My corner's visitor

Wednesday, June 11, 2014

E-Novel : Kau Tetap Milikku - Bab 32

KAU TETAP MILIKKU

BAB 32

            “Arina…. Take this key. Our house key. You can come anytime my dear.” Haris meletakkan kunci tersebut di atas telapak tangan Arina. Terkejut juga Arina bila melihat kunci rumah. Kenapa pulak sampai nak serah kunci rumah ni. Pelik benar Haris ni.

            “Kejap….. Kenapa nak bagi kunci rumah kat Arina?. Itu rumah Haris kan. Arina tak tinggal kat situ pun.” Arina cuba memulangkan kunci tersebut pada Haris tetapi dihalang.

            “Our house. You dah lupa ke Arina?...” belum sempat Haris menyambung lagi kata-katanya, telefonnya berbunyi.

            “Azman!.. Lama tak dengar khabar kau…” Azman? Terkejut Arina bila mendengar nama tersebut. Dia masih ingat pada Azman.

            “Mestilah ingat. Kawan rapat aku kat sekolah dulu kan. Banyak yang kita kongsi sama-sama dulu.” Nampak gembira benar Haris bila dapat berbual dengan Azman. Lelaki yang ditemui tempoh hari di Pulau Perhentian. Lelaki yang sama yang mengingatkan dia pada peristiwa pahit yang dilaluinya dulu. Lelaki sama juga yang pernah melihat gambarnya. Gambar yang tidak sepatutnya dilihat.

            “Bila?. No hal.” Arina sudah tidak tahan mendengar perbualan mereka. Dia nekad untuk turun sahaja dari kereta dari terus mendengar. Pintu kereta dibuka. Arina dapat rasakan tangannya dicapai Haris tetapi dia terlebih dahulu mengelak. Kunci rumah juga tidak diambil. Diletakkan sahaja di atas kerusi yang diduduknya tadi. Beg yang diletakkan di tempat duduk belakang di ambil. Secepat-cepat  Arina, cepat lagi Haris menangkapnya. Tangan Arina dicapai. Entah bilanya Haris keluar dari kereta, Arina tidak perasan. Tiba-tiba sahaja sudah berdiri di tepinya.

            “Lepaskan tangan Arina. Sudahlah Haris.” Haris tidak tahu kenapa  Arina berubah dengan tiba-tiba. Tangannya masih tetap memegang lengan Arina.

            “Arina, why?. Kenapa tiba-tiba?. You marah sebab I borak dengan Azman tadi ke?” Haris hanya mengagak. Hati Arina semakin panas mendengar nama Azman.

            “Haris, lepaskan Arina. Arina benci Haris…. Arina benci Azman… Arina benci semua kawan-kawan Haris. Lepaskan Arina!. Cukuplah Haris!” Suara Arina ditinggikan sedikit. Memang ada nada marah pada suaranya. Tergamam Haris bila Arina bersikap sebegitu. Tiba-tiba pula mood dia berubah.

            “Arina….” Arina menarik tangannya dari cengkaman Haris. Arina menahan marah. Wajahnya jelas kelihatan. Dibiarkan Haris keseorangan berdiri di situ. Langsung tidak dihiraukan panggilan Haris padanya.

            Segan juga Haris bila jiran-jiran Arina yang berada di luar memandangnya. Dia tidak mahu Arina mendapat malu nanti. Dia kembali masuk ke dalam kereta dan beredar pergi. Entah kenapa hatinya berasa sangat sedih bila meninggalkan Arina dalam keadaan begitu. Apa yang telah dilakukan padanya.

            Arina menyimpan perasaan marahnya itu. Dia tidak mahu kawan-kawannya risau apabila melihat keadaannya nanti. Pintu rumah dibuka. Kelihatan Linda dan Mimi sedang menjamu selera. Arina terus mendapatkan mereka. Dia terpaksa berpura-pura gembira seperti tiada apa-apa pun yang berlaku walaupun cuma tuhan sahaja yang tahu perasaan Arina sekarang ini. Sakit sangat….

            Dari tadi Haris cuba menelefon Arina tetapi tidak berjaya. Panggilannya langsung tidak diangkat. Sama juga dengan mesej yang dihantar. Tiada langsung dibalasnya. Haris tidak dapat ke rumah Arina malam itu kerana terpaksa menemani mamanya berjumpa dengan keluarga Farah yang tiba di Kuala Lumpur pagi tadi. Walaupun begitu, sempat juga Haris mencuri masanya untuk cuba menghubungi Arina. Hampa. Langsung tidak diangkat.

            Malam itu Haris tidur ditemani dengan bayangan Arina sahaja.

            Pertama sekali yang Haris cari bila bangun dari tidur ialah telefonnya. Dia berharap yang Arina akan menelefonnya atau membalas mesej yang dihantar. Entah berapa banyak mesej yang dihantar dia sendiri tidak tahu. Itu belum lagi dicampur dengan panggilan pada Arina. Tiada langsung Arina membalas samada panggilan atau mesejnya.

            Selepas keluar dari bilik air, telefon Haris bercahaya menunjukkan ada mesej yang diterima. Cepat-cepat Haris membuka mesej tersebut. Hampa sekali lagi. Bukan dari Arina tetapi Azman. Mereka patut berjumpa tengahari ini tetapi terpaksa dianjak ke malam. Kawan-kawan mereka yang lain juga turut serta. Itu sebabnya mereka akan berjumpa di kelab pada malam ini.

            Masing-masing sudah mula bekerja hari ini selepas bercuti panjang. Banyak kerja-kerja yang tertangguh ketika mereka bercuti terutamanya Haris. Banyak projek yang perlu dipantau.

            “Arina…. Seronok sangat ke pergi bercuti? Best tak pulau perhentian?” Hasnah sibuk bertanyakan Arina. Niat Hasnah untuk membawa suami dan anak-anaknya bercuti di sana. Menikmati keindahan pulau di Malaysia.

            “Seronok kak. Rasa tak puas cuti. Pergilah kak bawak anak-anak.” Arina terpaksa sekali lagi berpura-pura gembira. Kini di hadapan Hasnah pula. Biarlah dia seorang sahaja yang tahu bagaimana perasaannya sekarang.

            “Oh ye. Datuk tak masuk minggu ni. Dia ambil cuti. Katanya kawan baik dia datang dari luar negara.” Lega Arina bila mendengarnya. Risau juga Arina jika majikannya itu bertanyakan apa-apa tentang Haris. Takut dia dapat mengesyaki hubungan mereka.

            Haris….. Arina masih tidak mahu bercakap dengannya apa lagi berbincang. Hatinya masih sakit bila teringatkan Azman, kawan Haris. Entah mana diletaknya gambar Arina. Layanan Haris tempoh hari telah membuatkan Arina lupa seketika tentang gambar tersebut. Tentang penipuan Haris terhadapnya selama ini. Haris tipu…..

            Arina…. Please…. Pick up the phone. Why sayang. Let me know.

            Mesej dihantar pada Arina sebelum Haris masuk ke dalam bilik mesyuarat. Puas dia cuba menghubungi Arina tetapi tiada satu pun panggilannya dijawab.

            Banyak betul mesej dan panggilan dari Haris. Arina tetap malas hendak menjawabnya. Dia tahu tiada guna dia berbincang dengan Haris. Dia pandai menipu. Bukan susah untuk menipu kau, Arina.

            Kesibukan Haris membuatkan dia lupa seketika pada Arina. Sedang dia membuat kerja baru dia teringat yang dia sudah berjanji dengan kawan-kawannya untuk berjumpa malam ini. Haris menyimpan semua fail-fail di tepi untuk disambung esok. Dia harus pulang ke rumah untuk membersihkan diri dahulu sebelum berjumpa mereka.

            “Hello kawan. Lama tak jumpa.” Haris dipeluk Azman. Memang sudah lama mereka tidak berjumpa. Akhir sekali ialah bila Haris terjumpa Azman di KLIA lima tahun lepas. Ketika itu Azman hendak menyambung pelajaran di Indonesia. Haris pula baru pulang dari Jepun melawat sepupunya di sana. Mereka tidak sempat berborak lama kerana masing-masing mengejar masa. Nombor telefon Haris pun diambil dari sepupu Haris yang bekerja bersama Azman. Dari situlah Azman menghubungi Haris.

            “Eh korang. Look, who is here. Haris in the house yo…..” Masing-masing bersorak gembira bila melihat Haris. Mereka semuanya kawan-kawan Haris di sekolah lama. Banyak betul yang mereka hendak bualkan. Semuanya sudah dewasa kini. Ada juga yang sudah berumahtangga.

            “Oh Haris. Kau tahu tak siapa kitorang jumpa hari tu? Mesti kau nak tahu ni. Jumpa dekat Pulau Perhentian lagi.” Sedang mereka bersuka ria, Azman bersuara sambil menepuk-nepuk bahu Haris yang duduk disebelahnya. Mereka yang lain juga turut mendengar.

            “Bagitahu je Man.” Jerit Fikri salah seorang kawan mereka.

            “Kitorang jumpa si Arina tu. Kau ingat lagi tak kat dia ni. Ala, budak perempuan yang jadi budak bertuah tu. Dia makin cantik tu. Seriously cantik.” Tersentak Haris bila nama Arina disebut. Terus jantungnya berdegup kencang. Wajah Arina terus berlegar-legar di fikirannya.

            “Korang jumpa dia kat mana?” Haris ingin tahu dengan lebih lanjut tentang Arina. Tiada sorang pun antara mereka yang tahu hubungan antara Haris dan Arina.

            “Hari tu terserempak dengan dia kat Pulau Perhentian. Kebetulan je. Dari jauh memang aku tak cam dia tapi bila dekat baru aku perasan. Dia memang dah cantiklah sekarang.” Azman bercerita sambil membayangkan Arina. Haris tidak tahu sampai bila dia boleh bertahan perasaan marahnya.

            “Apa yang kau bagitahu dia?” sedikit tegas suara Haris bertanya. Pelik juga Azman melihat perubahan reaksi Haris bila bercerita mengenai Arina. Mungkin dia marah sebab aku yang jumpa Arina dulu, bukan dia kot. Fikir Azman. Haris pasti mesti disebabkan Azman, Arina berubah sikap ketika di Pulau Perhentian tempoh hari. Dan patutlah Arina berubah sikap bila dia menyebut nama Azman tadi pagi. Berubah terus Arina waktu itu.

            “Dia terkejut tengok aku. Aku pun apa lagi, tipulah pasal gambar dia tu. Cakap yang kitorang dah tengok gambar tu. Terkejut betul dia.” Mereka ketawa beramai-ramai mendengar cerita Azman. Hanya Haris sahaja yang langsung tidak ketawa mahupun senyum.

            “Eh Haris, relakslah. Kau kenapa ni?” Haris menahan marah. Wajah Azman dipandangnya. Takut juga Azman melihat Haris dengan wajah sebegitu.

            “Kau cakap apa dengan dia?. Kau cakap kau dah tengok gambar dia? Kenapa kau tipu dia?” Suara Haris semakin kuat. Dia memang sudah dapat bertahan lagi. Kerusi ditepinya ditolak. Dia  menghampiri Azman. Masing-masing yang lain tergamam dengan perubahan sikap Haris.

            Haris mencengkam kolar baju Azman dengan kedua-dua tangannya.Ikutkan hati hendak sahaja ditumbuknya muka Azman di hadapannya itu. Sabar Haris…. Sabar….

            “Aku taknak tengok muka korang lagi. And jangan sekali-sekala kau cakap benda buruk pasal Arina lagi. She’s with me now. Do you understand that!” Bukan sahaja Azman yang terkejut, kawan-kawan mereka yang lain turut terkejut mendengar kata-kata Haris itu. Siapa sangka Arina kini ada hubungan dengan Haris. Bagaimana mereka boleh bersama. Sejak bila mereka bersama. Semuanya menjadi persoalan mereka. Terus terdiam mereka sehinggalah Haris meninggalkan tempat tersebut.Masing-masing tidak percaya dengan apa yang baru sahaja berlaku tadi. Kenyataan Haris tadi membuatkan mereka membisu seketika.

            Tahulah Haris kenapa Arina berubah sikap semasa di Pulau Perhentian tempoh hari. Inilah penyebabnya. Patutlah Arina tidak mengendahkannya. Mesti Arina ingat aku tipu dia pasal gambar tersebut. Oh Arina…. Its not like that……Dihentaknya stereng kereta. Haris tidak mahu Arina benci padanya lagi. Dia mahu Arina. Mahu merapatkan lagi hubungan mereka. Dia perlu memberitahu Arina perkara sebenar.

            Haris terus memandu laju ke rumah Arina. Wajah Arina sentiasa berlegar dalam fikirannya.

            “Linda.. kau kena tolong aku. Haris kat luar tu. Kau cakap kat dia yang aku takda. Aku tidur rumah kawan aku. Tolong aku ye.” Arina memujuk Linda untuk menolongnya. Dia masih tidak mahu berjumpa dengan Haris. Dia berharap yang Haris akan dapat melupakannya nanti.

            “Yelah. Aku tak tahulah apa lagi masalah kau dengan dia ni. Hari tu dah baik je aku tengok. Ni gaduh balik. Pening aku.” Merungut Linda padanya.

            “Cari Arina ke? Dia takda kat dalam. Dia tidur rumah kawan dia malam ni.” Kesian Linda. Tak pasal-pasal dia yang kena bersubahat menipu.

            “Dia takda? Rumah kawan kat mana?” Pelik Haris. Selama ini tidak pernah pula Arina tidur di rumah kawannya. Haris cuba menghubungi Arina lagi.

            “Tak pastilah. Dia takda bagitahu pulak. Jangan risaulah pasal dia. Dia okey.” Kalau tak disebabkan Arina kawan baiknya, memang dia sudah memberitahu Haris di mana Arina berada. Kesian dia melihat Haris yang risaukan Arina.

            “Linda, I know she’s inside. Dia taknak jumpa dengan I kan. Takpalah, just let her know that I need to discuss with her something. Ada benda yang I nak dia tahu. Penting ye. Thank you Linda.” Haris tahu yang Arina ada di dalam rumah. Boleh sahaja dia menggunakan kekerasan pada Arina tetapi dia tidak mahu. Lagipun Haris tidak mahu jiran-jiran Arina melihat sandiwara mereka nanti.

            “Haa, dia tahu kau taknak jumpa dia. Buat penat je aku tipu dia tahu tak.” Arina terus mendapatkan Linda setelah pintu ditutup dari dalam. Kereta Haris juga sudah hilang dari pandangan mereka.

            “Ni dia pesan, dia nak jumpa kau. Nak bincang dengan kau. Dan ada benda dia nak bagitahu kau. Penting katanya.” Arina cuma mendengar sahaja apa yang disampaikan padanya. Benda penting apa. Nak berpisah ke. Mungkin juga dia perlu berjumpa Haris untuk menyelesaikan semua ini.


            “Arina, aku bukan nak sibuk pasal korang ni. Tapi aku rasa baik kau pergi jumpa dia. Bincang apa yang patut. Kalau kau diam macam ni, tak selesainya masalah kau tu.” Ada benarnya juga kata-kata Linda itu. Memang tidak akan selesai masalah jika berterusan begini.