KAU TETAP MILIKKU
BAB 32
“Arina…. Take this key. Our house key. You can come
anytime my dear.” Haris meletakkan kunci tersebut di atas telapak tangan
Arina. Terkejut juga Arina bila melihat kunci rumah. Kenapa pulak sampai nak
serah kunci rumah ni. Pelik benar Haris ni.
“Kejap….. Kenapa nak
bagi kunci rumah kat Arina?. Itu rumah Haris kan. Arina tak tinggal kat situ
pun.” Arina cuba memulangkan kunci tersebut pada Haris tetapi dihalang.
“Our house. You
dah lupa ke Arina?...” belum sempat Haris menyambung lagi kata-katanya,
telefonnya berbunyi.
“Azman!.. Lama tak
dengar khabar kau…” Azman? Terkejut Arina bila mendengar nama tersebut. Dia
masih ingat pada Azman.
“Mestilah ingat. Kawan
rapat aku kat sekolah dulu kan. Banyak yang kita kongsi sama-sama dulu.” Nampak
gembira benar Haris bila dapat berbual dengan Azman. Lelaki yang ditemui tempoh
hari di Pulau Perhentian. Lelaki yang sama yang mengingatkan dia pada peristiwa
pahit yang dilaluinya dulu. Lelaki sama juga yang pernah melihat gambarnya.
Gambar yang tidak sepatutnya dilihat.
“Bila?. No hal.” Arina
sudah tidak tahan mendengar perbualan mereka. Dia nekad untuk turun sahaja dari
kereta dari terus mendengar. Pintu kereta dibuka. Arina dapat rasakan tangannya
dicapai Haris tetapi dia terlebih dahulu mengelak. Kunci rumah juga tidak
diambil. Diletakkan sahaja di atas kerusi yang diduduknya tadi. Beg yang
diletakkan di tempat duduk belakang di ambil. Secepat-cepat Arina, cepat lagi Haris menangkapnya. Tangan
Arina dicapai. Entah bilanya Haris keluar dari kereta, Arina tidak perasan.
Tiba-tiba sahaja sudah berdiri di tepinya.
“Lepaskan tangan Arina.
Sudahlah Haris.” Haris tidak tahu kenapa
Arina berubah dengan tiba-tiba. Tangannya masih tetap memegang lengan
Arina.
“Arina, why?. Kenapa
tiba-tiba?. You marah sebab I borak dengan Azman tadi ke?” Haris hanya
mengagak. Hati Arina semakin panas mendengar nama Azman.
“Haris, lepaskan Arina.
Arina benci Haris…. Arina benci Azman… Arina benci semua kawan-kawan Haris.
Lepaskan Arina!. Cukuplah Haris!” Suara Arina ditinggikan sedikit. Memang ada
nada marah pada suaranya. Tergamam Haris bila Arina bersikap sebegitu.
Tiba-tiba pula mood dia berubah.
“Arina….” Arina menarik
tangannya dari cengkaman Haris. Arina menahan marah. Wajahnya jelas kelihatan.
Dibiarkan Haris keseorangan berdiri di situ. Langsung tidak dihiraukan
panggilan Haris padanya.
Segan juga Haris bila
jiran-jiran Arina yang berada di luar memandangnya. Dia tidak mahu Arina
mendapat malu nanti. Dia kembali masuk ke dalam kereta dan beredar pergi. Entah
kenapa hatinya berasa sangat sedih bila meninggalkan Arina dalam keadaan
begitu. Apa yang telah dilakukan padanya.
Arina menyimpan
perasaan marahnya itu. Dia tidak mahu kawan-kawannya risau apabila melihat
keadaannya nanti. Pintu rumah dibuka. Kelihatan Linda dan Mimi sedang menjamu
selera. Arina terus mendapatkan mereka. Dia terpaksa berpura-pura gembira
seperti tiada apa-apa pun yang berlaku walaupun cuma tuhan sahaja yang tahu
perasaan Arina sekarang ini. Sakit sangat….
Dari tadi Haris cuba
menelefon Arina tetapi tidak berjaya. Panggilannya langsung tidak diangkat.
Sama juga dengan mesej yang dihantar. Tiada langsung dibalasnya. Haris tidak
dapat ke rumah Arina malam itu kerana terpaksa menemani mamanya berjumpa dengan
keluarga Farah yang tiba di Kuala Lumpur pagi tadi. Walaupun begitu, sempat
juga Haris mencuri masanya untuk cuba menghubungi Arina. Hampa. Langsung tidak
diangkat.
Malam itu Haris tidur
ditemani dengan bayangan Arina sahaja.
Pertama sekali yang
Haris cari bila bangun dari tidur ialah telefonnya. Dia berharap yang Arina
akan menelefonnya atau membalas mesej yang dihantar. Entah berapa banyak mesej
yang dihantar dia sendiri tidak tahu. Itu belum lagi dicampur dengan panggilan
pada Arina. Tiada langsung Arina membalas samada panggilan atau mesejnya.
Selepas keluar dari
bilik air, telefon Haris bercahaya menunjukkan ada mesej yang diterima.
Cepat-cepat Haris membuka mesej tersebut. Hampa sekali lagi. Bukan dari Arina
tetapi Azman. Mereka patut berjumpa tengahari ini tetapi terpaksa dianjak ke
malam. Kawan-kawan mereka yang lain juga turut serta. Itu sebabnya mereka akan
berjumpa di kelab pada malam ini.
Masing-masing sudah
mula bekerja hari ini selepas bercuti panjang. Banyak kerja-kerja yang
tertangguh ketika mereka bercuti terutamanya Haris. Banyak projek yang perlu
dipantau.
“Arina…. Seronok sangat
ke pergi bercuti? Best tak pulau perhentian?” Hasnah sibuk bertanyakan
Arina. Niat Hasnah untuk membawa suami dan anak-anaknya bercuti di sana.
Menikmati keindahan pulau di Malaysia.
“Seronok kak. Rasa tak
puas cuti. Pergilah kak bawak anak-anak.” Arina terpaksa sekali lagi
berpura-pura gembira. Kini di hadapan Hasnah pula. Biarlah dia seorang sahaja
yang tahu bagaimana perasaannya sekarang.
“Oh ye. Datuk tak masuk
minggu ni. Dia ambil cuti. Katanya kawan baik dia datang dari luar negara.”
Lega Arina bila mendengarnya. Risau juga Arina jika majikannya itu bertanyakan
apa-apa tentang Haris. Takut dia dapat mengesyaki hubungan mereka.
Haris….. Arina masih
tidak mahu bercakap dengannya apa lagi berbincang. Hatinya masih sakit bila
teringatkan Azman, kawan Haris. Entah mana diletaknya gambar Arina. Layanan
Haris tempoh hari telah membuatkan Arina lupa seketika tentang gambar tersebut.
Tentang penipuan Haris terhadapnya selama ini. Haris tipu…..
Arina…. Please….
Pick up the phone. Why sayang. Let me know.
Mesej dihantar pada
Arina sebelum Haris masuk ke dalam bilik mesyuarat. Puas dia cuba menghubungi
Arina tetapi tiada satu pun panggilannya dijawab.
Banyak betul mesej dan
panggilan dari Haris. Arina tetap malas hendak menjawabnya. Dia tahu tiada guna
dia berbincang dengan Haris. Dia pandai menipu. Bukan susah untuk menipu kau,
Arina.
Kesibukan Haris
membuatkan dia lupa seketika pada Arina. Sedang dia membuat kerja baru dia
teringat yang dia sudah berjanji dengan kawan-kawannya untuk berjumpa malam
ini. Haris menyimpan semua fail-fail di tepi untuk disambung esok. Dia harus
pulang ke rumah untuk membersihkan diri dahulu sebelum berjumpa mereka.
“Hello kawan. Lama tak
jumpa.” Haris dipeluk Azman. Memang sudah lama mereka tidak berjumpa. Akhir
sekali ialah bila Haris terjumpa Azman di KLIA lima tahun lepas. Ketika itu
Azman hendak menyambung pelajaran di Indonesia. Haris pula baru pulang dari
Jepun melawat sepupunya di sana. Mereka tidak sempat berborak lama kerana
masing-masing mengejar masa. Nombor telefon Haris pun diambil dari sepupu Haris
yang bekerja bersama Azman. Dari situlah Azman menghubungi Haris.
“Eh korang. Look,
who is here. Haris in the house yo…..” Masing-masing bersorak gembira bila
melihat Haris. Mereka semuanya kawan-kawan Haris di sekolah lama. Banyak betul
yang mereka hendak bualkan. Semuanya sudah dewasa kini. Ada juga yang sudah
berumahtangga.
“Oh Haris. Kau tahu tak
siapa kitorang jumpa hari tu? Mesti kau nak tahu ni. Jumpa dekat Pulau
Perhentian lagi.” Sedang mereka bersuka ria, Azman bersuara sambil
menepuk-nepuk bahu Haris yang duduk disebelahnya. Mereka yang lain juga turut
mendengar.
“Bagitahu je Man.”
Jerit Fikri salah seorang kawan mereka.
“Kitorang jumpa si Arina
tu. Kau ingat lagi tak kat dia ni. Ala, budak perempuan yang jadi budak bertuah
tu. Dia makin cantik tu. Seriously cantik.” Tersentak Haris bila nama
Arina disebut. Terus jantungnya berdegup kencang. Wajah Arina terus
berlegar-legar di fikirannya.
“Korang jumpa dia kat
mana?” Haris ingin tahu dengan lebih lanjut tentang Arina. Tiada sorang pun
antara mereka yang tahu hubungan antara Haris dan Arina.
“Hari tu terserempak
dengan dia kat Pulau Perhentian. Kebetulan je. Dari jauh memang aku tak cam dia
tapi bila dekat baru aku perasan. Dia memang dah cantiklah sekarang.” Azman
bercerita sambil membayangkan Arina. Haris tidak tahu sampai bila dia boleh
bertahan perasaan marahnya.
“Apa yang kau bagitahu
dia?” sedikit tegas suara Haris bertanya. Pelik juga Azman melihat perubahan
reaksi Haris bila bercerita mengenai Arina. Mungkin dia marah sebab aku yang
jumpa Arina dulu, bukan dia kot. Fikir Azman. Haris pasti mesti disebabkan
Azman, Arina berubah sikap ketika di Pulau Perhentian tempoh hari. Dan patutlah
Arina berubah sikap bila dia menyebut nama Azman tadi pagi. Berubah terus Arina
waktu itu.
“Dia terkejut tengok aku. Aku pun apa lagi, tipulah pasal gambar dia tu. Cakap yang kitorang dah
tengok gambar tu. Terkejut betul dia.” Mereka ketawa beramai-ramai mendengar
cerita Azman. Hanya Haris sahaja yang langsung tidak ketawa mahupun senyum.
“Eh Haris, relakslah.
Kau kenapa ni?” Haris menahan marah. Wajah Azman dipandangnya. Takut juga Azman
melihat Haris dengan wajah sebegitu.
“Kau cakap apa dengan
dia?. Kau cakap kau dah tengok gambar dia? Kenapa kau tipu dia?” Suara Haris
semakin kuat. Dia memang sudah dapat bertahan lagi. Kerusi ditepinya ditolak.
Dia menghampiri Azman. Masing-masing
yang lain tergamam dengan perubahan sikap Haris.
Haris mencengkam kolar
baju Azman dengan kedua-dua tangannya.Ikutkan hati hendak sahaja ditumbuknya
muka Azman di hadapannya itu. Sabar Haris…. Sabar….
“Aku taknak tengok muka
korang lagi. And jangan sekali-sekala kau cakap benda buruk pasal Arina lagi. She’s
with me now. Do you understand that!” Bukan sahaja Azman yang terkejut,
kawan-kawan mereka yang lain turut terkejut mendengar kata-kata Haris itu.
Siapa sangka Arina kini ada hubungan dengan Haris. Bagaimana mereka boleh
bersama. Sejak bila mereka bersama. Semuanya menjadi persoalan mereka. Terus
terdiam mereka sehinggalah Haris meninggalkan tempat tersebut.Masing-masing
tidak percaya dengan apa yang baru sahaja berlaku tadi. Kenyataan Haris tadi
membuatkan mereka membisu seketika.
Tahulah Haris kenapa
Arina berubah sikap semasa di Pulau Perhentian tempoh hari. Inilah penyebabnya.
Patutlah Arina tidak mengendahkannya. Mesti Arina ingat aku tipu dia pasal
gambar tersebut. Oh Arina…. Its not like that……Dihentaknya stereng
kereta. Haris tidak mahu Arina benci padanya lagi. Dia mahu Arina. Mahu
merapatkan lagi hubungan mereka. Dia perlu memberitahu Arina perkara sebenar.
Haris terus memandu
laju ke rumah Arina. Wajah Arina sentiasa berlegar dalam fikirannya.
“Linda.. kau kena
tolong aku. Haris kat luar tu. Kau cakap kat dia yang aku takda. Aku tidur
rumah kawan aku. Tolong aku ye.” Arina memujuk Linda untuk menolongnya. Dia
masih tidak mahu berjumpa dengan Haris. Dia berharap yang Haris akan dapat
melupakannya nanti.
“Yelah. Aku tak tahulah
apa lagi masalah kau dengan dia ni. Hari tu dah baik je aku tengok. Ni gaduh
balik. Pening aku.” Merungut Linda padanya.
“Cari Arina ke? Dia
takda kat dalam. Dia tidur rumah kawan dia malam ni.” Kesian Linda. Tak
pasal-pasal dia yang kena bersubahat menipu.
“Dia takda? Rumah kawan
kat mana?” Pelik Haris. Selama ini tidak pernah pula Arina tidur di rumah
kawannya. Haris cuba menghubungi Arina lagi.
“Tak pastilah. Dia
takda bagitahu pulak. Jangan risaulah pasal dia. Dia okey.” Kalau tak
disebabkan Arina kawan baiknya, memang dia sudah memberitahu Haris di mana
Arina berada. Kesian dia melihat Haris yang risaukan Arina.
“Linda, I know she’s
inside. Dia taknak jumpa dengan I kan. Takpalah, just let her know that
I need to discuss with her something. Ada benda yang I nak dia tahu. Penting
ye. Thank you Linda.” Haris tahu yang Arina ada di dalam rumah. Boleh
sahaja dia menggunakan kekerasan pada Arina tetapi dia tidak mahu. Lagipun
Haris tidak mahu jiran-jiran Arina melihat sandiwara mereka nanti.
“Haa, dia tahu kau
taknak jumpa dia. Buat penat je aku tipu dia tahu tak.” Arina terus mendapatkan
Linda setelah pintu ditutup dari dalam. Kereta Haris juga sudah hilang dari
pandangan mereka.
“Ni dia pesan, dia nak
jumpa kau. Nak bincang dengan kau. Dan ada benda dia nak bagitahu kau. Penting katanya.”
Arina cuma mendengar sahaja apa yang disampaikan padanya. Benda penting apa.
Nak berpisah ke. Mungkin juga dia perlu berjumpa Haris untuk menyelesaikan
semua ini.
“Arina, aku bukan nak
sibuk pasal korang ni. Tapi aku rasa baik kau pergi jumpa dia. Bincang apa yang
patut. Kalau kau diam macam ni, tak selesainya masalah kau tu.” Ada benarnya
juga kata-kata Linda itu. Memang tidak akan selesai masalah jika berterusan
begini.