My corner's visitor

Wednesday, August 13, 2014

As salam and Hi semua....

Akhirnya..... manuskrip KAU TETAP MILIKKU akan dihantar kepada pihak penerbit minggu depan ye. Diberitahu pihak mereka akan mengambil masa selama tiga bulan untuk membuat penilaian. Jadi doa-doakanlah KTM akan diterima pihak berkenaan.

Selepas ni, kita follow cerita baru pula ye. MAJIKANKU SAYANGKU dan CINTA HATI SAYANG.

Terima kasih sekali lagi kepada yang menjadi followers saya. Teruskan ye menyokong saya.



TQ guys... Love u all so much.



Friday, August 8, 2014

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 34

KAU TETAP MILIKKU

BAB 34

            Dari jauh Arina sudah nampak kelibat Carliff sedang berjalan ke arah mereka. Carliff juga tidak kurang hebatnya. Ada daya tarikannya tersendiri. Gaya seorang lelaki kaya memang ada padanya. Tidak banyak bezanya jika dibandingkan dengan Haris. Cuma Haris lebih pandai mengambil hati wanita. Itu sebabnya ramai yang tergoda dengannya berbanding Carliff. Carliff pula jenis yang tidak berapa pandai bermain dengan kata-kata sehingga boleh membuatkan perempuan cair. Lagipun Carliff tidak suka berpoya-poya seperti Haris. Ada juga Carliff ke kelab-kelab bersama kawan-kawan tetapi tidak seperti  Haris. Bersama entah mana-mana perempuan sampai ke bilik tidur. Dia juga sebenarnya lebih suka bersukan. Tenis dan golf adalah sukan yang paling digemari.

            “Maaf, dah lama tunggu ke?” Carliff duduk di hadapan Arina. Sangat cantik dipandangnya Arina walaupun Arina cuma mengenakan dress panjang berwarna biru laut. Segan juga Arina bila Carliff dari tadi memandangnya. Seperti ada benda yang tak kena pada wajahnya. Kenapalah sama sahaja mereka berdua ni. Kalau pandang tu semacam je. Mahu Haris juga Carliff. Sama sahaja. Pandangan maut dirasakan Arina setiap kali pandangan mereka bersatu.

            “Kami pun baru sampai Encik Carliff.” Hasnah yang bersuara. Arina pula sekadar tersenyum memandang Carliff. Bukannya Hasnah tidak perasan yang Carliff seperti berminat dengan Arina. Untung Arina. Bukan senang nak cairkan hati jejaka kacak seorang ni.

            “Kita order makan dulu. Lepas tu baru kita bincang pasal majlis tu okey.” Arina dan Hasnah mengangguk sambil tersenyum memandang antara satu sama lain. Bukan apa, memang mereka berasa lapar dari dalam kereta tadi. Macam faham-faham je si Carliff ni. Segera dipanggil pelayan di situ untuk mengambil pesanan.

            Mereka menikmati makan malam bersama. Sambil itu ada juga mereka bincangkan mengenai majlis tersebut. Memang senang bekerjasama dengan Carliff. Dia memang jenis yang fokus pada sesuatu kerja. Sentiasa mendengar pendapat orang lain. Banyak juga yang mereka bincangkan dalam hanya beberapa jam itu. Memang berbaloi pun mereka berjumpa dengan Carliff. Tidak sia-sialah Arina mengikut Hasnah.

            “Dah lama juga saya tak terlibat dalam majlis-majlis amal ni. Seronok dapat bekerjasama dengan Arina dan Hasnah.” Memang Carliff sudah lama tidak terlibat dalam mana-mana majlis amal seperti ini. Dan kini dia perlu bekerjasama dengan Arina. Bertambah semangat Carliff. Inilah peluangnya untuk kembali rapat dengan Arina. Arina pula semakin berasa selesa dengan Carliff. Seronok bila berbual dengan Carliff. Sikapnya yang tenang dan lembut sangat membuatkan Arina selesa bila bersamanya.

            Sebenarnya selama ini Carliff cuba melupakan Arina. Itu sebabnya Carliff tidak lagi datang ke pejabat Dato’ Mahizan. Dia tidak mahu bertembung lagi dengan Arina. Hatinya tidak keruan jika melihat wajah Arina. Dan dia tidak dapat menerima lagi yang Arina adalah perempuan simpanan Haris sekarang ini. Dia juga sudah tidak menghubungi Arina seperti dulu. Kalau dulu dalam seminggu mesti ada dia menghubungi Arina atau menghantar mesej di telefon. Namun sejak kebelakangan ini, nama Arina semakin berlegar-legar di fikirannya. Wajah Arina sering kali muncul dalam tidurnya. Sekarang baru Carliff sedar yang dia tidak akan mengaku kalah sebelum berjuang untuk mendapatkan sesuatu. Ya, Arina. Dia perlu berusaha untuk menawan hati Arina. Dia tahu dengan sikap Haris yang cepat bosan sudah tentu Arina tidak akan bersamanya lama. Dia tidak peduli jika Arina bekas Haris sekalipun. Yang penting Arina menjadi miliknya. Itu yang penting. Hatinya sudah tertawan dengan wanita yang bernama Nurul Arina. Indah nama tersebut.

            “Encik Carliff, kami balik dulu ye.” Carliff tidak sedar yang mereka sedang memandangnya. Pandangan terus dilemparkan pada Arina yang sudah pun berdiri di hadapannya. Dia sedang mencari jalan. Cepatlah datang idea ni…..Akhirnya..

            “Arina, I hantar you balik. Bukan apa, I nak ke rumah my friend. Your house is on the way ke rumah dia. Boleh I turunkan you nanti. Satu jalan kan.” Haris berharap sangat yang Arina tidak akan menghampakannya.Dan dia berharap sangat yang Hasnah mengerti akan situasinya. Pandai juga Carliff mereka cerita. Mana ada kawannya yang tinggal di situ pun. Semuanya cuma rekaan semata-mata. Hanya untuk memancing Arina. Biar dia dapat meluangkan sedikit masa bersama Arina. Itu yang diinginkan.

            “Arina, jom. Kesian dekat Hasnah. Dia nak balik cepat. Mesti anak dia tunggu dekat rumah.” Sengaja Carliff mengeluarkan ayat simpati pada Arina. Belum sempat Hasnah bersuara, Carliff sudah menarik lembut tangan Arina. Dipandangnya Hasnah dan berharap yang Hasnah juga akan menyokong cadangan tersebut. Janganlah ada yang menghalang.

            Memang kebetulan juga anak Hasnah telefon dari rumah. Sibuk bertanya bila mamanya hendak pulang. Kesian pula Arina pada Hasnah. Dan sebenarnya Hasnah tidaklah kisah sangat menghantar Arina pulang. Bukannya jauh pun rumahnya dengan Arina tetapi Hasnah suka melihat Arina dengan Carliff. Nampak serasi bersama dari pandangan Hasnah. Carliff pun nampak baik orangnya. Yang penting bagi Hasnah, dia menghormati kaum hawa. Tidak seperti Haris. Wanita ibarat baju sahaja. Setiap hari bertukar. Sebelum berlalu, sempat Carliff mengucapkan terima kasih pada Hasnah walaupun tiada langsung suara yang keluar. Cuma gerakan bibir sahaja kelihatan. Tersenyum Hasnah melihat gelagat Carliff. Boleh pulak Hasnah bersubahat dengan Carliff secara tidak langsung. Hai Arina. Nasib badanlah ye.

            Terpaksalah juga Arina mengikut Carliff. Mereka berjalan seiringan menuju ke tempat letak kereta. Jauh pulak si Carliff ni parking kereta dia. Oh, mungkin penuh tadi. Fikir positif Arina. Hasnah sudah pun berlalu ke keretanya. Hilang bayang-bayang Hasnah sejurus Arina menoleh kali kedua. Kaki terus melangkah. Kereta apa pulaklah yang dipakai lelaki kaya seorang ni. Haris dengan Lamborghini dan Bmw, Carliff?. Entahlah. Tidak pernah pula Arina melihat kereta Carliff selama ini. Orang-orang kaya seperti mereka mana mungkin mahu membawa kereta buatan Malaysia termasuklah Carliff. Mesti kereta import ni. Confirm.

            Arina dapat rasakan kereta Carliff antara kereta yang masih ada di situ. Porsche, Mercedes Benz, Honda?. Bmw ke? Sampai di kereta Porsche Hayenne berwarna hitam, Carliff berhenti. Kereta dia ke ni? Arina turut berhenti bila Carliff mengeluarkan kunci kereta dari poket seluarnya.

            “Are you okay Arina?” Tiba-tiba Carliff bersuara. Hilang segala lamunannya. Dia tidak tahu kenapa dia perlu membandingkan Haris dan Carliff ketika itu. Apa kaitan dengannya. Stop it Arina……

            Arina cuma mengangguk sambil tersenyum. Mereka memasuki kereta milik Carliff dan berlalu meninggalkan kawasan tersebut.

            “So, Arina…. How’s your life sekarang?. Okey?.” Carliff cuba menghidupkan suasana di dalam kereta. Dia tidak mahu Arina berasa tidak selesa bila bersamanya. Dia mahu Arina lebih rapat dengannya. Mengenali Arina dengan lebih mendalam. Mahu dipecahkan tembok besar yang menghalang hubungan mereka bersama.  

            “Okey. Semua okey.” Seraya menganggukkan kepalanya. Pandangannya tidak juga dialihkan pada Carliff. Tetap memandang ke hadapan. Risau juga Arina jika tiba-tiba Carliff bertanyakan tentang Haris. Apa yang hendak dijawabnya nanti. Lagi bertambah risau jika dia terlepas cakap. Dia tahu Haris tidak mahu sesiapa pun mengetahui yang mereka sudah bernikah.

            “Arina okey ke kerja dekat sana? Yelah, kerja bawah mama Haris. Is he bothering you Arina?.” Sedikit terkejut Arina dengan pertanyaan Carliff itu. Memang dia terganggu sekarang ini. Kalaulah Arina boleh meluahkan segalanya pada Carliff. Semua masalah yang membelenggunya berkaitan Haris. Tapi Arina tidak mampu. Dia tidak berapa rapat dengan Carliff. Masakan dia hendak menceritakan masalahnya. Mana tahu nanti disampaikan pula apa yang diceritakan pada Carliff pada Haris. Habis kau Arina.

            “Saya okey. Janganlah Encik Carliff risaukan saya.” Arina masih boleh tersenyum walaupun hakikatnya dia tidak tahan dengan ini semua. Pura-pura di hadapan orang. Semakin hari dirasakan yang dirinya tidak ubah seperti perempuan simpanan di mata orang. Tetapi hakikatnya dia ialah isteri yang sah kepada Dato Haris Iskandar.

            “Arina, look. Kalau Arina ada masalah, just luahkan dekat I. Kalau I boleh tolong, I tolong. And lagi satu, kalau Arina rasa tak selesa lagi bekerja di sana, Arina boleh kerja dekat office I. Pejabat I sentiasa terbuka untuk you Arina.” Arina setia mendengar setiap kata-kata Carliff. Carliff melawan nafsunya dari memegang tangan Arina. Dia mahu berkongsi masalah yang dihadapi Arina. Dia dapat rasakan Haris mengongkong Arina. Arina tidak layak bersama Haris. Arina terlalu baik. Itu sebabnya dia tidak percaya yang Arina menjadi perempuan simpanan Haris buat masa ini. Mesti ada sesuatu yang membuatkan Arina terpaksa bersamanya.

            “Arina…izinkan I bantu you.” Carliff sudah memberhentikan keretanya di hadapan rumah Arina. Arina tidak dapat berfikir apa-apa sekarang ini. Dia takut jika langkah yang diambil nanti membuatkan keadaan bertambah rumit. Buntu dan rungsing dibuatnya.

            “Terima kasih Encik Carliff kerana hantar saya balik. Insyaallah kalau saya perlukan Encik Carliff, saya beritahu ye. Buat masa ni, biarlah saya selesaikan masalah saya sendiri. Terima kasih sekali lagi Encik Carliff. Selamat malam.” Arina terus turun dari kereta. Tangan Carliff hampir menyentuh tangan Arina. Nasiblah Arina tidak perasan. Arina memang sudah berjaya membuka hati Carliff pada wanita. Arina pula sememangnya takut jika dia terlepas cakap. Mana tahu jika Carliff juga sama seperti Haris. Pantang terusik.  

            Arina mengeluarkan telefonnya dari dalam beg. Dia terlupa yang telefonnya dalam keadaan silent. Dua puluh missed call. Sepuluh mesej. Satu persatu mesej dibacanya. Semuanya dari Haris. Haris terpaksa ke Johor Bahru atas urusan kerja. Dia sudah berangkat siang tadi. Dibiarkan sahaja. Malas hendak dibalasnya mesej Haris.

            Arina masih terfikir-fikir tentang pelawaan Carliff untuk bekerja di syarikatnya. Bagus juga. Dapat juga dia melarikan diri dari Haris dan juga mamanya. Dia masih perlu mempertimbangkan pelawaan tersebut. Dia perlu mengambil langkah terbaik untuk masa depannya. Dia takut juga jika Carliff juga seperti Haris. Pantang barang miliknya diusik. Bak kata orang…. Keluar mulut buaya masuk mulut naga.

            Sudah lama juga Arina dan Haris tidak berjumpa. Haris kini berada di Johor Bahru menguruskan projeknya di sana. Ada masalah sedikit yang timbul yang memerlukan Haris berada di sana. Arina pula semakin sibuk dengan majlis amal yang dianjurkan oleh syarikat dia bekerja. Mereka tidak ada masa untuk memikirkan perbalahan yang terjadi antara mereka tempoh hari. Tetapi Haris tidak pernah lupa untuk menelefon Arina bertanyakan khabar. Cuma Arina sahaja yang tidak berapa mesra seperti dulu. Haris tetap berlembut dengan Arina. Dia tidak mahu mengasari Arina, perempuan yang disayangi. Dia akan cuba sedaya upyaa untuk meyakinkan Arina supaya sayang padanya.

            Arina berbeza dari dahulu. Dia kini tidak terlalu mesra bila berbicara dengan Haris. Dia masih tidak dapat menerima perbuatan Haris terhadapnya. Semakin hari semakin dirasakan mereka tidak patut bersama. Setiap kali mendengar suara Haris, fikirannya terus teringat pada gambar yang diambil Haris dulu. Betul ke seperti apa yang dikatakan Haris. Gambar tersebut sudah dibakar. Mana tahu gambar tersebut berada dalam tangan orang lain. Mungkin kawannya. Siapa tahu. Arina masih tidak percayakan Haris.

            Haris memang banyak berubah sejak bersama Arina. Sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke kelab-kelab malam seperti dulu. Dunia hiburan semakin ditinggalkan. Dia tidak mahu perangai lamanya kembali. Dia tidak mahu bersama perempuan lain kecuali Arina.

            Semakin hari semakin Arina rapat dengan Carliff. Pengurusan untuk majlis amal ini banyak memberi ruang pada Carliff untuk mengenali Arina lebih mendalam. Carliff banyak membantu Arina menguruskannya. Carliff lagi cekap dan berpengalaman dalam menguruskan majlis sebegini. Lagipun Arina masih baru. Banyak lagi benda yang dia perlu belajar.

            Kini tinggal lagi sehari sahaja sebelum majlis tersebut berlangsung. Semua persiapan sudah hampir siap. Masing-masing sibuk menyiapkan tugasan akhir mereka. Arina terpaksa membantu Hasnah dan juga beberapa pekerja lain menyiapkan goodie bag untuk anak-anak yatim esok.