My corner's visitor

Monday, June 3, 2013

E-Novel: Majikanku Sayangku - Bab 2

Majikanku Sayangku

Bab 2

“Zaira, tunggu siapa? Or you tunggu teksi kat sini?” tanya Haikal dari dalam kereta. Ditanggalnya cermin mata hitam yang dipakainya tadi.

“Tunggu teksi Encik Haikal. Dari tadi takda teksi nak berhenti.” Jelas Zaira sambil matanya masih meninjau-ninjau jika ada teksi yang lalu. Bukan sekejap dia menunggu, sudah hampir satu jam. Semua teksi yang lalu semuanya penuh dengan penumpang. Tidak ada teksi kosong yang lalu sejak dari tadi.

“Jomlah naik. Saya hantarkan. Lagipun saya nak balik office juga ni.” Haikal membuka pintu kereta mengisyaratkan supaya Zaira masuk ke dalam keretanya. Pada mulanya Zaira tidak mahu. Bukan apa, naik kereta bos yang mahal ni. Tidak pernah dalam hidupnya menaiki kereta mewah. Balik-balik bas dan teksi jadi pengangkutan utamanya. Bertambah segan lagi Zaira bila terpaksa menaiki kereta dengan lelaki tampan. Berdua-duaan dalam kereta membuatkan Zaira sesak nafas memikirkannya. Boleh pengsan si Zaira ni nanti.

Tetapi keroncong perutnya lagi memerlukan perhatiannya. Perutnya perlu diisi. Dia perlu segera balik ke pejabat sebelum habis waktu rehat. Hendak makan di sini, dia tidak biasa dengan tempat sini. Nak taknak, Zaira terpaksa juga melangkah masuk ke dalam kereta bosnya.

Selesanya bila berada di dalam kereta bosnya. Kereta mewah BMW Sport berwarna putih. Ditambahnya lagi dengan wangian kereta yang dipasang. Membuatkan suasana di dalam kereta sungguh nyaman dan selesa walaupun cuaca panas diluar.

Grrrrrrrrr.....

Alamak, masa nilah perut nak berbunyi. Tunggulah aku keluar kereta dulu. Bisik Zaira di dalam hati. Belum sempat dia menoleh, Haikal terlebih dahulu bersuara,

“Perut Zaira tengah main lagu apa tu.” Haikal tersenyum menampakkan barisan giginya yang cantik sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

Malunya......... Mana nak sorok muka ni...... Alin....Kak Siti...Tolong Zaira....Aduhhhhhh......

Zaira langsung tidak bersuara sepanjang perjalanan. Malunya hanya tuhan sahaja yang tahu. Ikutkan hati hendak sahaja dia melompat keluar dari kereta.

“Nak saya temankan Zaira makan ke?” Haikal bersuara bilamana keretanya berhenti di hadapan bangunan syarikatnya.

“Takpa-takpa.... Terima kasih ye Encik Haikal. Saya pergi dulu.” Tergopoh gapah Zaira keluar dari kereta dan berjalan masuk ke dalam bangunan. Tidak langsung toleh ke belakang. Malu yang teramat pada Haikal.

Haikal pula tetap memandang Zaira yang berjalan laju masuk. Tersenyum sendiri bila dia teringat reaksi wajah Zaira tadi. Bukan dia tidak perasan wajah Zaira berubah kemerahan.

Comel juga si Zaira ni. Bisik Haikal sendiri.

Zaira mengorak langkah ke cafe. Mengisi perutnya yang sejak tadi meminta untuk diisi. Habis sahaja dia menghabiskan makanan di dalam pinggannya, dia terus bangun dan berlalu ke pejabat. Banyak lagi kerja-kerja yang perlu disiapkan.

“Zaira, Encik Haikal tanya masih berbunyi ke benda tu?” Dapat dirasakan jantungnya berhenti berdegup. Tiba-tiba terasa sesak nafas dengan soalan Kak Siti itu.

Tenang Zaira tenang........

“Dah berhenti dah.” Zaira memberitahu Siti dan berharap sangat yang Encik Haikal tidak akan bertanya apa-apa lagi.

Encik Haikal ni pun satu.... Ingatkan dah habis dah tadi. Baru nak tenang sikit. Encik Haikal....Encik Haikal.........ngomel Zaira di dalam hati.

“Apalah yang berbunyi tu. Zaira buat apa dengan bos tadi. Lepas dia tanya, akak dengar dia ketawa. Iskh korang ni. Macam budak-budak lah. Bos tu demam ke. Tak pernah pulak dia ketawa macam tu.”

“Entahlah kak. Tak cukup tidur kot dia. Tu sebab dia merapu tu.” Malas hendak dilayan bosnya itu. Kesibukan Zaira membuat kerja membuatkan dia terlupa dengan peristiwa tengahari tadi.

Selepas kejadian tempoh hari, Zaira selalu bertembung dengan bosnya. Seperti biasa cuma senyuman yang dihadiahkan pada Zaira. Tapi dapat dirasakan senyuman bosnya itu seperti membawa maksud yang lain. Tidak seperti dulu.

Jangan-jangan dia masih ingat lagi pasal kes hari tu. Masaklah kau Zaira.......Jadi malu bila setiap kali dia teringatkan kejadian perut berbunyi tempoh hari. Nasiblah kerjanya tidak memerlukan dia berjumpa dengan Haikal. Itu yang membuatkan Zaira sedikit lega.


“Eeee, geramnya.” Rungut Siti setelah dia meletakkan telefon. Habis dihempas-hempasnya telefon tersebut. Nasib kau lah telefon, sakit dihempas...

“Kenapa kak?. Marah semacam je ni.” Tanya Alin yang kebetulan baru keluar dari bilik fotostat.

“Tunang bos ni le. Peninglah akak melayan dia ni. Baru tunang dah berlagak bagus. Karate kang baru tahu.” Sempat Siti menunjukkan aksi gaya ala karate. Alin dan Zaira ketawa mendengarnya.

“Apa yang dia dah buat kat akak ni. Cuba cerita kat kitorang.” Alin bersuara sambil meletakkan kertas-kertas yang difotostat tadi di atas mejanya. Zaira pula cuma mengangguk.

“Dia nak akak book flight ticket ke Bangkok minggu depan. Akak taknak. Akak bagi alas an. Dia tak terima. Masalahnya sekarang ni, dia siapa. Lainlah dia tu dah jadi isteri Encik Haikal tu. Peninglah melayan kerenah minah sorang ni.” Habis diceritakan segala perangai buruk Karina, tunang bosnya itu pada Azlin dan Zaira.

“Jangan marah sangat kak. Nanti muka anak akak macam muka dia. Kesian akak nanti.”

“Azlinnnnn!” Menjerit Siti mendengar kata-kata Azlin tadi. Zaira pula tidak dapat menahan ketawa. Berair matanya menahan gelak. Mentang-mentanglah Siti sedang mengandung masuk 7 bulan, Azlin boleh membuat lawak dengan kandungannya.

Malam itu.....

“Abang, payahnya sekarang ni dapat cakap dengan abang. Nak jumpa lagilah susah.” Zaira mengeluh tetapi sedikit lega kerana akhirnya panggilan telefonnya diangkat Azri, teman lelakinya.

“Sorry le Zaira. Abang busy sikit akhir-akhir ni. Banyak kerja nak kena siapkan. Ni pun baru balik dari Pahang, ada kerja sikit kat sana.” Jelas Azri pada Zaira.

Memang kebelakangan ni, susah untuk Zaira berbual dengan Azri. Jumpa lagilah jarang. Sekarang ni jarang betul teman lelakinya menelefon. Walaupun Zaira perasan dengan perubahan sikap Azri, namun dia tidak mahu berfikir negatif. Kalau hendak diikutkan, boleh sahaja mereka berjumpa selalu seperti dulu. Bukannya jauh pun dari Shah Alam ke Bangsar. Namun, macam-macam alasan yang diberikan oleh Azri. Kesibukan kerja adalah alasan utama yang selalu diberikan pada Zaira. Kadang-kadang ada juga Zaira terfikir mungkin Azri sudah tidak sayangkan dia lagi seperti dulu. Mungkin dia sudah ada teman baru. Ahhhh, sakit kepala Zaira memikirkannya.

Teman serumah Zaira, Fifi juga pernah memberitahu Zaira yang dia pernah terserempak dengan Azri bersama seorang perempuan. Tapi bila Zaira bertanya pada Azri, katanya perempuan itu cuma kawan lamanya. Zaira pula malas hendak memanjang-manjangkan masalah tersebut. Dia percaya apa yang dikatakan Azri walaupun hakikatnya ada perasaan sangsi pada Azri.

“Hujung minggu ni kita jumpa ye.” Itulah kata-kata Azri yang sedikit menggembirakan Zaira. Memang sudah lama mereka tidak keluar bersama.

Zaira rindukan abang...........


“Encik Haikal, bulan depan saya nak cuti bersalin. Encik Haikal dah ada orang untuk ganti tempat saya sementara ke?” tanya Siti pada Haikal sambil menghulurkan dokumen yang perlu ditandatangani oleh bosnya.

“Kita ambil orang dalam sahaja untuk gantikan tempat awak selama dua bulan. Lagi senang dari ambil orang luar. Awak ada cadangan ke Siti?” tanya Haikal setelah selesai menyemak dokumen tersebut dan menurunkan tandatangan. Dipandangnya wajah Siti yang berdiri di depannya.

“Apa kata ambil Zaira gantikan tempat saya ni.  Saya rasa dia ok Encik Haikal. Cuma bab-bab secretarial ni maybe dia kurang sikit. Tapi dia suka belajar benda-benda baru ni. Kalau Encik Haikal setuju, saya boleh terus ajar dia esok. Sebulan rasanya cukup untuk dia belajar.” Siti menyebut nama Zaira untuk menggantikan tempatnya sementara dia berpantang nanti.

“Emmm, ok. Awak ajar dia apa-apa yang patut. Apa-apa bagitahu saya .” Haikal bersetuju dengan pendapat setiausahanya itu. Lebih senang mengambil orang dalam dari mengambil orang baru. Lagipun cuma untuk dua bulan sahaja.

“Apa ni Kak Siti. Taknaklah saya. Mana saya tahu buat kerja-kerja ni suma.” Zaira tidak setuju dengan keputusan mereka. Manalah dia tahu kerja-kerja setiausaha ni. Takut bila difikirkannya.

“Zaira, akak akan ajar Zaira buat semua ni. Jangan risau. Cuma dua bulan saja kan. Encik Haikal dah suruh akak ajar Zaira mana yang patut. Dia fahamlah.”

“Akak ni...Kenapa sebut nama saya. Ramai lagi orang yang lagi bagus boleh gantikan tempat akak tu tau. Saya ni dah lah kerani biasa je.” Rungut Zaira sambil memicit-micit kepalanya seperti orang yang sedang sakit kepala.

“Dah Zaira... Kau ni suma takut... Macamana nak naik pangkat ni. Nak gaji lebih ni. Nanti akak bagitahulah kat bos bagi allowance kat Zaira untuk dua bulan nanti.” Siti terus mengambil mug nya dan berlalu ke pantri.


Pening Zaira memikirkannya. Sebenarnya bukan kerja-kerja setiausaha tu yang membuatkan Zaira gelisah, tetapi bosnya. Entah kenapa kecut perutnya bila tahu yang dia akan bekerja lebih dekat dengan bosnya itu. Walaupun hanya dua bulan, tetapi baginya seperti dua tahun. Harap-harap semuanya berjalan lancar sepanjang dua bulan tu. Itulah harapan Zaira ketika ini.

2 comments: