dimasak nanti. Arina tidak tahu
jika ada masakan yang Haris tidak suka. Itu sebablah dia memberitahu Haris
terlebih dahulu. Takut jika dimasak nanti tidak dimakan pula. Membazir sahaja
nanti.
“Apa-apa je sayang. Semua I makan. Cuma jangan buat pedas
sangat ye. I tak tahan pedas sangat.” Dicuitnya pipi Arina dan kemudian kembali
menolak troli terus ke kaunter bayaran. Laju betul tangan Haris menyentuh
Arina. Memang tidak sempat Arina mengelak.
Haris membayar segala yang dibeli tadi dan kemudian terus
ke kereta. Mereka meninggalkan Pavilion dan pulang ke rumah Haris.
“Come, I
tolong.” Haris mengambil pisau dari tangan Arina lalu menyambung memotong
daging yang dibeli tadi. Petang tadi balik sahaja ke rumah, Arina terus
membersihkan diri dahulu. Selepas itu barulah Arina ke dapur. Sangkanya Haris
tidak akan membantunya di dapur. Entah bagaimana selepas mandi tadi, Haris
terus ke dapur untuk membantu.
Bukan sahaja daging yang dipotong, bawang, sayur semuanya
habis dipotong Haris. Siapa kata dia tidak pandai masak. Haris sebenarnya
pandai, cuma Arina sahaja yang tidak tahu bahawa suaminya itu pandai masak.
Cuma masakan melayu ni Haris memang tidak berapa pandai. Cuba suruh masak spaghetti,
macaroni, steak dan sebagainya, laju sahaja Haris menyediakannya.
Haris banyak membantu Arina. Banyak juga gurau senda
mereka di dapur. Hilang seketika rasa gugup Arina pada Haris. Cuma sesekali
bila mereka bersentuhan, Arina dapat rasakan degupan jantungnya bertambah laju.
Haris pula sengaja mendekatkan dirinya pada Arina. Seperti ada magnet pada
badan Arina yang membuatkan Haris tidak boleh berjauhan dengannya.
“Sedapnya. Jom makan sayang.” Makanan sudah terhidang di
atas meja. Nampak menyelerakan.
“Haris.... janganlah panggil sayang. Panggil nama je
lah.” Malu juga Arina bila Haris setiap kali memanggilnya dengan panggilan
sayang. Kalau dulu Arina boleh terima lagi tetapi semenjak dua menjak ni
memanjang Haris memanggilnya sayang.
“Apa dia?. Sayang cakap apa?” Aduh.... dah mulalah tu si
Haris ni. Buat-buat tak dengar la pulak. Mesti Haris sengaja berbuat begitu.
Bukannya dia tidak dengar. Rasanya jelas sangat suara Arina pada Haris. Mana
ada gangguan bunyi pun ketika itu. Hanya bunyi suara mereka sahaja sejak dari
tadi.
“Jom makan. Lapar ni.” Haris sudah menyeduk lauk asam
pedas. Memang dia terliur melihat makanan yang dimasak Arina. Semuanya nampak
sedap di mata Haris. Apa tidaknya, buah hati yang masak.
Haris makan dengan penuh berselera. Memang sedap. Memang
kena dengan selera Haris. Kenyang sungguh Haris dibuatnya. Sudah lama dia tidak
makan makanan melayu yang sedap sebegini. Memang Arina pandai masak seperti
emak mertuanya. Yelah, anak emak kan.
Selesai makan mereka sama-sama mengemas meja dan dapur.
Puas Arina menyuruh supaya Haris tidak membantunya. Bukannya banyak pun kerja
lagi. Tetapi Haris tetap berdegil untuk membantu.
“Jom Arina. Kita tengok movie. I belum sempat tengok lagi this movie. My friend cakap best.”
Haris sudah mengambil VCD dari dalam beg yang diletakkan di tepi rak buku.
Arina pula baru hendak masuk ke dalam bilik. Diubah langkahnya ke ruang tamu
menghampiri Haris.
“Come and sit here
Arina.” Ajak Haris bila dilihatnya Arina duduk di sofa yang diletakkan di
tepi meja. Dia mahu Arina duduk
berbaring di sebelahnya. Sofa yang besarnya seperti katil bujang diletakkan
betul-betul di hadapan televisyen besar. Sangat empuk dan selesa. Kalau macam
ni, tak payah pergi wayang pun takpa. Tengok dekat rumah lagi seronok. Bisik
Arina sendiri.
Mulanya Arina berat hati untuk beralih duduk di sebelah
Haris tetapi entah kenapa kakinya tiba-tiba terus melangkah menuju ke sofa
dimana Haris duduk. Haris mengambil remote yang ada di atas meja dan
menutup semua lampu. Suasana gelap. Cuma cahaya dari skrin besar di hadapan
mereka sahaja yang menyinari mereka. Memang betul-betul terasa seperti berada
di dalam panggung wayang.
“Tak payahlah gelap sangat. Arina bukak lampu dapur ye.”
Takut juga Arina bila suasana gelap ditambah lagi cuma mereka berdua sahaja di
rumah tersebut.
“Kalau takut, just
peluk I. Bukan susah pun.” Haris sudah menarik Arina untuk duduk dekat
dengannya. Itulah yang paling Arina takut. Berada dekat dengan Haris. Dia
sebenarnya bukanlah takut sangat pada keadaan gelap tetapi lebih kepada Haris.
Okey Arina. Jangan fikir apa-apa.
“Cerita apa ni?” Arina bertanyakan pada Haris bila
tayangan sudah bermula. Macam seram je bunyinya.
“Horror movie.”
Memang sengaja Haris memilih cerita seram. Dia tahu Arina tidak berani sangat
menontonnya. Itu yang membuatkan Haris suka. Biar Arina sentiasa rapat
dengannya.
“Aaa...cerita lain takda ke?” Iskh Haris ni. Cerita lain
banyakkan. Kenapalah cerita seram yang dia nak pasang ni. Pasanglah cerita
komedi ke, aksi ke. Ini tidak...
“Nope. Okey, dah start.” Haris mendekatkan dirinya
pada Arina. Dipeluknya bahu Arina. Arina cuba bertenang. Matanya ditumpukan
pada skrin di hadapannya. Keadaan mereka yang sangat rapat membuatkan Arina
tidak berapa fokus pada cerita yang ditayangkan.
Sepanjang menonton cerita tersebut, tangan Haris sentiasa
memeluk bahu Arina. Dirapatkan Arina kepadanya. Banyak kali juga Arina menutup
matanya. Memang dia selalu begitu bila melihat cerita seram. Haris perasan juga
yang Arina tidak menolak pun bahunya dipeluk Haris. Mungkin kerana perasaan
takut menonton cerita tersebut sehinggakan Arina lupa keadaan mereka ketika itu.
Lega bila cerita tersebut tamat. Haris kembali membuka
sebahagian lampu. Keadaan kembali cerah sedikit. Arina menjarakkan dirinya
sedikit dari Haris. Malu pula Arina bila dia tidak langsung menolak Haris dari
terus memeluknya.
“Arina masuk tidur dulu ye.” Haris cuma memandang Arina.
Salah ke aku nak masuk bilik tidur. Ada benda ke yang aku lupa buat lagi ni. Fikir
Arina.
Tiba-tiba Haris merapatkan dirinya pada Arina. Ciuman
hinggap di pipi Arina.
“Good nite
sayang.” Tergamam Arina bila Haris menciumnya. Patutlah tak mustahil ramai perempuan
yang tergoda dengannya. Romantik sangat si Haris ni. Boleh cair perempuan
dibuatnya.
“Good nite
Haris.” Arina bangun dan berlalu meninggalkan Haris yang masih duduk di situ.
Arina perasan yang Haris kembali menutup lampu rumah. Gelap kembali. Arina terus
masuk ke dalam bilik dan membuka lampu.
Sebenarnya Arina masih
berasa takut gara-gara melihat filem seram tadi. Masih teringat-ingat
suasana seram filem tersebut. Macam mana nak tidur ni. Takkan nak pasang lampu
pulak. Tetap takut jugak ni. Kalau Mimi dan Linda ada, mesti aku dah tidur
bilik diorang ni. Ini Haris. Macam mana ni.....
Hendak atau tidak terpaksa juga Arina keluar dari bilik.
Pintu dibuka dari dalam.
Gelap. Tiada cahaya langsung di ruang tamu.
“Haris...” Perlahan sahaja suara Arina. Entah kenapa
perasaan takut mula menyelubungi dirinya. Dia memberanikan diri melangkah menuju
ke bilik Haris. Pintu bilik tidak bertutup. Tiada nampak kelibat Haris di atas
katil pun. Mana pulak perginya Haris ni.....Bertambah cuak Arina.
Mungkin Haris di ruang tamu lagi. Terlelap di sana.
Dikuatkan semangatnya untuk melangkah ke ruang tamu pula. Cahaya dari luar
samar-samar menyinari ke dalam rumah. Arina berjalan sehinggalah....
“Haris....” Arina terus mengejutkan Haris bila dilihat
dia sedang tidur di atas sofa lembut tadi. Disentuhnya tangan Haris dengan niat
untuk mengejutnya. Tiada respon langsung.
Akhirnya Arina membuat keputusan untuk tidur di tepi sofa
tersebut. Hendak tidur di dalam bilik rasa takut pulak. Biarlah dia tidur di
bawah sahaja asalkan wajah Haris dalam pandangannya. Dek kerana keletihan siang tadi berjalan Arina terlelap
di situ.
Haris terjaga bila terasa cahaya matahari menyinarinya.
Lena sungguh tidurnya, mungkin kerana kekenyangan malam tadi. Tidak pernah dia
makan sebanyak malam tadi.
“Arina....” Haris baru sahaja hendak turun dari sofa
tersebut bila ternampak Arina sedang tidur di tepi meja. Pelik juga Haris.
Bukankah Arina sudah masuk tidur malam tadi. Apa dia buat kat bawah ni.
“Arina... Bangun...” Haris menyentuh lembut bahu Arina.
Perlahan-lahan mata Arina terbuka.
“Kenapa tidur dekat bawah ni. Sejuk Arina.” Haris
membantu Arina untuk bangun. Kesian dia melihat Arina tidur di situ tanpa
selimut.
“Arina takut ke? Kenapa tak kejutkan I?” Haris masih
tepat memandang Arina, menunggu jawapan Arina.
“Dah kejut tapi Haris taknak bangun. Arina takut malam
tadi.” Lena betul aku tidur sampai Arina kejut pun tak sedar. Kesiannya Arina.
Kesiannya dia. Bisik Haris sendiri. Dibelainya rambut Arina sehinggalah Arina
menepis perlahan tangan Haris dari terusan membelai.
Baru sahaja Arina hendak ke biliknya, telefon di tangan
berbunyi.
“Linda.... Kau kat mana?” Haris cuma menjadi pendengar
setia semasa Arina berbual.
“Aaa, aku kat....Takpa-takpa.... Kejap lagi aku balik
ye.” Gembira Arina bila Linda dan Mimi sudah sampai di rumah mereka. Maknanya
dia pun boleh balik ke rumah kejap lagi. Tersenyum riang Arina sehinggalah dia
melihat wajah Haris.Tiada langsung senyuman dari wajahnya. Berubah terus wajah
Arina.
“Arina nak balik?” lembut sahaja suara Haris kedengaran
di telinga Arina. Anggukan kepala sahaja yang diberikan oleh Arina menjawab
soalan Haris itu. Arina memberanikan diri memandang Haris.
“Okay, after breakfast I will send you home sayang.”
Pipi Arina diusap lembut. Haris berlalu ke dalam biliknya. Ikutkan hatinya
hendak sahaja disuruh Arina terus tinggal bersama-samanya. Dia mahu mengenali
Arina dengan lebih rapat. Hubungan mereka memang patut dirapatkan lagi. Tetapi
dia tidak mahu terlalu mendesak Arina. Takut jika Arina membencinya semula.
Arina menyediakan nasi goreng pagi ini. Nasi yang dimasak
malam tadi masih ada lagi. Sayang hendak dibuang. Mereka bersarapan bersama
selepas Haris selesai mandi. Sudah kurang rasa kekok Arina bila bersama Haris.
Layanan Haris padanya sangat baik.
Haris menghantar Arina pulang ke rumahnya. Berat hati
Haris hendak berpisah dengan Arina. Perasaan yang susah digambarkan bila
bersama Arina sepanjang hari. Gembira dan sempurna hidupnya.
tq for n3.....
ReplyDeletedah hantar ke penerbit ke? bila dpt peluk versi cetak?
As salam Rina, dlm proses mengemaskini ayat-ayat semua... Lepas tu terus hantar dekat penerbit ye utk dinilai...Doakan semoga dapat diterbitkan ye...
Deletealaahaai....bila nk kuar ni
ReplyDeleteAs salam, Insyaallah suatu hari nanti ye... doakan semoga pihak penerbit suka ye...
Deletebest....
ReplyDeleteTQ baby mio..... :)
DeleteSis tak sabar nak tggu novel keluar.Sweet gila Haris & Arina.Camana dgn penerimaan Dato'? Bila Arina nak bgtau Haris yg dia terjumpa kawan2 Haris? Kesian Haris terpaksa berpisah dgn Arina buat sementara waktu. Bila Arina nak terima Haris????
ReplyDeleteDe best..congrates hairyn
ReplyDeleteDah keluar k belum????
ReplyDeleteAminatuuz Zahrah. Terima kasih sbb sudi beli ye.
ReplyDeleteSyazlina Mursal... Tq sgt2... Amat2 menghargainya.
Farhazwani... dah keluar dah. Ada dekat kedai2 buku. Kalau nak beli dekat saya pun boleh. Whatsapp 012-3561772.