My corner's visitor

Thursday, June 13, 2013

E-Novel: Kau Tetap Milikku - Bab 7

KAU TETAP MILIKKU

BAB 7

Haris mencampakkan semua gambar-gambar yang baru dilihatnya itu. Gambar-gambar Arina yang telah diserahkan kepadanya petang tadi oleh pengikutnya. Haris telah menyuruh pengikutnya memerhatikan Arina dengan tujuan menjaga keselamatannya. Tetapi lain pula yang terjadi.

Haris sememangnya tidak suka apabila “benda” miliknya dipegang oleh orang lain. Gambar Arina dengan seorang lelaki sedang gembira makan bersama ditangkap. Gambar pipi Arina dipegang oleh lelaki tersebut.  Gambar Arina ketawa mendengar lelaki itu bercerita. Semua itu membuatkan hati Haris bertambah sakit. Mana mungkin dia akan membenarkan sesiapa pun menyentuh Arina. Arina adalah miliknya seorang.  Haris tidak menunggu lama untuk menghantar mesej pada Arina. Hatinya memang sedang panas.

                Arina, bersiap sekarang. I will pick you up at 9pm.
                                                                                -Haris-

Aduh, dah balik ke Haris ni. Datang balik masalah dengan Haris ni. Macam tahu-tahu je aku dekat rumah sekarang ni. Apa lagilah yang dia nak ni. Kata Arina sendiri. Walaupun malas hendak bersiap dan berjumpa Haris, Arina terpaksa juga mengikut arahan Haris. Dia cuma mengenakan seluar jeans dan baby-tee.

Tepat jam 9 malam, terdengar bunyi kereta berhenti di hadapan rumah Arina. Arina mengunci pintu rumahnya. Memandangkan esok hari minggu, Mimi dan Linda, teman serumah Arina sudah keluar tadi dengan pasangan masing-masing. Kemana mereka pergi, Arina tidaklah pula tahu.

Tutup sahaja pintu kereta, Haris terus menghidupkan enjin dan memandu. Arina perasan yang Haris tidak seperti biasa. Risau juga Arina dengan sikap Haris. Macam ada sesuatu yang membuatkan dia marah. Takut Arina melihat raut wajah Haris ketika ini. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia melompat turun dari kereta. Haris masih menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya. Kecut perut Arina bila Haris menekan minyak dan kereta semakin meluncur laju. 

Haris membelok dan memasuki kawasan kondonya. Arina sudah tidak senang duduk bila Haris menyuruhnya keluar dari kereta. Haris mencengkam tangan Arina untuk mengikutnya. Terasa sakit tangan Arina bila Haris memegangnya dengan kuat.

“Haris, tolong lepaskan… Sakit…” rayu Arina bila pegangan Haris semakin kuat dirasakan. Haris tidak mengendahkan rayuan Arina tetapi terus menarik tangan Arina sehingga sampai di hadapan pintu rumahnya. Arina ditolak sejurus selepas pintu  dibuka.

Arina yang sememangnya bertubuh kecil, tidak dapat mengimbangi badannya apabila ditolak dengan kasar oleh Haris. Sakit badannya apabila terkena bucu meja.Haris terus mengunci pintu dan menapak ke arah Arina. Arina yang masih menahan sakit cuba mengundur menjauhi Haris. Arina memang takut untuk melihat Haris lebih-lebih lagi sekarang ini dengan muka yang memang nampak sedang menahan marah. Arina cuba menjauhi dari Haris, tetapi Haris lagi cepat menangkap pinggang Arina.

“Haris, tolong jangan buat saya macam ni. Tolong Haris.” Arina merayu sambil air matanya laju keluar membasahi pipinya. Sekali lagi dia merasa amat takut sehingga mengigil tubuhnya. Dia tidak tahu kenapa Haris boleh bersikap ganas begini kerana sebelum ini Haris memang terlalu romantik bila dengannya. Apa salah yang telah dilakukannya, dia sendiri tidak tahu.

Tangan kiri Haris masih memeluk pinggang Arina untuk rapat dengannya. Tangan kanannya pula memegang muka Arina supaya Arina memandangnya.

“Arina, look at me!. You nak tahu apa yang you dah buat kan?!. I dah bagitahu kat you kan yang I tak suka ‘barang’ milik I dikongsi dengan orang lain. You faham tak Arina?!.” Kuat dan jelas suara Haris kedengaran. Arina yang dari tadi ketakutan terus menangis tersedu-sedu. Dirasakan seperti tidak bernyawa ketika itu. Arina masih tidak faham apa yang dia telah buat sampaikan Haris marah sebegini.

Haris yang seperti orang hilang kewarasan terus merapatkan bibirnya ke  bibir Arina. Rakus bibir Arina dipagutnya. Dipegangnya leher Arina supaya memudahkan Haris menciumnya. Susah untuk Arina bernafas bilamana bibir Haris sentiasa terlekat di bibirnya. Arina ditarik ke sofa. Dia dibaringkan di sana. Belum sempat Arina bangun, Haris terlebih dahulu menindihnya.

“Haris, tolong….Saya merayu…” Tidah diendahkan rayuan Arina itu. Arina dapat merasakan bibir Haris bermain-main di telinga, leher dan terus ke bawah. Tangan Haris sudah menjalar keseluruh tubuh Arina.  Arina kelemasan bila diperlakukan sebegini.

“Arina, I akan pastikan you akan jadi milik I seorang. Only me sayang.” Haris sempat membisik ke telinga Arina sebelum dia meratahi tubuh Arina dan merampas satu-satunya mahkota Arina yang selama ini terjaga.

Keesokkan paginya Haris terlebih dahulu bangun. Dia segera mencapai telefon yang diletakkan di atas meja makan. Dihantarnya mesej kepada setiausahanya memberitahu yang dia tidak akan masuk ke pejabat hari ini. Segala perjumpaan dan mesyuarat perlu dibatalkan. Ditekannya butang SEND dan diletakkan semula telefonnya. Haris kembali ke dalam bilik tidurnya. Arina masih tidak sedarkan diri. Haris telah bersikap ganas terhadap Arina malam tadi sehingga membuatkan Arina pengsan terkena tamparan Haris. Bukan niat Haris untuk menampar Arina, tetapi sikap Arina yang terus-terusan cuba melawan, meronta-ronta dan memukul-mukul dada Haris membuatkan Haris tiada pilihan lain.

Haris mengusap pipi Arina yang masih merah bekas tamparannya malam tadi.  Selimut yang menutupi badan Arina diperbetulkan. Rambutnya dibelai lembut. Jari Haris bermain-main di bibir Arina. Masih teringat lagi Haris bagaimana dia berjaya menakluki Arina malam tadi. Tidak dapat dilupakan bagaimana dia meratah setiap inci tubuh badan Arina. Serba sedikit perasaan kesal timbul di hati Haris. Tergamak dia membuat Arina seperti itu. Mengasari dan memaksa Arina tanpa kerelaannya. Tetapi dia tidak sanggup berkongsi dengan orang lain. Hatinya sakit bila terfikir tentang gambar tersebut. Gambar mesra Arina dengan lelaki lain. Semua yang ada pada Arina, adalah hak miliknya. Tiada siapa pun yang boleh menyentuhnya melainkan dia.

Haris berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Ditinggalkan Arina keseorangan di atas katil. Arina membuka matanya apabila terdengar bunyi pancuran air. Dapat dirasakan seluruh badannya sakit terutama di bahagian wanitanya. Ya, dia masih ingat bagaimana Haris memperlakukannya malam tadi. Puas dia memujuk rayu kepada Haris untuk berhenti. Bukan itu sahaja, dia masih ingat dia ditampar sehingga tidak sedarkan diri. Dia tidak ingat apa-apa pun selepas itu.

“Arina, you dah bangun?” Haris yang baru sahaja selesai mandi, dengan hanya memakai tuala sahaja terus melangkah menuju ke Arina. Mulut Arina seperti terkunci untuk berkata apa-apa. Hanya aliran air mata sahaja dapat dilihat. Haris menyapu air mata Arina sambil membelai pipinya.

“Arina, pasal malam tadi...” Belum sempat Haris menyambung kata-katanya itu, Arina terlebih dahulu menutup telinganya. Tidak sanggup Arina mengimbas peristiwa yang berlaku malam tadi antara mereka.

Arina, please....I am so sorry my dear. I pun tak tahu kenapa I terlalu mengikut perasaan. Mengikut rasa marah I. I tak sepatutnya mengasari you. Masih sakit lagi?.” Haris cuba memegang pipi tetapi Arina lagi cepat mengelak dari pipinya dipegang oleh Haris. Cukuplah apa yang telah dipegang malam tadi.

“Saya tak suci lagi.” Walapun suara Arina seperti berbisik, tetapi Haris masih dapat mendengar apa yang dikatakan olehnya. Arina memang masih suci lagi sehinggalah Haris meragut kesuciannya malam tadi. Jujurnya inilah kali pertama Haris meniduri perempuan yang masih suci. Arina memang cantik luar dan dalam. Rasa kesal serba sedikit timbul dalam hati Haris ketika itu. Dalam masa yang sama juga, Haris bangga kerana dialah orang pertama yang berjaya menakluki Arina. Tetapi semua itu telah berlaku. Haris tidak ada kuasa untuk mengembalikan hak Arina semula.

“Arina, I tahu I salah. Benda dah berlaku. I tak boleh nak kembalikan hak you tu sayang. I bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Kita kahwin Arina.” Arina terkejut dengan kata-kata Haris itu. Tidak disangka Haris sanggup untuk bertanggungjawab terhadapnya.  Ingatkan lelaki seperti Haris akan lepas tangan sahaja.

Sekarang ini Arina yang serba salah samada mahu berkahwin dengan Haris atau tidak. Kalau diikutkan hati memang Haris patut bertanggungjawab terhadapnya. Dalam masa yang sama juga Arina rasakan dia tidak setaraf Haris. Haris seorang ahli perniagaan yang berjaya. Memegang gelaran Datuk lagi. Manakala dia cuma seorang kerani biasa. Cuma anak kepada seorang tukang kebun. Mana mungkin boleh bersama. Mesti kawan-kawan Haris akan memandang rendah terhadapnya. Macamana dia mahu bergaul dengan mereka. Bagaimana pula tanggapan keluarga Haris. Semuanya terlintas di fikiran Arina ketika itu. Terfikir juga Arina kemungkinan Haris akan menjadikan dia seperti orang gaji di rumah nanti. Takkanlah Haris sanggup menjadikan dia Puan Besar di rumah nanti.

“Saya nak balik.” Itu sahaja yang Arina tuturkan. Haris cuma mengangguk seraya menyuruh Arina mandi dahulu.

Haris membantu Arina mengutip pakaiannya yang bertaburan di tepi katil. Dengan lemah, Arina menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya dari kotoran-kotoran yang ditinggalkan Haris malam tadi.

Selesai mandi, Arina mencari Haris kerana dia ingin pulang segera ke rumahnya. Makin lama dia di sini, makin sesak nafasnya dirasakan.

“Arina, jom breakfast dulu. I dah buatkan pancake untuk you. Isi perut you dulu. Nanti sakit.” Haris sempat mengusap rambut Arina. Arina cuba mengelak namun tangan Haris lagi cepat darinya. Sememangnya Arina tiada selera untuk makan, tetapi dia tahu Haris akan terus mendesak sekiranya dia tidak mengikut apa yang disuruhnya.

“Kita kahwin Arina.”. “Tidak!”. Cepat sahaja Arina menjawab balik kata Haris itu. Arina sendiri pun tidak tahu macamana dia boleh menjawab dengan nada yang tinggi kepada Haris.


“Tolong hantar saya balik sekarang. Tolong..” perlahan Arina bersuara sambil mengesat air matanya yang sudah mengalir keluar.

E-Novel: Kau Tetap Milikku - Bab 6

KAU TETAP MILIKKU

BAB 6

Haris membaringkan diri di dalam biliknya setelah pulang dari menghantar Arina pulang. Kejadian malam itu membuatkan Haris bertekad mahu mengenali Arina dengan lebih dekat. Haris sendiri tidak tahu apa yang membuatkan dia terpaut pada Arina sehinggakan dia menganggap Arina adalah milik dia seorang sepenuhnya. Sebelum ini bukan dia tidak boleh mengupah penyiasat untuk mencari Arina, tetapi dia tidak merasakan benda itu penting. Selama ini dia sibuk dengan perniagaannya, dengan aktiviti sosialnya bersama rakan-rakannya. Perempuan keliling pinggang. Pilih sahaja mana-mana perempuan untuk menjadi teman berhibur. Haris sudah biasa dengan keadaan begitu. Selalunya perempuan-perempuan yang akan mengejarnya, tetapi berlainan pula dengan Arina. Arina seperti cuba menjauhkan dirinya dari Haris. Arina ada aura tersendiri yang membuatkan Haris bertambah suka padanya.

Arina membersihkan diri setibanya dia dirumah. Masih memikirkan bagaimana keadaan keretanya sekarang. Memikirkan bagaimana dia boleh memberikan kunci keretanya kepada Haris tadi. Haris yang memaksa Arina memberikan dia kunci kereta dengan alasan supaya senang orang-orang Haris mengambil kunci darinya untuk membawa kereta Arina ke bengkel. Dan sekarang ini terpaksalah Arina berhubung dengan Haris untuk mengetahui perkembangan tentang kereta kesayangannya itu.

                Arina, kereta you dah kat bengkel. Tmrw I will pick you up at 7.30am. Don’t be late. I tak suka. Good nite my dear. Sweet dream.
                                                                                                                                                -Haris-

Satu lagi arahan yang perlu dituruti. Pening kepala Arina bila memikirkan akan nasibnya sekarang ini. Kenapa ada sahaja arahan yang keluar dari mulut Haris tu. Dan Arina seperti tiada kuasa untuk melawan setiap arahan Haris itu.

Pagi ini Arina mengenakan baju kurung berwarna peach dengan solekan yang sederhana. Dia sememangnya cantik dengan kulit yang putih bersih. Dengan bentuk badan yang sederhana tinggi membuatkan dia cantik dengan sebarang pakaian.

Haris memberhentikan kereta di hadapan rumah Arina dan membunyikan hon. Arina cepat-cepat mengambil beg tangannya dan mengunci pintu. Dia tidak mahu Haris menunggu lama nanti. Hari ini Haris membawa kereta BMW 7 series berwarna putih. Haris yang duduk dibelakang membuka pintu untuk Arina. Rupa-rupanya Haris datang bersama pemandunya. Takkanlah orang kaya seperti Haris tidak ada pemandu sendiri. Kata Arina di dalam hati.

“Good morning my dear.” Haris bersuara setelah Arina menutup pintu kereta. Kalau mulut sahaja yang bercakap tidaklah Arina risau, tetapi ini dengan tangan Haris membelai pipi Arina membuatkan Arina cuba mengelak dari terus dibelai oleh Haris. Tidak dinafikan Arina yang Haris memang pandai menggoda dan pandai membuatkan wanita akan tergoda dengan cara dia melayan, tutur katanya dan penampilan yang sentiasa terjaga.

“Good morning .” Sambil tangan Arina cuba menepis tangan Haris dari singgah di pipinya.

“You masuk kerja pukul 9 kan. Kita gi breakfast dulu….Hamid, I nak gi breakfast dulu. Kau tengok-tengok mana-mana kedai makan kat area ni.” Haris masih tidak mengalihkan pandangannya ke  Arina walaupun dia sedang memberi arahan pada pemandunya. Haris tahu Arina tidak selesa bila mereka bertentang mata. Arina akan cepat-cepat mengalihkan pandangan ke tempat lain. Haris pula memang suka dengan perempuan yang sebegini. Arina memang berlainan dari perempuan-perempuan yang dia kenal sebelum ini. Pemakaian Arina yang tidak terlalu seksi. Solekan yang sederhana sahaja membuatkan Arina nampak cantik semulajadi.

“Baik Dato’.” Sempat Hamid melihat Haris yang masih tidak berganjak melihat Arina dari cermin pandang belakang. Hairan juga Hamid dengan sikap tuannya. Tidak pernah dia bersikap macam ni. Selalunya dia yang tidak ambil kisah dengan perempuan yang dia bawa. Kali ini berlainan pula. Tuannya seperti benar-benar berminat dengan wanita ini. Masakan sanggup mengambilnya di rumah awal pagi.

Dato?!. Macamana aku boleh lupa yang Haris berpangkat Dato’ selama ini.Risau Arina kerana selama ini dia tidak memanggil Haris dengan panggilan Dato’. 

Selesai mereka bersarapan, Arina dihantar ke tempat kerjanya. Belum sempat Arina membuka pintu kereta, Haris terlebih dahulu memegang tangan Arina. Terkejut Arina bila tiba-tiba tangannya dipegang.

“Take care my dear. Nanti petang pukul 6 I ambil you. Tunggu kat sini.”

“Its ok, saya tumpang Linda je nanti. Lagipun dia akan datang kerja hari ini cuma lewat sikit. Terima kasih ye….emmm, Dato’.” Berkira-kira Arina untuk membahasakan diri Haris sebagai Dato’.

“Arina, kenapa tiba-tiba panggil I Dato’ pulak ni. Its ok my dear. You terkecuali. You still can call me Haris. I’m fine with it. Bukan semua orang terkecuali. You’re lucky Arina.” Arina cuma tersenyum apabila Haris membenarkan dia memanggil Haris tanpa pangkat ‘Dato’nya.

“And, you still need to wait for me at 6 nanti. No more excuses Arina.” Sambung Haris lagi.

Haris tiba di pejabatnya dengan muka yang ceria. Tidak pernah dia merasa gembira begini. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa perasaannya sungguh lain bila bersama Arina. Perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan mana-mana perempuan sebelum ini. Fatul dan staf-staf yang lain juga berasa hairan dengan sikap majikannya itu. Lain dari hari-hari biasa.

Haris menjemput Arina tepat jam 6 petang. Mereka terus menuju ke bengkel yang membaiki kereta Arina.

“Bos, berapa semua?” Arina bertanya kepada pemilik bengkel  setelah diberitahu keretanya sudah dibaiki sambil mengeluarkan dompet dari beg tangannya.

“Itu Dato’ sudah bayar untuk you ma.” Jawab pemilik berbangsa cina itu  seraya memuncungkan bibirnya ke arah Haris. Haris yang ketika itu sedang berbual di telefonnya tersenyum ke arah Arina dan sempat mengenyitkan matanya.

 Haris memang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman bagi kebanyakkan wanita. Dengan ketinggian dan tubuh badan yang tegap, disamping segak, bergaya, kaya dan lebih-lebih lagi berpangkat, tidak mustahil ramai yang ingin berdamping dengannya. Arina juga serba sedikit terpikat dengan Haris. Cuma bila teringat tentang apa yang telah dibuat oleh Haris kepadanya dulu serta ugutan gambar, Arina terpaksa membuang perasaan suka kepada Haris.

Pagi esoknya Arina menerima mesej dari Haris. Haris akan ke Jakarta selama seminggu atas urusan kerja. Arina terfikir juga siapa sebenarnya dia dalam hidup Haris. Kenapa Haris perlu memberitahu semua ini kepadanya. Arina malas hendak memikirkannya lagi. Makin difikir makin sakit kepalanya. Mesej yang baru diterima dibaca semula oleh Arina. Maknanya selama seminggu ini Arina bebas hendak kemana-mana tanpa khuatir yang Haris akan memaksa dia mengikutnya.

Farouk yang bekerja di syarikat yang sama dengan Arina memang dari dulu meminati Arina. Cuma Arina sahaja yang buat tidak faham. Farouk memang memendam perasaan terhadap Arina sejak Arina bekerja di situ. Arina pula tidak mahu terlalu rapat dengan Farouk kerana Arina sedar jawatan mereka jauh berbeza. Arina cuma seorang kerani di situ manakala Farouk memegang jawatan sebagai Penolong Pengurus. Selalu juga Farouk mengajak Arina makan bersama.  Ada masanya Arina cuba mengelak dari keluar bersama. Cuma kebelakangan ini masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Farouk ditugaskan mengurus projek di Sabah selama sebulan. Baru minggu ini Farouk kembali bertugas. Setibanya Farouk di pejabat, orang yang pertama dia ingin lihat sudah semestinya Arina. Terlalu rindu untuk melihat wajah dan senyuman Arina.

“Selamat pagi Arina.” Arina yang sedang membancuh air di pantri terkejut apabila Farouk dengan tiba-tiba berdiri di belakang Arina.

“Selamat pagi Encik Farouk. Terlupa pula saya yang Encik  Farouk mula bekerja hari ini. Encik Farouk nak saya buatkan kopi atau milo?” Tanya Arina sambil mengambil cawan yang terletak di tepi mesin membuat kopi.

“Buatkan saya milo. Nanti hantar kat bilik saya ye.” Gembira hati Farouk bila dapat melihat wajah Arina. Baginya Arina memang mempunyai kecantikan semulajadi. Farouk berlalu menuju ke biliknya. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke pejabatnya. Banyak benda yang  harus dia siapkan segera.

Arina mengetuk pintu bilik Farouk dan berjalan masuk dengan membawa cawan yang berisi milo panas. Dia meletakkannya di atas meja Farouk. Baru sahaja Arina ingin berlalu, Farouk bersuara, “Arina, tunggu dulu. Hari ini temankan I lunch boleh?. Jangan kata you ada bawak bekal hari ni. Temankan I ye. Bosan makan sorang-sorang.”

Arina serba salah untuk menjawab. Ikutkan hati memang malas hendak makan bersama Farouk. Tetapi bila melihat raut wajah Farouk yang memang berharap dia bersetuju, membuatkan dia rasa bersalah jika menghampakannya.

“Memandangkan Encik Farouk baru masuk kerja hari ini, saya temankanlah Encik Farouk makan tengahari hari ni. Tapi Encik Farouk kena belanja saya boleh?” Akhirnya Arina bersetuju untuk makan bersama Farouk.

“Arina, bukan lunch je I boleh belanja, dengan dinner sekali I boleh belanja you makan tau. Itupun kalau you sudi.” Arina segera keluar dari bilik Farouk. Lagi dilayan lagi menjadi-jadi si Farouk ni.

Waktu makan tengahari, mereka bersama-sama menjamu selera di sebuah restoran berhampiran dengan tempat kerja. Farouk memang suka makan di situ. Lauk pauk di situ sedap-sedap belaka katanya.

Farouk banyak bercerita tentang kehidupan orang-orang di Sabah. Arina pula menjadi pendengar setia. Sekali sekala terdengar ketawa Arina. Farouk memang pandai membuat orang terhibur dengan gaya dan cara dia bercerita.


Dalam keseronokkan mereka menjamu selera sambil berbual mesra, Arina tidak tahu yang dia sedang diperhatikan oleh seseorang. Seseorang yang dari tadi mengekori Arina kemana sahaja dia pergi. 

Monday, June 3, 2013

E-Novel: Majikanku Sayangku - Bab 2

Majikanku Sayangku

Bab 2

“Zaira, tunggu siapa? Or you tunggu teksi kat sini?” tanya Haikal dari dalam kereta. Ditanggalnya cermin mata hitam yang dipakainya tadi.

“Tunggu teksi Encik Haikal. Dari tadi takda teksi nak berhenti.” Jelas Zaira sambil matanya masih meninjau-ninjau jika ada teksi yang lalu. Bukan sekejap dia menunggu, sudah hampir satu jam. Semua teksi yang lalu semuanya penuh dengan penumpang. Tidak ada teksi kosong yang lalu sejak dari tadi.

“Jomlah naik. Saya hantarkan. Lagipun saya nak balik office juga ni.” Haikal membuka pintu kereta mengisyaratkan supaya Zaira masuk ke dalam keretanya. Pada mulanya Zaira tidak mahu. Bukan apa, naik kereta bos yang mahal ni. Tidak pernah dalam hidupnya menaiki kereta mewah. Balik-balik bas dan teksi jadi pengangkutan utamanya. Bertambah segan lagi Zaira bila terpaksa menaiki kereta dengan lelaki tampan. Berdua-duaan dalam kereta membuatkan Zaira sesak nafas memikirkannya. Boleh pengsan si Zaira ni nanti.

Tetapi keroncong perutnya lagi memerlukan perhatiannya. Perutnya perlu diisi. Dia perlu segera balik ke pejabat sebelum habis waktu rehat. Hendak makan di sini, dia tidak biasa dengan tempat sini. Nak taknak, Zaira terpaksa juga melangkah masuk ke dalam kereta bosnya.

Selesanya bila berada di dalam kereta bosnya. Kereta mewah BMW Sport berwarna putih. Ditambahnya lagi dengan wangian kereta yang dipasang. Membuatkan suasana di dalam kereta sungguh nyaman dan selesa walaupun cuaca panas diluar.

Grrrrrrrrr.....

Alamak, masa nilah perut nak berbunyi. Tunggulah aku keluar kereta dulu. Bisik Zaira di dalam hati. Belum sempat dia menoleh, Haikal terlebih dahulu bersuara,

“Perut Zaira tengah main lagu apa tu.” Haikal tersenyum menampakkan barisan giginya yang cantik sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

Malunya......... Mana nak sorok muka ni...... Alin....Kak Siti...Tolong Zaira....Aduhhhhhh......

Zaira langsung tidak bersuara sepanjang perjalanan. Malunya hanya tuhan sahaja yang tahu. Ikutkan hati hendak sahaja dia melompat keluar dari kereta.

“Nak saya temankan Zaira makan ke?” Haikal bersuara bilamana keretanya berhenti di hadapan bangunan syarikatnya.

“Takpa-takpa.... Terima kasih ye Encik Haikal. Saya pergi dulu.” Tergopoh gapah Zaira keluar dari kereta dan berjalan masuk ke dalam bangunan. Tidak langsung toleh ke belakang. Malu yang teramat pada Haikal.

Haikal pula tetap memandang Zaira yang berjalan laju masuk. Tersenyum sendiri bila dia teringat reaksi wajah Zaira tadi. Bukan dia tidak perasan wajah Zaira berubah kemerahan.

Comel juga si Zaira ni. Bisik Haikal sendiri.

Zaira mengorak langkah ke cafe. Mengisi perutnya yang sejak tadi meminta untuk diisi. Habis sahaja dia menghabiskan makanan di dalam pinggannya, dia terus bangun dan berlalu ke pejabat. Banyak lagi kerja-kerja yang perlu disiapkan.

“Zaira, Encik Haikal tanya masih berbunyi ke benda tu?” Dapat dirasakan jantungnya berhenti berdegup. Tiba-tiba terasa sesak nafas dengan soalan Kak Siti itu.

Tenang Zaira tenang........

“Dah berhenti dah.” Zaira memberitahu Siti dan berharap sangat yang Encik Haikal tidak akan bertanya apa-apa lagi.

Encik Haikal ni pun satu.... Ingatkan dah habis dah tadi. Baru nak tenang sikit. Encik Haikal....Encik Haikal.........ngomel Zaira di dalam hati.

“Apalah yang berbunyi tu. Zaira buat apa dengan bos tadi. Lepas dia tanya, akak dengar dia ketawa. Iskh korang ni. Macam budak-budak lah. Bos tu demam ke. Tak pernah pulak dia ketawa macam tu.”

“Entahlah kak. Tak cukup tidur kot dia. Tu sebab dia merapu tu.” Malas hendak dilayan bosnya itu. Kesibukan Zaira membuat kerja membuatkan dia terlupa dengan peristiwa tengahari tadi.

Selepas kejadian tempoh hari, Zaira selalu bertembung dengan bosnya. Seperti biasa cuma senyuman yang dihadiahkan pada Zaira. Tapi dapat dirasakan senyuman bosnya itu seperti membawa maksud yang lain. Tidak seperti dulu.

Jangan-jangan dia masih ingat lagi pasal kes hari tu. Masaklah kau Zaira.......Jadi malu bila setiap kali dia teringatkan kejadian perut berbunyi tempoh hari. Nasiblah kerjanya tidak memerlukan dia berjumpa dengan Haikal. Itu yang membuatkan Zaira sedikit lega.


“Eeee, geramnya.” Rungut Siti setelah dia meletakkan telefon. Habis dihempas-hempasnya telefon tersebut. Nasib kau lah telefon, sakit dihempas...

“Kenapa kak?. Marah semacam je ni.” Tanya Alin yang kebetulan baru keluar dari bilik fotostat.

“Tunang bos ni le. Peninglah akak melayan dia ni. Baru tunang dah berlagak bagus. Karate kang baru tahu.” Sempat Siti menunjukkan aksi gaya ala karate. Alin dan Zaira ketawa mendengarnya.

“Apa yang dia dah buat kat akak ni. Cuba cerita kat kitorang.” Alin bersuara sambil meletakkan kertas-kertas yang difotostat tadi di atas mejanya. Zaira pula cuma mengangguk.

“Dia nak akak book flight ticket ke Bangkok minggu depan. Akak taknak. Akak bagi alas an. Dia tak terima. Masalahnya sekarang ni, dia siapa. Lainlah dia tu dah jadi isteri Encik Haikal tu. Peninglah melayan kerenah minah sorang ni.” Habis diceritakan segala perangai buruk Karina, tunang bosnya itu pada Azlin dan Zaira.

“Jangan marah sangat kak. Nanti muka anak akak macam muka dia. Kesian akak nanti.”

“Azlinnnnn!” Menjerit Siti mendengar kata-kata Azlin tadi. Zaira pula tidak dapat menahan ketawa. Berair matanya menahan gelak. Mentang-mentanglah Siti sedang mengandung masuk 7 bulan, Azlin boleh membuat lawak dengan kandungannya.

Malam itu.....

“Abang, payahnya sekarang ni dapat cakap dengan abang. Nak jumpa lagilah susah.” Zaira mengeluh tetapi sedikit lega kerana akhirnya panggilan telefonnya diangkat Azri, teman lelakinya.

“Sorry le Zaira. Abang busy sikit akhir-akhir ni. Banyak kerja nak kena siapkan. Ni pun baru balik dari Pahang, ada kerja sikit kat sana.” Jelas Azri pada Zaira.

Memang kebelakangan ni, susah untuk Zaira berbual dengan Azri. Jumpa lagilah jarang. Sekarang ni jarang betul teman lelakinya menelefon. Walaupun Zaira perasan dengan perubahan sikap Azri, namun dia tidak mahu berfikir negatif. Kalau hendak diikutkan, boleh sahaja mereka berjumpa selalu seperti dulu. Bukannya jauh pun dari Shah Alam ke Bangsar. Namun, macam-macam alasan yang diberikan oleh Azri. Kesibukan kerja adalah alasan utama yang selalu diberikan pada Zaira. Kadang-kadang ada juga Zaira terfikir mungkin Azri sudah tidak sayangkan dia lagi seperti dulu. Mungkin dia sudah ada teman baru. Ahhhh, sakit kepala Zaira memikirkannya.

Teman serumah Zaira, Fifi juga pernah memberitahu Zaira yang dia pernah terserempak dengan Azri bersama seorang perempuan. Tapi bila Zaira bertanya pada Azri, katanya perempuan itu cuma kawan lamanya. Zaira pula malas hendak memanjang-manjangkan masalah tersebut. Dia percaya apa yang dikatakan Azri walaupun hakikatnya ada perasaan sangsi pada Azri.

“Hujung minggu ni kita jumpa ye.” Itulah kata-kata Azri yang sedikit menggembirakan Zaira. Memang sudah lama mereka tidak keluar bersama.

Zaira rindukan abang...........


“Encik Haikal, bulan depan saya nak cuti bersalin. Encik Haikal dah ada orang untuk ganti tempat saya sementara ke?” tanya Siti pada Haikal sambil menghulurkan dokumen yang perlu ditandatangani oleh bosnya.

“Kita ambil orang dalam sahaja untuk gantikan tempat awak selama dua bulan. Lagi senang dari ambil orang luar. Awak ada cadangan ke Siti?” tanya Haikal setelah selesai menyemak dokumen tersebut dan menurunkan tandatangan. Dipandangnya wajah Siti yang berdiri di depannya.

“Apa kata ambil Zaira gantikan tempat saya ni.  Saya rasa dia ok Encik Haikal. Cuma bab-bab secretarial ni maybe dia kurang sikit. Tapi dia suka belajar benda-benda baru ni. Kalau Encik Haikal setuju, saya boleh terus ajar dia esok. Sebulan rasanya cukup untuk dia belajar.” Siti menyebut nama Zaira untuk menggantikan tempatnya sementara dia berpantang nanti.

“Emmm, ok. Awak ajar dia apa-apa yang patut. Apa-apa bagitahu saya .” Haikal bersetuju dengan pendapat setiausahanya itu. Lebih senang mengambil orang dalam dari mengambil orang baru. Lagipun cuma untuk dua bulan sahaja.

“Apa ni Kak Siti. Taknaklah saya. Mana saya tahu buat kerja-kerja ni suma.” Zaira tidak setuju dengan keputusan mereka. Manalah dia tahu kerja-kerja setiausaha ni. Takut bila difikirkannya.

“Zaira, akak akan ajar Zaira buat semua ni. Jangan risau. Cuma dua bulan saja kan. Encik Haikal dah suruh akak ajar Zaira mana yang patut. Dia fahamlah.”

“Akak ni...Kenapa sebut nama saya. Ramai lagi orang yang lagi bagus boleh gantikan tempat akak tu tau. Saya ni dah lah kerani biasa je.” Rungut Zaira sambil memicit-micit kepalanya seperti orang yang sedang sakit kepala.

“Dah Zaira... Kau ni suma takut... Macamana nak naik pangkat ni. Nak gaji lebih ni. Nanti akak bagitahulah kat bos bagi allowance kat Zaira untuk dua bulan nanti.” Siti terus mengambil mug nya dan berlalu ke pantri.


Pening Zaira memikirkannya. Sebenarnya bukan kerja-kerja setiausaha tu yang membuatkan Zaira gelisah, tetapi bosnya. Entah kenapa kecut perutnya bila tahu yang dia akan bekerja lebih dekat dengan bosnya itu. Walaupun hanya dua bulan, tetapi baginya seperti dua tahun. Harap-harap semuanya berjalan lancar sepanjang dua bulan tu. Itulah harapan Zaira ketika ini.