KAU TETAP MILIKKU
BAB 30
Haris terjaga dari
tidur. Terbau sesuatu yang wangi. Siapa pulak yang masak pagi-pagi ni…
Arina……Dia terlupa yang
Arina tidur di rumahnya malam tadi. Terus Haris melompat turun dari katil dan keluar
menuju ke ruang dapur. Memang Arina sedang memasak sesuatu di dalam kuali.
Baunya sungguh sedap.
Haris menghampiri Arina
yang masih tidak sedar akan kehadirannya di belakang. Perlahan-lahan Haris
mengintai apa yang dimasak oleh Arina.
“Ouch!” Wajah Arina terkena pada dada bidang Haris semasa dia
berpusing untuk mengambil perencah yang diletakkan di atas meja dibelakangnya.
“Masak apa sayang?”
Haris memberi laluan pada Arina untuk mengambil perencah di atas meja. Arina
seperti biasa jadi tidak keruan bila melihat Haris tidak berbaju. Bertambah
seronoklah Haris mengenakan Arina.
“Masak mi goreng je.
Tapi pakai spaghetti. Takda mi.” Arina dapat merasakan degup jantungnya semakin
laju. Pandangannya langsung tidak dialihkan pada Haris yang berdiri di sisinya.
Ini semua mesti kes Haris tidak memakai baju. Aduh…..tenang Arina tenang…
“Owh… It looks
delicious. Okay, I nak mandi kejap. Kejap lagi kita makan sama ye.” Sempat
lagi Haris mencium pipi Arina sebelum berlalu ke bilik. Ingat aku ni patung apa
suka-suka hati nak cium. Geram Arina bila pipinya sentiasa menjadi sasaran
Haris jika tidak bibirnya.
Mana pulak Haris ni.
Lamanya mandi. Mandi ke tidur balik ni. Aduh…. Perut dah lapar ni. Nak makan
nanti takut tengah-tengah makan nanti Haris keluar pulak. Iskh dia ni. Ngomel
Arina sendiri sambil matanya masih melilau ke setiap sudut rumah. Setiap
penjuru diperhatikan. Kemas dan bersih.
Baru sahaja Arina
hendak bangun untuk melihat Haris, pintu bilik dibuka dari dalam.Terus Arina
kembali duduk di tempatnya.
“Jom makan.” Terus
disuapkan spaghetti ke dalam mulutnya. Risau juga Arina jika masakannya tidak
memenuhi citarasa Haris. Tapi biarlah. Perut aku ni lagi penting nak diisi.
Kalau tak sedap, tak payah makan. Gumam Arina sendiri.
Laju sahaja Haris
menghabiskan makanan di dalam pinggannya. Bukan itu sahaja, siap bertambah
lagi. Makanan dalam pinggan Arina baru sahaja separuh habis. Cepatnya dia
makan. Lapar sangat ke apa dia ni. Bisik kata hati Arina.
“So, Arina…. Where
do you want to go today? Nak dating dekat mana hari ni?” Apa Haris
ni. Dating apa bendanya. Bila pulak dia cakap nak gi dating ni. Arina yang baru sahaja
selesai mengemas dapur berjalan menuju ke arah Haris yang sedang menonton
televisyen.
“Arina nak balik rumah.
Baju takda ni. Lagipun Mimi dan Linda akan balik malam ni.” Sebenarnya Arina
suka tinggal di sini. Suasana rumah yang aman dan tenang. Semuanya memang padan
dengan citarasa Arina. Cuma masalahnya dia terpaksa tinggal dengan Haris dalam
satu rumah. Risau jika terjadi apa-apa padanya lagi. Bukan boleh percaya sangat
Haris ni.
“Okay, today we go
shopping. So, go and take your bath dear. Ke nak I mandikan you
sayang?” Haris sudah beria-ia hendak bangun sebelum Arina berundur sedikit ke
belakang.
“Arina dah mandilah.
Cuma pakai baju ni balik. Haris…. tak payahlah pergi shopping. Hantar Arina balik je.” Arina cuba memujuk Haris.
Moga-moga Haris berubah fikiran.
“Just go to your room and change sayang. Shopping after this. Full stop.” Arghhhhhh…. Geram Arina. Semuanya
hendak mengikut arahannya. Haris ni pun satu. Takkanlah Arina nak bagitahu yang
pakaian dalaman dia yang sudah kehabisan. Macam mana dia nak beli pakaian
dalaman kalau bersama Haris nanti. Susah betullah mamat ni.
“Arina, why?”
Arina berdiri di hadapan pintu biliknya. Berdiri tegak melihat pakaiannya.
“Pakaian Arina ni…..”
Haris mendapatkan Arina. Dipandangnya Arina dari bawah ke atas seraya
tersenyum.
“Kenapa dengan pakaian
Arina? It looks fine to me. It doesn’t matter to me sayang. As long
as you yang pakai, semuanya nampak cantik. Jom, we go and buy new
clothes for you.” Haris mengambil beg tangan Arina dan mencapai tangannya.
Sempat lagi Arina mengerling pada pakaian Haris. Memang nampak bergaya. Nampak
sangat semua yang dipakai Haris berjenama. Jauh beza dengan Arina. Risau Arina
jika Haris malu berjalan dengannya nanti. Dia tak malu ke nak jalan dengan aku
ni. Takda gaya orang kaya langsung.
Kereta Lamborghini
milik Haris dipandu menuju ke Pavillion, sebuah pusat membeli belah terkemuka
di Bandar Kuala Lumpur. Kebanyakkan butik-butik terkenal didapati di situ.
Senang bagi orang-orang seperti Haris membeli belah di sana.
“Come.” Haris
membukakan pintu kereta untuk Arina. Segan Arina dibuatnya. Bukan dia tidak
nampak, orang di sekeliling mereka memerhatikan sahaja tindak tanduk Haris.
“Arina nak beli apa?”
Dia tanya aku nak beli apa. Nak beli apa pun dekat sini. Dia tahu tak yang aku
tak pernah ke sini. Aduh… Haris oh Haris.
“Jom kita ke sana.”
Haris tahu yang Arina tidak pernah ke sini. Dari riak wajah Arina semasa mereka
melangkah masuk tadi pun sudah membuatkan Haris tahu yang Arina tidak pernah
membeli belah di sini. Arina cuma mengikut sahaja kemana Haris pergi.
“Hai Haris.” Seorang
wanita tiba-tiba menegur Haris. Dikerlingnya Arina di sebelah. Terasa kerdil
sahaja Arina ketika itu. Mana tidaknya. Dia masih kenal dengan perempuan
tersebut. Diana. Disebabkan dialah, Arina dan Haris berjumpa.
“You buat apa kat sini?
Shopping with her?” kedua-dua mereka memandang Arina yang diam seribu
bahasa di tepi Haris. Tangan Arina masih dalam genggaman Haris. Terasa Haris
mengeratkan lagi genggaman tersebut.
“Yes, I am.” Kedengaran tegas suara Haris. Diana masih tepat
memandang Arina. Dapat dilihat wajahnya berubah. Ada perasaan marah pada
wajahnya membuatkan Arina tunduk memandang lantai.
“With her? Are you kidding me? Pleaseeeee.” Ada nada menyindir.
Terkejut Arina bila bahunya dipeluk.
“ For your info, she’s with me now.” Haris merapatkan badan Arina
dengannya membuatkan Arina serba salah. Yelah, bukan Arina tidak tahu yang
Diana pernah bersama dengan Haris sebelum ini. Mungkin sehingga ke hari ini
mereka masih berhubung. Arina tidak tahu.
“Hey you. I kenal you. Kita pernah berjumpakan. Haaa… baru I
teringat. You pernah datang ke majlis harijadi I kan. But, do you know that he is mine. Pandai you kan. Datang majlis
orang untuk cari lelaki kaya. Not bad
your idea. Good.” Dengan nada perli, Diana turut memandang Arina dari bawah
ke atas berulang kali. Ikutkan hati Arina, hendak sahaja di tampar muka
perempuan yang biadab di hadapannya itu.
Pangggg….
“Watch out your mouth Diana! Kita memang takda apa-apa hubungan pun
sebelum ni. You yang terhegeh-hegeh cari I. Don’t
you remember that Miss Diana? Don’t you ever say like that to her again. I
don’t like it. Never.” Terkejut Arina bila tangan Haris singgah di muka
Diana. Bukan Arina sahaja tetapi Diana juga turut tergamam. Dikerlingnya wajah
Haris. Tiada senyuman pun pada wajahnya. Tegas dan garang.
Tangan Arina ditarik
dan berjalan meninggalkan Diana keseorangan di situ. Kesian juga Arina melihat
Diana di situ. Memang dia layak untuk ditampar tetapi tidak pula Arina sangka
yang Haris akan menampar wajah cantik Diana. Sepatutnya Arina yang lebih marah
padanya berbanding Haris. Dia yang dikutuk bukannya Haris. Kenapa pula dia yang
naik angin.
“Are you okay?”
Arina cuma mengangguk. Dia tidak mahu berbincang dengan Haris tentang Diana.
Takut nanti lagi teruk Haris marah. Biarlah dia reda dulu.
Mereka memasuki salah
sebuah butik di situ. Banyak juga pakaian wanita dijual di situ. Arina disuruh
memilih pakaian yang disukai. Macam mana ni…
“Haris, Arina tak tahu
nak pilih kat sini. Mahal-mahallah.” Arina mendekati Haris yang sedang duduk di
tempat disediakan. Tersenyum Haris mendengar kata-kata Arina. Patutlah perlahan
sahaja suaranya tadi. Takut orang lain mendengarnya.
Haris terus bangun dan
mengambil beberapa helai baju. Disuruhnya Arina mencuba di bilik persalinan.
Semuanya cantik-cantik dan mahal. Setiap helai baju dicubanya.
Semuanya sesuai
dengan saiz Arina. Pandai juga Haris memilihnya. Memang Haris pandai memilih
dan melihat saiz seseorang. Mana tidaknya, dia selalu membelikan pakaian untuk
wanita-wanita yang pernah menjadi temannya. Tidak mustahil Haris tahu memilih.
“Jap… Takkan nak beli
semua?” terkejut Arina bila Haris meminta penjual tersebut membungkuskan
kesemua pakaian yang dicubanya tadi. Lebih kurang enam helai dicubanya tadi.
Yang merisaukan Arina ialah harganya. Harga sehelai sahaja hampir mencecah beratus-ratus
ringgit.
“Kenapa?. Tak boleh?”
Iskh Haris ni. Dia lak tanya balik. Memanglah boleh tapi macam membazir. Mahal.
Arina cuma berbisik di dalam hati.
“So, sekarang
Arina nak beli apa lagi? Dalaman nak ke?” keluar sahaja dari butik tersebut,
Haris terus bertanyakan pada Arina sambil berjalan tanpa tujuan. Macam
tahu-tahu je Haris ni. Terpaksa juga Arina mengangguk. Memang pakaian dalaman
yang Arina hendak beli sebenarnya.
“Malu nak beritahu ye.”
Merah padam muka Arina bila Haris berbisik padanya. Dia memanglah tak tahu
malu. Aku ni. Mana pernah beli pakaian dalaman ni dengan lelaki. Aduh…..
“Tak payahlah ikut.
Nanti Arina beli sendiri.” Sedikit di tolak badan Haris supaya tidak
mengikutnya. Nasiblah terdapat Parkson di situ. Sedikit senang untuk Arina
mencarinya.
Haris tetap mengikutnya
masuk ke dalam Parkson. Sampai di bahagian yang menjual pakaian dalaman untuk
wanita, Arina berhenti di tepi.
“Haris tak payahlah
ikut ye.” Kesian pula Haris melihat wajah Arina yang segan silu.
“Okey sayang.” Lega
Arina bila mendengarnya. Cepat-cepat dia meninggalkan Haris di situ. Senang
bagi Arina untuk memilih bila dilihat Haris tidak mengikutnya.
Tidak sampai setengah
jam di sana, Arina berjalan menuju ke kaunter pembayaran. Sambil berjalan,
Arina turut mencari-cari Haris. Tiada.
Mana pulak dia ni.
“Haris….”Tiba-tiba
sahaja Haris berdiri di sebelahnya. Kini
giliran Arina untuk membuat bayaran. Haris meletakkan sesuatu di atas kaunter.
Merah?!....Seksinya…..
Malu pula Arina hendak
bertanyakan pada Haris untuk siapa dia belikan baju tidur seksi berwarna merah.
Entah untuk siapalah tu. Haris terlebih dahulu mengeluarkan kad kreditnya dan
membayarkan semua yang dibeli Arina tadi termasuklah baju tidur tersebut.
“Taknak tanya ke I beli
untuk siapa baju tidur tadi?” Sambil tangan Arina dicapai dan digenggam.
“Bukan untuk Arina kan.
Jadi tak payahlah kot Arina nak sibuk tanya.” Jawapan Arina kedengaran sedikit
cemburu pada Haris. Memang ada sedikit terasa Arina bila Haris membelikan
sesuatu seperti itu untuk orang lain. Kalau nak beli pun, belilah lain kali.
Janganlah beli masa aku ada. Marah Arina di dalam hati.
Ketawa Haris
mendengarnya. Dari riak wajah Arina ada sedikit cemburu.
“Betul taknak tahu?”
Diangguk berkali-kali. Malas Arina hendak memanjangkan isu baju tidur tersebut.
Biarlah Haris hendak beli untuk siapa pun yang dia mahu. Duit dia.
“Okey.” Pendek sahaja
jawapan Haris. Memang sahlah bukan untuk aku. Lega jugak Arina. Naya kalau
Haris belikan untuknya.
sooooo sweet of haris....
ReplyDeletekeep up the good work. terbuai buai rasa membaca entri ni...
TQ sis...semoga terus follow cerita ni ye...
Deleteselalu2 la update n3...lama tgu n3..cite ni sgtttttttttt best
ReplyDeleteAssalamulaikum. Terima kasih kerana dah update cerita ini. Saya memang peminat setianya. dah tak sabar nak tahu kesudahan jalan cerita antara ariana dan haris
ReplyDeletenak lagi
ReplyDeletebest kak nak lagi.
ReplyDeletemalu-malu alah si arina.... haris kan playboy.... ayat keluar manis cam madu je setiap kali.... best dear, nak lagi..... anyway.... tqvm
ReplyDeletebestnya..cemburu yer ariana..hehe..
ReplyDeleteharis ni jahat saja tau nak usik ariana.kan ariana dah majuk.. :P
bestnya sis... kena buat novel jugak...tak jemu membacanya berulang kali.tapi sis taknak konflik berat ye.
ReplyDeleteTq suma for the good comments..
ReplyDeleteAminatuuz Zahrah : Tq dear.... Jangan risau... cerita ni konflik tak berat sgt pun. Sbb sy sendiri pun tak suka baca novel yang macam tu. huhu.. Ada sikit-sikit je konflik. ringan-ringan je.. ;)
best!!!best!!we want more ^-^
ReplyDeleteBest dik lama tunggu n3 baru so suuuuuit la Haris ni Arina ooo Arina terima je la jgn tunggu lama2 huhuhuu
ReplyDeleteAlloooo... Sikit sgt... Nk lgggg....! Please3.... Best sgt.. :)
ReplyDeleteMana lggggg ? nk lgggg
ReplyDeleteBestnya...nak lg..nak lg..tq cik penulis..
ReplyDeleteSis nak new entry plssss...can't wait...bila novel nak kluar.saya akan cari sampai dpt!!!!
ReplyDeleteAs salam dan Hi semua... Insyaallah hari ni ada new entry ye... manuskrip dah siap.. cuma nak tambah sana sini sikit.. bagi sedap sikit.. hehe..... Tq suma... muah....
ReplyDeletemne?
ReplyDeletex sabar nk tgg n3 terbaru.
ReplyDeletesis mana n3 baru???huhu
ReplyDelete