Sorry ye pada suma followers.... Mesti rindu kan pada Haris dan Arina. Ni ada sambungan bab 23 ye. Semoga enjoy dengan cerita ni. Masih bertungkus lumus untuk menyiapkan manuskrip. Bab-bab sebelum ni pun perlu diperbetulkan. Ambil masa semua ni.. huhu.. Harap semua masih setia menunggu ye.....
Luv u all....
KAU TETAP
MILIKKU
BAB 23
“Kami
balik dulu mak. Apa-apa mak call Ari tau.Ni duit belanja.......” belum sempat
Arina menghabiskan ayatnya, Haris terlebih dahulu memotong cakapnya sambil
menarik Arina ke tepi. Arina masih memegang beberapa keping wang untuk
diberikan pada emaknya. Tidak sempat dia menghulurkan duit tersebut.
“Haris.....
Apa ni.. Tak payahlah. Dah banyak dah Haris belikan untuk kami. Mak taknak.”
Mak Leha cuba memulangkan wang yang diberikan oleh Haris tadi bila bersalaman
dengannya. Risau Mak Leha bila Haris terlalu banyak menghabiskan duitnya pada
mereka anak beranak. Arina pula terpinga-pinga di tepi Haris.
“Mak....Haris
ikhlas. Haris nak mak guna duit ni untuk beli barang-barang dapur semua. Kalau
tak cukup, jangan segan-segan bagitahu Haris. Azim ada nombor telefon Haris.
Apa-apa call je Haris.” Haris terus memeluk Mak Leha. Air mata Mak Leha
mengalir juga walaupun cuba ditahan. Haris membuat isyarat mata supaya Arina
menyimpan sahaja duit yang hendak diberikan pada emaknya tadi.
“Azim,
ni duit belanja sekolah. Jangan mintak kat mak lagi tau. Dan yang ni bagi pada
Kak Fira. Duit belanja sekolah dia.” Haris menghulurkan sedikit wang pada Azim.
Haris tahu Arina pasti akan cuba mengambil semula wang tersebut dari tangan
adiknya, jadi Haris terlebih dahulu menarik tangan Arina menuju ke kereta.
“Kenapa
bagi duit....”
“Arina!”
suara Haris walaupun perlahan tetapi cukup tegas kedengaran. Dipotongnya
kata-kata Arina tadi.
Mereka
terus masuk ke dalam kereta dan berlalu meninggalkan kampung tersebut. Arina
masih senyap membisu sejak dari tadi. Sesekali Haris mengerling ke arahnya.
Arina masih berterusan memandang ke luar tingkap. Tidak langsung memandang
Haris di sebelahnya.
“Arina......kenapa
ni?” Haris memberhentikan keretanya di hadapan rumah Arina. Arina cuma
menggelengkan kepalanya. Baru sahaja dia hendak membuka pintu kereta, tangan
Haris cepat memegang bahu Arina.
“Arina.....
I tanya ni. Why?” Haris masih tidak berpuas hati dengan cara layanan
Arina padanya. Dia tahu Arina marah padanya. Tetapi dia tahu Arina tidak berani
menyuarakannya.
“Ke...
kenapa bagi duit banyak sangat pada mak, pada adik-adik?.. Ni.... duit ni
sepatutnya duit belanja mak untuk bulan ni. Kenapa Haris baik sangat pada
keluarga Arina?” Arina mengeluarkan duit yang hendak diberikan pada emaknya
dari kocek seluar. Dipandangnya wajah Haris yang juga turut memandang wajah
sayu Arina tanpa sepatah kata.
“Haris
ambil duit ni ye. Arina tak cukup duit nak ganti balik semua duit Haris tadi
tu. Ini je yang ada.” Arina meletakkan duit tadi di dalam telapak tangan Haris
“Arina!.
Simpan duit ni....Jangan sesekali ungkit lagi pasal duit-duit or benda-benda
yang I bagi pada your family. They all are my family too!. Remember that
Arina.” Terkedu Arina bila mendengar kata-kata Haris.
Dari
dulu lagi Haris memang tidak suka bila orang menolak apa yang diberi
lebih-lebih lagi pada orang yang dia sayang. Memang bertuahlah sesiapa yang
menerima layanan istimewa dari Haris. Arina satu-satunya wanita yang berjaya menerima
layanan sebegitu. Haris sendiri tidak tahu kenapa dia terlalu sayangkan Arina.
Arina pula masih tidak berapa pasti dengan Haris. Dia masih risau jika Haris cuma
mempermainkan perasaannya sahaja. Ramai wanita-wanita yang cantik-cantik di
luar sana yang menunggu Haris. Perasaan rendah diri sentiasa ada dalam diri
Arina.
Setelah
menghantar Arina pulang, Haris terus menuju ke rumahnya. Malam itu Haris tidak
dapat melelapkan matanya. Bayangan Arina sentiasa berlegar-legar di fikirannya.
Bilalah dia dapat tidur bersama-sama
Arina sebagai pasangan suami isteri yang sebenar-benarnya. Dia tidak akan
melepaskan Arina.... Tidak.....
Akhirnya
Haris tertidur bersama-sama dengan bayangan Arina.
“Arina,
Encik Carliff nak belanja kita makan. Jom. Dia dah tunggu kat restoran mahal
tu.” Lemah rasa seluruh badan Arina bila mendengarnya. Bila masa pulak lah Kak
Hasnah ni berjanji dengan Encik Carliff. Tak dengar pun bunyi telefon tadi.
Arina tidak dapat berfikir sebarang alasan yang boleh diberikan pada Hasnah.
FIkirannya buntu ketika itu. Arina risau jika Carliff masih tidak berpuas hati
tentang kejadian tempoh hari.
Arina
masih terus berjalan bersama Hasnah walaupun berat hatinya untuk berjumpa
Carliff. Sampai di restoran tersebut, kelihatan Carliff sedang berbual di telefon
dengan seseorang. Hasnah terus menarik tangan Arina menuju ke arah meja yang
diduduki Carliff.
“Encik
Carliff dah lama ke tunggu? Maaf ye. Sebab tadi ada kerja sikit kat atas tu.”
Hasnah terlebih dahulu bersuara bila Carliff meletakkan telefon bimbitnya di
atas meja. Arina masih senyap membisu.
“Its
okay. I pun baru je sampai. Kita order makan dulu. I lapar ni.”
Hasnah mengangguk manakala Arina sekadar memberikan senyuman. Carliff mencuri
pandang wajah Arina yang cantik dimatanya.
“So,
Arina.... sibuk ke sekarang ni?” Arina mengangkat mukanya bila namanya disebut.
Dipandangnya wajah Carliff yang seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Mungkin
dia sudah melupakan kejadian malam itu. Lega sedikit perasaan Arina. Tidak
payahlah dia bersusah payah hendak memikirkan alasan untuk diberi pada Carliff
jika ditanya.
“Biasa-biasa
je. Encik Carliff?” Arina pula yang bertanya pada Carliff. DIlihatnya Hasnah
sedang menikmati tomyam yang dipesannya tadi.
“Tak
berapa sihat.” Biar betul dia ni. Nampak macam tak sakit je. Fikir Arina
sendiri.
“Tak
sihat sebab ada orang dah sakitkan hati I.” Terdiam Arina. Dia dapat rasa
dirinya yang dimaksudkan Carliff. Nafasnya seperti terhenti ketika itu. Payah
betul hendak bernafas. Ingatkan Carliff sudah melupakan kejadian tersebut,
tetapi salah sangkaan Arina. Carliff memang masih tidak berpuas hati dengan apa
yang diperkatakan Haris malam itu.
“Siapa
orang tu?. Kesian Encik Carliff. Mungkin ada sebab kot dia buat macam tu.”
Arina seperti mahu mengiyakan setiap kata-kata Hasnah. Tetapi dia tidak mampu.
Dia hanya mampu mendiamkan diri saat itu. Arina perasan sesekali mata Carliff
tepat memandangnya.
“Maybe.”
Pendek sahaja jawapan Carliff. Disuapkan mi goreng ke dalam mulutnya. Matanya
tertumpu pada pinggan di hadapannya. Hilang terus selera makan Arina bila
melihat keadaan Carliff. Teruk sangat ke apa yang diperkatakan Haris pada
Carliff tempoh hari. Dia tidak tahu pada siapa perlu ditanya. Haris?. Tidak....
Carliff?.. juga tidak....
“Arina....
betul ke you dengan Haris...” Arina menarik nafas dalam-dalam sebelum
mengangkat muka dan membalas renungan Carliff.
“Arina...
Please..... not with Haris. I kenal Haris. Dia... dia.... ramai
perempuan dalam hidup dia. I taknak you jadi salah seorang dari mereka. Bagi
Haris perempuan seperti baju. Setiap hari bertukar. Arina... you fahamkan
maksud I.” Carliff terus bersuara sebaik sahaja Hasnah bangun untuk ke bilik
air. Peluang yang ada tidak akan disia-siakan oleh Carliff. Segala apa yang
terbuku di dalam hatinya dikeluarkan pada Arina.
Arina
diam membisu. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Carliff tidak perlu tahu
tentang perkahwinan antara dia dan Haris.
“Arina...
please. Think about it. I taknak you merana nanti.” Memang betul kata
Carliff. Memang dia ada memikirkan tentang perhubungan ini. Setiap kali memikirkannya, fikirannya menjadi
buntu. Dia tidak tahu bagaimana hendak mengakhiri masalah ini.
“Tolong
fikir masak-masak Arina sebelum terlambat.
Okey, kejap ye. I panggil waiter.” Terus Carliff menukar topik bila
terlihat Hasnah sedang berjalan ke arah mereka.
Kata-kata
Carliff siang tadi masih terngiang-ngiang di fikirannya. Memang ada benarnya
apa yang dikatakan Carliff itu. Dia perlu memikirkan semula tentang hubungannya
dengan Haris. Carliff sebenarnya risau bila mendapat tahu yang kini Haris
sedang rapat dengan Arina. Bukan disebabkan cemburu tetapi lebih kepada
simpati. Simpati jika hati Arina yang suci itu tercalar teruk disebabkan
perbuatan Haris. Tetapi Carliff tidak tahu bahawa hati Arina memang telah
tercalar dari awal lagi. Tercalar atas perbuatan Haris padanya dulu.
“Arina,
hujung bulan ni kau ikutkan kitorang gi Pulau Perhentian. Kau jangan nak ubah
fikiran pulak.” Arina yang sedang mencuci kereta barunya terkejut bila bahunya
ditepuk Mimi dari belakang.
“Mestilah
pergi. Dah lama tak gi cuti-cuti dengan korang. Mesti seronok kan.” Arina sudah
berangan berada disana. Tinggal di chalet di tepi laut. Mandi-manda di laut
sambil menikmati keindahan Pulau Perhentian.
“Dah.
Beranganlah pulak dia ni. Haa ni.. Jangan lupa pulak bagitahu kat suami
tercinta kau tu.” Terus hilang angan-angan Arina bila nama suami disebut Mimi.
Ye... Dia belum memberitahu pada Haris. Takut jika Haris tidak membenarkan dia
pergi. Arina teringin sangat hendak ke sana bersama kawan-kawannya. Apa yang
perlu dilakukan.
Arina..
I will pick you up at 8pm tonight. Dinner with me.
Ok.
See you soon sayang.
Mesej
dari Haris siang tadi membuatkan Arina nekad untuk memberitahu Haris yang dia
hendak bercuti bersama-sama dengan Mimi dan Linda. DIa berharap sangat Haris
akan membenarkannya.
Tepat
jam 8 malam Haris tiba di hadapan rumah Arina. Memang Haris seorang yang
menetapi masa. Baginya masa amat penting dalam hidupnya. Itu sebabnya dia
memang marah kalau orang yang berjanji dengannya tiba lewat. Serba sedikit
Arina sudah memahami sikap Haris satu persatu.
“Haris....”
“Arina...”
Serentak
mereka memanggil nama masing-masing.
“Haris
cakap dululah.” Arina meminta Haris untuk memulakannya dulu. Rasa debar dalam hati
Arina makin kuat.
“Okey
sayang. Next week I kena ke Singapore
lagi untuk jumpa dengan client kat
sana. So, I will be away for almost a
week.” Haris perlu ke Singapura atas urusan projek terbaru mereka di Johor.
Memang Haris semakin sibuk sekarang ni. Banyak projek yang perlu diuruskan. Mesyuarat
sana sini. Tetapi dia tidak pernah mengabaikan Arina. Diketepikan sedikit
masanya untuk bersama-sama Arina.
“Minggu
depan?” tanya Arina lagi. Eh, minggu depan maknanya hujung bulan kan. Maknanya
minggu depan jugalah dia akan ke Pulau Perhentian bersama Mimi dan Linda.
“Kenapa?.
Nak ikut ke?” Apalah Haris ni. Lain pula yang difikirkannya. Ya.... Arina perlu
juga memberitahu tentang plan cutinya
pada Haris.
“Tak...tak....Arina
nak bagitahu yang Arina nak pergi bercuti dengan Mimi dan Linda hujung bulan
ni. Maknanya minggu depan ni.”
“Ke
mana Arina?” Arina dapat merasakan perubahan pada suara Haris. Tadinya kemain
lembut, sekarang ni dah bertukar tegas. Ni yang tak mahu ni. Habislah Arina.
“Arina....Arina
nak pergi Pulau Perhentian. Dah lama kami tak bercuti sama-sama.
Haris.....boleh ye. .. Lagipun Arina pergi dengan Mimi dan Linda je. Takda orang
lain. ” Arina seperti merayu pada Haris. Lembut sahaja suara Arina memujuk
Haris. Harap-harap ini dapat melembutkan hati Haris.
“Boleh?...”
Arina masih menunggu jawapan dari Haris. Dari riak wajah Haris seperti tidak
mengizinkan Arina pergi. Haris masih berdiam. Tidak langsung keluar apa-apa
kata dari mulutnya. Tahulah Arina apa jawapan Haris pada soalannya tadi.
Makanan
di pinggan dikuis-kuis. Langsung hilang selera makan Arina. Entah kenapa
hatinya rasa sebak dengan reaksi Haris tadi. Apa salah dia pergi bercuti. Bukan
dengan lelaki pun. Itu yang menjadi persoalan Arina ketika itu.