DIA… PENJAGA HATIKU.
Bab 1
(Maaf sebab lambat update. Sibuk sangat semenjak dua menjak ni......Ni saya up bab 1 dari Dia...Penjaga Hatiku. Semoga terhibur.
Bupp!
“Maaf Encik. Saya tak perasan.” Nur
Zaira binti Musa, gadis yang baru berusia 24 tahun itu meminta maaf kepada
seorang lelaki muda. Dia baru sahaja melanggar belakang badan lelaki itu. Dan
sempat pula Zaira mencium bau wangian yang dipakai lelaki tersebut. Wangi
sangat. Entah perfume apalah yang disemburnya.
“Its okay.” Itu sahaja yang keluar
dari mulut lelaki itu. Tiada langsung nada marah kedengaran dari suaranya.
Boleh pula dia lempar senyuman dekat aku lagi. Tergugat iman aku kalau
hari-hari tengok senyuman dia ni. Wajah…tak payah cakaplah. Hensem tahan dewa.
Bisik Lara sendiri.
“Excuse me... nak masuk tak?”
Baru Zaira tersedar dari lamunan. Dia yang masih berdiri tegak diluar pintu lif
tersenyum malu. Kakinya melangkah masuk sambil matanya terarah ke lantai lif.
Tidak betah memandang wajah lelaki tadi.
Hanya mereka berdua sahaja yang
berada dalam lif. Tiada sesiapa pun.
“Nak pergi tingkat berapa?”
Lembut sahaja suara lelaki itu bertanya pada Zaira. Wajahnya terus diangkat
lantas tepat memandang ke butang lif.
“Aaa, tingkat dua belas.” Hampir tidak
terkeluar kata-kata dari mulut Zaira bila dilihatnya butang 12 sudah pun
ditekan. Dikerling lelaki tersebut yang masih setia memandangnya.
“Okey.” Sepatah sahaja kata yang
keluar dari mulut lelaki itu. Ingin sahaja Zaira bertanya jika dia bekerja di
syarikat sama dengannya. Setahu Zaira, hanya ada pejabat syarikat yang dia
bekerja sekarang sahaja di tingkat dua belas. Mana ada pejabat lain.
Kalau dia bukan pekerja di situ,
besar kemungkinan dia hendak berjumpa dengan orang sana. Tidak pernah pula dia
melihat lelaki tersebut selama dia bekerja di situ. Lagipun baru tiga hari
sahaja dia mula berkhidmat di syarikat tersebut. Mungkin dia pergi bercuti
waktu kau masuk kot. Bisik hati Zaira.
“Awak kerja dekat sini ke?” serta
merta terhenti lamunan Zaira. Macam tahu-tahu je aku sedang fikirkan apa yang
dia tanya ni. Ada keserasian sikit tu. Ketawa riang Zaira dalam hati.
“Saya baru tiga hari kerja dekat
sini. Encik…pun kerja dekat sini ke?” Pintu lif sudah terbuka sebaik sahaja
Zaira habis bertanya. Hanya senyuman terukir di bibir lelaki tersebut.
Dibiarkan pertanyaan tersebut tergantung.
Biarlah Zaira. Takkan nak tarik
tangan dia suruh jawab pertanyaan kau tadi. Hanya senyuman terukir di bibir
mungilnya.
Rasanya betul sangkaan Zaira saat
dia melihat lelaki tersebut menarik pintu utama Syarikat Kenanga Holdings.
Kerja dekat sini, tapi malu nak beritahu pulak. Ngomel Zaira sendiri.
“Good morning Azlin.” Zaira terus
meletakkan beg tangannya di dalam laci dan segera dihidupkan komputer. Matanya
masih tercari-cari lelaki tadi. Cepatnya dia berjalan. Langsung tidak nampak
kelibatnya di ruang pejabat.
Jangan-jangan……. Terus rasa seram
sejuk pulak.,
“Zaira, tolong aku ye. Tolong aku
buatkan air Nescafe. Untuk bos kita. Kak Siti tu cuti pulak hari ni. Dia pergi
check up. Selalunya dia yang buatkan air untuk bos.” Muka penuh berharap si
Alin tunjuk.
“Aku?!” Zaira rasa pelik. Kenapa
pula si Azlin tak boleh buatkan. Kenapa nak aku pula.
“Aku buat tak sedaplah. Dulu aku
pernah buat. Tapi bos macam tak suka sangat. Tak habis pun dia minum. Malas aku
nak buat lagi. Kaulah pulak cuba nasib. Kalau habis air Nescafe tu maknanya
sedaplah kau buat.” Panjang betul penjelasann Azlin.
\
“Ye ke….” Zaira ada sedikit tidak
percaya. Entah-entah dia malas nak pergi pantri tu. Tu sebab dia reka cerita
macam ni.
“Dah, kau jangan fikir aku reka
cerita lak. Betul, aku tak tipu.” Beria-ia Azlin cuba meyakinkan si Zaira untuk
percaya dengan kata-katanya.
“Yelah.” Sempat Zaira menarik hidung
Azlin sebelum berlalu ke pantri. Apa lagi, dengarlah juga Azlin menjerit kecil.
Takpalah, air je pun. Bukannya kena buat kuih ke apa.
Zaira membawa secawan Nescafe menuju
ke meja Azlin. Baru beberapa langkah, terdengar suara Azlin memanggilnya. Sibuk
si Azlin menuding jari ke bilik bos sambil tersengih.
Pemalas punya budak. Sempat Zaira
mengutuk kawannya itu. Terus rasa kecut perut. Inilah kali pertama dia akan
masuk ke dalam pejabat bos besar. Sudahlah tak pernah bersua muka pun. Macam
manalah agaknya wajah bos. Tapi kalau dari kata-kata Azlin, bos mereka ni kacak
orangnya. Wajah perfect orang kata.
Lagi lama Zaira tunggu, lagi kecut
perutnya. Dia tidak menunggu lama, terus sahaja dia mengetuk pintu bilik. Bila
dengar sahaja suara seseorang memberi kebenaran masuk, segera dibuka pintu dan
berjalan masuk.
Dilihatnya seorang lelaki sedang
khusyuk meneliti dokumen di atas meja. Ada banyak fail-fail yang bersepah di
tepi.
Aduh, macam kenal je dia ni. Bukan
ke…. Dia lelaki tadi. Satu lif dengan aku. Rasa jantungnya berdegup kencang.
Semakin lama semakin laju. Boleh kena serangan jantung si Zaira ni nanti.
Rupa-rupanya lelaki yang dia langgar
tadi tu adalah bos besar dekat syarikat ni. Barulah Zaira teringat kata-kata
Kak Siti pada hari pertama dia mula bekerja. Bos mereka itu masih bujang lagi.
Hensem. Bergaya. Memang boleh buat seorang wanita tergugat kalau tengok dia
lama-lama. Cukup sempurna di mata ramai wanita.
“Terima kasih.” Tersentak Zaira bila
mendengar suara bosnya itu. Itulah Zaira. Berangan je kau tahu. Zaira sekadar
mengangguk dan berlalu keluar. Kalau dia boleh berlari tadi, memang dia buat.
Tetapi memandangkan bos sedang memerhatikannya, terpaksa dia mengawal setiap
langkahnya. Jangan tersilap. Kalau jatuh lagi malu dibuatnya. Mulutnya pula
sudah terkunci awal-awal lagi. Kalau diajukan soalan, mahu isyarat orang bisu
ditunjukkan.
“Macam mana? Okey semua?” Tanya Azlin
sebaik sahaja Zaira melintasi mejanya.
“Entah, okey kot. Ni hah, aku nak
beritahu. Tadi… Aku terlanggar dengan bos kat bawah masa kitorang nak masuk
lif. Nasib dia tak maha. Cuma aku malulah. Bos sendiri pun aku tak kenal. Boleh
pulak aku tanya dia tadi, kerja dekat sini ke. Malunya.,….” Dihirupnya air
Nescafe yang dibuat tadi. Rasa panas air pun sudah tidak terasa di lidah. Rasa
kebas semuanya.
“Kenapa kau? Bukan aku? Aku ni.. nak
sangat langgar dengan dia.” Pelik pula Azlin ni. Terus Zaira menampar
lengannya. Bagi sedar sikit.
“Iskh kau ni. Eh apa nama bos? Aku
lupa lah.” Menggeleng kepala Zaira melihat perubahan wajah Azlin. Nampaknya dia benar-benar nak
berlanggar dengan bos ni. Ada juga spesis macam ni.
“Nama dia Haikal Qarleef bin Zainal.
Nama sedap, orang hensem. Kenalah tu. Oh ye, dia belum kahwin lagi tau. Tapi
tulah, dia dah bertunang. Melepas aku wei.” Sekali lagi wajah sedih yang
dipamerkan. Tergelak Zaira melihatnya. Sedihlah sangat.
“Ala, kalau dia tak bertunang sekali
pun, belum tentu kita ni dia pandanglah. Sebelah mata pun dia tak tengok.
Jangan nak berharap nama kita masuk dalam senarai top 10, tahu tak. Dah lah,
aku nak buat kerja ni. Nanti sambung lagi pasal jejaka idaman Malaya kau tu.”
Sedikit ditolak badan Azlin supaya dia balik semula ke mejanya.
Staf-staf lain termasuk Zaira sibuk
menyiapkan kerja masing-masing. Walaupun baru tiga hari bekerja di situ, namun
sudah banyak kerja yang dicampak di atas mejanya. Lagi-lagi si Zaira ni jenis
yang cepat tangkap bila orang ajar, bertambah senanglah si pengajar. Ditambah
pula staf di sini semuanya tidak sombong. Sentiasa membantu jika ada yang
memerlukan. Itulah yang sentiasa diamalkan di dalam syarikat Kenanga Holdings.
Haikal pula sibuk dengan
projek-projek yang semakin bertambah. Banyak mesyuarat yang perlu dihadiri.
Merata tempat dia perlu pergi.
Begitulah rutin harian mereka
beberapa hari ni. Banyak projek yang masuk, banyaklah kerja yang perlu
disiapkan. Zaira pun jarang berjumpa dengan Haikal walaupun mereka di tempat
kerja yang sama. Hanya Kak Siti yang tahu jadual harian Haikal. Memanjang dia
tiada di pejabat. Kalau ada pun bukannya dia keluar dari pejabat pun. Semuanya
orang yang bawa masuk ke biliknya.
Walaupun begitu, ada juga beberapa
kali Zaira dan Haikal bertembung. Hanya senyuman dilemparkan. Nak borak pun tak
sempat. Lagipun nak tanya apa dekat bos. Lebih baik begini. Tak payah nak fikir
nak cakap apa.
Azlin dan Kak Siti yang banyak
bercerita tentang Haikal. Kata mereka Haikal memang pemurah dengan senyuman.
Itu sebab dia ramai peminat. Senyuman menggoda orang kata. Tapi Haikal tidak pernah
melebihi batas. Hanya setakat senyuman sahaja. Belum pernah mereka dengar
Haikal keluar dengan mana-mana perempuan kecuali tunangnya.
Ya, tunang Haikal Qarleff. Alia
Kirana binti Tan Sri Ahmad. Wow, anak Tan Sri. Sah-sahlah anak orang kaya.
Cantik paras rupa. Kulit putih melepak. Tinggi pula tu. Itu sebabnya dia antara
model yang terkenal di Malaysia. Sentiasa sibuk ke sana sini memperagakan
pakaian.
Haikal tidak ambil kisah sangat.
Lagipun jika tunangnya itu tidak ada, dia akan menumpukan sepenuh perhatian
pada kerja di pejabat. Kalau tidak asyik nak menempel 24 jam dengannya. Sekali
sekala rasa rimas juga.
Tan Sri Ahmad. Pemilik Syarikat
Kenanga Holdings. Salah satu anak syarikat miliknya. Tan Sri Ahmad yang
melantik Haikal menerajui syarikat tersebut. Ramai yang berfikir sebabkan dia
bakal menjadi menantu Tan Sri, itu sebabnya dia dapat jawatan tersebut. Tetapi
sebenarnya tidak. Tan Sri tidak langsung melihat itu semua. Memang Haikal layak
memegang jawatan tersebut. Semua ciri-ciri ketua ada dalam dirinya.
Sudah hampir setahun Haikal menjawat
jawatan tersebut. Syarikat Kenanga Holdings juga menjadi semakin kuat. Banyak
projek yang jatuh ke tangan mereka. Semuanya sebab Haikal. Dia tidak pernah
mengsia-siakan peluang yang ada. Akan dia rebut sampai dapat.