Jemput baca dua bab DPH. Maaf dipinta sebab lama biarkan blog ni bersarang. Terima kasih sangat2 pada semua yang masih setia menunggu sambungan DPH ni. ;)
DIA… PENJAGA HATIKU.
Bab 6
“Encik Haikal, kalau takda apa-apa saya pulang dulu ye.” Memang itu
rutin Zaira sebelum pulang. Dia akan memberitahu bosnya itu dulu. Takut jika
khidmat dia masih diperlukan.
“Okey Zaira. Jumpa esok. Terima
kasih.” Senyuman dari Haikal sedikit sebanyak membuatkan hati Zaira kembali
ceria. Rasa letihnya hari ini tidak sia-sia malah dihargai. Siap terima kasih
lagi. Kalau semua bos macam dia ni… untung semua pekerja kan.
Selepas mencapai beg tangannya, dia
segera berjalan menuju ke lif. Masih ada lagi yang belum balik. Sibuk
menyiapkan kerja masing-masing.
Pintu lif terbuka.
‘Wait!” terkejut Zaira bila ada
tangan seseorang yang menghalang pintu lif dari tertutup. Suara macam kenal.
“Encik Haikal? Maaf. Tak perasan
tadi.”
“Its okay.” Pelik juga Zaira. Tadi
rasanya Encik Haikal ni tengah sibuk siapkan kerja. Macam mana dia boleh laju
sampai ke sini. Takkanlah terbang kot.
Hanya mereka berdua sahaja di dalam
lif. Tetapi tidak lama. Bila sahaja lif berhenti di tingkat sepuluh, ada
beberapa orang cuba memboloskan diri ke dalam. Masing-masing mahu cepat balik.
Zaira tidak perasan yang dia kini
sudah berdiri hampir dengan Haikal.
“Ouch!” sedikit menjerit Zaira.
“Sorry.” Seorang lelaki cina
tertolak badan Zaira. Membuatkan dia terpegang tangan Haikal. Niatnya untuk
mengimbangkan badan. Tidak disangka pula tangan Haikal yang menjadi sasarannya.
“Ma… maaf Encik Haikal. Saya tak
sengaja.” Cepat-cepat dia melepaskan pegangan tersebut. Gatal betullah tangan
ni. Yang sibuk nak pegang tangan dia kenapa. Ada magnet yang tarik tangan aku
ni…… marah Zaira pada dirinya sendiri.
“Takpa. Kalau takut jatuh, pegang je
tangan saya.” Haikal seolah berbisik di telinga Zaira. Terus naik bulu romanya.
Meremang. Bukan sebab Haikal seperti lelaki gatal. Tidak. Tetapi suaranya yang
sungguh romantik memenuhi ruang telinganya membuatkan Zaira hampir terbuai.
Membawa dirinya jauh bersama Haikal.
Zaira! Sedar diri!. Ingat Azri.
Suara kecil Zaira menyedarkannya dari terus mengelamun.
Dan… Zaira oi. Encik Haikal tu
sekadar prihatin dengan kau. Takut kau terjatuh nanti. Jangan fikir
bukan-bukanlah.
Makin ramai yang masuk, makin
sempitlah jadinya. Semua mengejar masa untuk pulang. Zaira juga tersepit antara
Haikal dan lelaki cina tadi. Nak tolak pun tak guna. Bukannya dia kisah pun.
Terpaksalah Zaira rapatkan juga dirinya pada Haikal.
Bau wangian badan Haikal sudah
memenuhi deria baunya. Langsung Zaira tidak angkat muka.Takut nanti wajah
Haikal hampir bersatu dengan wajahnya.
Masing-masing tidak berbunyi pun
sehinggalah pintu lif terbuka. Lega sungguh. Barulah Zaira rasa dapat bernafas
seperti biasa. Hampir sesak nafas dirasakan. Bukan sebab ramai orang, tetapi
kerana keadaan mereka yang terlalu rapat.
“Okey Encik Haikal. Saya balik
dulu.” Baru sahaja Zaira hendak melangkah, suara Haikal membataskan segalanya.
“Balik macam mana ni? Boyfriend
ambil ke?” Dia ni memang suka buat andaian sendiri agaknya. Fikir Zaira.
“Taklah Encik Haikal. Driver jemput
saya hari ni. Driver bus.” Pada mulanya Haikal tidak berapa mengerti. Bila
sahaja Zaira sebut ayat terakhir tu barulah dia faham. Ketawa dia mendengar
jawapan selamba Zaira.
“Dah, jom. Saya hantar balik.” Zaira tidak mahu tetapi tangan Haikal
lebih pantas mencapai lengan Zaira. Membawanya terus ke kereta yang diparkir di
tempat khas.
“Zaira tak selesa ke?” Aduhai.
Sekali lagi suara lembut Haikal menyentuh hatinya. Kuatkan hati kau Zaira.
“Encik Haikal, bukan saya taknak
Encik Haikal hantar saya balik. Cuma…. Saya seganlah. Tengoklah tadi. Ramai
yang pandang saya ni macam pesalah bila saya masuk dalam kereta Encik Haikal
ni.” Haikal sudah sedia maklum tentang ini semua. Memang setiap kali kalau dia
lalu, banyak mata-mata yang sibuk mengerling padanya. Kaum hawa khususnya. Itu
jugalah sebab kenapa Haikal jarang makan di café yang terletak di tingkat bawah
bangunan. Rimas bila menjadi tumpuan ramai.
“Diorang jealous dengan Zaira tu.”
Ketawa kecil Zaira mendengarnya.
Sebaik sahaja kereta berhenti di
lampu isyarat, Haikal menoleh pada Zaira. Berkerut dahinya. Apa yang gelihati
sangat dengan kata-katanya tadi.
“Aduh… Encik Haikal ni buat lawak
ye. Jealous? Jealous apanya. Lainlah kalau saya ni girlfriend Encik Haikal.
Saya ni staf biasa je. Lagipun…. Diorang tak nampak ke, saya ni memang tak
layak jadi buah hati Encik Haikal.” Masih ada sisa ketawa di bibir Zaira.
Sedikit menggeleng kepala tidak percaya akan kata-kata Haikal tadi.
Gelak ketawa Zaira membuatkan Haikal
rasa sedikit marah. Rasa tercabar dengan kata-kata Zaira tadi.
“Kenapa pula tak layak? Kalau hati
saya dah suka, siapa mereka nak halang saya. Dan… kenapa nak kisah dengan cakap
orang. Kita yang bercinta, bukan diorang. “ Terus terdiam Zaira. Bibir yang
tadi terukir senyuman hilang sudah. Telan air liur Zaira.
Riak wajah Haikal yang sudah berubah
itu serius membuatkan perut Zaira bertambah kecut. Rasa kejang pula tiba-tiba.
Puas Zaira cuba mengingati setiap kata-katanya tadi. Takut ada kata-kata yang
tidak sepatutnya dilafazkan. Tiada. Ke sebab ketawa aku tadi?.....Iskhhh terus
sangat ke.
“Zaira, teman saya makan.” Satu
arahan baru sahaja diterima. Zaira diam. Nanti kalau buka mulut, takut tersalah
cakap lagi.
Haikal mengerling kearah Zaira. Dia
sendiri tidak tahu kenapa mulutnya lantang bersuara tadi. Bersalah pula rasa
hati. Bukan dia tidak nampak perubahan
wajah Zaira sebaik sahaja mendengar kata-katanya tadi. Sakit sangat hatinya
bila dengar perkataan TAK LAYAK.
“Jom, kita makan dekat sini.” Zaira
tidak sedar langsung yang kereta sudah elok terparkir di tempat letak kereta.
Café eksklusif di hadapan di pandang. Cantik. Harap secantik makanan yang
dihidang.
‘Jom, saya dah lapar ni.” Terhenti
jantung Zaira saat dirasakan tangan Haikal menyentuh lembut belakang badannya.
Menolak perlahan dirinya untuk berjalan masuk.
Zaira terpaksa sekali lagi menemani
bosnya makan. Masih ada rasa segan dalam dirinya bila berhadapan dengan Haikal.
Perasaan selesa juga sudah bertandang dalam dirinya. Begitu juga Haikal. Rasa
seronok pula bila setiap kali bersama Zaira. Wajah Zaira membuatkan hatinya berasa
tenang. Keserasian antara mereka juga semakin bertambah.
‘Siapa hantar kau pulang? Wah,
kereta Porsche lagi tu.” Tanya Nora, teman serumahnya. Dia masih sibuk
mengintai di celah-celah langsir.
“Sibuklah kau ni. Bos aku la.” Malas
Zaira hendak melayan si Nora ni. Nanti mesti ada lagi benda yang hendak
ditanya. Lebih baik dia larikan diri masuk ke dalam bilik. Aman bahagia sikit.
Malam itu Zaira tidak dapat
melelapkan matanya. Asyik ternampak wajah Haikal. Puas dia cuba buang jauh-jauh
tetapi tidak sia-sia.
Kau kena buang perasaan tu Zaira.
Jangan timbulkan masalah nanti. Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi.
Keesokan pagi, Zaira seperti biasa
masuk ke pejabat lebih awal dari staf lain. Rutin hariannya bermula saat dia
masuk ke dalam bilik Haikal. Mengemas apa-apa yang patut.
Sedang dia menyusun fail yang
bersepah di atas meja Haikal, matanya tertacap pada sampul surat berwarna biru.
Hatinya kuat menyuruhnya melihat isi kandungan sampul surat tersebut.
Dengan penuh berhati-hati, Zaira
membukanya. Ada beberapa keping gambar didalamnya. Dibawa keluar. Gambar Haikal
dengan seorang wanita yang memakai baju kurung moden berwarna light peach. Cantik
orangnya. Tinggi lampai dan berkulit cerah. Dari gaya ini mesti tunangan
Haikal. Gambar semasa hari pertunangannya.
Matanya lebih tertumpu pada si lelaki.
Wajah tampan lelaki diperhatikan lama. Walaupun sekadar mengenakan kemeja
berwarna light peach dan berseluar jeans, ianya tidak langsung menutup
kekacakkannya. Malah bertambah lagi.
“Zaira?” Terkejut Zaira bila Haikal
tiba-tiba berdiri di pintu. Dan kini sedang berjalan ke arahnya.
“Sa..saya tak sengaja Encik Haikal.
Gambar ni terkeluar dari sampul. Saya nak masukkan balik.” Terpaksalah Zaira
berbohong pada Haikal. Apa lagi alasan yang ada. Itu sahaja yang difikirnya
logik.
“Ermmm, dah tengok gambar tunang
saya?” Dia meletakkan beg galasnya di tepi meja dan duduk bersandar sambil memandang Zaira yang sudah seperti
mayat hidup. Pucat. Takut sangat ke dia ni.
Dia sekadar mengangguk. Jantungnya
masih berdegup kencang. Hendak sahaja dia cabut keluar. Balik terus ke rumah.
Esok sahaja baru berjumpa dengan bosnya
lagi.
“Zaira, awak rasa antara awak dengan
tunang saya, mana lagi cantik?” Apa punya soalan ni. Pelik Zaira. Berkerut
dahinya. Dia demam teruk ke ni sampai merepek sampai begini.
“Tentu-tentulah tunang Encik Haikal.
Dia cantik sangat. Sepadanlah dengan Encik Haikal.” Memang itu yang Zaira
rasakan.Amat sesuai bila digandingkan bersama. Lebih-lebih lagi tunangnya itu
anak Tan Sri Ahmad.
“Zaira, cantik pada pandangan lelaki
berbeza-beza. Macam saya, saya tak tengok pada paras rupa. Cantik seseorang
bagi saya terletak pada keperibadiannya.”
Memang sahlah Encik Haikal ni demam.
Itu yang cakapnya pun sedikit merapu. Layankan sahajalah Zaira.
Tidak lama pun Zaira berada di dalam
bilik bersama Haikal. Makin lama makin parah bosnya itu. Lebih baik dibiarkan
seorang diri. Moga-moga petang nanti okeylah semula. Normal seperti biasa.
******************************************************************************
Bab 7
Petang itu Zaira cuba menelefon Azri lagi. Sudah lama mereka tidak
berjumpa. Sudah seminggu jugalah Azri dikatakan ke Perlis untuk uruskan hal
bisnesnya. Zaira malas hendak bertanya lebih-lebih, takut nanti marah pula buah
hatinya itu.
Panggilan masih tidak berjawab.
Kesian pada Zaira. Rasanya kalau perempuan lain sudah lama ditinggalkan si Azri
tu. Buat pening kepala sahaja. Bukannya Zaira tak cantik. Kulit putih dengan
mata yang sedikit bundar. Menyerlahkan lagi bulu matanya yang sedikit panjang
dan melentik.
“Ala, tak payahlah sedih-sedih. Jom,
teman aku tengok wayang. Boleh release tension.” Simpati Azlin melihat keadaan
Zaira. Pernah sekali Azlin cuba nasihatkan Zaira. Tinggalkan Azri dan cari
pengganti lain. Ramai lagi lelaki dekat luar sana yang lebih baik dari Azri.
Cuma Zaira ni yang masih berdegil. Mahu setia pada Azri kononnya.
Habis waktu bekerja, Azlin dan Zaira
terus berjalan ke KLCC. Lagipun pejabat mereka dekat sahaja dengan pusat
membeli belah terkemuka ni. Sudah lama juga Zaira tidak menonton wayang.
Bukannya tiada kawan yang mengajak, cuma Zaira rasa malas. Tiada mood. Mahu dia
tertidur dalam panggung wayang nanti.
“Kau nak tengok cerita apa?” tanya
Azlin sambil kakinya laju melangkah. Penat juga si Zaira cuba mengejarnya. Mahu
berjalan seiring.
Bukkkkk!.
“Ma..maaf.” Disebabkan sibuk
mengejar si Azlin, sampai terlanggar seseorang. Nasib jugalah lelaki tersebut
sempat memegang pinggang Zaira. Kalau tak… Mahu terduduk dia di lantai KLCC ni.
Bau wangian ni…. Macam bau…..
Belum sempat Zaira mengangkat
wajahnya, suara Azlin berjaya membuat jantungnya hampir terhenti berdegup.
“Encik Haikal.” Memang sah.
Takkanlah Azlin salah orang pula.
“Encik Haikal buat apa dekat sini?
Sorang je ke?” tanya Azlin lagi. Zaira pula sekadar menjadi pemerhati.
Kehangatan tangan Haikal di
pinggangnya masih terasa. Sedikit menjauhi Haikal bila sesekali tangan mereka
bersentuhan. Tahulah Zaira yang dia sedang berdiri rapat dengan bosnya itu.
“Saja jalan-jalan. Cari barang
sikit. Yes, saya seorang. Azlin dengan Zaira, cari barang juga ke?” Dipandang
kedua-duanya silih berganti. Tetapi lebih tertumpu pada Zaira yang diam seribu
bahasa dari tadi.
Masih terkejut sebab aku peluk ke tadi. Ini kali kedua dia langgar
aku. Tanya Haikal pada dirinya sendiri.
“Kami nak pergi tengok wayang. Zaira ni…Ouch!” Pinggang Azlin
dicubit sedikit. Kalau boleh Zaira tidak mahu bosnya itu tahu apa-apa tentang
dia dan Azri.
“Encik Haikal, kami pergi dulu ye. Dah lambat ni.” Zaira menarik
lengan Azlin. Meninggalkan Haikal yang masih berdiri di tepi escalator.
“Kau ni kenapa? Lambat apa nye.
Tiket pun belum beli lagi. Melepas aku nak borak-borak dengan Encik Haikal.
Kalau dia ikut kita kan bagus.” Membebel Azlin sepanjang mereka berjalan.
“Kau ni nak tengok wayang ke tak.
Sibuk nak layan bos tu pulak. Entah-entah dia tunggu tunang cantik dia tu.
Biarlah dia.” Sedikit marah Zaira pada Azlin. Kenapa pula ada perasaan marah
ni. Zaira sendiri rasa pelik.
Lengan Zaira dipaut. Persis memujuk
semula kawannya itu. Lagipun Azlin tidak ambil hati sangat dengan kata-kata
Zaira itu. Orang tengah gelisah, macam ni lah. Semuanya tak kena.
“Zaira, sorry ye. Aku pun tak tahu
macam mana adik aku ni boleh accident pulak. Nak kena bawa dia pergi hospital. Kau…okey
tak?” Rasa bersalah pula Azlin pada Zaira. Mana tidaknya, tidak sampai lima
minit pun mereka beli tiket, Azlin menerima panggilan telefon dari emak di
rumah. Katanya adik lelaki bongsunya baru terlibat dengan kemalangan jalanraya.
Berlanggar dengan motor lain. Rasanya takdalah teruk sangat cuma biasalah orang
tua, risau mereka lain sikit.
“Iskh takpalah. Aku okey je. Adik
kau tu lagi penting. Pergilah cepat. Kesian dia nanti. Kau jangan risau pasal
aku lah.” Zaira sedikit menolak badan Azlin untuk segera balik.
“Betul ni?” Masih tidak sampai hati
hendak tinggalkan kawannya seorang diri.
“Aduh kau ni. Aku bukannya budak
kecik. Nanti bosan aku baliklah. Kalau tak pun, aku tariklah mana-mana mamat.
Ajak teman aku tengok wayang.” Sambil mengerlip-ngerlip matanya. Ketawa kuat
Azlin bila melihat raut wajah Zaira. Comel sangat.
Setelah puas Zaira pujuk Azlin,
mengalah juga Azlin. Ditinggalkan juga Zaira seorang diri.
Dua keping tiket wayang tadi
diperhatikan lama. Takkan nak tengok wayang seorang diri. Tak pernah seumur
hidup aku tengok sorang-sorang. Nak cekup mamat yang ada, macamlah berani.
Jangan haraplah aku nak buat. Tapi…takkanlah nak buang. Membazir.
Akhirnya Zaira mengambil keputusan
untuk balik sahaja.
Terasa berat kakinya hendak
melangkah. Rasa seperti ada batu yang menghimpap. Dia cuba memandang
sekeliling.
Matanya terus terhenti pada sesusuk
tubuh seseorang yang dia kenal. Pandangan mereka bersatu dari jauh.
Zaira cuba bertenang. Nak gementar
pasal apa. Bukannya kau ada buat salah pun. Pujuk Zaira sendiri. Cuba mengukir
senyuman di bibir. Niat awalnya tadi diteruskan.
Baru setapak kakinya melangkah,
telefon di dalam beg berbunyi.
“Ya, Encik Haikal?” sambil menjawab,
matanya sibuk mencari kelibat Haikal. Sudah tiada. Mana pula perginya dia ni.
‘Tunggu.”
“Tunggu? Tunggu apa?” Nak tunggu
untuk apa ni. Jangan kata dia nak datang dekat aku. Iskh, taklah. Kau ni Zaira.
Perasan lebih.
“Zaira.”
“Mak!” Keluar terus latah Zaira.
Mana tidaknya, tiba-tiba bahunya disentuh seseorang dari belakang. Panggil nama
dia pulak tu.
Ditoleh ke belakang. Encik Haikal.
“Sorang je ke? Azlin mana?”
“Aaaa, dia… dia dah balik. Ada hal
sikit. Saya ni..nak balik pun. Saya… balik dulu ye.” Berterabur kata-kata yang
keluar dari mulut Zaira. Susunan ayat rasanya hancur.
“Kejap, kata nak tengok wayang?”
Dipandang tangan Zaira yang sedang memegang dua tikat wayang yang dibelinya
tadi. Aduhai…. Kenapalah tajam sangat mata dia ni. Tak sempat nak sorok.
“Tak jadi Encik Haikal. Takkanlah
saya nak tengok sorang-sorang. Takpalah, takda rezeki. Lain kali pun boleh.”
Janganlah ada lagi yang hendak ditanya. Kakinya sudah tidak sabar hendak
beredar dari situ.
“Jom.” Badan Zaira sedikit ditolak.
Kalau tidak, mana nak Zaira bergerak. Terpinga-pinga Zaira. Takkanlah dia nak….
“Jap..jap… Jom kemana Encik Haikal?”
Zaira menepis perlahan tangan bosnya itu. Diberhenti langkah lalu menoleh ke
sisi. Memandang Haikal.
“Bagi sini tiket tu. Jom kita
masuk.” Terkebil-kebil Zaira. Tangan yang memegang tiket tadi terasa keras.
Tidak mampu diangkat. Tiket sudah bertukar tangan.
Darah berhenti mengalir saat Haikal
mencapai tangan Zaira. Digenggam kemas.
“Encik Haikal, tangan saya.”
Berpura-pura tidak mendengar. Itu yang selalu dibuat Haikal.
Perlahan sangat ke suara aku. Takkan
tak dengar langsung. Puas dia cuba menarik tangannya dari terus berada dalam
genggaman lelaki bernama Haikal.
“Encik Haikal!” Ditinggikan sedikit
nada suaranya. Biar nampak ketegasan di situ.
“Iya, jomlah.” Arghhhh. Tangan aku
ni la….Hanya mampu menjerit di dalam hati.
“Fast and Furious… not bad.” Ada
nada sindir dari suara Haikal. Sebaik sahaja mereka duduk, tiket di tangan dibelek.
“Kenapa Encik Haikal? Tak boleh ke?”
Zaira ingin tahu.
“No, I thought you guys tengok
cerita melayu.”
“Haa, itulah Encik Haikal. Banyak
benda yang Encik Haikal tak tahu tentang saya.” Dikawal nada suaranya. Ikutkan
hati hendak sahaja dia sembut bosnya itu. Dia ingat aku dengan Azlin ni kolot
sangat ke. Sampai tak tengok cerita-cerita mat saleh ni.
Aku nak kenal dengan kau lebih rapat
Zaira. Cuma keadaan tak mengizinkan. Bentak Haikal. Hampir terkeluar apa yang
ada dalam fikirannya.
p/s: Mohon kalau suka dgn DPH ni, tekan LIKE tu ye. Nak tahu juga ramai ke yg follow cerita ni. Tq sgt2.