KAU TETAP MILIKKU
BAB 27
“Kau taknak makan ke Arina?” Arina cuma menggelengkan
kepalanya. Dia masih berbaring di atas katil sambil menyelimutkan badannya.
“ Kau
okay ke tak ni? Nak apa-apa? Kitorang belikan.” Risau kawan-kawannya melihat
keadaan Arina. Mereka sendiri pun tidak tahu apa yang terjadi pada Arina malam
tadi. Puas mereka memujuk Arina untuk menceritakan pada mereka tetapi tidak
berjaya.
“Takpalah.
Roti ada ni. Kalau aku lapar nanti aku makan.” Kesian juga Arina melihat
kawan-kawannya. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia meninggalkan Pulau
Perhentian ini hari ini juga. Tetapi bila teringatkan kawan-kawannya yang
sedang menikmati cuti mereka, Arina pendamkan sahaja niat tersebut. Dia tidak
mahu disebabkan dia mahu pulang, kawan-kawannya yang lain juga turut serta
pulang bersamanya. Kesian mereka.
“Okay,
kitorang pergi dulu ye. Apa-apa call tau.” baru sahaja mereka hendak menutup
pintu, Linda ternampak Haris sedang berjalan ke arah mereka. Terus dicuit
tangan Mimimemberitahu kehadiran Haris di sini.
“Good
morning. Where’s my Arina?” Haris bertanyakan Arina sebaik sahaja dia
merapati mereka berdua. Linda pula terus membuka kembali pintu yang sepatutnya
ditutup tadi.Kelihatan Arina sedang berbaring membelakangi mereka. Suara
televisyen yang dipasang tadi membuatkan suara mereka tidak berapa didengari
Arina.
“Kitorang
nak pergi breakfast tapi Arina tak mahu. Dia tak berapa sihat rasanya.”
Linda yang banyak berbicara dengan Haris. Mimi pula sibuk dengan telefonnya.
Sudah tentulah buah hatinya yang menelefon dari tadi.
“You
tahu ke kenapa Arina nangis malam tadi? Please let me know kalau you
tahu.” Haris memperlahankan suaranya supaya Arina tidak dengar apa yang sedang
mereka bualkan.
“Tak
tahu Haris. Dari malam tadi kitorang duk tanya dia kenapa. Tapi langsung dia
tak mahu cerita apa-apa. Semalam pun rasanya dia tak dapat tidur. Mungkin fikir
lagi pasal benda ni. Biarlah dia dulu. Harap-harap nanti okay lah dia.” Bukan
sahaja Haris yang tidak tahu malah kawan-kawan Arina juga tidak tahu apa yang
telah terjadi malam tadi.
Linda
dan Mimi meninggalkan Haris di situ.
Haris mahu menemani Arina di situ.
Pintu
bilik ditutup.
Haris
menghampiri Arina perlahan. Tidak mahu mengejutkannya. Bila dilihat rupanya
Arina tertidur. Mungkin kerana terlalu mengantuk. Kata Linda, Arina tidak tidur
malam tadi.
Haris
memperlahankan suara televisyen. Dia duduk menghadap Arina. Wajah Arina
diteliti. Walaupun wajah Arina tidak secantik wanita-wanita yang pernah ditidurinya
sebelum ini tetapi dia memiliki kecantikan yang lain dari mereka. Wajah inilah
yang telah berjaya mencuri hatinya. Cuma Arina yang berjaya membuat tidurnya
tidak lena. Malah membuatkan Haris kenal erti rindu yang sebenarnya.
Haris
tidak dapat menahan jari jemarinya dari menyentuh wajah mulus Arina. Jarinya
menyentuh lembut pipi Arina. Baru sahaja dia hendak mengalihkan jarinya ke
bibir Arina….
“Ha…Haris….
Bu…buat apa kat sini?” Arina terkejut bila dirasakan ada sesuatu yang merayap
di pipinya. BIla dibuka mata bertambah terkejut Arina bila Haris yang berada di
hadapannya. Di dalam bilik. Setahu dia tadi Linda dan Mimi sudah menutup pintu
meninggalkannya untuk bersarapan.
“I want to see my wife. Can I?” Arina
memandang ke tempat lain. Entah kenapa dia rasa kurang selesa berada dekat dengan
Haris. Perasaan takut pada Haris semakin menyelubunginya. Perasaan yang
dirasakan sekarang ini seperti perasaan ketika dia mula-mula berjumpa Haris di
majlis hari jadi kawannya.
“Arina…
Please… kenapa ni?” Arina menjarakkan
sedikit dirinya daripada Haris. Dia takut. Dia takut Haris akan
mengapa-apakannya seperti dulu. Haris tidak berapa suka dengan perubahan Arina.
Dapat dirasakan Arina sudah semakin selesa dengannya beberapa hari ni. Entah
kenapa selepas malam tadi Arina berubah. Masih menjadi tanya tanya pada Haris
apa yang sebenarnya berlaku.
“I
ada buat salah ke? Arina please… I tak pernah merayu pada mana-mana
perempuan sebelum ni. Inilah pertama kali I merayu. I ada buat salah pada you ke
Arina?” Terkejut juga Arina bila Haris seboleh-boleh merayu padanya untuk
menceritakan apa yang sebenarnya terjadi. Tetapi Arina nekad. Dia tidak mahu
menceritakan kepada sesiapa pun termasuklah Haris. Apa yang boleh dia ubah.
Semuanya sudah terlambat.
Arina
cuma menggelengkan kepalanya. Tiada sedikit senyuman pun yang terbit dari wajah
Arina. Sedikit hampa Haris ketika itu. Dia berharap sangat dapat melihat wajah
Arina yang indah tersenyum padanya.
Sunyi
sepi.
Langsung
tiada sepatah kata pun keluar dari mulut Arina.
Haris
juga seperti hilang arah. Fikirannya buntu. Tidak dapat berfikir apa-apa pun.
Lama
juga mereka berkeadaan sebegitu sehinggalah telefon Haris berbunyi.
“Yes
ma. No, Haris dekat Pulau Perhentian.” Laju sahaja Haris memberitahu
mamanya dimana dia sekarang. Langsung dia tidak tahu yang mamanya sudah
bertanyakan pada Arina sebelum Arina pergi bercuti tempoh hari. Fikir Haris mana
mungkin mamanya akan bertanya pada pekerjanya termasuklah Arina. Memang pelik
jika mamanya sibuk bertanyakan perkara tersebut pada pekerjanya.
“Apa?....
Arina?... Oh…. Tak tak…Haris tak nampak pun dia.” Tergagap-gagap suara Haris
ketika itu. Terus Arina mengerling pada Haris. Baru dia teringat yang Dato’
Mahizan ada bertanyakan padanya. Pulau Perhentian jawapan diberikan padanya.
Janganlah timbul masalah lain pulak. Risau Arina.
“Okey
ma… Kalau Haris nampaklah ye. Tak nampak pun dia. Maybe lain chalet kot ma.”
Haris terus memandang wajah Arina yang duduk berhadapan dengannya. Seperti
biasa Arina yang akan mengalihkan dulu pandangan ke arah lain. Pandangannya
dituju pada TV yang entah cerita apa yang sedang ditayangkan.
“Pelik.
Macamana mama tahu Arina dekat sini? She asked me to check on you. Did she
know about us?. You ada bagitahu dia ke Arina?” Sedikit terkejut Arina.
Tapi dia tahu Haris sedang memandangnya. Pandangan Arina masih tidak dituju
pada Haris.
“Tak.
Tak pernah pun. Dato’ ada tanya hari tu mana Arina nak pergi bercuti. Dengan
siapa. Itu je.” Ikutkan hati malas Arina hendak menjawab. Tetapi dia takut jika Dato’ Mahizan dapat mengetahui keadaan
sebenarnya tentang hubungan antara mereka. Habislah kau Arina. Satu masalah lagi
akan timbul.
“Betul?”
Haris seperti mendesak Arina. Suaranya seperti tidak mempercayai apa yang
dikatakan Arina.
“Macam
nilah Haris…. Apa kata kita berpisah. Haris dengan kehidupan Haris. Arina
dengan kehidupan Arina. Dah tak payah nak takut-takut lagi jika Dato’ dapat
tahu. Senang kan. Lepaskan Arina.” Inilah kali pertama suara Arina kedengaran
amat tegas. Terkedu Haris mendengarnya. Berubah wajah Haris mendengarnya. Arina
sendiri tidak tahu mana datangnya keberanian untuk berkata sebegitu pada Haris.
Hatinya sedang sakit dan ditambah dengan cara Haris pula. Nampak sangat Haris
tidak mahu sesiapa pun tahu tentang hubungan mereka terutama mamanya.
“I
will not let you go. Never!” Haris sedikit meninggikan suaranya. Geram
dengan kata-kata Arina tadi. Ikutkan marahnya hendak sahaja ditampar mulut
Arina kerana berani berkata begitu padanya. Sudah berapa kali dia ingatkan
Arina supaya tidak membincangkan mengenai perpisahan antara mereka.
Haris
terus keluar dari bilik Arina tanpa menoleh ke belakang. Hatinya amat sakit.
Dihempasnya pintu sehingga membuatkan Arina terkejut.
“Ya
Allah…. Apa yang perlu aku buat……….” Air mata turut mengalir. Dia buntu. Arina
tahu Haris marah dengan kata-katanya tadi. Haris tidak tahu yang hati Arina
lagi sakit menanggung ini semua. Penipuan pada semua orang. Arina sudah penat. Sudah penat dengan keadaan
mereka sekarang ini.
Arina
sakit sangat Haris…….. Hati Arina sakit sangat………….Kalaulah Haris faham apa
yang sedang Arina hadapi sekarang ini……..
Jam
menunjukkan ke angka 11 pagi. Pagi tadi selepas Haris meninggalkan Arina. Arina
tidak dapat melelapkan matanya. Puas dia cuba melupakan apa yang terjadi tadi
tetapi gagal.
“Jom
Arina. Siaplah cepat. Kita gi naik bot kejap lagi. Pusing-pusing pulau ni.”
Ajak Mimi bila dilihat Arina masih bergolek di atas katil.
“Okey….
Kejap, aku mandi jap.” Malas Arina hendak mengingatkan apa yang terjadi. Lebih
baik dia keluar bersama-sama kawan-kawannya. Moga-moga dia dapat melupakan
segala yang berlaku padanya dari malam semalam.
“Berapa
kena bayar ni?” Arina bertanyakan pada Linda dan Mimi bila mereka sedang
memakai jaket keselamatan sementara menunggu bot tiba.
“Naik
je lah. Sibuk nak bayar balik.” Jawapan Linda membuatkan Arina sedikit resah.
Jangan jangan…..
“Mana
pulak dia ni….” Perlahan sahaja suara Linda kedengaran tetapi cukup jelas pada
pendengaran Arina.
“Kau
ni tunggu siapa?” Linda sedikit terkejut bila Arina menepuk bahunya. Sangkanya
tiada orang akan mendengar kata-katanya tadi. Arina masih menunggu jawapan
darinya.
“Tu….”Linda
tidak tahu apa yang perlu diberitahu pada Arina. Nasiblah orang yang ditunggu
itu sedang berjalan ke arah mereka.
Arina
menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang ditunggu Linda.
“Eh…
aku nak baliklah. Korang berdua jelah pergi ye.” Arina terus membuka jaket
keselamatannya. Memang dia tiada mood bila melihat wajah Haris. Macamana nak
lupakan semua ni kalau dia asyik muncul di hadapan mata ni. Pening Arina.
“Stop
it Arina.” Walaupun perlahan suara Haris tetapi cukup tegas kedengaran di
telinga Arina. Pandangannya di arahkan pada kawan-kawannya. Tidak sampai hati
pula Arina bila melihat wajah Mimi dan Linda. Kesian pada mereka. Disebabkan aku,
percutian mereka jadi begini. Hilang keseronokan mereka yang selama ini
ditunggu-tunggu.
“Arina….
Janganlah macam ni. Memang aku tahu aku salah. Tapi kita kan memang nak sangat
naik bot keliling pulau ni. Bot ni kita sahaja tau. Haris dah booked
untuk satu bot. Jadi takda orang lain naik bot ni selain kita. Please Arina…
Tak best la kalau kau takda.” Memang betul juga apa yang dikatakan
Linda. Memang Arina sendiri ada menyimpan niat untuk menaiki bot mengelilingi
pulau tersebut. Ditambah lagi dengan wajah Linda dan Mimi yang seperti meraih
simpati padanya membuatkan Arina berubah fikiran.
“Okeylah.
Jom. Tapi ingat… Korang jangan buat macam ni lagi tau. Aku tak suka. Nah
sekarang kau gi layan si Haris tu. Aku malas.” Tersenyum riang Linda dan Mimi
mendengar kata-kata Arina. Mereka membantu Arina memakai semula jaket keselamatan tadi. Haris pula
masih memerhatikan mereka dari tepi sambil menunggu bot tiba.