** As salam semua..... Maaf ye kerana menunggu lama sangat sambungan dua cerita ni. So, ni ada sambungan cerita Majikanku Sayangku ye. Saya harap sangat cerita ni mendapat sambutan bila dibukukan . Eh, ada ke yg nak beli. Insyaallah... Amin.....Ini bukan cerita biasa ye. Nanti kena follow cerita ni tau. Saya teruja nak habiskan cerita ni. Panjang lagi tau perjalanan hidup Zaira ni. ok, enjoy it. **
Majikanku
Sayangku
Bab
8
“Makkkkkkkkkkkk!!!!!” Zaira
menjerit sekuat-kuatnya. Dia memang terlalu takut lebih-lebih lagi dengan
keadaan yang gelap ketika itu. Entah kenapa tiba-tiba semua lampu tertutup. Cahaya
dari luar samar-samar menyinari ruang pejabat. Zaira terus duduk di penjuru
bilik di tepi sofa. Dia sangat takut untuk bergerak kemana-mana.
“Zaira!!!” Tiba-tiba kedengaran
suara Haikal memanggil Zaira dari luar. Suara tersebut semakin hampir padanya.
“Saya kat sini.” Zaira berharap
sangat seseorang datang menyelamatkannya. Dia memang terlalu takut sehingga
terketar-ketar suaranya menjawab.
Haikal terus menuju ke arah
datangnya suara tersebut. DIlihatnya Zaira sedang duduk sambil memeluk kakinya.
Haikal terus mendapatkan Zaira. Dari suara Zaira itu menunjukkan dia memang
sedang ketakutan.
“Zaira….” Zaira terus memeluk
Haikal sambil menangis teresak-esak. Dek kerana takut, Zaira terus lupa yang
dipeluknya ialah bosnya sendiri. Pelukannya semakin dieratkan. Sememangnya dia
amat takut ketika itu. Haikal membalas balik pelukannya sambil mengusap-usap
belakang Zaira supaya dia kembali tenang.
“I’m here Zaira. Dah,
jangan nangis.” Lembut sahaja suara Haikal memujuk. Zaira masih menangis. Zaira
masih memeluk Haikal. Tidak mahu dilepaskan. Dia takut jika Haikal
meninggalkannya lagi.
“Jangan tinggalkan Zaira, Encik
Haikal. Zaira takut…” Zaira melepaskan pelukannya. Malu juga dia bila menyedari yang dia memeluk bosnya
terlalu erat.
“No Zaira. I won’t.” Kini
Haikal pula yang menarik Zaira ke dalam pelukannya. Haikal membawa Zaira duduk
di atas sofa sambil menelefon pengawal di bawah. Esakan Zaira juga sudah
berkurangan.
Selepas hampir setengah jam,
barulah kembali cerah pejabat tersebut. Mereka sedang berpelukan ketika itu.
Bila tersedar, terus Zaira menjarakkan diri dari Haikal.
“Maaf Encik Haikal. Saya keluar
dulu ye.” Malunya Zaira pada Haikal. Bukan sembarangan orang yang dipeluknya
tadi. Bosnya sendiri. Zaira terus berlalu keluar tanpa memandang Haikal yang
masih lagi duduk di atas sofa.
Haikal tahu Zaira malu padanya.
Entah kenapa hatinya cukup gembira bila berada dekat dengan Zaira. Suka dia
melihat wajah Zaira yang kemerah-merahan menahan malu.
Zaira…. Zaira….
“Zaira, jom makan dulu. Nanti
kejap lagi sambung balik.” Zaira cuma menurut perintah bosnya. Dia bangun dan
berlalu ke dalam bilik Haikal. Inilah kali pertama mereka menikmati makan malam
di dalam pejabat. Haikal pandai membuat Zaira berasa selesa dengannya. Sudah
hilang sedikit rasa malu terhadap apa yang terjadi antara mereka tadi.
Selesai makan malam, mereka
kembali menyambung kerja yang tertangguh tadi. Akhirnya siap juga semua kertas
kerja untuk mesyuarat esok.
“Encik Haikal, tunggu saya.”
Zaira masih mengemas mejanya yang berselerak. Disimpannya apa-apa yang patut ke
dalam laci meja. Perasaan takut masih ada. Takut jika Haikal meninggalkannya
keseorangan lagi.
“Dah?. Jom.” Zaira mengangguk
sambil berjalan melintasi Haikal. Mereka menuruni lif bersama. Sekali lagi
Haikal menghantar Zaira pulang ke rumah.
Pagi esoknya, Zaira menemani
Haikal ke Berjaya Holdings untuk menghadiri mesyuarat. Sepanjang mesyuarat
tersebut, Zaira hanya duduk di luar. Hanya Haikal sahaja yang masuk bersama
kertas kerja yang telah disiapkan malam tadi. Harap-harap semuanya berjalan
lancar. Doa Zaira bila Haikal melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat.
Setelah hampir satu jam lebih
barulah Haikal keluar dari bilik. Keluar dari bilik sahaja, Haikal terus
memandang Zaira dan tersenyum lebar. Zaira membalas senyuman tersebut.
“Jom. Kita gi makan.” Zaira
membantu Haikal dengan mengambil fail yang dibawanya ke mesyuarat tadi. Zaira
tahu Haikal gembira kerana usaha mereka menyiapkan kertas kerja malam tadi
berbaloi.
“Encik Haikal….Kita nak gi makan
sekali dengan diorang ke?” Diperlahankan suaranya bertanya pada Haikal.
Kelihatan dua orang lelaki menghampiri mereka. Mereka kelihatan seperti Tan Sri
Zainal dan anaknya Haikal. Mungkin juga mereka anak beranak seperti Haikal dan
ayahnya.
“So, Haikal….. Jangan
lambat sediakan contract tu. We don’t have much time left.”
Seorang lelaki persis gaya Tan Sri Zainal bersuara sambil menepuk bahu Haikal.
“Oh sure Uncle. No worries. Uncle,
kenalkan... Zaira, my PA for the time being. Replace Siti for two months.
And Zaira…kenalkan Tan Sri Hamdan and his son, Zafri.” Mereka yang terlebih
dahulu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Zaira. Zaira pula yang
malu-malu untuk menyambut tangan mereka. Mana tidaknya, bersalaman dengan orang
atasan. Rasa janggal lebih-lebih lagi mereka yang dahulu menghulurkan tangan.
Mereka berjalan menuju ke hotel
yang berdekatan untuk menikmati makan tengahari. Haikal rancak berbual dengan
mereka di sepanjang perjalanan. Zaira pula berjalan di belakang mereka.
Sesekali Haikal menoleh ke belakang untuk melihat Zaira. Bila pandangan mereka
bersatu, masing-masing cuma tersenyum.
“Zaira?” Haikal perasan yang
Zaira tidak tahu hendak memilih makanan apa untuk dimakan. DIlihatnya Zaira
berulang-ulang kali membelek buku menu yang diberikan pelayan tadi. Restoran
apa ni. Semua nama makanan tak pernah aku dengar pun. Pelik betul bunyinya.
Bisik Zaira sendiri di dalam hati.
“Kal…cuba tolong Zaira pilih
makanan tu. Dia tak biasa tu.” Tiba-tiba Tan Sri bersuara membuatkan Zaira
tersenyum malu pada semua lebih-lebih lagi pada Tan Sri. Tapi nasiblah Tan Sri
dapat rasakan apa yang dia rasa ketika itu. Jika tidak, mahu sampai esok pagi
tak juga dipesannya.
Akhirnya Haikal yang memilihkan
makanan untuk Zaira. Mereka menikmati hidangan masing-masing sambil berborak
mengenai perniagaan. Zaira cuma menjadi pendengar perbualan antara mereka.
Haikal seperti sudah biasa dengan mereka berdua. Tiada langsung rasa kekok bila
bersama mereka. Mungkin sudah lama mereka kenal antara satu sama lain.
“So, Kal. When are you plan
to get married? Uncle tak sabar nak makan nasi minyak ni.” Tan Sri
bertanyakan pada Haikal sambil menepuk bahunya. Zaira perlahan-lahan menoleh ke
arah Haikal yang duduk di sebelahnya. Entah kenapa dalam masa yang sama, Haikal
turut mengerling pada Zaira. Dia kemudian memandang Zafri yang sedang menyuap
makanan.
“Kal tungu Zafri dulu Uncle.”
Zafri yang mendengar terus terbatuk. Ketawa mereka melihat muka merah Zafri
meneguk air.
“Zafri ni ramai sangat girlfriend.
Uncle pun tak tahu yang mana satu pilihannya. Kal masih dengan Kirana
kan?. Nanti bawa dia datang rumah uncle together with your parents. We can
have dinner together.” Haikal sekadar mengangguk. Zaira pula cuma mendengar
perbualan antara mereka.
“Ni Zaira… dah kahwin ke?” kini
Tan Sri bertanya pada Zaira pula. Seram sejuk dirasakan badannya ketika itu.
Tidak terfikir langsung yang Tan Sri akan bertanyakan soalan tersebut padanya.
“Belum lagi Tan Sri. Insyaallah
tahun depan.” Jawab Zaira lembut. Dia perasan yang Haikal memandangnya dengan
pandangan yang berbeza. Tiada senyuman pada wajahnya. Tan Sri dan Zafri sahaja
yang menghadiahkan senyuman bila mendengarnya.
Setelah hampir satu jam mereka
di sana, mereka beredar dari situ. Tan Sri Hamdan terpaksa menghadiri mesyuarat
petang itu. Zafri, Haikal dan Zaira masing-masing pulang ke pejabat sendiri.
“Betul ke apa yang Zaira cakap
tadi?” Haikal terus bertanya pada Zaira bila sahaja enjin kereta dihidupkan.
Zaira terpinga-pinga melihat Haikal. Betul apanya. Ni mesti pasal kahwin tahun
depan ni. Kenapa pula dia nak tanya lagi sekali ni. Fikir Zaira sendiri.
“Pasal nak kahwin tahun depan tu
ke?. Aah… betul.. Insyaallah kalau takda aral melintang jadilah. Encik Haikal
dengan Cik Kirana pula bila?” giliran Zaira pula yang menyoal.
“Tak tahu lagi. Tak bincang pun
lagi.” Haikal sebenarnya tidak suka bila berbicara tentang perkahwinan
lebih-lebih lagi tentang perkahwinan dia dan Kirana. Dia masih tidak nampak
kebahagiaan dalam perkahwinan dengan Kirana. Dia dapat rasakan Kirana bukan
cinta sejatinya. Puas sudah dia cuba menyintai Kirana tetapi sehingga ke hari
ini perasaan cinta langsung tidak berkembang.
Haikal tidak tahu kenapa dia
rasa sedikit cemburu bila Zaira memberitahu yang dia akan menjadi isteri orang
tidak lama lagi. Aku dah suka pada Zaira ni ke? Ingat Haikal…dia milik orang
lain. Bukan kau. Buang perasaan tu jauh-jauh Haikal….
“Jom sayang.” Kirana mengajak
Haikal menemaninya menonton wayang
esoknya. Puas Kirana memujuk Haikal akhirnya dia berjaya juga. Ikutkan hati
Haikal malas dia hendak keluar bersama Kirana. Tetapi bila difikirkan yang
lambat laun dia akan berkahwin dengan Kirana, dipaksanya juga keluar bersama
Kirana. Moga-moga hatinya terbuka untuk Kirana.
Kirana memimpin tangan Haikal
berjalan masuk ke dalam panggung wayang. Ramai juga orang yang menonton wayang malam
itu. Sedang mereka berjalan, Haikal ternampak kelibat seseorang yang
dikenalinya. Diamatinya betul-betul.
Zaira……….
Ya… Zaira sedang berdiri seorang
diri di tepi penjuru. Hati Haikal terus berdegup kencang. Entah kenapa matanya
seperti tidak boleh dialihkan ke tempat lain. Haikal tertanya-tanya dengan
siapa dia keluar.. Dengan buah hatinya atau dengan kawan-kawannya. Kenapa dia hendak tahu semua itu. Stop it
Haikal!. Stop It!.
Mana pula Azri ni. Lamanya beli popcorn.
Penat dah tunggu ni. Zaira mengeluh seorang diri di tepi. Dilihatnya ramai
betul orang yang datang menonton wayang malam ni. Tiba-tiba dia teringat saat
dia melihat wayang bersama Haikal. Walaupun baru pertama kali keluar menonton
wayang bersama, perasaan gembira wujud dalam diri Zaira. Haikal memang seorang
yang berbeza dengan Azri. Haikal pandai mengambil hatinya. Cara percakapannya
dan gaya tubuh badannya membuatkan Zaira selesa bila bersama.
Sedang Zaira mengelamun sambil
memerhatikan orang ramai yang lalu di hadapannya, matanya tertangkap pada
seseorang.
Haikal……..
Bersama seorang wanita cantik…..
Kirana……..
Ya… Haikal juga sedang
memandangnya. Pandangan mereka bersatu.
Haikal dan Kirana…Sama-sama
cantik……..
“Zaira…. Jom…” Pandangan mereka
terhenti bila Azri datang menyentuh bahu Zaira.