DIA… PENJAGA HATIKU.
Bab 5
“Terima kasih Encik Haikal sebab hantar saya balik.” Belum sempat
Zaira membuka pintu kereta, Azri lebih pantas darinya. Terkejut Zaira dengan
tindakan Azri itu. Sangkanya dia masih berada dalam kereta.
Zaira tidak menunggu lama. Kakinya
melangkah keluar. Dia perlu segera terangkan segala-galanya sebelum terlambat.
Bukan dia tidak tahu api cemburu Azri ni. Macam-macam dia boleh buat kalau dah
marah.
“Zaira keluar dengan lelaki lain ye.
Patutlah taknak cakap dengan abang tadi.” Sekali lagi Azri lebih cepat
bertindak. Lagak merajuk. Tidak sempat Zaira hendak buka mulut pun.
“Abang, bukan macam tu. Ni bos
Zaira. Encik Haikal. Kami baru balik dari hospital tadi. Lawat Kak Siti. Dia
baru dapat baby.” Laju sahaja penerangan Zaira.
“Oh ye Encik Haikal, kenalkan Azri…”
“Teman lelaki Zaira.” Terus sahaja
Azri memotong cakap Zaira. Tangan dihulur tanda perkenalan.
“Terima kasih ye sebab hantar balik
buah hati saya ni dengan selamat.”
“Abang…” Zaira rasa tidak patut Azri
berkata begitu pada bosnya. Nampak gaya seperti api cemburu sudah muncul.
Haikal sekadar mengangguk. Dia masih
risaukan Zaira. Hatinya tidak senang dengan perlakuan Azri tadi. Takut jika
Zaira diapa-apakan.
“Zaira mana ada duit sebanyak tu.”
Hilang sahaja kereta Haikal dari pandangan mereka, terus sahaja Azri
bertanyakan pada Zaira. Hal duit yang tak habis lagi dari tadi. Sangat penting
katanya.
“Zaira tak sayangkan abang ke? Lima
belas ribu je sayang. Nanti abang gantilah balik.” Azri masih cuba memujuk buah
hatinya itu. Dengar sahaja jumlah yang dia mahu terus pening kepala Zaira
dibuatnya.
“Zaira… pinjamlah dengan bos Zaira
tu. Mesti dia banyak duit. Tak heranlah dengan lima belas ribu ni.” Tiba-tiba sahaja dia mendapat idea. Dia
akan gunakan Zaira untuk dapatkan duit tersebut.
Zaira agak terkejut mendengarnya.
Memanglah bagi Encik Haikal lima belas ribu tidak banyak, tetapi dia masih
sedar siapa dia. Status sebagai seorang pekerja sahaja.
“Nantilah Zaira cuba. Tapi… abang
jangan mengharap sangat.” Semakin memeningkan kepalanya. Azri pula sudah
tersenyum lebar sampai ke telinga.
Azri pernah memberitahu Zaira yang
dia hendak menggunakan duit tersebut untuk mengembangkan perniagaannya. Duit
yang ada di tangan tidak cukup. Disebabkan sayang, Zaira langsung tidak
bertanya banyak. Dia percaya segala apa yang teman lelakinya beritahu.
Malam itu Zaira tiada selera
langsung. Makannya pun hanya setakat dua suap sahaja. Selebihnya hanya
tersimpan di bawah tudung saji.
Zaira,
is everything okay?
Whatsapp yang diterima dari Haikal
membuka matanya sedikit yang tadi sudah separuh tertutup.
Semua
okey Encik Haikal.
Balas Zaira ringkas.
Okey,
if ada masalah beritahu. If I can help, I will do that. Good night.
Good night Encik
Haikal.
Hatinya masih berbelah bahagi. Hendak beritahu bosnya itu tentang
masalahnya atau tidak. Perlukah dia berdiam diri sahaja melihat Azri berdepan
dengan masalah ini. Zaira tidak sampai hati.
“Encik Haikal, boleh saya ambil masa
Encik Haikal sekejap?” Zaira memberanikan diri. Berat sungguh mulutnya hendak
mengeluarkan kata-kata tadi. Digagahkan juga.
Hanya ada beberapa staf sahaja yang
masih berada di pejabat. Yang lainnya sudah pun beransur pulang termasuklah
Azlin.
Haikal mengangguk kepalanya.
Tangannya masih sibuk menyentuh Ipad miliknya itu. Pandangannya masih seperti
tadi. Tepat memandang pada Ipad.
“Ya Zaira. Ada apa?” Barulah kini
Haikal mengangkat muka. Wajah kerisauan
Zaira dipandang.
“Begini Encik Haikal. Kalau boleh
saya nak buat pinjaman wang. Nanti tiap-tiap bulan Encik Haikal tolak dari gaji
saya.” Terluah juga segala apa yang hendak disampaikan pada Haikal. Kalau tidak
dari pagi tadi perasaannya dibelengu rasa takut.
“Berapa?” Walaupun pendek tetapi
bagi Zaira itu sudah cukup membuatkan perutnya kembali kecut. Nada suara
Haikal? Zaira tidak pasti. Marah ke tidak dia ni.
“Lima… Lima belas ribu, Encik
Haikal.” Nada suara automatik menjadi rendah. Perlahan. Seperti berbisik.
Berharap Haikal mendengarnya.
Berdebar-debar. Itulah perasaan
Zaira ketika itu. Menunggu jawapan dari Haikal. Kalaulah tidak diterima,
terpaksalah Zaira buat pinjaman peribadi dari bank.
Haikal mengambil sekeping kertas
kosong berserta sebatang pen dan menghulurkan pada Zaira. Terkebil-kebil Zaira
dibuatnya. Kenapa pulak ni. Aku kena tulis apa ni….
“Tulis nombor akaun Zaira.”
“Hah?!” Nombor akaun? Aku salah
dengar ke ni… Kenapa tiba-tiba dia nak nombor akaun aku. Jangan kata dia nak
masukkan duit dalam akaun aku ni.
“Nombor akaun bank awak. Nak duit ke
tak ni?” Kini tangannya sudah bersilang. Memeluk tubuh.
“Nak nak…” Zaira tidak menunggu
lama. Pen dicapai lalu ditulis dengan penuh hati-hati nombor akaunnya. Takut
tersalah pula nanti.
Selepas mengucapkan terima kasih,
Zaira menapak keluar. Dalam masa yang sama, telinganya dapat menangkap suara
Haikal dengan jelas, “Harap lepas ni muka tu tak muram lagi.”
Terkedu kejap Zaira. Dia perasan ke
wajah aku yang bermasalah ni. Aduh kau ni Zaira. Tak pandai cover betul.
Ditoleh ke belakang semula dan
dilemparkan senyuman tawar pada Haikal. Hanya itu yang mampu dia buat.
Berita gembira itu segera
disampaikan pada Azri. Apa lagi, bersorak sakanlah si Azri di hujung talian
sana. Zaira turut sama berasa gembira. Kalau boleh dia tidak mahu hubungan
cinta mereka rosak disebabkan wang. Dia mahu hidup bersama Azri, lelaki pertama
yang berjaya menakluki hatinya.
Cepat betul duit dimasukkan ke dalam
akaun Zaira. Rasa pelik juga Zaira sebab dia tidak langsung disuruh isi apa-apa
borang pun. Takkanlah Encik Haikal yang tolong isikan. Mustahillah.
Zaira tidak berfikir panjang. Duit
yang ada di dalam akaun itu dikeluarkan lalu diberi pada Azri. Sungguh mulia
hati Zaira. Sanggup menebalkan muka meminjam duit untuk teman lelakinya itu.
Kalau tak kenang jasa, memang tak patutlah ni.
Tapi perubahan sikap Azri pada Zaira
mengundang kesedihan di hatinya. Kenapa dia perlu berubah? Masalah apa yang
sedang menimpanya? Puas Zaira cuba menghubunginya tetapi jarang diangkat. Kalau
angkat pun hanya beberapa minit sahaja mereka berbual. Alasan sama diberikan.
Sibuk uruskan bisnes barunya. Bisnes apa pun Zaira tidak tahu.
Zaira cuba berfikiran positif.
Campak jauh perasaan syak wasangka yang tidak baik terhadap Azri. Menerima
segala apa alasan yang diberikan padanya.
“Zaira, tak turun makan ke?” Tegur
Haikal sebaik sahaja dia melintasi meja Zaira. Dilihatnya tekun betul Zaira
menyiapkan kerja yang diberikan padanya pagi tadi.
“Tak kot Encik Haikal. Banyak lagi
kerja nak kena siapkan ni. Encik Haikal nak turun makan ke?” Tanya Zaira.
Memang dia malas hendak turun. Lagipun dia ada bawa bekal roti telur tadi. Lagi
satu perangai Zaira, dia tidak akan senang duduk jika kerja yang telah
diamanahkan padanya masih tidak siap. Selagi mampu akan cuba dihabiskan.
“Jom, teman saya makan.” Arahan atau
pelawaan ni?...Confius kejap Zaira.
“Tapi Encik Haikal. Kerja-kerja ni
saya nak…” Mulutnya terkatup terus dari mengeluarkan sepatah kata pun bila
dilihatnya tangan Haikal laju menutup fail-fail yang ada di atas mejanya.
Tahulah Zaira. Itu lebih kepada satu
arahan.
Mereka berjalan beriringan menuju ke
restoran Sendayu yang terletak berhampiran dengan pejabat mereka. Memang Zaira
hendak rasa makan di situ, tetapi selalu terhalang. Kata Azlin restoran ni
untuk orang-orang banyak duit je. Mahal harga setiap satu menu. Macam cekik
darah pun ada. Tapi itulah, ramai je yang datang makan ke situ. Orang-orang
kaya ni bukannya kisah kalau mahal atau tak. Yang penting sedap. Itu yang
diambil kira.
Kiranya hari ni hari bertuah kaulah
Zaira…..
“Sedap tak mi goreng tu?” Haikal
dari tadi sibuk perhatikan Zaira makan. Menu tersebut menjadi pilihan makan
tengahari Zaira. Haikal pula sekadar memesan nasi goreng ayam.
“Sedap. Encik Haikal nak rasa?”
pelawa Zaira pada Haikal. Sekadar berbahasa sahaja.
Hampir tercekik Zaira bila Haikal mengambil
sedikit mi dari pinggan Zaira lalu disua ke mulutnya. Biar betul Encik Haikal
ni. Aku main-main je tadi. Dia boleh ambil dan rasa betul-betul. Dia tak pernah
rasa mi goreng dekat sini ke? Bisik Zaira sendiri.
“Cuba rasa nasi goreng ni?” Hah?!
Dia suruh aku rasa makanan dia pulak. Lebih membuatkan Zaira rasa gementar bila
Haikal menyuakan sudu berisi nasi
kepadanya.
Malu…. Malu…. Dapat dia rasa pipinya
sudah kemerahan.
“Cuba rasa.” Aduh, kenapa lembut
sangat suaranya ni. Ala romantik di siang hari. Kot ye pun Encik Haikal,
tunggulah malam.
Hendak atau tidak terpaksalah juga
Zaira membuka mulut Membiarkan Haikal menyuapnya. Dah macam pasangan hangat
bercinta pula. Suap-suap bagai.
Kalaulah Azri seromantik begini.
Alangkah bahagia hidup.
“Zaira, saya nak tanya sikit boleh?
But a bit personal.”
“Apa dia Encik Haikal? Kalau boleh
saya jawab, saya akan jawab.” Jelas Zaira sambil menghirup air tembikai yang
dipesannya tadi. Rasa hangat pula tiba-tiba.
“Yang lelaki hari tu memang teman
lelaki awak ke?” Mendatar sungguh suara Haikal. Zaira jadi serba salah pula
hendak menjawab. Bukannya susah pun soalan yang dituju padanya, tetapi entah
kenapalah hati ni rasa tak selesa.
“Ermmm, aah Encik Haikal. Kenapa
Encik Haikal tanya?” Wajah Zaira masih dipandang tepat. Tajam sehingga Zaira
tidak mampu membalas pandangan tersebut. Segera dipaling ke tempat lain.
Dikala itu jugalah telefon milik
Haikal berbunyi. Mengalunkan lagu berentak sedikit rock. Lagu apa? Jangan
ditanya si Zaira. Dia bukannya dengar sangat lagu dari negara barat ni.
Air diteguk walaupun tekaknya tidak
dahaga sedikit pun. Masih cuba memaling wajah ke tempat lain. Tidak betah
memandang wajah Haikal di hadapan.
“I call you back. Bye.” Ingatkan dia
akan berborak lama di telefon. Boleh pula dia kata nak telefon balik nanti.
Aduh, cari jalan cepat Zaira. Takkan nak serah diri biar Haikal tanya soalan
lagi dekat kau. Mahu mati kutu nanti.
“Encik Haikal, jom. Dah habis waktu
rehat ni.”
“Jom. Saya bayar dulu.” Fuhhhh,
lega.
Kenapa hati ni rasa lain macam.
Kenapa rasa gusar bila ditanya tentang Azri. Kenapa ada perasaan pelik setiap
kali Encik Haikal memandang ke dalam anak mataku.
Seribu persoalan yang tiada
jawapannya lagi.
(LIKE kalau suka ye.....TQ semua.)
Penantianku berakhir..cepat2 siapkn sis..xsabar nk peluk novel2 sis
ReplyDeleteTerima kasih ida ahmad. Tgh cuba siapkan secepat mungkin ni.. moga2 tahun dpn dpt diterbitkan.. Aminnn.
Deleteakhirnya ada sambungan, Txs cik writer dah lama tunggu sambungan dari dulu...
ReplyDeleteTerima kasih juga sis rozita kadiman krn sudi follow cite ni..
DeleteLIKE2....Akhirnya ada jugak entry yang dinanti-nantikan... Good Job writer.. ^_^
ReplyDeleteThank youuuuu sis anna masuri.. gembira bila ada org sudi follow cite kita.. :)
DeleteLike
ReplyDeleteTerima kasih sis namirah..
DeleteLike..
ReplyDeleteTerima kasih sis widuri manja..
Deletesk sgt... x sbr nk tgu sambungan dia...hihihihi... hrp2 x lme lg kuar lh novel dia...hihihihi....
ReplyDeleteTq2 sis zila omar sbb sudi follow cite ni. Doa2kan akan diterbitkan ye.. Aminnnn
Deleteaminn.....
DeleteLIKE
ReplyDeleteThank you..
DeleteLike like like 💜💜💜
ReplyDeleteTq tq tq ..
Delete