Selamat membaca semua......
(LIKE kalau suka. Tq tq tq.)
DIA… PENJAGA HATIKU.
Bab 11
“Cantik sangat ke?” Tanya Haikal seraya mendekatkan diri pada
Zaira. Dari tadi diperhatikan pandangan Zaira sibuk meneroka ke segenap sudut.
Melihat hiasan di dalam dewan.
“Cantik sangat. Kalau saya banyak
duit ni, memang saya nak buat wedding macam ni. Tapi tulah,duit tak berapa nak
banyak.” Memang Zaira dari dulu minat dengan hiasan yang banyak menggunakan
bunga hidup. Ditambah lagi dengan batu-batu kristal membuatkan nampak lebih
mewah.
“Berangan lagi.” Alamak, malunya. Tersenyum tawar Zaira bila Haikal
masih sibuk memandangnya sambil bibir menguntum sedikit senyuman.
Pasangan pengantin tiba dengan
disambut kumpulan kompang. Mereka berjalan melintasi tetamu yang sedang duduk
di meja masing-masing. Sama cantik sama padan. Itu sahaja yang dapat
disimpulkan tentang pasangan pengantin ini.
“Berangan ye?” Tak sempat Zaira
hendak berangan. Jadi pengantin perempuan tu. Encik Haikal ni…..
Haikal sibuk mengerling pada Zaira
di sebelah. Pandangannya susah untuk diubah ke tempat lain.
Haikal… Stop it…
“Haikal, come. Take photo with us.
Lama betul tak jumpa kau ni.” Sebaik sahaja habis menjamu selera, seseorang
datang mendekati Haikal sambil menepuk-nepuk bahunya.
“Farish, my friend! Kau datang
dengan siapa ni?” Haikal sudah bangun dari tempat duduknya dan menghadap
Farish. Mereka berpelukan di situ. Tertanya-tanya juga Zaira siapakah dia ni.
Kawan lama bos la ni gamaknya.
Muhammad Farish Dato’ Musa. Teman
rapat Haikal semasa di universiti di United Kingdom dulu. Selepas Haikal pulang
ke Malaysia, mereka sudah tidak berjumpa lagi. Berhubung sekadar di email
sahaja. Keadaan memaksa mereka berjauhan. Lagipun Farish terus menetap di
Singapura. Tinggal bersama ibunya yang sudah bercerai dengan Dato’ Musa.
“With my wife, Sofia. And kau pulak,
dengan siapa?” Haikal perasan Farish asyik menjeling pada Zaira. Tahulah Haikal
yang Farish perasan akan kehadiran Zaira.
“With my… kenalkan, Nur Zaira.
Zaira, ini kawan baik saya masa dekat UK dulu. Farish and his wife, Sofia.”
Haikal menyentuh lembut bahu Zaira membuatkan Zaira terpaksa berdiri di
sebelahnya. Dihadiahkan senyuman perkenalan pada Farish dan Sofia sambil
bersalaman.
“Jom, kita tangkap gambar sama.
Rindu aku dengan kau ni.” Ajakan Farish membuat Zaira sedikit ke tepi. Yalah,
buat apa dia nak sibuk ada dalam gambar tu nanti. Ini kawan bosnya. Dia tak
kenal pun.
“Marilah, biar Zaira tangkapkan.”
Baru sahaja Zaira hendak melangkah ke arah Farish, terasa tangannya digenggam
seseorang. Haikal….
“Zaira, biar orang lain ambilkan.
Awak berdiri sini sebelah saya.” suara Haikal agak tegas bunyinya walaupun
perlahan. Salah sangat ke aku nak tangkapkan. Dah kenapa muka aku nak tempel
sekali. Tak malulah kau ni.
“Tapi Encik Haikal…” Zaira terdiam
bila Haikal sudah memeluk pinggangnya. Berdiri rapat di sebelah. Apa lagi,
berdegup kencanglah jantung Zaira. Rasa macam nak pecah pun ada. Mahu kena
serangan jantung nanti. Darah pun rasa macam tak mengalir. Sudah tersekat di
mana-mana.
Farish meminta seorang pelayan yang
lalu untuk mengambil gambar mereka. Gambar Farish, isterinya Sofia, Haikal dan
Zaira. Bukan aku yang sepatutnya berada di sini. Kirana. Dia yang paling layak
berdiri disebelah Haikal dan bergambar sama. Aku yang tak berapa nak cantik ni
menyemakkan gambar je.
“Okey Kal. Nanti free kita jumpa
lagi. Ni kad aku. Aku balik dulu.” Kad nama dihulurkan pada Haikal. Nama
syarikatnya sendiri. Yang pasti alamat di Kuala Lumpur. Bolehlah mereka
berjumpa selalu nanti.
“Zaira, kami balik dulu. Nice
meeting you.” Sofia memeluk Zaira seolah-olah sudah lama kenal. Padahal baru
beberapa minit lepas je. Mesra sungguh si Sofia ni. Agaknya kalau dia tahu aku
ni sekadar pekerja biasa Haikal, hendak ke dia peluk aku macam tadi.
Orang-orang kaya ni ada yang memilih sikit.
‘Okay Rish. No worries. Ni kad aku.
Call me. See you again Sofia.” Lama Haikal dan Farish berpelukan. Erat pulak
tu. Masing-masing melepaskan rindu.
“Kita balik sekarang. Zaira okey?”
Wajahnya didekatkan pada Zaira. Mata bertemu mata. Perlahan-lahan Zaira
mengangguk kepala. Dah rasa macam patung bernyawa. Tak dapat nak bergerak bila
terkena panahan mata si Haikal ni.
Mereka berjalan keluar selepas
bersalaman dengan beberapa orang yang hadir termasuklah Dato’ Ghani dan isteri.
Sesekali tangan Haikal menyentuh
lembut belakang badan Zaira. Walaupun berlapik, tetapi Zaira rasa sampai ke
kulit sentuhan tersebut. Mengalir terus ke jantung. Mengepam jantung laju.
Arghhh, untungnya cik Kirana tu.
Dapat layanan mesra dan romantik dari Encik Haikal ni. Aku? Abang Azri tak
pernah pun bersikap romantik dengan aku. Buat perkara romantik jauh sekali.
Zaira buat apa esok?” Haikal
tiba-tiba bertanya ketika mereka berada di dalam kereta. Memandu perlahan
menyusuri jalan ke rumah Zaira.
“Saya nak balik kampung esok pagi.
Ada hal sikit.” Zaira tak tahu kenapa dia sukar untuk berterus terang dengan
Haikal. Bukannya susah pun. Beritahu jelah yang ahad nanti ada orang nak masuk
meminang. Buat apa nak sembunyi bagai.
“Saya dengar Zaira nak bertunang.
Betul ke?” Agak terkejut juga Zaira dengan kata-kata Haikal. Mana pula dia tahu
aku nak bertunang ni. Takkanlah dari mulut Azlin pulak. Tapi… siapa lagi yang
tahu aku nak bertunang kalau bukan Azlin dan kak Siti. Kak Siti?! Dia kan rapat
dengan bos. Tapi, dia kat tengah bercuti. Whatsapp…mesej….call….semua bolehlah
dalam zaman canggih IT ni.
“Aaaa, betul Encik Haikal. Ahad ni
pihak Azri nak masuk meminang. Rancangnya ikat enam bulan.” Nak taknak
terpaksalah juga Zaira beritahu semuanya. Biarlah apa pun Encik Haikal fikir.
Aku bukan nak buat jahat pun. Perkara baik.
“Zaira yakin dengan pilihan Zaira?”
Lain benar pertanyaan Haikal ni. Dia sendiri pun tiada jawapan untuk itu.
Yakin? Entahlah.
“Kami dah berkawan lama Encik
Haikal. Mungkin dah jodoh saya dengan dia. Lagipun siapa lagi yang nak dekat saya
ni. Kalau memilih sangat nanti, tak kahwin pulak saya sampai ke tua.” Senyuman
Zaira terhenti bila dilihatnya wajah serius Haikal. Penat buat lawak je tadi.
Langsung tiada senyuman terukir di bibirnya.
“Kalau ada lelaki lain yang minat
dekat Zaira sekarang ni, Zaira masih nak teruskan hubungan Zaira dengan Azri ni
ke?” Wow, soalan cepumas ni. Tak pernah terlintas akan ada orang tuju soalan
macam ni dekat dia. Macamlah ada yang minat dekat dia selain satu-satunya
lelaki bernama Azri. Seumur hidup dia hanya Azri satu-satunya lelaki yang rapat
dengannya selain kawan-kawan lelaki sekelasnya dahulu.
“Encik Haikal ni. Takda sapa-sapalah
minat dekat saya ni. Eh kejap, Encik Haikal! Kenapa tak belok. Rumah saya kan
masuk jalan tadi.” Ya Allah. Baru Haikal tersedar. Kalau Zaira tak tegur dia
tadi, mahu terus sampai ke mana-manalah dia pandu keretanya itu. Nampak sangat
fikirannya sudah melayang jauh.
Terima kasih Encik Haikal. Selasa
nanti baru saya masuk kerja. Assalamualaikum.” Berhenti sahaja kereta barulah ada
perbualan antara mereka. Kalau tidak, dari tadi sunyi sepi sahaja antara
mereka.
Haikal menjawab perlahan salam
diberi. Senyuman pun macam kena paksa. Dia masih ingat. Dia yang luluskan
borang cuti Zaira tempoh hari.
Kereta terus memecut laju sebaik
sahaja Zaira turun dari kereta. Langsung tidak memandang Zaira dari cermin
pandang belakang. Hatinya sakit tiba-tiba. Terasa seperti ada yang menekan
dadanya.
Zaira bukan milik kau Haikal. Dia
akan jadi milik orang lain tak lama lagi.
Berulang kali Haikal mengingatkan
diri sendiri. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Layan Zaira seperti pekerja yang
lain. Biar tidak timbul lagi apa-apa perasaan antara mereka.