My corner's visitor

Friday, April 18, 2014

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 28

Yeh.... New entry for all the followers..... Enjoy it ok.. Maaf sangat-sangat sebab lambat update blog ni. Mesti korang tertunggu-tunggu kan. 


KAU TETAP MILIKKU

BAB 28


            Bot tiba.

            Haris membantu Linda dan Mimi menaiki bot tersebut. Sampai giliran Arina…

            “Arina… give me your hand.” Ditepis tangan Haris dari menyentuhnya. Arina tidak mahu Haris membantunya. Biarlah dia sendiri. Haris menahan sabar. Ikutkan hatinya hendak sahaja ditarik Arina terus dalam pelukannya. Memang itu yang dibuatnya pada Arina dulu jika Arina enggan mengikut arahannya.

            Bot sudah bergerak. Hanya mereka berempat di atas bos tersebut. Mimi dan Linda yang banyak menceriakan keadaan dari tadi. Arina pula lebih banyak berdiam. Memang sengaja Arina mengambil tempat duduk di belakang. Jauh sedikit dari mereka. Pandangannya dilemparkan keluar. Jauh…. Entah kemana dia sendiri tidak tahu.

            Haris pula walaupun sama-sama berbual dengan Linda dan Mimi tetapi pandangannya banyak ditujukan pada Arina. Dia tahu Arina masih marah padanya. Tetapi yang dia tidak tahu apa puncanya yang membuatkan Arina marah padanya sampai begitu sekali. Masih dia fikirkan lagi dimana salahnya. Mungkin dari tutur katanya yang dia tidak perasan telah mengguris hati Arina. Tapi rasanya tidak ada. Buntu Haris .

            “Are you okay Arina?” Arina mengelamun. Ingatannya hilang entah kemana. Suara Haris disebelahnya membuatkan dia kembali ke realiti. Dikerling sedikit sahaja pada Haris yang duduk di sebelahnya. Arina cuma mengangguk perlahan.

            “Kita bincang lepas balik KL nanti. But now please Arina. Enjoy yourself. Kalau bukan untuk you, think about your friends. Do you think they all will be happy and enjoy bila you sedih macam ni. They don’t. Apa-apa masalah kita bincang bila balik nanti. Is it clear Arina?” seperti biasa suara Haris agak tegas bila mengeluarkan arahan. Tapi memang betul juga apa yang dikatakan Haris itu. Disebabkan dia, kawan-kawannya tidak dapat menikmati percutian yang mereka tunggu-tunggukan ini. Hilang sudah mood percutian mereka.

            “Okay.” Pendek sahaja jawapan Arina sudah cukup untuk Haris kembali tenang sedikit.

            “Now kita enjoy with them. And I want you to know… I really missed you sayang. Really….” Sempat lagi Haris mencium dahi Arina sebelum mereka menghampiri Linda dan Mimi. Bukan Arina tidak mahu mengelak, tetapi perlakuan Haris lagi cepat darinya.

            Arina terpaksa berpura-pura gembira walhal di dalam hatinya tiada siapa pun yang tahu. Hendak sahaja dia lompat terjun ke dalam laut meninggalkan mereka semua terutamanya Haris. Jelas terpancar kegembiraan di wajah kawan-kawannya. Demi kegembiraan mereka, Arina terpaksa memendam rasa.

            Pening Arina dengan Haris. Memanglah mereka kena berpura-pura gembira di hadapan Mimi dan Linda tetapi bagi Arina, Haris sudah melebih-lebih. Apa tidaknya, tangan Haris sentiasa berada di bahu Arina. Ada juga Arina berbisik pada Haris supaya mengalihkan tangannya, tetapi seperti biasa Haris pura-pura tidak mendengar. Ada juga kadang-kadang Haris menggenggam tangan Arina. Bukan Arina tidak cuba menarik tangannya tetapi kudrat lelaki seperti Haris berkali ganda dari kudratnya. Semakin cuba di leraikan genggaman tersebut semakin Haris mengeratkannya.

            Selepas hampir tiga jam mereka bersama-sama di atas bot mengelilingi pulau tersebut, akhirnya mereka kembali semula ke tempat tadi. Memang Mimi dan Linda kelihatan sangat gembira tetapi berlainan dengan Arina.

            “Seronok?” Haris bertanyakan pada Arina bila dia sedang membantu Arina membuka jaket keselamatan. Hanya anggukan kepala yang diterima Haris. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut Arina.

            “Arina!....We really need to discuss on this. But not now. Please Arina. Jangan buat I macam ni.” Bila Arina melihat kawan-kawannya memandang ke arah lain, cepat-cepat Arina menarik tangannya dari dipegang Haris. Dibiarkan Haris sendirian di situ. Langkahnya dipanjangkan.Bagi Arina tiada apa yang hendak dibincangkan dengan Haris. Semuanya kena mengikut arahannya sahaja. Apa guna berbincang kalau tiada tolak ansur dari kedua-dua belah pihak.

            “Haris! Turunkan Arina!” Haris mengejar Arina yang laju berjalan meninggalkannya dan terus mendukungnya. Menjerit Arina bila diperlakukan sebegitu. Haris tidak memperdulikan arahan Arina. Dia tetap mendukung Arina. Arina mencari-cari Mimi dan Linda namun hampa. Entah mana perginya mereka ni. Cepat betul mereka hilang.

            Haris terus berjalan tetapi bukan ke arah chalet Arina tetapi ke chaletnya.

            “Haris nak apa?” Arina sedikit menjerit pada Haris bila dirinya dicampak ke atas katil. Pintu bilik dikunci dari dalam. Risau juga Arina jika Haris bertindak seperti sebelum ini.

            “Nak apa?!. Arina nak balik bilik.” Arina cuba menuruni katil tetapi belum sempat kakinya menjejak lantai, Haris terlebih dahulu menghalang. Tangan Arina dicapainya.

            “Arina….” Dipandang wajah Arina. Lama.

            “Please Arina….. Jangan buat I hilang sabar. Seriously I taknak sakitkan hati you lagi. I taknak buat benda yang you tak suka. But for god sake, please jangan buat macam ni lagi. I takut I tak dapat bertahan lagi. I damn really missed you. Really missed to hold you, to kiss you and to make love with you. Stop acting like this Arina. Please……” terkedu Arina mendengar luahan dari Haris. Pandangan mereka bersatu bila Arina mengangkat wajahnya memandang ke dalam anak mata Haris untuk mencari keikhlasan.

            “Arina nak balik. Arina nak balik KL. ” Arina sudah tidak peduli lagi tentang perasaan kawan-kawannya. Biarlah mereka. Hati Arina sudah terlalu sakit sekarang ini. Dia sudah tidak dapat menahan perasaan sedihnya. Dia berharap sangat kawan-kawannya memahami keadaaannya itu.

            “Arina. Please don’t cry sayang.” Arina tidak dapat menahan air matanya dari mengalir keluar. Pipinya dibasahi air mata yang berjujuran keluar. Haris terus menarik Arina ke dalam pelukannya. Entah kenapa Arina sendiri tidak tahu kenapa dia boleh membiarkan dirinya dipeluk lelaki bernama Haris. Haris mengeratkan lagi pelukan mereka bila terasa tangan Arina memeluk belakang badannya. Memang Haris tidak sanggup melihat Arina menangis. Setiap kali Arina menangis, hatinya juga turut serta sedih. Tetapi dia tahu, mesti ada sesuatu yang mengganggu perasaan Arina. Dan yang penting ini semua ada kena mengena dengan dirinya.

            “Hati Arina sakit sangat Haris… Sakit sangat……” Perlahan suara Arina tetapi Haris masih dapat menangkapnya. Terus diusap lembut rambut Arina. Siapa yang telah menyakiti hatimu sayang……

           
            “Korang…. Aku minta maaf ye kena balik dulu.” Arina tahu dia sudah menghampakan kawan-kawannya. Tetapi dia tidak dapat menipu dirinya lagi untuk pura-pura gembira. Sebenarnya Arina takut juga terserempak dengan kawan-kawan Haris untuk kali kedua. Tidak sanggup Arina berjumpa mereka. Entah apalah yang ada dalam fikiran mereka bila ternampak Arina.

            “Takpalah Arina. Kitorang pun tak tahu apa masalah kau. Tapi kami harap kau selesaikan dengan segera ye. Kami taknak tengok kau sedih-sedih lagi. Pasal percutian ni takpalah, nanti kita boleh pergi lagi. Jangan risaulah.” Mimi dan Linda sememangnya sahabat yang paling baik bagi Arina. Mereka sentiasa memahami perasaan Arina.  Bertambah sedih Arina bila mendengar kata-kata Mimi itu. Mereka berpelukan sehinggalah Haris bersuara.

            “Takpa. Nanti I sponsor percutian korang okey. Anytime saja. Just let me know mana you all nak pergi.” Haris yang tiba-tiba muncul berdiri di belakang Arina. Tersenyum gembira Mimi dan Linda. Sekali lagi Arina terpaksa berpura-pura gembira. Entah ada lagi ke tidak Haris dalam kamus hidupnya nanti. Dia sendiri tidak tahu.

            Arina dan Haris meninggalkan Pulau Perhentian petang itu. Mereka akan pulang ke Kuala Lumpur sehari lebih awal dari yang dirancang.

            “Arina… Jom kita makan dulu.” Arina terjaga bila pipinya disentuh Haris. Tidak Arina perasan yang dia sudah lama tertidur. Masuk-masuk kereta tadi terus Arina terlelap. Dan sekarang ini mereka berada di salah sebuah hentian besar di lebuhraya menuju ke Kuala Lumpur.

            “Jom… isi perut dulu. Nanti perut kosong.” Jam ditangan dikerling. Sudah pukul sembilan malam. Maknanya sudah hampir tiga jam dia tertidur. Patutlah perutnya terasa sedikit pedih. Mungkin angin sudah masuk perut. Fikir Arina.

            Mereka turun dari kereta dan menuju ke salah sebuah kedai  yang masih dibuka. Tangan Arina dicapai. Memang sudah kebiasaan Haris memegang tangan Arina bila berjalan. Cuma Arina sahaja yang malu-malu pada orang ramai.

            “Arina nak makan apa?”

            “Mee goreng jelah.”

            “Air?”

            “Teh o ais.”

            “Okay sayang. I nak gi toilet jap. Nanti kalau makanan sampai you makan je dulu. Jangan tunggu I.” Haris memandang Arina lama sebelum dia bangun untuk memesan makanan. Iskh Haris ni….. Dah tahu aku memang tak boleh kalau dia tenung aku macam tu, dibuat jugak. Dia tahu tak yang pandangan mata dia tu boleh buat perempuan cair. Arghhhhh……..

            Arina memerhatikan Haris yang sedang memesan makanan pada penjual tersebut.  Dia cuma mengenakan sweater dan seluar pendek paras lutut. Penampilan ringkas begitu pun tetap membuatkan Haris kelihatan cukup kacak. Tidak dinafikan Haris memang mempunyai rupa paras yang sangat kacak. Dengan wajah tampan ditambah lagi dengan tubuh badan yang tegap dan sasa itulah membuatkan perempuan tergila-gilakannya. Sanggup mengabaikan dosa pahala semata-mata untuk menjadi teman Haris sehingga ke kamar tidur.

            Haris…. Kacak, bergaya, kaya, berpangkat…. Aku ni….. Itu sebabnya Arina sehingga ke hari ini tidak percaya yang Haris sayangkannya. Mesti kerana perasaan bersalah padanya membuatkan Haris terpaksa mengambil berat tentangnya. Yang Arina pelik kenapa Haris terlalu marah bila isu perpisahan diungkit. Salah ke apa yang dikatakan pada Haris. Lebih baik mereka berpisah. Masing-masing boleh membawa haluan masing-masing. Tiada ikatan lagi selepas itu. Haris boleh kembali pada dunia hiburannya. Arina dengan dunianya sendiri.

            “Kenapa tak makan lagi?. Nanti dah sejuk tak sedap.” Terhenti lamunan Arina. Dia tidak perasan yang Haris sudah kembali duduk di hadapannya. Makanan juga sudah tersedia di hadapan. Entah bila mereka hantar pun Arina tidak perasan. Jauh betul lamunan Arina kali ini.

            “Kenapa tak habis mee tu?” Dilihatnya mee  di dalam pinggan Arina hanya berusik separuh sahaja.

            “Takda selera.” Memang Arina tidak berselera. Bukannya mee yang dipesan tidak sedap tetapi tekaknya yang tidak boleh menerima sebarang makanan buat masa ini.

            “Jom. Kita pergi beli roti. Nanti dalam kereta lapar nanti.” Prihatinnya Haris pada aku. Mesti seronok kalau Haris betul-betul sayang kat aku. Sempat lagi Arina tersenyum sendiri.

            “Come… I turunkan ni. You boleh baring.” Haris merapatkan dirinya pada Arina dengan niat untuk menurun tempat duduk Arina. Selesa sikit Arina berbaring. Mereka tidak perasan yang keadaan mereka amat rapat sekali sehinggalah tangan Haris tersentuh badan Arina. Masing-masing mengangkat muka memandang antara satu sama lain. Terdiam seketika.

            Tangan Haris mengusap-usap pipi Arina. Lembut. Pandangannya kini jatuh pada bibir merah Arina. Cantik. Arina juga tidak membantah. Mungkin Arina juga rindu pada Haris. Cuma keadaan yang memaksa mereka.

            “Arina……” lembut sahaja bibir Haris menjamah bibir milik Arina. Lama. Sehinggalah cahaya lampu dari kereta lain tiba-tiba menyinar mereka. Arina tersedar. Cepat-cepat Arina menjarakkan dirinya dari Haris. Haris pula masih tegar memandang Arina walaupun kini bibir mereka tidak bersatu lagi.


            Akhirnya Haris tersenyum sebelum dia mengalih pandangannya. Mereka berlalu dari situ.

11 comments:

  1. nice...sambung la lg..jgn lama sangat hold

    ReplyDelete
  2. Finally ada jugak n3 baru.... Thanks

    ReplyDelete
  3. tq.... best... best... best..... versi cetak bila??? x sbr nak baca smpi habis...

    ReplyDelete
  4. hu..hu...akhirnya..setelah lama menanti...nak lagi

    ReplyDelete
  5. lama menanti akhirnya muncul jugak..
    tolong sattle kan masalah dorang secepat mungkin..
    nak dorang jadi sweet mcm sebelum ni..huhu

    ReplyDelete
  6. best.... tq hairynn....

    nak lagi dan lagi..... ;)

    ReplyDelete
  7. best tak?... caring kan Haris ni...Untung Arina dapat perhatian dari seorang Dato' muda yang kacak dan bergaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam imiginasi saya, haris tu rupa dia ala2 daniel henney....huhu

      Delete
    2. Hehe.... Ada sikit la.. macho, kacak, bergaya kan..

      Delete