My corner's visitor

Wednesday, April 23, 2014

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 29

KAU TETAP MILIKKU

BAB 29

            Sepanjang perjalanan mereka ke Kuala Lumpur, Arina tidur di sebelah Haris. Sempat lagi Haris memberhentikan keretanya untuk mengambil kotnya yang digantung di tempat duduk belakang. Diselimutnya badan Arina dengan kot tadi. Lena sungguh Arina tidur. Mungkin kerana suhu di dalam kereta yang sungguh nyaman. Diciumnya dahi Arina. Entah kenapa perasaan sayang pada Arina semakin dalam. Apa yang telah Arina buat padanya. Ubat apakah yang telah diletakkan dalam minumannya sampaikan dia seperti hilang arah bila tidak berjumpa lama dengan Arina. Bingung Haris memikirkannya. Mungkin telah ditentukan Arina jodohnya.

            Haris membawa Arina balik ke rumahnya. Dia tahu tiada siapa di rumah Arina malam ni. Mimi dan Linda masih berada di Pulau Perhentian. Risau Haris untuk meninggalkan Arina keseorangan di sana.

            Dia membawa Arina ke Penthouse yang baru dibelinya. Niatnya untuk membawa Arina tinggal bersama-sama dengannya di rumah tersebut. Untuk membina hidup baru bersama Arina. Dia tidak akan membawa Arina ke rumah lamanya yang pernah meninggalkan kenangan pahit pada Arina. Rumah yang telah banyak menyaksikan dosa-dosa yang dilakukan Haris. Berapa ramai wanita yang telah ditidurinya termasuklah Arina.

            “Kita dekat mana ni?” Arina terus bertanya pada Haris bila dilihatnya kawasan tersebut bukan kawasan rumahnya. Kereta terus meluncur laju memasuki kawasan kondominium mewah yang menempatkan rumah Haris di tingkat atas sekali.

            “Haris…. Kita dekat mana ni?. Kenapa tak hantar Arina balik?”Ada nada cemas dari suara Arina. Jangan peristiwa lama berulang balik sudahlah. Arina tidak sanggup lagi. Bagaimana dia dikasari Haris untuk menyerahkan mahkota berharganya. Sehingga sekarang dia masih ingat saat tersebut.

            “Arina….rumah kita. Jom.” Haris bersuara bila sahaja enjin kereta dimatikan. Pintu kereta dibuka. Baru sahaja kaki kanannya melangkah keluar, Arina bersuara.

            “Tak…tak… Rumah kita? Apa ni Haris?. Bila pulak kita beli rumah sama-sama? Kejap-kejap…..” Arina berulang-ulang kali menampar pipinya. Sangkanya dia bermimpi. Tidak….. Ini realiti. Bukan mimpi….

            Ketawa Haris melihat telatah Arina. Diusap lembut kepala Arina. Arina pula masih berasa pelik. Aduh…… Cepatlah sedar….. doa Arina…

            “Arina…. Jom….Nah, take this.Yang ni biar I bawak.” Haris mengambil beg pakaian Arina manakala Arina disuruhnya mengambil beg kecil milik Haris. Arina tidak dapat berfikir lagi. Biar betul ni. Kejap…… Aku dah duduk dengan Haris ke… Bila…..Arina masih buntu. Dirasakan otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik.

            “Kita dah duduk samalah. Dah jom.” Ditariknya tangan Arina untuk mengikutnya. Wajah pelik Arina masih kelihatan membuatkan Haris tersenyum sendiri. Senang…. Tak payah nak tarik bagai si Arina ni. Biar dia fikir yang dia sudah duduk serumah dengan aku. Senang kerja aku… ketawa Haris sendiri di dalam hati.

            “Haris, betul ke kita dah duduk sama-sama ni?” Arina masih bertanyakan pada Haris bila mereka berada di dalam lif untuk ke tingkat atas sekali. Dipandangnya wajah cemas Arina. Tiada sepatah kata pun keluar dari mulut Haris kali ini. Cuma ciuman yang dihadiahkan di pipi Arina.

            Memang Arina tidak ingat langsung tentang rumah ini. Pintu rumah dibuka. Cantik…. Hiasan moden menghiasi ruang tamu rumah. Kebanyakan perabot di situ berwarna putih. Moden, elegan dan mewah. Semuanya nampak baru. Memang seperti yang diimpikan. Susunan perabot juga menarik.

            Tidak…..Tidak mungkin…

            Arina terus mencari kabinet kasut. Dibukanya. Tiada langsung kasut wanita. Semuanya kasut lelaki. Mesti kasut Haris semuanya ini.

            “Haris tipu. Mana ada kasut Arina. Itu maknanya Arina tak tinggal kat sini. Arina nak balik.” Haris yang baru sahaja hendak duduk di sofa terus mendapatkan Arina yang sedang sibuk membuka pintu rumah. Beg pakaian sudah dipegangnya.

            “Arina…. Please…..Okay… I tipu. But I tak tipu pasal rumah ni. Ini memang rumah kita. You and me. I memang beli khas untuk you sayang.” Arina masih cuba menepis tangan Haris yang cuba menyentuhnya.Tersentuh juga perasaan Arina bila Haris menyatakan yang rumah ini memang dibeli khas untuk dirinya.Tapi Arina….. Please berpijak di bumi yang nyata…..Haris dan kau…..berbeza….

            “Arina nak balik. Arina taknak tinggal kat sini.” Arina masih berdegil. Dia tahu dia tidak kuat melawan Haris. Godaan Haris sangat kuat padanya. Ya.. Memang dia juga suka pada layanan Haris padanya tetapi dia tahu yang Haris hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami padanya. Dia takut dia akan terjatuh dalam godaan Haris.

            “Arina… lusa I hantar you balik. Rumah you takda orang kan. Your friends masih kat sana. I taknak apa-apa terjadi pada you. Just stay with me please for this two nights. Okay, macam ni. Arina tidur dekat bilik lain and I tidur bilik lain. Okay?” Haris masih tepat memandang Arina. Manakala Arina pula masih tetap memandang lantai rumah.Manakan dia hendak bertentang mata dengan Haris. Memang sah-sah dia yang akan kalah nanti.

            “Dah, jom I tunjuk bilik you.” Haris tidak menunggu jawapan Arina samada setuju atau tidak. Baginya  perkara ini sudah selesai. Walaupun mereka terpaksa tidur berasingan bilik, namun itu sudah cukup menggembirakan Haris. Perlahan-lahan Haris akan cuba memujuk Arina untuk terus tinggal di sini. Langkah pertama berjaya.

            Lampu bilik dibuka. Cantiknya. Terpegun Arina melihatnya. Memang seperti citarasanya. Dekorasi bilik memang seperti yang diidamkan. Cantik. Kalau menunggu Arina yang membeli itu semua memang tidaklah. Arina percaya setiap barang di dalam bilik tersebut mahal harganya. Bermimpi sahajalah kau Arina nak membelinya.

            Haris masih setia memandang Arina. Rasanya tidak jemu dia memandang wajah Arina terutamanya ketika Arina gembira.

            “Cantik.” Hilang lamunan Arina.

            “Apa dia?” Arina terdengar sesuatu dari mulut Haris tetapi kurang jelas. Dialihkan pandangannya ke arah Haris yang berdiri di sebelahnya. Tapi cepat-cepat Arina mengalihkan semula pandangannya ke tempat lain. Ya… Haris sedang memandangnya. Tepat….

            “So, Arina….. You tidur dekat bilik ni. Bilik I dekat sebelah. Anything you just call me.” Haris meletakkan beg pakaian Arina di tepi katil.

            “Good nite and sweet dream sayang.” Haris mencium dahi Arina sebelum berlalu keluar. Pintu bilik ditutup rapat. Haris masih berdiri tegak di luar pintu bilik Arina.Kakinya terasa berat untuk melangkah meninggalkan Arina.

            Kau kena tahan Haris.. Jangan buat Arina benci pada kau untuk kedua kali.

            “Aduh….. Apasal boleh tumpah ni.” Lotion Arina habis terbuka dan terkena semua baju Arina di dalam beg. Hendak atau tidak, terpaksalah Arina….

            Tok Tok…

            “Yes Arina.” Pintu dibuka dari dalam. Haris cuma mengenakan seluar pendek yang dipakainya tadi. Bajunya hilang entah kemana. Jelas kelihatan tubuh sasa Haris.

            “Aaaa….Arina…. Emmmm… macam ni.. Arina nak pinjam tshirt Haris boleh?. Baju Arina habis kena lotion dalam beg.” Payah benar Arina hendak mengeluarkan kata-kata. Tergamam dia melihat Haris berkeadaan seperti itu. Hilang semua ayat-ayat yang sudah difikirkan tadi.

            “Tshirt je?. I taknak?” Tersenyum Haris melihat Arina yang sudah tidak keruan. Bukan dia tidak tahu, Arina memang dari dulu rasa segan bila melihat keadaan Haris seperti ini.

            “Tak…tak payahlah.” Baru sahaja Arina hendak melangkah balik ke bilik, tangannya dicapai. Ditariknya masuk ke dalam bilik.

            “Arina nak yang mana?” Haris sudah membuka almari pakaiannya yang menempatkan berpuluh-puluh tshirt. Banyaknya.

            “Mana-manalah. Arina nak pinjam untuk pakai tidur je. Esok Arina pakai baju ni balik.” Bukannya Arina memandang Haris bila bercakap. Dia masih cuba tidak memandang Haris.

            Haris mengambil dua helai tshirt dan diberikan pada Arina.

            “Lain kali bila bercakap pandang I. Kenapa?. Takut tergoda tengok I?” Haris sudah mendekatkan wajahnya pada Arina.

            “Eee…Taklah. Takut nanti Haris yang tergoda tengok Arina. Tu sebabnya.” Ketawa Haris mendengar kata-kata Arina. Malas Arina hendak melayannya. Diambilnya tshirt tadi dan terus berlalu keluar. Lagi lama dia di situ, lagi rimas dibuatnya.

            Arina…. Arina….. Memang aku dah tergoda pun dekat kau Arina. Takpayah kau nak buat apa-apa pun. Suara kecil Haris berbicara.

            Arina mengambil sehelai tuala yang cantik terlipat di dalam almari. Dia perlu membersihkan badannya. Terasa lekit walaupun tidak mengeluarkan peluh sangat. Tidak sabar Arina untuk membasahi badannya. Mesti lega selepas itu.

            Pintu bilik air ditutup.

            Air pancutan membasahi tubuh badan Arina. Terasa segar bila badannya terkena air. Dia perlu membersihkan segala-galanya sebelum masuk tidur.

            Krikkk……

            “Arina……” terkejut dan tergamam Arina bila pintu dibuka. Bukan pintu dari bilik Arina tetapi pintu lagi satu yang menembusi bilik Haris. Salah Arina. Dia terlupa yang bilik mereka berkongsi bilik air. Terlupa untuk mengunci pintu tersebut sebelum mandi tadi. Aduh…..

            “Haris!..tolong keluar.” Sempat Arina mencapai tuala yang dibawanya tadi untuk menutupi apa yang patut. Bertambah risau Arina bila Haris melangkah mendekatinya. Cepat-cepat Arina menolak Haris ke belakang. Entah mana datang kudrat Arina dia sendiri tidak tahu. Bagaimana dia boleh menolak Haris ke belakang. Segera Arina menutup pintu selepas Haris berjaya ditolak keluar.

            Masing-masing masih tidak bergerak. Jarak mereka sebenarnya hampir cuma pintu sahaja yang memisahkan mereka.

            Please Arina…… Jangan buat macam tu lagi…..Arghhhhhhhhhh…Haris berperang dengan nafsu sendiri. Dia perlu mengawal godaan dari Arina.

            Malam itu, masing-masing tidak dapat melelapkan mata. Arina risau jika Haris masuk ke biliknya semasa dia tidur. Mesti Haris ada menyimpan kunci bilik dengannya. Manakala Haris pula masih berperang dengan nafsunya sendiri. Haris tidak tahu sampai bila dia boleh mengawal nafsunya dari menyentuh Arina. Arina memang miliknya yang sah. Cuma dia tidak mahu memaksa Arina. Cukuplah sekali dia menyakiti Arina dulu.

            Tetapi akhirnya dek kerana keletihan, Arina terlelap juga. Begitu juga Haris. Masing-masing melayan perasaan sendiri sehingga dibawa ke mimpi. Mimpi kebahagiaan milik mereka.
           
           

           


Friday, April 18, 2014

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 28

Yeh.... New entry for all the followers..... Enjoy it ok.. Maaf sangat-sangat sebab lambat update blog ni. Mesti korang tertunggu-tunggu kan. 


KAU TETAP MILIKKU

BAB 28


            Bot tiba.

            Haris membantu Linda dan Mimi menaiki bot tersebut. Sampai giliran Arina…

            “Arina… give me your hand.” Ditepis tangan Haris dari menyentuhnya. Arina tidak mahu Haris membantunya. Biarlah dia sendiri. Haris menahan sabar. Ikutkan hatinya hendak sahaja ditarik Arina terus dalam pelukannya. Memang itu yang dibuatnya pada Arina dulu jika Arina enggan mengikut arahannya.

            Bot sudah bergerak. Hanya mereka berempat di atas bos tersebut. Mimi dan Linda yang banyak menceriakan keadaan dari tadi. Arina pula lebih banyak berdiam. Memang sengaja Arina mengambil tempat duduk di belakang. Jauh sedikit dari mereka. Pandangannya dilemparkan keluar. Jauh…. Entah kemana dia sendiri tidak tahu.

            Haris pula walaupun sama-sama berbual dengan Linda dan Mimi tetapi pandangannya banyak ditujukan pada Arina. Dia tahu Arina masih marah padanya. Tetapi yang dia tidak tahu apa puncanya yang membuatkan Arina marah padanya sampai begitu sekali. Masih dia fikirkan lagi dimana salahnya. Mungkin dari tutur katanya yang dia tidak perasan telah mengguris hati Arina. Tapi rasanya tidak ada. Buntu Haris .

            “Are you okay Arina?” Arina mengelamun. Ingatannya hilang entah kemana. Suara Haris disebelahnya membuatkan dia kembali ke realiti. Dikerling sedikit sahaja pada Haris yang duduk di sebelahnya. Arina cuma mengangguk perlahan.

            “Kita bincang lepas balik KL nanti. But now please Arina. Enjoy yourself. Kalau bukan untuk you, think about your friends. Do you think they all will be happy and enjoy bila you sedih macam ni. They don’t. Apa-apa masalah kita bincang bila balik nanti. Is it clear Arina?” seperti biasa suara Haris agak tegas bila mengeluarkan arahan. Tapi memang betul juga apa yang dikatakan Haris itu. Disebabkan dia, kawan-kawannya tidak dapat menikmati percutian yang mereka tunggu-tunggukan ini. Hilang sudah mood percutian mereka.

            “Okay.” Pendek sahaja jawapan Arina sudah cukup untuk Haris kembali tenang sedikit.

            “Now kita enjoy with them. And I want you to know… I really missed you sayang. Really….” Sempat lagi Haris mencium dahi Arina sebelum mereka menghampiri Linda dan Mimi. Bukan Arina tidak mahu mengelak, tetapi perlakuan Haris lagi cepat darinya.

            Arina terpaksa berpura-pura gembira walhal di dalam hatinya tiada siapa pun yang tahu. Hendak sahaja dia lompat terjun ke dalam laut meninggalkan mereka semua terutamanya Haris. Jelas terpancar kegembiraan di wajah kawan-kawannya. Demi kegembiraan mereka, Arina terpaksa memendam rasa.

            Pening Arina dengan Haris. Memanglah mereka kena berpura-pura gembira di hadapan Mimi dan Linda tetapi bagi Arina, Haris sudah melebih-lebih. Apa tidaknya, tangan Haris sentiasa berada di bahu Arina. Ada juga Arina berbisik pada Haris supaya mengalihkan tangannya, tetapi seperti biasa Haris pura-pura tidak mendengar. Ada juga kadang-kadang Haris menggenggam tangan Arina. Bukan Arina tidak cuba menarik tangannya tetapi kudrat lelaki seperti Haris berkali ganda dari kudratnya. Semakin cuba di leraikan genggaman tersebut semakin Haris mengeratkannya.

            Selepas hampir tiga jam mereka bersama-sama di atas bot mengelilingi pulau tersebut, akhirnya mereka kembali semula ke tempat tadi. Memang Mimi dan Linda kelihatan sangat gembira tetapi berlainan dengan Arina.

            “Seronok?” Haris bertanyakan pada Arina bila dia sedang membantu Arina membuka jaket keselamatan. Hanya anggukan kepala yang diterima Haris. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut Arina.

            “Arina!....We really need to discuss on this. But not now. Please Arina. Jangan buat I macam ni.” Bila Arina melihat kawan-kawannya memandang ke arah lain, cepat-cepat Arina menarik tangannya dari dipegang Haris. Dibiarkan Haris sendirian di situ. Langkahnya dipanjangkan.Bagi Arina tiada apa yang hendak dibincangkan dengan Haris. Semuanya kena mengikut arahannya sahaja. Apa guna berbincang kalau tiada tolak ansur dari kedua-dua belah pihak.

            “Haris! Turunkan Arina!” Haris mengejar Arina yang laju berjalan meninggalkannya dan terus mendukungnya. Menjerit Arina bila diperlakukan sebegitu. Haris tidak memperdulikan arahan Arina. Dia tetap mendukung Arina. Arina mencari-cari Mimi dan Linda namun hampa. Entah mana perginya mereka ni. Cepat betul mereka hilang.

            Haris terus berjalan tetapi bukan ke arah chalet Arina tetapi ke chaletnya.

            “Haris nak apa?” Arina sedikit menjerit pada Haris bila dirinya dicampak ke atas katil. Pintu bilik dikunci dari dalam. Risau juga Arina jika Haris bertindak seperti sebelum ini.

            “Nak apa?!. Arina nak balik bilik.” Arina cuba menuruni katil tetapi belum sempat kakinya menjejak lantai, Haris terlebih dahulu menghalang. Tangan Arina dicapainya.

            “Arina….” Dipandang wajah Arina. Lama.

            “Please Arina….. Jangan buat I hilang sabar. Seriously I taknak sakitkan hati you lagi. I taknak buat benda yang you tak suka. But for god sake, please jangan buat macam ni lagi. I takut I tak dapat bertahan lagi. I damn really missed you. Really missed to hold you, to kiss you and to make love with you. Stop acting like this Arina. Please……” terkedu Arina mendengar luahan dari Haris. Pandangan mereka bersatu bila Arina mengangkat wajahnya memandang ke dalam anak mata Haris untuk mencari keikhlasan.

            “Arina nak balik. Arina nak balik KL. ” Arina sudah tidak peduli lagi tentang perasaan kawan-kawannya. Biarlah mereka. Hati Arina sudah terlalu sakit sekarang ini. Dia sudah tidak dapat menahan perasaan sedihnya. Dia berharap sangat kawan-kawannya memahami keadaaannya itu.

            “Arina. Please don’t cry sayang.” Arina tidak dapat menahan air matanya dari mengalir keluar. Pipinya dibasahi air mata yang berjujuran keluar. Haris terus menarik Arina ke dalam pelukannya. Entah kenapa Arina sendiri tidak tahu kenapa dia boleh membiarkan dirinya dipeluk lelaki bernama Haris. Haris mengeratkan lagi pelukan mereka bila terasa tangan Arina memeluk belakang badannya. Memang Haris tidak sanggup melihat Arina menangis. Setiap kali Arina menangis, hatinya juga turut serta sedih. Tetapi dia tahu, mesti ada sesuatu yang mengganggu perasaan Arina. Dan yang penting ini semua ada kena mengena dengan dirinya.

            “Hati Arina sakit sangat Haris… Sakit sangat……” Perlahan suara Arina tetapi Haris masih dapat menangkapnya. Terus diusap lembut rambut Arina. Siapa yang telah menyakiti hatimu sayang……

           
            “Korang…. Aku minta maaf ye kena balik dulu.” Arina tahu dia sudah menghampakan kawan-kawannya. Tetapi dia tidak dapat menipu dirinya lagi untuk pura-pura gembira. Sebenarnya Arina takut juga terserempak dengan kawan-kawan Haris untuk kali kedua. Tidak sanggup Arina berjumpa mereka. Entah apalah yang ada dalam fikiran mereka bila ternampak Arina.

            “Takpalah Arina. Kitorang pun tak tahu apa masalah kau. Tapi kami harap kau selesaikan dengan segera ye. Kami taknak tengok kau sedih-sedih lagi. Pasal percutian ni takpalah, nanti kita boleh pergi lagi. Jangan risaulah.” Mimi dan Linda sememangnya sahabat yang paling baik bagi Arina. Mereka sentiasa memahami perasaan Arina.  Bertambah sedih Arina bila mendengar kata-kata Mimi itu. Mereka berpelukan sehinggalah Haris bersuara.

            “Takpa. Nanti I sponsor percutian korang okey. Anytime saja. Just let me know mana you all nak pergi.” Haris yang tiba-tiba muncul berdiri di belakang Arina. Tersenyum gembira Mimi dan Linda. Sekali lagi Arina terpaksa berpura-pura gembira. Entah ada lagi ke tidak Haris dalam kamus hidupnya nanti. Dia sendiri tidak tahu.

            Arina dan Haris meninggalkan Pulau Perhentian petang itu. Mereka akan pulang ke Kuala Lumpur sehari lebih awal dari yang dirancang.

            “Arina… Jom kita makan dulu.” Arina terjaga bila pipinya disentuh Haris. Tidak Arina perasan yang dia sudah lama tertidur. Masuk-masuk kereta tadi terus Arina terlelap. Dan sekarang ini mereka berada di salah sebuah hentian besar di lebuhraya menuju ke Kuala Lumpur.

            “Jom… isi perut dulu. Nanti perut kosong.” Jam ditangan dikerling. Sudah pukul sembilan malam. Maknanya sudah hampir tiga jam dia tertidur. Patutlah perutnya terasa sedikit pedih. Mungkin angin sudah masuk perut. Fikir Arina.

            Mereka turun dari kereta dan menuju ke salah sebuah kedai  yang masih dibuka. Tangan Arina dicapai. Memang sudah kebiasaan Haris memegang tangan Arina bila berjalan. Cuma Arina sahaja yang malu-malu pada orang ramai.

            “Arina nak makan apa?”

            “Mee goreng jelah.”

            “Air?”

            “Teh o ais.”

            “Okay sayang. I nak gi toilet jap. Nanti kalau makanan sampai you makan je dulu. Jangan tunggu I.” Haris memandang Arina lama sebelum dia bangun untuk memesan makanan. Iskh Haris ni….. Dah tahu aku memang tak boleh kalau dia tenung aku macam tu, dibuat jugak. Dia tahu tak yang pandangan mata dia tu boleh buat perempuan cair. Arghhhhh……..

            Arina memerhatikan Haris yang sedang memesan makanan pada penjual tersebut.  Dia cuma mengenakan sweater dan seluar pendek paras lutut. Penampilan ringkas begitu pun tetap membuatkan Haris kelihatan cukup kacak. Tidak dinafikan Haris memang mempunyai rupa paras yang sangat kacak. Dengan wajah tampan ditambah lagi dengan tubuh badan yang tegap dan sasa itulah membuatkan perempuan tergila-gilakannya. Sanggup mengabaikan dosa pahala semata-mata untuk menjadi teman Haris sehingga ke kamar tidur.

            Haris…. Kacak, bergaya, kaya, berpangkat…. Aku ni….. Itu sebabnya Arina sehingga ke hari ini tidak percaya yang Haris sayangkannya. Mesti kerana perasaan bersalah padanya membuatkan Haris terpaksa mengambil berat tentangnya. Yang Arina pelik kenapa Haris terlalu marah bila isu perpisahan diungkit. Salah ke apa yang dikatakan pada Haris. Lebih baik mereka berpisah. Masing-masing boleh membawa haluan masing-masing. Tiada ikatan lagi selepas itu. Haris boleh kembali pada dunia hiburannya. Arina dengan dunianya sendiri.

            “Kenapa tak makan lagi?. Nanti dah sejuk tak sedap.” Terhenti lamunan Arina. Dia tidak perasan yang Haris sudah kembali duduk di hadapannya. Makanan juga sudah tersedia di hadapan. Entah bila mereka hantar pun Arina tidak perasan. Jauh betul lamunan Arina kali ini.

            “Kenapa tak habis mee tu?” Dilihatnya mee  di dalam pinggan Arina hanya berusik separuh sahaja.

            “Takda selera.” Memang Arina tidak berselera. Bukannya mee yang dipesan tidak sedap tetapi tekaknya yang tidak boleh menerima sebarang makanan buat masa ini.

            “Jom. Kita pergi beli roti. Nanti dalam kereta lapar nanti.” Prihatinnya Haris pada aku. Mesti seronok kalau Haris betul-betul sayang kat aku. Sempat lagi Arina tersenyum sendiri.

            “Come… I turunkan ni. You boleh baring.” Haris merapatkan dirinya pada Arina dengan niat untuk menurun tempat duduk Arina. Selesa sikit Arina berbaring. Mereka tidak perasan yang keadaan mereka amat rapat sekali sehinggalah tangan Haris tersentuh badan Arina. Masing-masing mengangkat muka memandang antara satu sama lain. Terdiam seketika.

            Tangan Haris mengusap-usap pipi Arina. Lembut. Pandangannya kini jatuh pada bibir merah Arina. Cantik. Arina juga tidak membantah. Mungkin Arina juga rindu pada Haris. Cuma keadaan yang memaksa mereka.

            “Arina……” lembut sahaja bibir Haris menjamah bibir milik Arina. Lama. Sehinggalah cahaya lampu dari kereta lain tiba-tiba menyinar mereka. Arina tersedar. Cepat-cepat Arina menjarakkan dirinya dari Haris. Haris pula masih tegar memandang Arina walaupun kini bibir mereka tidak bersatu lagi.


            Akhirnya Haris tersenyum sebelum dia mengalih pandangannya. Mereka berlalu dari situ.