My corner's visitor

Tuesday, May 20, 2014

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 31

KAU TETAP MILIKKU

BAB 31

            Selepas makan tengahari di sana, mereka berjalan lagi. Kali ini Arina pula yang terpaksa mengikut Haris membeli barangnya. Semua barang yang dibelinya berjenama. Harga sudah tentunya mahal. Seronok melihat orang kaya membeli-belah. Bukan mereka kisah pun dengan harga. Janji mereka suka, diambilnya sahaja. Entah bilalah dia dapat merasa semua itu. Dapat tumpang sedikit kekayaan Haris pun sudah cukup bagi Arina.

            “Malam ni you tidur rumah I lagi okey. Esok pagi I hantar you balik. Your friends akan sampai awal pagi esokkan.” Harap-harap tiada apa-apa yang berlaku lagi malam ni. Berdoa Arina di dalam hati.  

            Entah bagaimana Arina terlepas cakap yang dia selalu juga masakkan untuk kawan-kawannya di rumah sewa. Terus Haris meminta Arina memasakkan sesuatu untuknya malam ini. Diajaknya Arina membeli barang-barang dapur. Pertama kali sebenarnya Haris bersama seorang wanita membeli barang dapur. Selalunya dia akan pergi sendiri tanpa berteman. Seronok juga Haris melihat Arina memilih ikan, daging dan sebagainya. Arina memang mempunyai ciri-ciri isteri yang sempurna bagi Haris. Dirasakan hidupnya akan sempurna jika Arina menjadi isterinya dengan erti kata sebenar.

            “Arina masak asam pedas ikan, daging goreng berempah, sayur campur dan telur dadar. Haris nak Arina masak lain ke?” Sambil mereka berjalan Arina memberitahu Haris menu yang akan dimasak nanti. Arina tidak tahu jika ada masakan yang Haris tidak suka. Itu sebablah dia memberitahu Haris terlebih dahulu. Takut jika dimasak nanti tidak dimakan pula. Membazir sahaja nanti.

            “Apa-apa je sayang. Semua I makan. Cuma jangan buat pedas sangat ye. I tak tahan pedas sangat.” Dicuitnya pipi Arina dan kemudian kembali menolak troli terus ke kaunter bayaran. Laju betul tangan Haris menyentuh Arina. Memang tidak sempat Arina mengelak.

            Haris membayar segala yang dibeli tadi dan kemudian terus ke kereta. Mereka meninggalkan Pavilion dan pulang ke rumah Haris.

            “Come, I tolong.” Haris mengambil pisau dari tangan Arina lalu menyambung memotong daging yang dibeli tadi. Petang tadi balik sahaja ke rumah, Arina terus membersihkan diri dahulu. Selepas itu barulah Arina ke dapur. Sangkanya Haris tidak akan membantunya di dapur. Entah bagaimana selepas mandi tadi, Haris terus ke dapur untuk membantu.

            Bukan sahaja daging yang dipotong, bawang, sayur semuanya habis dipotong Haris. Siapa kata dia tidak pandai masak. Haris sebenarnya pandai, cuma Arina sahaja yang tidak tahu bahawa suaminya itu pandai masak. Cuma masakan melayu ni Haris memang tidak berapa pandai. Cuba suruh masak spaghetti, macaroni, steak dan sebagainya, laju sahaja Haris menyediakannya.

            Haris banyak membantu Arina. Banyak juga gurau senda mereka di dapur. Hilang seketika rasa gugup Arina pada Haris. Cuma sesekali bila mereka bersentuhan, Arina dapat rasakan degupan jantungnya bertambah laju. Haris pula sengaja mendekatkan dirinya pada Arina. Seperti ada magnet pada badan Arina yang membuatkan Haris tidak boleh berjauhan dengannya.

            “Sedapnya. Jom makan sayang.” Makanan sudah terhidang di atas meja. Nampak menyelerakan.

            “Haris.... janganlah panggil sayang. Panggil nama je lah.” Malu juga Arina bila Haris setiap kali memanggilnya dengan panggilan sayang. Kalau dulu Arina boleh terima lagi tetapi semenjak dua menjak ni memanjang Haris memanggilnya sayang.

            “Apa dia?. Sayang cakap apa?” Aduh.... dah mulalah tu si Haris ni. Buat-buat tak dengar la pulak. Mesti Haris sengaja berbuat begitu. Bukannya dia tidak dengar. Rasanya jelas sangat suara Arina pada Haris. Mana ada gangguan bunyi pun ketika itu. Hanya bunyi suara mereka sahaja sejak dari tadi.

            “Jom makan. Lapar ni.” Haris sudah menyeduk lauk asam pedas. Memang dia terliur melihat makanan yang dimasak Arina. Semuanya nampak sedap di mata Haris. Apa tidaknya, buah hati yang masak.

            Haris makan dengan penuh berselera. Memang sedap. Memang kena dengan selera Haris. Kenyang sungguh Haris dibuatnya. Sudah lama dia tidak makan makanan melayu yang sedap sebegini. Memang Arina pandai masak seperti emak mertuanya. Yelah, anak emak kan.

            Selesai makan mereka sama-sama mengemas meja dan dapur. Puas Arina menyuruh supaya Haris tidak membantunya. Bukannya banyak pun kerja lagi. Tetapi Haris tetap berdegil untuk membantu.

            “Jom Arina. Kita tengok movie. I belum sempat tengok lagi this movie. My friend cakap best.” Haris sudah mengambil VCD dari dalam beg yang diletakkan di tepi rak buku. Arina pula baru hendak masuk ke dalam bilik. Diubah langkahnya ke ruang tamu menghampiri Haris.

            “Come and sit here Arina.” Ajak Haris bila dilihatnya Arina duduk di sofa yang diletakkan di tepi meja. Dia mahu Arina  duduk berbaring di sebelahnya. Sofa yang besarnya seperti katil bujang diletakkan betul-betul di hadapan televisyen besar. Sangat empuk dan selesa. Kalau macam ni, tak payah pergi wayang pun takpa. Tengok dekat rumah lagi seronok. Bisik Arina sendiri.

            Mulanya Arina berat hati untuk beralih duduk di sebelah Haris tetapi entah kenapa kakinya tiba-tiba terus melangkah menuju ke sofa dimana Haris duduk. Haris mengambil remote yang ada di atas meja dan menutup semua lampu. Suasana gelap. Cuma cahaya dari skrin besar di hadapan mereka sahaja yang menyinari mereka. Memang betul-betul terasa seperti berada di dalam panggung wayang.

            “Tak payahlah gelap sangat. Arina bukak lampu dapur ye.” Takut juga Arina bila suasana gelap ditambah lagi cuma mereka berdua sahaja di rumah tersebut.

            “Kalau takut, just peluk I. Bukan susah pun.” Haris sudah menarik Arina untuk duduk dekat dengannya. Itulah yang paling Arina takut. Berada dekat dengan Haris. Dia sebenarnya bukanlah takut sangat pada keadaan gelap tetapi lebih kepada Haris. Okey Arina. Jangan fikir apa-apa.

            “Cerita apa ni?” Arina bertanyakan pada Haris bila tayangan sudah bermula. Macam seram je bunyinya.

            “Horror movie.” Memang sengaja Haris memilih cerita seram. Dia tahu Arina tidak berani sangat menontonnya. Itu yang membuatkan Haris suka. Biar Arina sentiasa rapat dengannya.

            “Aaa...cerita lain takda ke?” Iskh Haris ni. Cerita lain banyakkan. Kenapalah cerita seram yang dia nak pasang ni. Pasanglah cerita komedi ke, aksi ke. Ini tidak...

            “Nope. Okey, dah start.” Haris mendekatkan dirinya pada Arina. Dipeluknya bahu Arina. Arina cuba bertenang. Matanya ditumpukan pada skrin di hadapannya. Keadaan mereka yang sangat rapat membuatkan Arina tidak berapa fokus pada cerita yang ditayangkan.

            Sepanjang menonton cerita tersebut, tangan Haris sentiasa memeluk bahu Arina. Dirapatkan Arina kepadanya. Banyak kali juga Arina menutup matanya. Memang dia selalu begitu bila melihat cerita seram. Haris perasan juga yang Arina tidak menolak pun bahunya dipeluk Haris. Mungkin kerana perasaan takut menonton cerita tersebut sehinggakan Arina lupa keadaan mereka ketika itu.

            Lega bila cerita tersebut tamat. Haris kembali membuka sebahagian lampu. Keadaan kembali cerah sedikit. Arina menjarakkan dirinya sedikit dari Haris. Malu pula Arina bila dia tidak langsung menolak Haris dari terus memeluknya.

            “Arina masuk tidur dulu ye.” Haris cuma memandang Arina. Salah ke aku nak masuk bilik tidur. Ada benda ke yang aku lupa buat lagi ni. Fikir Arina.

            Tiba-tiba Haris merapatkan dirinya pada Arina. Ciuman hinggap di pipi Arina.

            “Good nite sayang.” Tergamam Arina bila Haris menciumnya. Patutlah tak mustahil ramai perempuan yang tergoda dengannya. Romantik sangat si Haris ni. Boleh cair perempuan dibuatnya.

            “Good nite Haris.” Arina bangun dan berlalu meninggalkan Haris yang masih duduk di situ. Arina perasan yang Haris kembali menutup lampu rumah. Gelap kembali. Arina terus masuk ke dalam bilik dan membuka lampu.

            Sebenarnya Arina masih  berasa takut gara-gara melihat filem seram tadi. Masih teringat-ingat suasana seram filem tersebut. Macam mana nak tidur ni. Takkan nak pasang lampu pulak. Tetap takut jugak ni. Kalau Mimi dan Linda ada, mesti aku dah tidur bilik diorang ni. Ini Haris. Macam mana ni.....

            Hendak atau tidak terpaksa juga Arina keluar dari bilik. Pintu dibuka dari dalam.

            Gelap. Tiada cahaya langsung di ruang tamu.

            “Haris...” Perlahan sahaja suara Arina. Entah kenapa perasaan takut mula menyelubungi dirinya. Dia memberanikan diri melangkah menuju ke bilik Haris. Pintu bilik tidak bertutup. Tiada nampak kelibat Haris di atas katil pun. Mana pulak perginya Haris ni.....Bertambah cuak Arina.

            Mungkin Haris di ruang tamu lagi. Terlelap di sana. Dikuatkan semangatnya untuk melangkah ke ruang tamu pula. Cahaya dari luar samar-samar menyinari ke dalam rumah. Arina berjalan sehinggalah....

            “Haris....” Arina terus mengejutkan Haris bila dilihat dia sedang tidur di atas sofa lembut tadi. Disentuhnya tangan Haris dengan niat untuk mengejutnya. Tiada respon langsung.

            Akhirnya Arina membuat keputusan untuk tidur di tepi sofa tersebut. Hendak tidur di dalam bilik rasa takut pulak. Biarlah dia tidur di bawah sahaja asalkan wajah Haris dalam pandangannya. Dek kerana  keletihan siang tadi berjalan Arina terlelap di situ.

            Haris terjaga bila terasa cahaya matahari menyinarinya. Lena sungguh tidurnya, mungkin kerana kekenyangan malam tadi. Tidak pernah dia makan sebanyak malam tadi.

            “Arina....” Haris baru sahaja hendak turun dari sofa tersebut bila ternampak Arina sedang tidur di tepi meja. Pelik juga Haris. Bukankah Arina sudah masuk tidur malam tadi. Apa dia buat kat bawah ni.

            “Arina... Bangun...” Haris menyentuh lembut bahu Arina. Perlahan-lahan mata Arina terbuka.

            “Kenapa tidur dekat bawah ni. Sejuk Arina.” Haris membantu Arina untuk bangun. Kesian dia melihat Arina tidur di situ tanpa selimut.

            “Arina takut ke? Kenapa tak kejutkan I?” Haris masih tepat memandang Arina, menunggu jawapan Arina.

            “Dah kejut tapi Haris taknak bangun. Arina takut malam tadi.” Lena betul aku tidur sampai Arina kejut pun tak sedar. Kesiannya Arina. Kesiannya dia. Bisik Haris sendiri. Dibelainya rambut Arina sehinggalah Arina menepis perlahan tangan Haris dari terusan membelai.      

            Baru sahaja Arina hendak ke biliknya, telefon di tangan berbunyi.

            “Linda.... Kau kat mana?” Haris cuma menjadi pendengar setia semasa Arina berbual.

            “Aaa, aku kat....Takpa-takpa.... Kejap lagi aku balik ye.” Gembira Arina bila Linda dan Mimi sudah sampai di rumah mereka. Maknanya dia pun boleh balik ke rumah kejap lagi. Tersenyum riang Arina sehinggalah dia melihat wajah Haris.Tiada langsung senyuman dari wajahnya. Berubah terus wajah Arina.

            “Arina nak balik?” lembut sahaja suara Haris kedengaran di telinga Arina. Anggukan kepala sahaja yang diberikan oleh Arina menjawab soalan Haris itu. Arina memberanikan diri memandang Haris.

            “Okay, after breakfast I will send you home sayang.” Pipi Arina diusap lembut. Haris berlalu ke dalam biliknya. Ikutkan hatinya hendak sahaja disuruh Arina terus tinggal bersama-samanya. Dia mahu mengenali Arina dengan lebih rapat. Hubungan mereka memang patut dirapatkan lagi. Tetapi dia tidak mahu terlalu mendesak Arina. Takut jika Arina membencinya semula.

            Arina menyediakan nasi goreng pagi ini. Nasi yang dimasak malam tadi masih ada lagi. Sayang hendak dibuang. Mereka bersarapan bersama selepas Haris selesai mandi. Sudah kurang rasa kekok Arina bila bersama Haris. Layanan Haris padanya sangat baik.


            Haris menghantar Arina pulang ke rumahnya. Berat hati Haris hendak berpisah dengan Arina. Perasaan yang susah digambarkan bila bersama Arina sepanjang hari. Gembira dan sempurna hidupnya.


Tuesday, May 6, 2014

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 30

KAU TETAP MILIKKU

BAB 30

            Haris terjaga dari tidur. Terbau sesuatu yang wangi. Siapa pulak yang masak pagi-pagi ni…

            Arina……Dia terlupa yang Arina tidur di rumahnya malam tadi. Terus Haris melompat turun dari katil dan keluar menuju ke ruang dapur. Memang Arina sedang memasak sesuatu di dalam kuali. Baunya sungguh sedap.

            Haris menghampiri Arina yang masih tidak sedar akan kehadirannya di belakang. Perlahan-lahan Haris mengintai apa yang dimasak oleh Arina.

            “Ouch!” Wajah Arina terkena pada dada bidang Haris semasa dia berpusing untuk mengambil perencah yang diletakkan di atas meja dibelakangnya.

            “Masak apa sayang?” Haris memberi laluan pada Arina untuk mengambil perencah di atas meja. Arina seperti biasa jadi tidak keruan bila melihat Haris tidak berbaju. Bertambah seronoklah Haris mengenakan Arina.

            “Masak mi goreng je. Tapi pakai spaghetti. Takda mi.” Arina dapat merasakan degup jantungnya semakin laju. Pandangannya langsung tidak dialihkan pada Haris yang berdiri di sisinya. Ini semua mesti kes Haris tidak memakai baju. Aduh…..tenang Arina tenang…

            “Owh… It looks delicious. Okay, I nak mandi kejap. Kejap lagi kita makan sama ye.” Sempat lagi Haris mencium pipi Arina sebelum berlalu ke bilik. Ingat aku ni patung apa suka-suka hati nak cium. Geram Arina bila pipinya sentiasa menjadi sasaran Haris jika tidak bibirnya.

            Mana pulak Haris ni. Lamanya mandi. Mandi ke tidur balik ni. Aduh…. Perut dah lapar ni. Nak makan nanti takut tengah-tengah makan nanti Haris keluar pulak. Iskh dia ni. Ngomel Arina sendiri sambil matanya masih melilau ke setiap sudut rumah. Setiap penjuru diperhatikan. Kemas dan bersih.

            Baru sahaja Arina hendak bangun untuk melihat Haris, pintu bilik dibuka dari dalam.Terus Arina kembali duduk di tempatnya.

            “Jom makan.” Terus disuapkan spaghetti ke dalam mulutnya. Risau juga Arina jika masakannya tidak memenuhi citarasa Haris. Tapi biarlah. Perut aku ni lagi penting nak diisi. Kalau tak sedap, tak payah makan. Gumam Arina sendiri.

            Laju sahaja Haris menghabiskan makanan di dalam pinggannya. Bukan itu sahaja, siap bertambah lagi. Makanan dalam pinggan Arina baru sahaja separuh habis. Cepatnya dia makan. Lapar sangat ke apa dia ni. Bisik kata hati Arina.

            “So, Arina…. Where do you want to go today? Nak dating dekat mana hari ni?” Apa Haris ni. Dating apa bendanya. Bila pulak dia cakap nak gi dating ni. Arina yang baru sahaja selesai mengemas dapur berjalan menuju ke arah Haris yang sedang menonton televisyen.

            “Arina nak balik rumah. Baju takda ni. Lagipun Mimi dan Linda akan balik malam ni.” Sebenarnya Arina suka tinggal di sini. Suasana rumah yang aman dan tenang. Semuanya memang padan dengan citarasa Arina. Cuma masalahnya dia terpaksa tinggal dengan Haris dalam satu rumah. Risau jika terjadi apa-apa padanya lagi. Bukan boleh percaya sangat Haris ni.

            “Okay, today we go shopping. So, go and take your bath dear. Ke nak I mandikan you sayang?” Haris sudah beria-ia hendak bangun sebelum Arina berundur sedikit ke belakang.

            “Arina dah mandilah. Cuma pakai baju ni balik. Haris…. tak payahlah pergi shopping. Hantar Arina balik je.” Arina cuba memujuk Haris. Moga-moga Haris berubah fikiran.

            “Just go to your room and change sayang. Shopping after this. Full stop.” Arghhhhhh…. Geram Arina. Semuanya hendak mengikut arahannya. Haris ni pun satu. Takkanlah Arina nak bagitahu yang pakaian dalaman dia yang sudah kehabisan. Macam mana dia nak beli pakaian dalaman kalau bersama Haris nanti. Susah betullah mamat ni.
           
            “Arina, why?” Arina berdiri di hadapan pintu biliknya. Berdiri tegak melihat pakaiannya.

            “Pakaian Arina ni…..” Haris mendapatkan Arina. Dipandangnya Arina dari bawah ke atas seraya tersenyum.

            “Kenapa dengan pakaian Arina? It looks fine to me. It doesn’t matter to me sayang. As long as you yang pakai, semuanya nampak cantik. Jom, we go and buy new clothes for you.” Haris mengambil beg tangan Arina dan mencapai tangannya. Sempat lagi Arina mengerling pada pakaian Haris. Memang nampak bergaya. Nampak sangat semua yang dipakai Haris berjenama. Jauh beza dengan Arina. Risau Arina jika Haris malu berjalan dengannya nanti. Dia tak malu ke nak jalan dengan aku ni. Takda gaya orang kaya langsung.

            Kereta Lamborghini milik Haris dipandu menuju ke Pavillion, sebuah pusat membeli belah terkemuka di Bandar Kuala Lumpur. Kebanyakkan butik-butik terkenal didapati di situ. Senang bagi orang-orang seperti Haris membeli belah di sana.

            “Come.” Haris membukakan pintu kereta untuk Arina. Segan Arina dibuatnya. Bukan dia tidak nampak, orang di sekeliling mereka memerhatikan sahaja tindak tanduk Haris.
            “Arina nak beli apa?” Dia tanya aku nak beli apa. Nak beli apa pun dekat sini. Dia tahu tak yang aku tak pernah ke sini. Aduh… Haris oh Haris.

            “Jom kita ke sana.” Haris tahu yang Arina tidak pernah ke sini. Dari riak wajah Arina semasa mereka melangkah masuk tadi pun sudah membuatkan Haris tahu yang Arina tidak pernah membeli belah di sini. Arina cuma mengikut sahaja kemana Haris pergi.

            “Hai Haris.” Seorang wanita tiba-tiba menegur Haris. Dikerlingnya Arina di sebelah. Terasa kerdil sahaja Arina ketika itu. Mana tidaknya. Dia masih kenal dengan perempuan tersebut. Diana. Disebabkan dialah, Arina dan Haris berjumpa.

            “You buat apa kat sini? Shopping with her?” kedua-dua mereka memandang Arina yang diam seribu bahasa di tepi Haris. Tangan Arina masih dalam genggaman Haris. Terasa Haris mengeratkan lagi genggaman tersebut.

            “Yes, I am.” Kedengaran tegas suara Haris. Diana masih tepat memandang Arina. Dapat dilihat wajahnya berubah. Ada perasaan marah pada wajahnya membuatkan Arina tunduk memandang lantai.

            “With her? Are you kidding me? Pleaseeeee.” Ada nada menyindir. Terkejut Arina bila bahunya dipeluk.

            “ For your info, she’s with me now.” Haris merapatkan badan Arina dengannya membuatkan Arina serba salah. Yelah, bukan Arina tidak tahu yang Diana pernah bersama dengan Haris sebelum ini. Mungkin sehingga ke hari ini mereka masih berhubung. Arina tidak tahu.

            “Hey you. I kenal you. Kita pernah berjumpakan. Haaa… baru I teringat. You pernah datang ke majlis harijadi I kan. But, do you know that he is mine. Pandai you kan. Datang majlis orang untuk cari lelaki kaya. Not bad your idea. Good.” Dengan nada perli, Diana turut memandang Arina dari bawah ke atas berulang kali. Ikutkan hati Arina, hendak sahaja di tampar muka perempuan yang biadab di hadapannya itu.

            Pangggg….

            “Watch out your mouth Diana! Kita memang takda apa-apa hubungan pun sebelum ni. You yang terhegeh-hegeh cari I. Don’t you remember that Miss Diana? Don’t you ever say like that to her again. I don’t like it. Never.” Terkejut Arina bila tangan Haris singgah di muka Diana. Bukan Arina sahaja tetapi Diana juga turut tergamam. Dikerlingnya wajah Haris. Tiada senyuman pun pada wajahnya. Tegas dan garang.

            Tangan Arina ditarik dan berjalan meninggalkan Diana keseorangan di situ. Kesian juga Arina melihat Diana di situ. Memang dia layak untuk ditampar tetapi tidak pula Arina sangka yang Haris akan menampar wajah cantik Diana. Sepatutnya Arina yang lebih marah padanya berbanding Haris. Dia yang dikutuk bukannya Haris. Kenapa pula dia yang naik angin.

            “Are you okay?” Arina cuma mengangguk. Dia tidak mahu berbincang dengan Haris tentang Diana. Takut nanti lagi teruk Haris marah. Biarlah dia reda dulu.

            Mereka memasuki salah sebuah butik di situ. Banyak juga pakaian wanita dijual di situ. Arina disuruh memilih pakaian yang disukai. Macam mana ni…

            “Haris, Arina tak tahu nak pilih kat sini. Mahal-mahallah.” Arina mendekati Haris yang sedang duduk di tempat disediakan. Tersenyum Haris mendengar kata-kata Arina. Patutlah perlahan sahaja suaranya tadi. Takut orang lain mendengarnya.

            Haris terus bangun dan mengambil beberapa helai baju. Disuruhnya Arina mencuba di bilik persalinan. Semuanya cantik-cantik dan mahal. Setiap helai baju dicubanya. 
Semuanya sesuai dengan saiz Arina. Pandai juga Haris memilihnya. Memang Haris pandai memilih dan melihat saiz seseorang. Mana tidaknya, dia selalu membelikan pakaian untuk wanita-wanita yang pernah menjadi temannya. Tidak mustahil Haris tahu memilih.

            “Jap… Takkan nak beli semua?” terkejut Arina bila Haris meminta penjual tersebut membungkuskan kesemua pakaian yang dicubanya tadi. Lebih kurang enam helai dicubanya tadi. Yang merisaukan Arina ialah harganya. Harga sehelai sahaja hampir mencecah beratus-ratus ringgit.

            “Kenapa?. Tak boleh?” Iskh Haris ni. Dia lak tanya balik. Memanglah boleh tapi macam membazir. Mahal. Arina cuma berbisik di dalam hati.

            “So, sekarang Arina nak beli apa lagi? Dalaman nak ke?” keluar sahaja dari butik tersebut, Haris terus bertanyakan pada Arina sambil berjalan tanpa tujuan. Macam tahu-tahu je Haris ni. Terpaksa juga Arina mengangguk. Memang pakaian dalaman yang Arina hendak beli sebenarnya.

            “Malu nak beritahu ye.” Merah padam muka Arina bila Haris berbisik padanya. Dia memanglah tak tahu malu. Aku ni. Mana pernah beli pakaian dalaman ni dengan lelaki. Aduh…..

            “Tak payahlah ikut. Nanti Arina beli sendiri.” Sedikit di tolak badan Haris supaya tidak mengikutnya. Nasiblah terdapat Parkson di situ. Sedikit senang untuk Arina mencarinya.

            Haris tetap mengikutnya masuk ke dalam Parkson. Sampai di bahagian yang menjual pakaian dalaman untuk wanita, Arina berhenti di tepi.

            “Haris tak payahlah ikut ye.” Kesian pula Haris melihat wajah Arina yang segan silu.

            “Okey sayang.” Lega Arina bila mendengarnya. Cepat-cepat dia meninggalkan Haris di situ. Senang bagi Arina untuk memilih bila dilihat Haris tidak mengikutnya.

            Tidak sampai setengah jam di sana, Arina berjalan menuju ke kaunter pembayaran. Sambil berjalan, Arina  turut mencari-cari Haris. Tiada. Mana pulak dia ni.

            “Haris….”Tiba-tiba sahaja Haris berdiri  di sebelahnya. Kini giliran Arina untuk membuat bayaran. Haris meletakkan sesuatu di atas kaunter.

            Merah?!....Seksinya…..

            Malu pula Arina hendak bertanyakan pada Haris untuk siapa dia belikan baju tidur seksi berwarna merah. Entah untuk siapalah tu. Haris terlebih dahulu mengeluarkan kad kreditnya dan membayarkan semua yang dibeli Arina tadi termasuklah baju tidur tersebut.

            “Taknak tanya ke I beli untuk siapa baju tidur tadi?” Sambil tangan Arina dicapai dan digenggam.

            “Bukan untuk Arina kan. Jadi tak payahlah kot Arina nak sibuk tanya.” Jawapan Arina kedengaran sedikit cemburu pada Haris. Memang ada sedikit terasa Arina bila Haris membelikan sesuatu seperti itu untuk orang lain. Kalau nak beli pun, belilah lain kali. Janganlah beli masa aku ada. Marah Arina di dalam hati.

            Ketawa Haris mendengarnya. Dari riak wajah Arina ada sedikit cemburu.

            “Betul taknak tahu?” Diangguk berkali-kali. Malas Arina hendak memanjangkan isu baju tidur tersebut. Biarlah Haris hendak beli untuk siapa pun yang dia mahu. Duit dia.

            “Okey.” Pendek sahaja jawapan Haris. Memang sahlah bukan untuk aku. Lega jugak Arina. Naya kalau Haris belikan untuknya.
           
           
           
           

           


Monday, May 5, 2014

Isnin kembali lagi. Alhamdulillah masih bernafas di muka bumi ini. Bersyukur sangat dapat melihat lagi wajah insan-insan tersayang. 

Untuk semua followers, petang ni or esok pagi akan saya masukkan sambungan novel Kau Tetap Milikku.

Jadi tunggu ye sambungannya.

Ikhlas dari insan kerdil ini....